Assalamualaikum dan Salam sejahtera… CikguHafis di sini. 🙂Â
Dalam post kali ni, saya nak SHARE satu strategi marketing yang saya gunakan dalam bisnes online saya.
Startegi ni biasanya saya SHARE dengan details pada student coaching saya. Tapi saya just SHARE general idea tentang strategi ni pada anda dan hopefully anda boleh apply dalam bisnes anda.
STRATEGI yang saya nak SHARE ni FOKUS untuk anda yang ada bisnes dan nak dapatkan Prospek Targeted dengan mudah dan lepas baca je apa yang saya share ni, anda boleh test… and InsyaAllah kalau buat, on the spot boleh nampak result dia.
Jom saya SHARE strategi ni pada anda. Make sure baca sampai habis tau!
Ok cam ni… ramai orang terus je jual produk dengan harapan dapat sales terus on the spot. Well siapa tak nak kalau dapat cam tu… saya pun nak.
Biasanya ramai yang akan terus buat FBAds, cari influencer dan sebagaianya untuk terus jual barang mereka.
Cara ni tak salah tapi hakikatnya… pembeli sekarang makin cerdik. Biasanya kalau anda direct promote cam tu, kurang dari 5% yang akan beli on the spot. Sikit gilerr yang akan terus beli.
Yang lain tu, bukan tak nak beli, bukan produk anda tak bagus, bukan copywriting yang tak power… tapi sebenarnya disebabkan faktor GANGGUAN. Ehemm… bukan gangguan makhluk halus tau.
Gangguan yang saya maksudkan macam contoh-contoh ni…
Contoh 1:
Tengah buat kerja kat office, tengah surf internet cari maklumat untuk kerja, tiba-tiba nampak iklan anda… bila nak beli jer… alamak belum gaji lagi.
Contoh 2:
Tengah buat kerja kat office, bukak phone tengok ada orang share dalam wasap produk yang anda jual ni bagus. Tiba-tiba, ada call masuk… nak bagi kerja, customer terus lupa nak beli produk anda.
Contoh 3:
Di satu malam, prospek anda dah balik kerja… dah relax. Time ni dia layan INSTAGRAM, keluar promosi produk kesihatan yang anda jual, dia nak beli… tapi kena tanya HASBEN dulu. Hasben bagi green light tapi dengan syarat produk ni ada sijil KKM… selamat bila guna, so tak beli dulu… nk research then baru beli.
Ni antara contoh GANGGUAN yang berlaku dalam proses nak beli produk anda.
Ni antara contoh GANGGUAN yang berlaku dalam proses nak beli produk anda.
Ni saya nak cerita yang lagi teruk, bayangkan anda jual produk yang ada ramai agen… anda salah seorang agen kepada produk tu juga.
Saya ambil contoh mudah, katakan jual Tupperware. So, anda pun buatlah promosi gila-gila, sana-sini buat iklan promote produk tu. Labur FBAds sehari RM100, sebulan RM3,000 tu takde hal… dah biasa bagi anda.
Ni yang berlaku pada prospek anda… yang mungkin anda tak tahu. PENTING baca ni…
Prospek nampak iklan anda, memang nak beli pun. Tapi ntah macamana masa nak beli tu… ada GANGGUAN. Dia sempat ingat nama produk je, nama page atau website anda ingat sipi-sipi jer. Katakan anda letak nama fanpage anda Tupperware Kuala Lumpur.
Lepas prospek dah selesaikan GANGGUAN tadi, dia nak sambung beli. Masa tengah beli tu, prospek akan cuba ingat kembali…
Benda pertama yang prospek ingat adalah nama produk! Sebab benda tu paling penting untuk dia ingat untuk sambung beli produk tu tadi.
Terus terang… prospek tak ingat pun nama website atau page anda. Ingat pun sipi-sipi jer. Sebab dia nak beli produk bukan beli website anda. So, dari point of view prospek… ni normal. Kita tak boleh salahkan diorang. Diorang cuma ingat benda penting je untuk diorang. Saya percaya anda pun sama, kita cuma kisahkan benda yang penting jer.
So, dia ingat tapi tak berapa ingat… “tadi aku jumpa kat mana haaa? Tupperware KL kot” padahal page kita Tupperware Kuala Lumpur… dan untuk memburukkan keadaan lagi, memang ada page orang lain Tupperware KL. So dia beli kat sana.
Haaa… yang ni lagi BEST, dia cari Tupperware KL tak jumpa… “ahh malas lah… nak cari-cari kat Facebook ni… kan kawan ofis aku agen Tupperware” kata prospek.
Kawan dia kat office, tak pernah sekali pun promote Tupperware, dia cuma bagi tahu yang dia agen Tupperware sebab nak dapatkan Tupperware tu pada harga agen. Prospek kita terus call kawan office dia yang tak pernah promote Tupperware tu dan beli kat dia!
Apa cerita ni?
Buat marketing gila-gila, sanggup invest ribu-ribu nak promote iklan… attitude tu dah betul TAPI strategi tu MERUGIKAN. Hari-hari dapat 10 sales, tu dah bagus TAPI kalau hari-hari boleh dapat 50 sales dengan promote lek-lek je… nak?
Nak 10 sales sehari ke… 50 sales atau lebih lagi sehari?
Nak sales sekali tu je ke atau nak tiap-tiap bulan ada sales dari customer yang sama?
So, strategi yang saya nak SHARE ni lebih tertumpu untuk…
Nak macam ni? Kalau nak angguk sorang-sorang hehe…
Ok, meh saya explain apa yang perlu anda buat, betulkan dan apply sekarang. Benda ni senang je… tak susah pun. Habis je baca, boleh terus test.
Macam ni… dari sini, baca betul-betul tau
1st sekali kena ada INSENTIF! Insentif ni adalah something yang anda bagi pada prospek. Ya bagi jer… FREE!
Tapi dengan 2 syarat ni…
INSENTIF anda WAJIB patuhi kedua-dua syarat ni. Kalau tak, tak jadi… kalau jadi pun… merapu. Tak boleh pakai.
Saya bagi contoh simple…
Katakan anda buat bisnes jual produk turunkan berat badan. Kalau saya, INSENTIF yang saya fikirkan untuk bagi mungkin yang berikut ni…
Nampak tak kedua-dua insentif tu mematuhi syarat yang saya explain kat anda tadi. Dia berkaitan dengan produk yang saya nak jual dan ianya something yang prospek kita nak untuk selesaikan masalah berat badan dia.
Bila dah ada INSENTIF tu, kita nak bagi insentif ni pada prospek kita.
Laaaa naper plak? Lek, lek… baca apa yang saya nak SHARE ni, kat ujung nanti anda akan faham kenapa saya buat ni.
INSENTIF ni kita bukan main bagi je tau! Ada caranya, prospek targeted kena claim insentif ni.
Macamana prospek nak claim INSENTIF ni? Ok cam ni, ni simple je saya explain kat anda.
Untuk prospek dapatkan INSENTIF yang kita nak bagi FREE ni, dia kena bagi database kat kita. Contoh senang macam ni… kalau dia nak INSENTIF ni kena Wasap kita nak INSENTIF ni, dah wasap… baru kita bagi!
Haaa… dengan cara macam ni, prospek secara tak sedar bagi no. phone dia kat kita melalui wasap. Sekarang ni, nak tak nak, kita dah ada database prospek!
Dengan database prospek ni, tahu tak yang anda boleh promote kat dia berkali-kali.
Saya guna contoh wasap tadi, sebenarnya tak kisah pun anda nak simpan database ni masuk email, fb group, telegram group dan sebagainya. Tak kisah pun.
Janji diorang ni masuk dalam satu KOLAM DATABASE bertujuan untuk anda follow up!
Jadi bila ada GANGGUAN, masa diorang ni nak beli produk… anda boleh follow up semula atau remind mereka.
STRATEGI ni juga dapat maksimumkan RETURN OF INVESTMENT dari kos iklan anda.
Â
Katakan sebelum ni, anda spend RM3000 untuk FBAds terus ke page jual produk, bila iklan anda keluar pada prospek yang sama, anda akan dicaj. Caj berulang kali, padahal iklan pada prospek yang sama.
Tapi kalau anda tukar sikit strategi ni, sebelum ni terus ke page jual produk… kali ni, prospek dapatkan produk FREE dari anda. Terus tekan satu button je, dapat dah produk tu, dan anda pun simpan terus database prospek.
Database yang anda simpan tu, anda boleh follow up berapa banyak kali sekalipun tanpa perlu keluar bajet untuk promote pada prospek yang sama! Nampak tak?
Lagi BEST, bila anda follow up prospek anda dengan bagitahu benefit produk, bagaimana produk anda dapat membentu selesaikan masalah mereka… InsyaAllah mereka akan ingat anda dan akan cari anda untuk beli produk.
So, tak jadi lah kes macam agen Tupperware tadi! Prospek still tak ingat anda, tapi dia ada easy access untuk terus reach nak beli produk tu dari anda! Dia tahu, nak beli Tupperware, kan dia ni ada… beli jelah dari anda. Takde lah dia nak sibuk-sibuk cari kat Facebook page Tupperware orang lain.
Nampak kan? Hanya dengan sedikit adjustment ni jer… anda boleh tingkatkan sales lebih banyak! Dari 10 sales, jadi 50 sales atau mungkin lebih lagi. Dari prospek beli sekali je… kini prospek beli berkali-kali!
Dan lagi POWER, prospek siap INTRODUCE lagi kawan-kawan dia kat anda. Sebab anda EASY ACCESS. Hari-hari cerita tentang produk anda tu. Tak pasal-pasal dah dapat FREE MARKETING.
NOTE: Nak detail lagi pasal STRATEGI ni? Saya explain detail 3 malam berturut-turut KAT SINI.
So, saya selalu tekankan kat semua student coaching saya buat macam ni. Alhamdulillah, yang buat tu nampak la improvement dalam bisnes mereka.
Tapi terpulanglah anda nak try ke tak, Saya dah SHARE strategi ni secara simple kat anda.
Ada student coaching sebelum dia join coaching saya, dia buat strategi yang terus promote tu, dia bagitahu… sales dia tak berkembang, dari mula-mula… dia buat hari-hari maintain 20 sales jer, kadang-kadang kurang.
Lagi pelik, patutnya lagi banyak iklan… lagi bertambah lah sales. Tapi, sales tak naik pun. Customer beli sekali tu jer… kalau nak sales lagi dari customer yang sama, kena promote lagi, kena keluar duit lagi… padahal customer yang sama tu!
Buat bisnes nak bagi diri sendiri jadi kaya supaya boleh bagi duit kat mak ayah… tapi bulan-bulan asyik bayar kos marketing yang tak membantu tingkatkan lagi sales!
Paling kesian, mak ayah dia sakit dan perlukan duit untuk pembedahan. Tapi masa mak ayah dia perlu, dia tak dapat sediakan. Frust wooo… tapi nasib baik pembedahan tu minor. Tapi perasaan sebagai anak, bila tak dapat membantu mak ayah masa diperlukan tu… memang sedih, terkilan semua ada.
Memang betul kita kena promosi bisnes kita supaya boleh dapat sales! Tapi kalau silap cara promosi… macamana? Fikir-fikirkanlah.
Ok lah itu jer, nak share dalam post ni. Saya harap anda dapat belajar something dan apply segera dalam bisnes anda.
One last thing… kalau anda nak saya explain lebih banyak STRATEGI baru dan FRESH dalam Online Marketing untuk tambah lebih banyak sales anda, anda boleh KLIK SINI.
Ok sampai sini je SHARING saya. Jumpa lagi.