Sorang lagi, En Amran…
Dia ni sorang pegawai bank di Kuala Lumpur. Disebabkan kos hidup yang tinggi di KL, pada 2018 dia mula buat GRAB. Habis je punch out kat bank, cepat-cepat on apps GRAB untuk ambik customer bawa ke sana, ke sini… Dia memang sibuk!
Disebabkan perlu buat 2 kerja dalam sehari, En Amran takde masa bersama family tersayang. Masa dia pergi kerja orang dalam rumah dia belum bangun lagi, masa dia balik kerja semua orang dalam rumah dia dah tidur.
Dia ingat lagi masa bulan Ramadhan, lepas je kerja dia terus buat GRAB hantar orang ke Bazaar Ramadhan… lepas je Maghrib start pula ambil orang hantar ke Masjid untuk solat Tarawikh. Terngiang di telinga bacaan ketika solat tarawikh setiap kali dia melalui kawasan masjid. Dia hanya mampu mendengar dan melihat je orang lain bersolat. Kalau bukan kerana duit, kalau boleh tiap-tiap malam nak solat tarawikh kat masjid.
Orang lain sibuk jadi HAMBA ALLAH, dia sibuk jadi HAMBA DUIT!
Nak dijadikan cerita…
Satu malam ni dalam tidur dia bermimpi bawa anak dia bermain di taman permainan. Lepas main, anak dia cakap “esok kita jumpa lagi ya ayah, kita main lagi ya”
En Amran terus bangun dan berfikir apa yang akan terjadi kalau dia teruskan hidup macam ini. Sedar tak sedar nanti anak dia dah besar… tak sempat pun macam orang lain, dapat hantar anak pergi sekolah, dapat ajar anak buat kerja sekolah, bawa anak berjalan-jalan, bermain di taman permainan… moment tu akan berlalu tanpa dia sedari dan tenggelam dengan kesibukan dia mencari duit.
Dia tak nak jadi macam tu, setahun lagi pun dia tak nak apatah lagi kalau bertahun-tahun macam ini.
En Amran TEKAD nak buat bisnes online dan dia nak SHORTCUT. So saya guide dia dalam coaching. Disebabkan dia terlalu sibuk, tak pernah sekalipun saya jumpa dia secara face to face. 100% coaching online jer.
Bermulalah perjalanan bisnes En Amran. En Amran FOKUS buat bisnes menjual produk berkaitan dengan aksesori kereta.
Sama macam student coaching saya yang lain, saya guide dia untuk dapatkan ribuan prospek dalam bisnes dia.
Mula-mula tu slow juga… tapi En Amran gagahkan juga sebab dia betul-betul tak nak keadaan hidup dia macam sekarang berterusan sampai bila-bila.
Tak lama lepas dia coaching… beberapa hari sebelum Ramadhan 2019, En Amran berjaya buat total sales RM17k. Raya tahun 2019… seminggu sebelum nak raya dia berjaya pula buat RM16k.