Bismillahirahmanirahim…

Tak semestinya mula bisnes produk digital kena idea sendiri TAPI kalau ada, lagi bagus! Kalau, takde, jangan jadikan isu ni sebagai batu penghalang untuk anda mulakan bisnes ni.

So, saya nak SHARE sedikit idea yang anda boleh cuba untuk mulakan bisnes produk digital ni walaupun anda tiada idea produk digital sendiri.

Idea #1 – Joint Venture

Saya ada beberapa student coaching saya yang memang nampak peluang besar dalam bisnes produk digital cuma mereka tiada idea sendiri, kalau ada pun… terlalu sedikit untuk dijadikan produk digital.

Tapi ini bukan alasan… mereka tahu bagaimana nak marketkan produk digital ni, so diorang cuma perlu dapatkan idea je.

Apa yang diorang buat, adalah diorang cari someone yang ada idea, ada pengalaman dan pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu bidang tapi tak tahu nak pasarkan idea tersebut sebagai produk digital.

So, bila jumpa orang tersebut… mereka discuss tentang bagaimana untuk JOINT VENTURE (JV) atau mereka bayar untuk dapatkan content dari content creator tersebut.

Saya bagi satu contoh…

Ada sorang student coaching saya ni, seorang lelaki dan dia tak berapa cekap dalam dapur. Senang cerita… masak air pun boleh hangus (orang lain tak boleh buat, dia boleh buat) hehehe…

Dia nampak peluang yang besar dalam produk digital niche masakan. So, dia approach kawan ofis dia dan minta tolong isteri kawan ofis dia yang memang buat bisnes makanan buatkan content dalam bentuk ebook resepi dan video cara-cara penyediaan resepi dan masakan tersebut.

Well of course… bila deal macam ni, bukannya FREE atau pun minta bantuan ikhlas. Sebab tak adil lah… bagi content creator kerana idea yang mereka berikan adalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri. So… kenalah deal nak bagi 50-50 ke, 60 -40 ke, atau setiap sales dapat 10% ke… atau sekali buat , terus bayar RM2k ke.

Barulah orang yang nak buat content tu nak tolong buatkan video dan bagi resepi dia. Kalau setakat, tolong je… tak dapat idea, tak adillah sebab kepakaran, idea, kerja yang dia buat untuk siapkan produk tersebut untuk anda.

So, student coaching saya ni… deal setiap sales dia bagi 20% pada content creator. Supaya content creator ada interest untuk jawab pertanyaan dan bagi service after sales.

Idea #2 – Agen Affiliate

Anda boleh jadi agen kepada mana-mana produk digital. Kalau tak tahu macamna nak jadi agen, tanya terus pemilik produk samada mereka ada bukak tak peluang untuk jadi agen affiliate untuk promosikan produk digital mereka.

Biasanya nak jadi agen affiliate ni, PERCUMA sahaja. Register nama anda dan lain-lain benda yang diperlukan dan anda dah boleh start bisnes produk digital dengan promosikan produk orang lain.

Dari segi komisyen, untuk jualan setiap produk… anda boleh buat sales sehingga 100% komisyen (yang ni rare… bergantung kepada pemilik produk) TAPI kebanyakkan program affiliate di Malaysia hanya akan bagi komisyen sehingga 50%.

Maksudnya anda promosikan sesuatu produk digital, dan anda berjaya dapatkan sales. Katakan produk digital tersebut beri komisyen 50% dari sales. Maka, sales yang anda buat untuk jualan satu produk adalah RM50.

Kalau produk tu harga RM200 dan komisyen adalah 50%, maka anda buat RM100 komisyen. Kalau nak buat RM2000 sebulan, anda kena buat 20 sales je sebulan.

Nak cari program affiliate ni, anda boleh cari je kat Facebook dan tapi keyword affiliate ATAU kalau anda jumpa je mana-mana produk digital tapi tak tahu kat mana nak register jadi agen, terus hubungi pemilik produk tersebut dan tanya dia pasal nak jadi agen.

Idea #3 – Resell Rights

100% PROFIT!

Resell Rights adalah Hak Menjual Semula. Maksudnya anda juga boleh jual produk digital tersebut dan buat 100% profit sebab anda mempunyai hak jualan semula.

Yang ni SHORTCUT gila untuk bisnes produk digital. Sebabnya, anda tak perlu fikirkan idea sendiri untuk cipta produk tersebut… anda hanya perlu tahu macamana nak promosikan produk ni sehingga dapat sales.

Lagi BEST, sebaik sahaja anda dah dapatkan Resell Rights ni… anda boleh jual semula dengan harga yang lebih tinggi dari produk asal.

STRATEGInya… yang ni saya pernah bagitahu student coaching saya… anda tambahkan BONUS produk digital berkaitan supaya keseluruhan pakej tu, ada added value. So, anda boleh naikkan harga jualan.

Kalau diorang beli direct dengan owner produk, dapat produk tu jelah… tapi kalau beli dengan anda… siap ada BONUS EXTRA lagi. So added value ni yang akan membuatkan customer lebih cenderung beli dengan anda.

Yang TAK BEST nya… di Malaysia ni memang agak sukar nak dapatkan Hak Jualan Semula – Resell Rights untuk sesuatu produk digital.

Sebab… yerlah owner produk tu penat-penat buat produk digital untuk dia jual dan buat profit TETAPI bila buka resell rights, seolah-olah dia bagi peluang orang lain bersaing direct dengan dia – bersaing dengan produk dia sendiri. Macam senjata makan tuan pulak.

So, kalau ada produk digital yang buka Resell Rights, cepat-cepat anda grab Resell Rights tersebut. Anda mungkin tak jual produk digital tu straight away… TETAPI anda boleh jualnya anytime jer di masa depan atau mungkin anda boleh combine beberapa produk digital resell rights ni dan buat COMBO SALES.

Ok hopefully apa yang saya SHARE dalam post ni dapat bagi anda beberapa idea untuk mulakan produk digital walaupun anda tiada idea sendiri atau tak yakin dengan idea anda. Anda boleh cuba dan apply dalam bisnes anda.

LAST SEKALI, incase kalau anda nak start bisnes produk digital niche Internet Marketing dan nak guna produk-produk digital saya dan nak buat 100% profit, anda boleh dapatkan details dalam wasap group KAT SINI.

Ok itu jer yang saya nak SHARE dalam post ni. Jumpa lagi.