Apa yang dia buat sampai dapat macam tu?
Dalam Coaching Bisnes Online IMDPM, saya coach Hafiz Azman untuk buat 2 STRATEGI paling penting dalam bisnes online.
2 STRATEGI tu adalah
- Bina KOLAM CUSTOMER
- Bina HUBUNGAN dengan Customer
Hafiz Azman bina KOLAM CUSTOMER dia menggunakan Facebook Group dan Facebook Messenger.
Melalui FB Group, dia BINA HUBUNGAN dengan CUSTOMER melalui bagi INFO tentang produk dia. Dia SHARE dalam FB Group tersebut bagaimana dengan produk dia, dapat membantu menyelesaikan masalah customer dia.
Apa yang dia SHARE dalam group tersebut adalah, dia share tips, buat produk demo, video tentang info produk dia. Itu je.
Customer SUKA bila kita tunjukkan yang kita boleh bantu mereka untuk selesaikan masalah mereka. Sebab tu, bila Hafiz Azman post apa saja di FB group, ramai yang akan bagi perhatian pada apa yang dia SHARE (tak kisahlah dia tulis post biasa atau buat FB Live), ramai yang akan baca atau tengok post tersebut.
PENTING dalam bisnes online untuk dapatkan PERHATIAN dari customer. MONEY FOLLOW ATTENTION. Bila dapat banyak perhatian, maka senanglah untuk anda menjual pada customer anda.
LAGI BEST dia juga gunakan FB Messenger untuk FOLLOW UP customer. Bila apply strategi ni, dia dapat PM direct customer tentang produk dia, bagi info tentang produk dia supaya customer sentiasa ingat tentang produk yang dia jual.
Dalam IMDPM, saya guide student coaching saya setup sistem dan cara bagaimana nak guna satu sistem ni untuk follow up customer melalui PM FB mereka.
Itulah 2 strategi yang saya guide Hafiz Azman untuk improve bisnes online dia.
Kalau tahu STRATEGI je, TAPI tak buat, memang tak jadi apa.
Kenapa Hafiz Azman bersungguh-sungguh nak buat bisnes online ni sampai jadi?
Dia pernah cerita kat saya masa mula-mula dia start, dia dah buat pelbagai jenis bisnes dan bisnes yang dia buat tu tak kekal lama. Masa tu dia kabur, tak nampak jalan bisnes apa nak kena buat… dia takut kalau salah cara, mungkin bisnes dia akan lingkup lagi.
Pernah sekali tu, dia tak cukup duit untuk beli susu anak. Dia risaukan hidup dia dan family dia. Takkan selama-lamanya nak jadi macam ni. Kenapa orang lain boleh? Kenapa dia tak boleh? Apa yang tak kena? Apa yang kena buat supaya boleh keluar dari masalah-masalah ni… supaya boleh BEBAS.
So, dia ambil tindakan, dia TAKE ACTION. Masa tu dia start belajar strategi online dari salah satu panduan video yang saya buat masa tu. Mula-mula agak skeptikal juga, betul ke dengan panduan video ni boleh membantu… tapi dia tekad untuk cuba juga.
Alhamdulillah, dia terus apply apa yang dia belajar dari panduan video tu… dan duit hasil apa yang dia buat tu, dia beli susu anak dan kelengkapan keluarga.