Selalu orang tanya soalan ini pada saya… yang mana dulu? Nak start bisnes online ni berdasarkan niche atau produk?
Kalau nak debate tentang benda ni… memang tak habis.
Tapi yang selalu saya advice pada student coaching saya adalah pilih niche dulu berbanding produk.
Sebab… kalau pilih produk, kita akan stuck dengan produk tu jer. Tak boleh jual produk lain dalam niche yang sama.
Contoh macam ni… katakan anda start bisnes online ni dan anda pilih nak jual takaful je. Normally, anda akan buat facebook page, website, akaun instagram pun letak nama bunyi-bunyi takaful atau ada perkataan takaful.
Contoh nama facebook page, akaun Instagram – Hisham Agen Takaful
Contoh website – TakafulKualaLumpur.com
Bila buat macam ni… anda sebenarnya LIMITKAN DIRI anda pada jual produk takaful sahaja.
Bayangkan ada produk lain yang lebih kurang produk takaful ni, katakan insuran… anda tak boleh offer dalam page tu. Sebab anda dah LIMITKAN DIRI anda hanya pada TAKAFUL sahaja.
Tapi kalau anda pilih NICHE dulu berbanding dengan produk, lain ceritanya. Jom saya explain guna contoh mudah…
So, kita tukar sikit… dari asyik guna perkataan TAKAFUL je… kita brand kan dengan nama Hisham Perunding Kewangan, Jom Urus Wang dan sebagainya.
Bila kita tukar je dari Hisham Agen Takaful kepada Hisham Perunding Kewangan atau letak nama Jom Urus Wang… kita ada banyak pilihan produk dalam niche tersebut.
Kita boleh jual TAKAFUL (of course), jual insuran, jual servis consultation kewangan, boleh jual produk digital tentang kewangan, buat kelas pasal camne nak manage kewangan (at the end dalam kelas tu jual pula TAKAFUL)… macam-macam boleh buat. Nampak kan?
So, bagi saya lebih BEST kalau pilih niche berbanding dengan produk. Lebih banyak pilihan untuk kita jual pelbagai produk dalam niche yang sama. Takde lah stuck kena jual satu benda tu je… tambah plak kalau benda tu… Tuhan je yang tahu camne susahnya nak jual.