Kalau ikutkan, saya dah post apa yang saya SHARE kat sini dalam Facebook Group saya.
Tapi ada ramai yang PM admin wasap saya, Puan Dalia… diorang ni takde Facebook, dah tak pakai Facebook dan macam-macam lagi.
So, saya nak bagi semua followers saya dapat ketahui ilmu, teknik dan tsrategi terbaru yang saya guna dalam promosi link Affiliate OVERSEA.
Dari bulan September tahun ni, saya banyak buat TESTING, EKSPERIMEN untuk buat income USD. Saya try pelbagai cara promosi link affiliate dan saya juga try buat bisnes Ecommerce.
Ada banyak benda baru dan banyak peluang untuk buat income USD yang bakal saya SHARE tak lama lagi, yang anda boleh ambil kesempatan ni untuk belajar dan buat.
Dalam post kali ni, saya FOKUS just nak sampaikan step yang saya buat dalam Affiliate Marketing kat MARKET OVERSEA sampai saya boleh dapat komisyen USD macam ni…
Ada 4 step yang saya buat…
Saya guna Tik Tok Ads (PAID MARKETING) / Iklan BERBAYAR untuk teknik TERBARU ni.
Langkah pertama, saya kena buat dulu video promosi untuk Tik Tok Ads ni. Kat luar sana, ada banyak video AI yang anda boleh cari dan guna AI untuk buat video promosi tu.
Saya langsung tak beli apa-apa software AI yang boleh buatkan video AI tu, sebab saya takde masa nak study nak godek software AI tu.
Jadi apa yang saya buat adalah saya upah FREELANCE kat Fiverr.com untuk buatkan video promosi AI untuk saya.
Anda boleh dapatkan video Tik Tok Ads dengan harga kos serendah USD10. So pilih-pilihlah yang mana satu servis yang anda rasa OK untuk anda.
Dalam sehari dua, saya dah dapat video promosi untuk saya guna dalam Tik Tok Ads saya.
Video tu nampak kemas dan dapat menarik minat prospek Mat Salleh untuk masuk keTelegram Channel saya.
Yang LAGI BEST, saya tak yah tunjuk muka, tak yah cakap apa-apa pun. Sebab ENGLISH saya tak bunyi Mat Salleh… bunyi PENANG ada.
So, bila iklan keluar kat Tik Tok nanti memang MAT SALLEH akan rasa YAKIN sebab guna AI yang cakap memang bunyi Mat Salleh.
Untuk teknik TERBARU ni, memang guna 100% PAID ADS… iklan berbayar.
Paling laju dan berkesan sekarang ni adalah Tik Tok Ads. Jadi saya buat iklan menggunakan Tik Tok Ads.
Untuk iklan Tik Tok Ads ni, saya guna objektif TRAFIK. Saya TAK GUNA iklan yang terus promosi link affiliate saya.
Sebaliknya saya dapatkan ramai prospek masuk ke Telegram Channel yang saya buat. Telegram Channel milik saya sendiri bukan orang lain punya tau.
Untuk iklan berbayar ni, saya belanja USD20 SEHARI untuk satu iklan. Biasanya untuk bajet USD20 tu, saya boleh dapat dalam 20 orang prospek Mat Salleh sehari. Jadi hari-hari Mat Salleh akan masuk Telegram Channel saya macam ni…
NI PENTING!
Saya tak buat iklan guna Tik Tok Ads untuk terus promosi link affiliate saya. Sebab pengalaman lebih 10 tahun buat benda ni… saya susah nak dapat komisyen dengan buat iklan terus promosi link affiliate.
That’s why… saya buat iklan tarik atau umpan dulu prospek yang berminat untuk masuk ke Telegram Channel saya.
Sebabnya… saya boleh follow up dan promosi link affiliate saya berkali-kali pada prospek yang dah masuk dalam Telegram Channel saya tu.
Kalau guna kaedah promosi direct, iklan terus promosi produk… memang lah nampak straight forward… tapi bagi saya teknik ni, susah nak buat komisyen untuk produk digital.
So, bila saya buat iklan suruh diorag join Telegram Channel dulu… lebih mudah untuk saya dapatkan prospek masuk Telegram dulu.
Bila diorang dah masuk, saya boleh promosi pelbagai link affiliate pelbagai produk digital kepada diorang berkali-kali. Kalau buat iklan direct promosi tu, kalau diorang tak beli, saya keluar duit iklan buta-buta je.
Tapi kalau saya buat kaedah ni… at least saya dapat diorang masuk KOLAM saya. Lepas tu, saya boleh post dalam Telegram Channel saya tu berkali-kali pada bila-bila masa sahaja yang saya nak.
So, takde lah saya buang duit berkali-kali promosi pada prospek yang sama.
Bila Mat Salleh dah masuk dalam KOLAM (Telegram Channel) saya tu. Saya kena buat ayat copywriting yang dapat pujuk diorang beli produk tu melalui link Affiliate saya.
Kat sini… saya guna AI untuk bantu saya. Saya akan guna…
1] Google Translate
2] Chat GPT
Chat GPT perlukan arahan atau PROMPT untuk dia buat copywriting ENGLISH. Nak buat arahan dalam English tu camne plak?
So, that’s why saya guna Google Translate. Mula-mula saya tulis je arah tu dalam Bahasa Malaysia… lepas tu translate ke English.
Saya ambik ayat PROMPT tu dan paste kan kat Chat GPT.
Bila bagi PROMPT (arahan) yang betul dan spesifik, ChatGPT dapat berikan ayat copywriting yang sesuai untuk produk yang saya promosikan.
Saya tak pening kepala pun nak rujuk kamus ke tanya kawan yang pandai English. Saya bagi je kat ChatGPT… tak sampai 10 saat, dah siap ayat copywriting POWER macam OTAI Online Marketer Mat Salleh.
Saya copy paste je ayat tu masuk Telegram.
Prospek dalam Telegram tu yang baca, akan rasa minat dan klik link affiliate saya… dan jika mereka rasa produk yang saya promosikan tu bagus, mereka akan dapatkan melalui link affiliate saya tu.
Saya dapat komisyen USD.
So memang teknik ni pakai Video Tik Tok Ads AI + Tik Tok Ads (Iklan berbayar) ==> Telegram Channel + Copywriting AI = KOMISYEN USD.
4 step ni je. Itu je yang saya buat dalam teknik TERBARU saya ni.
Saya harap apa yang saya SHARE ni anda boleh try sendiri dan buat komisyen USD guna teknik TERBARU ni.
Kalau apa yang saya terangkan dalam post ni, anda masih tak dapat nak tangkap, tak dapat bayang… nak saya EXPLAIN step by step tunjuk apa yang saya buat supaya anda boleh follow, saya akan buatkan video tutorial step by step tunjuk apa yang saya buat dalam 4 step kat atas tu.
Video ni BUKAN PERCUMA.
Saya akan buka PRE ORDER pada 9 malam esok, Sabtu 9 Nov 2024 untuk 20 orang sahaja pada HARGA PRE ORDER sebanyak RM100 sahaja. Video ni akan saya rakam bermula Isnin ni 11 Nov 2024 dan saya akan berikan akses pada semua yang dapatkan video ni pada Jumaat 15 Nov 2024. That’s why pre order… sebab produk belum start record lagi.
So, bagi yang nak dapatkan video ni pada HARGA PRE ORDER RM100 untuk 20 orang sahaja, boleh masuk wasap group reminder PRE ORDER ni KAT SINI. Nanti admin saya akan REMIND anda dalam wasap group tu.