Ni kali pertama dan terakhir saya cerita pasal benda ni. Ni adalah pengalaman BURUK yang saya tak nak ingat dalam hidup saya.

Lebih kurang 2 minggu lepas, saya HILANGKAN DIRI…

Bukannya lari, bukannya saya sengaja nak buat pun. TETAPI… saya mengalami masalah kesihatan yang TERUK. Saya ada pendarahan dalam otak, senang cerita doctor bagitahu kat saya, saya kena MILD STROKE.

Tu gambar saya kat ICU di KPJ Seremban. Lepas 3 hari dalam ICU barulah saya ok sikit. Baru boleh tersenyum.

Sedangkan 3 hari lepas, sebelum gambar ni diambil… saya bertarung nyawa.

Saya tak nak cerita details pasal pengalaman malam tu sebab macam saya cakap awal-awal tadi, kalau boleh saya tak nak ingat langsung tentag trajedi ni.

Saya kena ni disebabkan aktiviti senaman yang drastik / ekstrim dan badan saya terkejut.

Malam tu juga saya dikejarkan ke hospital, terus masuk bahagian EMERGENCY dan macam-macam yang saya hadap malam tu.

Cukup sampai situ je saya cerita. Saya tak nak ingat the whole story.

So sepanjang tempoh tu, isteri saya atau admin ofis saya yang uruskan hal hospital dan diri saya. Tiada apa-apa berita dari saya langsung sejak dari kejadian malam tu.

Wasap ofis tutup, langsung tak buka… ofis pun tak buat apa-apa dan staf saya pun tak dapat apa-apa arahan kerja dari saya. Memang tiada berita dari saya.

Saya minta maaf banyak-banyak pada semua followers saya, jika ada urusan TERTANGGUH yang saya tak dapat hubungi anda dalam tempoh tu. InsyaAllah Puan Dalia akan reply semua wasap anda dan saya ada tugaskan beberapa orang saya Afiq, Faizal dan Haziq untuk back up saya.

Saya Belajar Banyak Benda Dari Tragedi Ni.

Dalam tempoh kejadian ni, banyak benda yang saya tempuh dan banyak benda yang saya belajar.

So, saya just nak SHARE benda-benda tu pada semua followers saya sebagai ingatan bersama.

1] Kesihatan – Tekanan Darah.

Pastikan TEKANAN DARAH anda SENTIASA dalam keadaan NORMAL setiap hari. Sebelum saya kena benda ni, tekanan darah saya memang tinggi. Setiap kali cek, memang tinggi.

Ayah saya selalu ingatkan saya, bahkan doctor-doctor yang ambil bacaan tekanan darah saya sentiasa ingatkan saya untuk jaga. Jaga stress level, jaga waktu tidur, jaga makan dan minum.

Memang sebelum ni badan saya rasa NORMAL, tapi bila benda ni datang… dia boleh datang ANYTIME je.

So ni LANGKAH PENTING sebagai pencegahan awal.  Kalau tekanan darah anda OK, InsyaAllah anda dapat elakkan benda ni.

2] Insuran

Anda ada ambil Insuran? Medical Card?

Saya bukan nak promote Insuran. Saya bukan ejen.

Tapi Insuran ni penting ESPECIALLY bila keadaan-keadaan macam ni berlaku. Bila anda tak ready, kalau takde benda ni… memang leceh.

Masa saya kena ATTACK ni, of course wife saya nak saya dapatkan rawatan cepat dan terbaik. So, dia pilih untuk hantar saya ke Hospital Swasta. Berdasarkan cakap-cakap orang lain, kalau hospital gomen ni… ambil masa yang lama untuk mereka rawat anda. Bukannya ON THE SPOT, kena tunggu… kadang-kadang kena sidai lama.

Soalan pertama yang diorang akan tanya bila anda masuk wad hospital swasta adalah INSURAN!

Ada INSURAN tak? Dah berapa lama bayar INSURAN? Apa yang INSURAN anda COVER? Diorang akan tengok RECORD INSURAN anda.

Kalau semua CLEAR, baru rawatan anda dimulakan… kalau tak clear, anda akan ditolak dan kena dapatkan rawatan kat tempat lain.

Memang KEJAM. Tengah sakit, tak boleh fikir… terpaksa dapatkan rawatan kat Hospital Gomen.

3] EJEN INSURAN

Ada INSURAN bagus… tapi anda kena cek pulak benda-benda ni.

No. 1 – EJEN INSURAN yang anda register tu. Dia ejen baru atau ejen lama? Track record ejen tu… yang ni saya tak tahu nak explain camne, saya prefer ambil ejen yang dah servis client yang saya kenal. Mungkin dari ejen kawan-kawan saya, ejen yang family saya kenal.

Saya takkan ambil ejen yang takde TRACK RECORD, yang baru jadi ejen.

Sebab saya tak nak, masa saya memerlukan sangat-sangat nanti, ejen saya tak boleh nak tolong saya. Tak boleh nak commit buat kerja sebagai ejen insuran.

Time nak buat sales, janji macam-macam… tapi bila benda jadi, apa pun dia tak buat.

4] PELAN INSURAN

Dah ada ejen insuran yang BAGUS tu ok…

Kena cek juga pelan insuran yang anda ambil. Ada macam-macam pelan insuran kat luar sana.

Make sure anda tanya betul-betul ejen anda pelan insuran yang anda nak bayar tu nanti.

Tanya dia soalan-soalan ni.

[+] ada cover tak wad hospital, berapa banyak dia cover untuk masuk wad semalam?

Ni PENTING, sebab bila dipindahkan ke wad… wad single harga lain, wad kongsi harga lain. Saya wad single kat KPJ… insuran cover wad tu RM200 sehari. Kalau harga wad tu lebih RM200, yang lebih tu kena keluar duit poket sendiri.

[+] ada cover sekali dengan rawatan dan ubat? Makanan masa dalam wad tu cover tak?

Macam soalan BODOH… tapi kena tanya ejen anda. Kalau tak cover, benda ni anda kena bayar pakai duit sendiri.

Kos rawatan, consultation doctor yang datang bukan murah. Semua tu hospital kira! Ubat yang anda makan, berapa kali doctor datang tengok, segala bandage semua kira… satu pun hospital TAKKAN MISS.

Kalau tengok BIL AKHIR, bila diorang perincikkan… terkejut tengok harga! Ada yang consultation biasa je… boleh cecah RM300 – RM500 per session.

[+] berapa INSURAN cover setahun?

Untuk insuran yang saya ambil, diorang cover RM1juta setahun! Maksudnya kalau saya masuk hospital, kos-kos rawatan dan sebagainya… maksimum boleh pergi sampai RM1juta je setahun. Kalau lebih, kena bayar sendiri.

Mak Ai… COVER RM1juta?

Memang tinggi sebab saya tak tahu berapa kos rawatan untuk sakit saya. Mungkin untuk sakit lain, lain harga dan kos rawatan sebab tu, kena ambil pelan insuran yang cover besar.

Dan walaupun cover besar, make sure anda tanya soalan yang saya tanya kat atas tu. Mungkin soalan bodoh… tapi lantak lah ejen nak kata apa, sebab bila dah masuk hospital nanti, kalau benda ni kita tak ambil tahu… kita akan jadi mangsa kena SCAM dengan sebab kita tak nak ambil tahu.

Masa tu tak boleh nak buat apa dah, kita tak sihat, kita sakit… tak boleh nak fikir benda-benda tu.

Ok untuk pelan insuran yang saya ambil ni, saya bayar lebih kurang RM300 setiap bulan. Takpelah bayar RM300 sebulan daripada saya terpaksa keluar duit sendiri yang banyak untuk bil hospital nanti.

Pelan insuran yang saya ambil adalah dari AIA, saya sempat juga tanya kat doctor diorang ambil insuran apa dan insuran apa yang hospital suka… jawapannya adalah PRUDENTIAL.

Saya juga tanya doctor, pelan insuran yang diorang ambil tu bayar lebih kurang RM500 sebulan. Tapi kira cover semua benda.

Yang pelan saya dari AIA (yang saya bayar RM300 sebulan), ada beberapa perkara dia tak cover seperti saya nak sewa katil untuk rawatan di rumah (ni katil sama macam kat wad), saya nak beli WALKING FRAME (yang saya guna untuk berjalan atau tongkat 4 kaki tu)

3 malam kat ICU, pindah 2 malam ke HDU dan last sekali 5 malam kat wad single, termasuk kos rawatan, ubatan, consultation, fisioterapi, wad, makan dan minum semua sekali nak dekat RM16k!

Semua kos RM16k tu, INSURAN saya yang bayar! Saya tak perlu keluarkan duit saya.

Yelah saya dah subscribe bulan-bulan bayar RM300 kat insuran, so apa gunanya.

Masa tengah sihat, bila kena bayar insuran RM300 rasa bengang je… sebab tak nampak benefit dia. Tapi bila dah kena macam ni, barulah saya FAHAM dan nampak betapa pentingnya INSURAN ni.

Ok, cukup pasal insuran. Macam nak promote insuran la plak.

Saya just SHARE sahaja, terpulang pada anda.

5] EMERGENCY SAVING

Yang ni PENTING SANGAT-SANGAT. Insuran ni macam-macam. Kalau nak jadi dia kata tak cover atau dia kata kena pakai duit sendiri dulu, lepas tu dia bayar kemudian… anda kena standby duit EMERGENCY SAVING.

Kalau menabung tu, yang memang kena buat TABUNG KHAS untuk EMERGENCY.

Jangan campur tabung ni dengan tabung duit bercuti, duit nak simpan buat haji ke, umrah ke… jangan campurkan. Buat tabung KHAS.

Benda ni just incase kalau insuran anda tak cover atau kena guna duit sendiri dulu dan satu lagi lepas anda balik dari hospital, dalam proses untuk recover… of course saya tak boleh start buat kerja PERFECT macam biasa.

Ianya ambil masa.

Time ni, segala bil elektrik, bil air, bil internet, bil phone… dan macam-macam lagi bil dan overhead kad kredit, kereta semua kena bayar.

Diorang tak peduli anda boleh kerja ke tak.

So, masa ni anda perlukan EMERGENCY SAVING tu. 

Dengan adanya duit ni, anda boleh ambil masa rehat untuk recover sepenuhnya. Takde lah risau nak kena kerja walaupun anda tak sihat 100% lagi.

6] Bisnes Mudah Bagi DUIT BESAR.

Kita tak tahu berapa lama proses untuk recover. Kalau seminggu dua takpe… bergantung pada sakit yang anda hadapi, mungkin proses recover anda ambil masa berbulan.

So, EMERGENCY SAVING pun akan surut.

Untuk make sure anda boleh top up duit nak survive ni, anda kena ada bisnes yang anda boleh buat dengan mudah dan boleh buat DUIT BESAR.

Ada banyak bisnes online yang anda boleh cari dan usahakan dari sekarang.

Saya PERSONALLY buat bisnes online Produk Digital – Ebook dah lebih 15 tahun dan bisnes nilah yang support hidup saya setiap hari, bantu saya bayar insuran, prepare duit saving dan macam-macam lagi yang saya perlukan.

Saya tak nak cerita lebih pasal Bisnes Produk Digital ni, tapi kalau anda nak baca pasal bisnes yang banyak bantu saya dan bisnes yang mudah buat DUIT BANYAK boleh baca tentang bisnes ni KAT SINI.

Saya Dalam Proses RECOVER

Saya minta maaf banyak-banyak pada semua followers saya yang tak dapat hubungi ofis, admin saya sepanjang tempoh KEHILANGAN SAYA ni. InsyaAllah ofis saya dan saya akan beroperasi semula, cuma momentum tu agak slow sikit la. Harap anda memahami.

Terima kasih juga pada anda yang wasap ofis doakan perkara-perkara baik untuk saya.

Moga-moga apa yang saya SHARE dalam post ni dapat update anda tentang keadaan saya dan moga tips yang saya post dapat beri manfaat dan peringatan untuk saya dan followers saya.

Ada duit, kalau tak sihat pun tak best… lagi teruk kalau takde duit dan tak sihat lagi tak best.

Saya doakan anda yang baca post ni diberikan kesihatan, dilindungi Allah, diberikan rezeki yang banyak, dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Sepanjang saya terlantar kat ICU, saya ingat sampai bila-bila…

Hanya Allah Sahaja Yang Boleh Bantu Saya. Takde Duit Ringgit, Takde Kuasa dan Daya Yang Boleh Menggerakkan Saya Kecuali Allah Sahaja.

Alhamdulillah.