Kat Mana Silapnya? Susahnya Nak Dapat Sales Online.

Boleh kata setiap hari, ramai yang mengadu bagitahu saya masalah ni.

So, saya rasa terpanggil untuk SHARE dengan anda kenapa jadi macam tu dan apa yang anda patut buat untuk improve cara promosi dan marketing produk / bisnes anda secara online supaya anda dapat TARIK ramai potential customer dan buat sales lebih mudah.

Baca apa yang saya SHARE ni dari awal sampai habis. Ianya mungkin dapat bantu betulkan cara anda faham kaedah promosi online dan memudahkan anda untuk buat sales.

Owhh by the way, kalau anda tak kenal siapa saya, atau mungkin pertama kali baca post saya… saya introduce sikit siapa saya…

Saya CikguHafis… 100% FULL TIME INTERNET MARKETER, speaker dan juga coach kepada ramai usahawan internet di Malaysia.

Ok that’s it. Short introduction je.

Berbalik pada apa yang saya nak SHARE dalam post ini…

Kalau anda guna FB sebagai platform untuk anda promosi, pernah tak anda tengok feed FB? Pernah tak scroll feed FB tu?

Perasan tak? bukan anda sahaja yang nak promosi bisnes anda secara online. Ramai lagi yang juga sibuk promosi bisnes mereka secara online.

Tengok ni… ni antara iklan or promosi yang lalu kat FB saya semasa saya tengah tulis post ni.

Produk-produk yang dekat atas ni, semuanya produk yang bagus-bagus. Takde masalah pun dengan produk, takde masalah pun dekat copywriting.

Ramai yang ingat,  bila dia tak dapat sales… dia ingat produk dia tak bagus, ayat copywriting dia tak power dan sebagainya. Padahal BUKAN itu silap nya.

Bila u buat iklan atau promosi macam ni… betul tak u nak terus close sales on the spot, terus nak orang bayar jam-jam tu juga? Betul tak?

Tengok FB u… lajukan? Iklan tadi yang u tengok… mungkin dah hilang entah ke mana… betul tak? Kalau search pun mungkin dah tak jumpa lagi iklan yang sama.

So, itu yang terjadi pada kerja promosi u tadi. Penat-penat promosi, tapi orang tak nampak promosi u, orang tak beri perhatian pun pada promosi u.

TETAPI… ada juga potential customer yang nampak, yang bagi PERHATIAN kat promosi u… lebih sedih ada yang memang minat, memang nak beli, tetapi ada…

GANGGUAN Dalam Proses Jual Beli…

Bukan produk tak bagus, bukan copywriting tak power… customer sebenarnya dah minat produk tu, nak beli dah produk tu… tapi ada GANGGUAN masa proses nak beli tu.

Gangguan yang saya maksudkan adalah…

Mungkin masa tengah nak beli, internet dia down…

Mungkin masa tengah nak beli, duit gaji belum masuk lagi…

Mungkin masa nak bayar, cek baki akaun… kalau bayar ni, tak cukup duit makan bulan ni…

Mungkin time tengah nak bayar, time tu plak anak menangis… jatuh lantai licin, kepala benjol. Takkan dia nak biar je anak dia jatuh… mesti cepat-cepat dia tengok anak dia dulu.

Tengah bukak online banking kat phone, tiba-tiba masuk call dari BOS atau dari Isteri… mesti dia pick up dulu call tu dan kemudian sambung.

Tengah nak bayar… tiba-tiba kawan cakap, “engkau nak bayar beli produk gebu kan kulit kau tu… produk tu ada sijil KKM tak? Cek dulu sebelum beli… kang tak pasal-pasal makin teruk atau ada side effect plak”… padahal produk kita ada semua tu, mungkin masa tu dia tak perasan pun anda ada mention benda tu kat iklan anda… so dia nak tengok dulu, nak selidik lebih lagi sebelum bayar.

Dan banyak lagi gangguan yang terjadi masa proses jual beli ni.

Hanya 2% je yang nampak iklan anda, yang akan terus COMPLETE proses sehingga bayar untuk beli produk anda. Yang lain-lain terganggu di pertengahan jalan.

Apa Yang Anda Buat Supaya Tak TERLEPAS Sales Tu?

Bila ada gangguan dalam proses jual beli online tadi…

Ada customer yang akan cuba cari anda… cuba cari iklan anda, cuba cari page anda.

Tapi macam saya cakap awal tadi… bukan anda je yang menjual, ramai lagi yang menjual… dan customer pun bukannya follow anda je, dia follow ramai lagi.

Ya customer cuba cari iklan, promosi yang anda buat tu… tapi bila dah cari seminit dua dan masih tak jumpa-jumpa juga… customer akan give up.

Anda rasa customer ada masa nak SAKIT KEPALA nak cari, nak beli dengan anda je?

So, bila dia tak jumpa… dia cari kat tempat lain.

Penat je anda promote sana sini, pagi petang siang malam… last-last orang lain dapat sales anda.

Tanya diri anda…

Ada tak anda buat LANGKAH AWAL supaya customer yang nampak promosi produk anda tu, senang cari anda lepas ni?

So, kalau ada gangguan apa sekali pun… gaji tak masuk lagi ke, batt phone kong ke… last-last kalau diorang nak beli produk tu, senang je cari anda, senang je jumpa… terus beli je dengan anda BUKAN cari tak jumpa-jumpa… last-last beli lah dengan orang lain.

Ada buat? Kalau takde… baca apa nak kena buat kat bawah ni

Ini Yang Anda Kena Buat Mula-mula Dalam Promosi Bisnes Anda…

If you want to change your result, change your approach!

So… cuba anda ubah cara promosi anda macam ni…

Perkara PERTAMA yang anda kena buat mula-mula sebelum anda START promosi adalah TARIK DULU potential customer ke satu tempat yang mana mereka boleh nampak promosi anda selepas ini dan mereka senang nak REACH anda (senang nak contact)… tak yah cari sana sini lagi… kalau dia nak beli produk anda, dia tahu camne nak terus direct cari anda.

Katakan dia nak kepastian, dah ada sijil KKM dan sebagainya… dia boleh terus pegi je kat tempat anda dan tengok ada tak sijil tu.

Kalau dia nak lebih info, senang je dia pegi tempat anda ni… dan baca je info kat sana. Tak yah nak google lagi ke apa ke… semua ada kat situ.

Katakan juga hujung bulan baru dia nak beli produk anda… baru dapat gaji. Bila customer dah berada, dah masuk dalam tempat anda… mereka senang contact anda terus. Dapat je gaji… terus je cari anda dan buat payment.

Nak lebih jelas? Ok ok ok,  saya bagi contoh ni… baca betul-betul.

Biasanya anda promosi terus jual produk, tetapi kali ini anda promosi TARIK POTENTIAL CUSTOMER dulu masuk ke satu platform.

Contoh mudah, katakan masuk dalam Whatsapp Group.

Bila POTENTIAL CUSTOMER masuk dalam wasap group, perasan tak kalau anda jadi ADMIN wasap group, bila anda post sesuatu kat wasap group tu, semua orang yang jadi members dalam group tu akan dapat notification anda. Ting! Ting! Ting! Apa yang anda post masuk ke phone mereka dan mereka pun baca.

So, bila kita buat macam ni…. kita tarik dulu potential customer kita masuk jadi members wasap group kita… apa-apa info, hebahan dan promosi yang kita buat selepas tu, semuanya mereka dapat baca.

Sebelum ni, kalau kita tak TARIK DULU diorang masuk platform kita, macamana kita nak FOLLOW UP diorang lepas diorang tengok post kita kat FB tu? Kita takde cara nak dapatkan semula customer yang terlepas tu.

Tapi bila kita TARIK DIORANG ni dulu masuk satu tempat, lepas tu kita boleh follow up mereka. Kalau sebelum ni diorang susah nak cari kita, sekarang ni diorang dah tahu nak cari kita kat mana! Tekan je, dah terus dapat.

Faham kan?

So yang mana customer kita sebelum ni ada gangguan nak beli produk kita, bila kita tarik diorang masuk dulu satu platform (wasap group, fb group, telegram channel dan sebagainya) kita boleh promosi pada mereka selepas tu.

Customer memang takkan ingat kita, customer memang takkan buang masa mereka untuk cari kita sampai dapat… tapi bila kita buat LANGKAH AWAL ni… sekurang-kurangnya kita dapat ingatkan customer pada promosi atau produk kita dan mereka senang nak jumpa kita bila mereka perlukan nanti.

Nak cerita sikit…

Puan Rohaya Harun, seorang kontraktor bina rumah banglo IBS.

Sebelum ni dia iklan di FB dan tempat-tempat lain lebih kurang macam ni…

Bayangkan iklan terus buat rumah banglo, nak minta orang bayar RM150k atau lebih jam-jam tu juga. Harap orang jumpa iklan, terus wasap, tak kenal lagi… tak tahu kontraktor ni boleh buat rumah ke tak atau just kontraktor KAKI KENCING je… terus boleh close buat sales banyak.

Hoho memang susah lah nak dapat sales!

Setelah berkali-kali buat cara yang sama, berkali-kali tak dapat apa… so dia decide untuk ubah cara approach, ubah cara promosi. Dia buat apa yang saya SHARE pada anda dalam post ni…

Dia TARIK DULU potential customer yang berminat nak buat rumah banglo IBS masuk dalam FB Group dia. Hari-hari dia promote siapa yang nak buat rumah banglo IBS, nak tahu apa nak kena buat dan sebagainya… dia suruh masuk FB Group dia dulu.

Dia buat teknik ni… dia dapat sales RM200k ketika FB Group dia baru ada 3000 orang members.

Asalkan dia post je tentang info, projek yang dia buat, progress perjalanan projek banglo yang lain…  boleh kata semua orang dalam FB Group tu nampak post dia.

Dan mereka akan selalu ingat yang dia kontraktor bina rumah banglo IBS. Apa-apa diorang dah ada dalam FB Group tu… so kalau diorang nak bina rumah banglo IBS, terus buka je FB Group ni dan terus jumpa camne nak contact.

Baru-baru ni, Puan Rohaya update saya total sales dia dah nak cecah RM1juta guna strategi ni. Dia bgtahu saya, customer dalam FB Group ni yang cari dia. Dia tak susah sangat post… hanya post kat FB group ni je dan itu pun post selang sehari je.

Nampak tak? Apa yang anda kena buat dulu ni supaya bila anda promosi bisnes anda secara online, anda tak terlepas customer dan senang buat sales.

Kalau nak saya guide anda STRATEGI ni dan juga strategi yang memang PROVEN bantu ramai student coaching saya buat sales online dengan lebih mudah, jom saya tunjukkan depan skrin anda keseluruhan strategi ni dalam kelas online yang anda boleh join DI SINI.

Moga apa yang saya SHARE dalam post ni membantu anda improve cara marketing bisnes anda secara online. All the best.