Bisnes produk digital ni senang sebab…
No.1 – Tak yah nak modal stok – yelah nak start bisnes produk digital ni hanya perlu ada idea produk informasi apa yang anda nak buat berdasarkan minat pengetahuan dan pengalaman anda. Kalau anda suka memancing, why not buat ebook pasal teknik memancing, kalau anda pengetahuan dan pengalaman diet sendiri… so anda boleh buat produk digital berkaitan teknik diet tersebut.
Produk digital ni TAK SEMESTINYA macam contoh yang saya bagi sebelum ni… kena panduan pasal cari kerja je ke, kena panduan pasal pelaburan je ke, kena panduan pasal camne nak buat duit ker… tak semestinya hanya pada topik-topik tu sahaja.
Lagi sekali ikut pada minat, pengetahuan dan pengalaman anda sahaja.
So, anda hanya perlu taip atau rakam je dalam bentuk video dan bila dah siap… boleh terus jual dan buat untung! SIMPLE JE.
No.2 – Buat sekali, untung berkali-kali – produk digital ni anda cuma buat sekali jer… lepas tu boleh jual banyak kali. Ianya takkan kehabisan stok sebab produk ni dalam bentuk digital… mana pernah basi, mana akan habis.
No.3 – UNTUNG NAK DEKAT 100% – produk digital ni nak buat hanya gunakan computer je… kalau anda record video, kenalah ada kamera. Kamera kat smarphone pun dah ok.
So, investment pertama anda mungkin anda perlu ada computer untuk start bisnes ni.
Lain dari itu, bila anda jual ke produk digital… katakan harga setiap produk tu anda letak RM100.
Dapat jer duit customer, anda tak yah nak pergi bungkus produk, tak yah nak hantar produk pun. Dapat je duit, terus email link produk digital anda dan customer happy.
So, jimat masa dan kos untuk bungkus dan hantar produk. Setiap sales anda boleh dapat nak dekat 100% profit (tolak api, internet semualah)
Katakan anda berjaya jual 20 unit produk digital sebulan dengan harga RM100 seunit. Maka anda dapat RM2000 sebulan, katakan anda pakai UNIFI dan bil bulanan adalah RM250 dan bil api pula katakan RM100 sebulan.
Maka sales RM2000 – RM350 (bil unifi + api); jadi buta-buat jer anda buat net profit RM1,650 sebulan… itu kalau jual 20 unit jer… kalau lebih, lagi banyak la profit yang anda dapat.
No.4 – Strategi pemasaran yang SANGAT SUKAR untuk ditiru – produk digital ni senang giler nak di tiru… copy paste je. Tapi yang copy paste tu belum tentu boleh buat sales yang banyak macam pencipta produk digital tu sendiri.
Pernah ada satu kes ni, ada orang beli satu produk digital yang HOT ni lepas tu dia terus jual je produk tu kat platform seperti Mudah, Shoppee dan lain-lain. Lagi dahsyat, dia jual dengan harga 50% lebih murah.
TAPI… takde orang nak beli. Sebabnya… ada something yang product owner offer yang kalau orang lain ciplak cam tu jer… CONFIRM tak dapat benda tu dan benda tu lah yang paling penting. Sorry saya tak boleh SHARE open pasal strategi ni… bahaya.
Kalau nak tahu nanti, boleh download ebook FREE yang saya bagi kat hujung page ni dan join FB Group saya nanti.