Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Cikgu Hafis di sini.
Dalam post kali ni, nak cerita tentang camne nak buat sales produk digital lebih banyak (2 kali ganda – 3 kali ganda) dari sales biasa. Apa yang saya bakal SHARE ni sangat-sangat membantu bagi NEWBIE (anda yang baru start) yang ada very limited budget untuk buat iklan promosi atau very limited time untuk buat kerja-kerja promosi.
Baca post ni sampai habis dan saya hara panda dapat belajar something dari apa yang saya share ni. Jom kita mula…
Ok, salah satu STRATEGI marketing untuk produk digital yang saya gunakan adalah dengan menggunakan agen untuk promosikan produk saya. Nama glamour untuk agen produk digital ni, kita panggil agen affiliate.
Apa yang BEST tentang agen affiliate ni adalah, kita sebagai yang buat produk digital ni dapat LEVERAGE bisnes kita dengan menggunakan konsep Other People’s Time & Other People’s Money.
Meh saya explain…
Masa saya mula-mula start bisnes produk digital ni, saya masih lagi mengajar Home Tuition, jadi saya mempunyai masa yang agak TERHAD untuk promosikan produk digital saya sendiri.
Yelah, siang kerja dari 9 pagi sampai pukul 10 malam. Jadi tak cukup masa untuk promote produk digital ni kaw-kaw. Kalau ada banyak masa, dah tentu saya akan promote punya.
Jadi bila kita ada ramai agen affiliate, mereka akan berlumba-lumba untuk promosikan produk kita. Katakan setiap agen cuma bagi masa promote produk kita 2 jam je sehari. Kalau kita ada 100 agen affiliate, maknanya… masa promosi yang kita dapat dari agen adalah 200 jam! Kalau buat sendiri… 2 jam je maksimum.
Bila ada banyak masa promosi, of course produk digital kita akan dapat traffic yang banyak. That’s why, sales pun banyak!
Dan… pada masa mula-mula saya START dulu pun, saya mempunyai very limited budget untuk iklan.
Saya FAHAM, kalau invest untuk iklan… promosi bisnes produk digital saya akan dapat sampai kepada lebih ramai orang. Bila promosi tu sampai kepada lebih ramai orang (audience), maka lebih banyak sales yang saya dapat.
Bila kita ada ramai agen affiliate, ada agen yang sanggup iklan kan produk kita di platform-platform tertentu supaya mereka boleh buat sales yang banyak.
Katakan seorang agen, hanya sanggup invest iklan RM20 je sehari. Kalau kita ada 100 agen, maka jumlah kos iklan yang agen kita invest adalah RM2000 sehari. Hoho… dengan kos iklan 2000 sehari, saya percaya bisnes produk digital anda akan dapat banyak traffic. Bila banyak traffic, banyak la sales.
Ada satu lagi yang kita LEVERAGE pada agen affiliate kita, yang mungkin ramai tak perasan adalah…
Setiap agen ada cara, strategi marketing masing-masing. Kadang-kadang strategi tu kita sendiri pun tak tak tahu. Dengan adanya agen, kita LEVERAGE juga pada knowledge marketing strategies dia.
Katakan dia tahu selok belok Instagram Marketing yang boleh dapat sales yang banyak, maka dia pun promote melalui Instagram. Kalau harap kita, nak belajar pulak teknik tu, nak apply pulak… mana ada masa nak buat semua benda tu.
So kita LEVERAGE pada pengetahuan marketing dia dan dalam masa yang sama leverage juga pada kerja-kerja marketing yang dia buat. Promosi pada bisnes produk digital kita dapat tembus pelbagai channel dan dapat reach / sampai pada lebih banyak audience.
That’s why, yang ketiga ni SANGAT POWERFUL.
Last sekali… saya ingat tadi dah habis dah taip. Sekali bila nak tutup perenggan ni, teringat satu lagi point penting kenapa agen affiliate boleh bantu orang baru dalam bisnes produk digital buat sales banyak dengan cepat.
Ianya adalah…
Biasanya agen affiliate akan mula promosi pada resources yang dia ada. Paling ketara bagi mereka, mereka akan start post atau promote dulu pada kenalan mereka. Tak kisahlah guna fb wall personal, promote dekat IG, promote kat wasap group dioran, telegram group diorang dan macam-macam lagi.
Diorang promote dulu pada kawan-kawan atau kenalan diorang ni.
Secara tak langsung, bila agent u promote kepada kenalan, ianya akan nampak seperti agent u yang rekemen produk digital kita pada kawan-kawan.
So, kawan-kawan atau kenalan mereka akan tertanya-tanya… “eh apa benda yang kawan aku sibuk share ni… klik jap la, baca jap lahh”. Disebabkan kawan dia yang post, dia pun nak cek.
Last-last TERBELI. Agen affiliate dapat sales, kita pun dapat banyak sales.
Nampak kan betapa pentingnya agen affiliate dan betapa banyaknya yang agen affiliate boleh bantu bisnes produk digital kita berkembang dengan cepat walaupun kita mempunyai limited time and money untuk start bisnes produk digital ni.
Nak start bisnes produk digital ni tak semestinya kita kena ada budget besar untuk marketing, tak semestinya kita kena ada masa banyak untuk promote, tak semestinya kena tahu banyak strategi marketing dan tak semestinya kena ada database atau kawan yang ramai.
PALING PENTING… kalau kita ada ilmu camne nak buat, InsyaAllah kita boleh susun strategi dan buat sales.
Minggu depan, saya nak SHARE depan skrin computer saya camne nak cari agen affiliate dan macamana nak buatkan diorang ni buatkan sales KAW-KAW untuk anda. Ya diorang cari sales untuk anda… anda cuma bakar-bakar je. Kalau interested nak follow apa yang saya akan SHARE next week ni, KLIK SINI.
Ok itu jer sharing saya kali ni. Hopefully anda dapat belajar something. Jumpa lagi next time. Bye.