Ni dia penangan BISNES ECOMMERCE – produk fizikal bila anda lakukan bisnes ni dengan cara yang betul…
Best kan?
Ok, ok, ok… saya bukannya buat ecourse ni dan dihujung ecourse ni nak jual ebook atau produk digital pasal bisnes ecommerce ni.
Saya just nak SHARE je dalam ecourse ni tentang macamana, apa yang anda kena buat, kena ada supaya bisnes ecommerce anda ni boleh buat sales banyak macam tu.
Sebelum tu, saya kenalkan dulu diri saya incase kalau anda tak kenal lagi, nama saya Mohamad Hafis Anuar dalam dunia Internet Marketer, saya dikenali sebagai CikguHafis.
Ramai yang kita tengok dalam bisnes ecommerce ni buat sales yang macam ni.
TETAPI… lagi ramai yang buat bisnes ecommerce ni… APA PUN TAK DAPAT! Serius!
Saya bukannya buat ecourse ni nak sedapkan hati anda… saya bagitahu benda yang sebenar.
Dan… jangan salah faham, bisnes ecommerce walaupun senang tetapi ia bukannya sesenang yang anda fikirkan. Bukan setakat jumpa produk ni, lepas tu terus jual dapat sales… haha, tak dapat macam tu.
So, saya nak SHARE dengan anda base on pemerhatian saya, apa yang diorang ni buat untuk dapat sales banyak melalui bisnes ecommerce ni.
Jika anda orang yang sanggup bagi komitmen masa, duit dan usaha untuk bisnes ni… teruskan pembacaan anda. Jika anda rasa, anda tak boleh bagi komitmen untuk semua benda di atas… close je window ni. Buat kerja lain yang lebih bermanfaat untuk anda. Takde hal punya.
Ok, saya nak SHARE dengan anda 5 benda yang buatkan bisnes ecommerce ni BERJAYA!
First sekali, anda kena tahu… bila nak jual produk dalam bisnes ecommerce ni… anda kena tengok dulu DEMAND produk ni. Bukan main rembat je, bukan main syok sendiri je.
Market offline, dengan market online… berbeza. So, jangan buat andaian base on apa yang anda lihat.
Dalam bisnes online ecommerce ni, anda kena refer data. Baru boleh buat keputusan yang produk ni HOT atau tidak.
Ok, saya bagi contoh… macamana saya buat research produk tu HOT ke tak.
SIMPLE je… ni kalau guna FB. Baca dan fahamkan tips ni betul-betul…
Refer gambar ni ya…
1 – Masuk FB, taip kat search box (selalu korang guna untuk stalk ex korang kan… sekarang ni guna benda ni untuk buat duit ya). Taip keyword seperti bisnes, promosi, iklan dan yang sewaktu dengannya.
Lepas taip tu, akan keluar search result… pilih tab group. Cari group yang ramai orang yang berkaitan dengan keyword tu dan join group tu.
Bila request join group ni, mungkin ada group yang approve lambat sikit. So tunggu la ya.
2 – Lepas dah approve masuk dalam group tu, dalam group tu ada search box juga… kat sini masukkan keyword seperi order, wasap, beli, tempah, dapatkan dan yang sewaktu dengannya.
3 – Bila dah taip keyword tu, akan keluar semua post yang ada keyword yang anda taip tu. So, kalau dalam contoh ni.. saya taip order, so semua post yang ada perkataan order akan keluar.
Haaa… dah keluar, tengok komen. Yang mana post menjual produk, yang ada ramai orang komen PM, nak beli (menunjukkan produk tu memang HOT)
So, bila ada data macam ni… senang kita buat keputusan untuk pilih produk. Senang tahu produk ni ada demand ke tak. Senang kan?
Macam dapat soalan bocor bila buat teknik ni… senang-senang je dapat jawapan, ada orang tak nak beli produk tu. So, kalau kita ada produk sendiri, taip produk yang kita nak jual tu… tengok ada demnd ke tak?
Kalau data tak menunjukkan data yang BEST, maka elakkan lah… cari je produk lain… banyak lagi produk yang HOT yang anda boleh jual dalam kedai ecommerce anda.
Amacam belajar something dari apa yang saya SHARE ni? Haha… mesti tak sabar nak start dah ni… ok sabar dulu, baca dulu yang lain-lain ni… step yang seterusnya SANGAT PENTING kalau anda nak buat sales RM5Angka macam ni…
Ok, dah jumpa produk HOT tu, langkah seterusnya adalah…
Saya perhati… diorang yang buat ecommerce ni, kedai diorang tak lambak semua produk dalam satu kedai.
Yang selalu buat DUIT BANYAK ni, kedai ecommerce diorang ada satu produk je.
Contoh yang saya ambik je dari Google Images adalah kedai ni…
Kedai Ecommerce ni jual produk Teh Kurus je. Hanya satu produk jer yang diorang jual. Bukannya dalam satu kedai tu lambak semua bawak masuk krim putihkan muka, minuman cokelat untuk minda, tasbih digital semua sumbat dalam kedai tu.
Ini cara yang KURANG EFEKTIF untuk buat sales melalui ecommerce ni.
Bila nak setup kedai ecommerce, sebenarnya ada banyak PLATFORM yang anda boleh guna.
Yang biasa kita dengar mungkin WIX, WooCommerce, Magento dan macam-macam lagi.
Tetapi kebanyakkan yang buat sales ni dari bisnes ecommerce ni diorang gunakan platform Shopify.
1. Senang nak setup – Kalau anda jenis yang tak berapa mahir teknikal sangat, Shopify adalah yang paling mudah untuk setup. Tak perlu tahu teknikal coding dan sebagainya, anda dah boleh bina store ecommerce yang cun dan lengkap ready untuk buat sales.
2. Template dah sedia ada – Kat shopify ni, dah ada template website store ecommerce sedia ada yang anda boleh guna. Just tukar-tukar je produk dalam tu ke produk yang anda nak jual. Tak perlu buat from scratch. Template ni ada yang Shopify bagi PERCUMA, tapi kalau anda nak cun lagi… boleh pilih template PREMIUM… ni kena bayar sikit kat Shopify.
3. Apps Integration – dalam store ecommerce Shopify ni, anda boleh integrate dengan pelbagai apps untuk memudahkan proses jualan dalam store anda. Ada apps yang bertujuan untuk mempengaruhi keputusan membeli, ada juga apps yang bila anda integrate je… dah memudahkan proses anda kira kos delivery produk anda.
4. Marketing Tools yang POWER – dalam Shopify ni, anda boleh juga pilih apps yang membantu anda tingkatkan lagi jualan. Sebagai contoh anda boleh buat kupon, boleh simpan database prospek dan pembeli, boleh follow up prospek, buat email marketing, SEO… nak bagi store anda kat 1st page Google pun ada!
Dan macam-macam lagi kelebihan Shopify Ecommerce ni.
So, lepas je anda jumpa produk HOT tu, anda setup store ecommerce anda guna platform Shopify. CONFIRM senang.
Dalam ecourse ni saya tak ajar camne nak setup kedai ecommerce Shopify tu sebab tutorial dan step by step camne nak setup, anda boleh refer Shopify je.
Ok, seterusnya… nak SHARE dengan anda dalam store ecommerce tu, kena ada benda-benda ni… kalau takde memang payah buat sales! PENTING tau… baca ni sampai habis…
Yang saya SHARE kat anda ni saya dapat info dari sorang web designer shopify yang memang buatkan website ecommerce store untuk orang lain.
Biasanya, servis buat website shopify untuk orang lain ni banyak kat INTERNATIONAL je… yg tukang pasang pun kadang-kadang dari negara India atau America. Pengalaman saya deal dengan diorang ni… adakalanya website yang dia buat tu BAGUS, perform, buat sales dan sebagainya. Tetapi 90% yang pernah saya deal… dapat website tapi susah nak buat sales.
So, sekarang ni dah ada orang Malaysia yang buatkan website shopify dan lagi BEST dia siap research produk HOT dulu. Dia akan suggest produk HOT dan akan pasangkan Ecommerce Store untuk anda + dia akan guide sekali camne nak buat sales.
Memang BEST laaa… produk dia test, buat research dulu… test buat sales… dapat ke tak, lepas tu kalau ok, dia akan rekemen je store siap dengan produk sekali.
Saya tanya dekat dia direct, apa apps yang dia masukkan dalam shopify store tu yang boleh bantu pembeli yang dah dapatkan servis website dia buat sales dengan mudah dari shopify store yang dia pasang tu, so dia kata ada beberapa la, tapi dia bocorkan 3 apps je kat saya… huhu
1. Sales Pop Up – kalau pernah tengok kat website tertentu, masa tengok browse website, tiba-tiba keluar satu pop up kecik bagitahu cam ni…
Bakal pembeli akan nampak SOCIAL PROOF yang produk ni dah ada orang yang beli. Buatkan prospek pun terpanggil nak beli produk ni.
2. Loox Photo Reviews – bila anda masukkan apps ni, ianya akan buatkan stire ecommerce anda ada review section macam dalam gambar bawah ni…
Bila ada review macam ni, ianya akan meningkatkan keyakinan pembeli pada produk anda. Lagi ramai review bagus, lagi banyakla sales yang anda dapat dengan senang-senang je.
3. Omnisend – yang ni BEST tau! Apps ni akan bantu anda close kan sales secara AUTOMATIK bila apps ni follow up prospek anda.
Just set je APPS ni dalam shopify store anda, anda boleh follow up prospek anda yang masukkan barang dalam cart tapi tak buat bayaran, anda boleh follow up customer untuk beli lagi produk… buat REPEAT SALES!
Kalau ikutkan ada banyak lagi apps yang dia pasang dalam shopify store tapi, itu jer yang dia boleh SHARE kat saya.
Saya tengok juga hasil kerja dia sebelum ni, memang ramai client dia yang PUAS HATI dengan servis setup + product research + guide dari dia.
Nanti kat hujung ecourse ni saya SHARE sikit pasal servis yang dia buat ini. Mungkin anda boleh try nanti.
Ok, yang LAST ni paling penting. Kalau tak buat yang LAST ni, memang tak dapat apa. Satu sen pun tak masuk tau!
Jadi baca betul-betul yang bahagian last ni sampai habis.
Dah ada produk HOT, dah pasang kedai ecommerce Shopify dan dah install semua Apps yang boleh bantu anda buat sales banyak dengan mudah.
Untuk anda rasa duit dari bisnes ecommerce ni, apa yang perlu anda buat adalah promosi!
Kena faham dalam bisnes online ni, tak kira produk kita HOT camne pun dan kedai kita dah ada semua tools-tools yang BEST, tapi kalau kita tak promote, camne orang nak tahu dan camne kita nak buat sales!
Antara teknik PALING POWERFUL dan SANGAT PROVEN buat sales dari website shopify ecommerce ni adalah dengan gunakan FBAds. Dalam FBAds, ada beberapa objektif marketing… yang PROVEN adalah bila anda gunakan objektif CONVERSION macam dalam gambar ni…
Bila guna objektif tersebut, ni sales yang dapat dihasilkan…
Itu untuk SATU KEDAI, kalau 2 kedai… dah nak dekat RM20k sebulan! RM20k sebulan boleh buat banyak benda wooo… boleh settle hutang PTPTN, boleh buat downpayment kereta, boleh bayar kredit kad, boleh belanja mak ayah… macam-macam boleh buat.
Ingat tak pasal yang supplier/servis buat website SHOPIFY sebelum ni… saya yang suka dengan servis dia ni, bila dia guide buat FBAds ni sampai dapat sales. Anda just ikut jer.
Macam saya, untuk website ecommerce ni… saya takde masa sangat untuk research produk HOT, and saya malas nak ambik tahu pasal setup website ecommerce shopify ni walaupun ianya senang… kalau boleh tak nak sentuh langsung.
Cuma yang bahagian promotion ni sikit je… yang ni saya kena buat sendiri, sebab base on pengalaman saya, saya susah sikit nak percaya orang buat FBAds untuk saya. Takut dia burn duit tak tentu hala… so saya minta supplier saya ni guide jer saya. So, senang saya FOKUS untuk buat sales jer… yang lain semua dah ready.
Kalau anda boleh belajar dan buat sendiri… itu bagus lah. Tapi kalau anda macam saya, better guna duit jer untuk buat lebih banyak lagi duit.
Just nak SHARE sikit, untuk servis setup website ecommerce yang saya ambik dengan supplier saya ni TAK MURAH, ianya dalam RM5k – RM10k… ikut pada kedai, setup dan juga produk.
Tapi takpelah kalau satu kedai saya invest RM5K sekali je… lepas tu saya buat RM5k setiap bulan… berapa banyak dah saya untung! Kalau setahun, RM60k… tolak kos servis setup RM5k… UNTUNG BERSIH saya dah RM55k setahun.
Saya tak nak satu kedai je… 2 kedai barulah syok! Satu kedai RM55k setahun, dua kedai dah RM110k setahun!
Saya tengah deal dengan supplier website shopify saya ni untuk buat satu pakej DONE FOR YOU shopify website. Maksudnya, dia akan research produk, setup website, integrate plugin dan guide anda untuk buat sales.
Kalau ikutkan harga servis dia RM5k – RM10k, so dia bagitahu kat saya, kalau saya dapat 10 orang… dia boleh bagi SPECIAL PRICE sehingga 50% diskaun. Saya pun memang nak buat beberapa kedai… so that’s why saya nak ajak anda sekali… dapat 10 orang, boleh kita dapat diskaun 50% sama-sama.
So, kalau anda interested… jom bersama-sama dengan saya, kita order one shot, 10 orang… sorang bayar dalam RM5k cam tu je untuk satu kedai shopify. Kalau nak join order sekali dalam group, boleh KLIK SINI. Anda akan dimasukkan dalam list fb messenger saya untuk kita open slot order kedai shopify ni nanti. So, kalau dapat 10 tu, boleh saya submit kat dia… dapatlah kita diskaun banyak. Hehehe.
Ok, hopefully apa yang saya SHARE dalam ecourse ni dapat bagi anda sedikit pencerahan tentang bisnes ecommerce dan juga bagi anda sumber supplier saya untuk memudahkan anda SHORTCUT bisnes ecommerce ni.
Jumpa lagi. Saya doakan kejayaan bisnes anda. Amin ya rabbal alamin.