Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Saya XXXXXXXXXXXXXXXXXXX, 100% FULL TIME Internet Marketer.

Pertama sekali saya nak ucapkan selamat datang ke Ecourse Mudahnya Buat Online Sales.

InsyaAllah dalam ecourse ni saya nak SHARE pada anda tentang bagaimana nak mulakan bisnes online dengan cara yang PROVEN boleh hasilkan banyak sales untuk bisnes yang sedang anda buat sekarang.

Tak kisah lah anda buat bisnes bantal ke, bisnes pop corn ke, bisnes keropok lekor ke, jadi ejen takaful, insuran, bisnes MLM, bisnes produk kecantikan, kosmetik, makanan… InsyaAllah boleh follow apa yang saya SHARE ni dan apply dalam bisnes anda.

Dan tak kisah juga… kalau anda start berniaga ni samada produk ni produk anda sendiri, atau jadi ejen orang lain, jadi orang tengah ke, reseller ke, affiliate ke… pun boleh follow apa yang bakal saya SHARE ni. Don’t worry ok.

Ecourse ini SANGAT SESUAI untuk anda yang baru nak cuba berniaga online, atau anda yang dah berniaga online tapi still tak nampak hasil sangat.

Tanpa buang masa lagi… jom kita teruskan ya. Make sure baca betul-betul supaya anda jelas dengan apa yang saya cuba sampaikan.

PENTING: Untuk baca ecourse ni, tak perlulah terkejar-kejar. Kalau anda tengah sibuk, ada urusan yang nak handle sekarang ni… selesaikan dulu urusan tu. Boleh  baca ecourse ni kemudian. Sebab… saya nak anda betul-betul bagi masa pada diri anda untuk hadam apa yang saya cuba sampaikan. Benda ni perlukan FOKUS anda. Kalau tak boleh baca sekarang, baca kemudian supaya anda boleh faham betul-betul.

Dah ok? Boleh saya mula? (kalau boleh, angguk 3 kali sorang-sorang.. )

Cabaran Berniaga Online

Nak berniaga online bukannya mudah!

TETAPI… kalau tahu caranya, ada ILMU, segala-galanya InsyaAllah akan lebih mudah dan anda FAHAM dan JELAS setiap tindakan yang anda buat akan menuju kepada penghasilan jualan untuk bisnes anda.

Bila kita tak tahu apa yang kita buat, main hentam je ikut apa orang cakap, tu yang buatkan aktiviti promosi bisnes online kita jadi SESAT BARAT.

Perkara yang sama berlaku pada diri saya ketika saya mula-mula berniaga online. Ini cabaran yang saya hadapi dulu…

CABARAN 1 : Tak Tahu Nak Jual Kat Mana

Masa saya mula-mula berniaga dulu, persoalan pertama yang bermain kat dalam kepala otak saya ni adalah kat mana saya nak jual produk saya ni?

So, disebabkan tiada ilmu… saya main hentam je… akibatnya, 3 bulan yang pertama, saya menemui jalan buntu dalam bisnes online saya. Saya promote je produk saya ni di mana-mana, asalkan ada ruang untuk promosi, saya akan sibuk promosi.

Saya buka akaun Facebook, masuk forum, masuk FB Group… semuanya terus jual, jual, jual.

Ada juga yang saya tengok, diorang yang baru ni, dia share dengan saya… dia promote kat Instagram, komen kat pos artis, iklankan produk dia kat ruangan komen tu, tak pasal-pasal je kena kecam… peminat artis tu pun kecam, artis tu pun kecam promosi dia… yelah sebab cara promosi tak betul, bayangkan… anda masuk rumah orang, tak ketuk pintu, tak bagi salam… terus jual produk, kan biadap namanya tu. Betul tak?

So, bagi orang baru nak berniaga online, mereka tak tahu kat mana sebenarnya nak promote produk atau bisnes mereka. Tersalah tempat, boleh menyebabkan langsung takde sales dan lagi sedih kalau kena macam tu, kena banned, kena kick group dan lain-lain.

Don’t worry, baca ecourse ni… saya akan explain STRATEGI yang betul untuk anda buat. Teruskan bacaan anda.

CABARAN 2: Tak Tahu Cara Promosi Yang Betul

Yang ni MASALAH BESAR! Kalau salah cara promosi, anda akan buatkan customer cabut lari jauh-jauh. Tak kisahlah produk anda bagus ke tak, orang akan lari jauh-jauh.

Nak tanya sikit… pernah tak anda lari dari SALESMAN? Haha… pernah kan?

Contoh paling ketara… kalau anda masuk shopping complex, 10 orang salesman dah beratur kat satu lorong ni… bila orang lalu je… diorang promote produk diorang, siap ikut lagi orang tu.

CONFIRM anda seram nak lalu lorong tu. Betul tak? Kalau boleh tak nak lalu pun.

Sama je dengan promosi bisnes secara online. Ramai yang meniaga online tapi ramai yang susah betul nak dapat sales.

Katakan anda masuk dalam Facebook, anda scroll je phone anda… anda dah nampak, orang ni jual water filter, orang ni jual tudung, orang ni jual baju, orang ni jual kerepek, orang ni jual kek dan macam-macam lagi.

Bila nampak banyak iklan, terus dalam hati anda akan berkata “ahh… ni iklan, ni pun iklan, ni pun iklan”, secara automatic, jari anda akan scroll atau swipe je nak tengok benda lain, jari anda CABUT LARI.

Nampak tak? Persamaannya dengan SALESMAN tadi tu.

Jadi, camne nak buatkan customer nampak produk anda dan yang paling penting BAGI PERHATIAN pada promosi anda!  Yang ni PALING MAHAL.

Yang ni lah, yang ramai orang GAGAL buat dalam bisnes online, buatkan customer tak nak tengok pun promosi dia.  

Jap gi saya explain dan bagi contoh macamana anda boleh dapatkan ramai orang nampak dan bagi PERHATIAN pada promosi anda. Teruskan membaca, banyak benda yang saya akan SHARE ni.

CABARAN 3: Camne Nak Dapatkan Ramai Orang Beli Produk Anda

Bila kita berniaga secara online ni, kita nak dapat sales yang banyak! Bukan setakat, janji ada satu dua sales sudah.

Bila kita tak tahu kat mana nak jual produk kita, bila kita tak tahu camne nak buatkan customer bagi perhatian dan tertarik nak beli… maka memang susahlah kita nak dapat sales atau jualan yang banyak.

So, dalam ecourse ni saya akan explain apa yang perlu anda tahu untuk buat sales yang banyak – RM5Angka sebulan dari produk atau bisnes yang anda jual secara online.

Jom saya bantu anda…

SOLUTION 1: Jual Kat Sini…

Baca bahagian ni betul-betul sebab benda ni PENTING untuk mulakan perjalanan untuk berjaya dalam promosi bisnes anda secara online. Tak betul yang ni, memang akan effect semua sekali.

Kena FAHAM, bila kita berniaga online… kita berniaga dengan orang. Bukan dengan sistem atau ROBOT! Ada orang yang membeli produk kita.

Saya cakap benda ni sebab, masa saya mula-mula dulu, saya ingat buat je akaun Facebook lepas tu tinggal je… adalah yang akan beli nanti, duit akan masuk. Hah! Betapa silapnya saya masa tu.

So… kalau nak berniaga online, nak dapat jualan yang banyak… kena tahu kat mana tempat yang betul, nak jual produk anda!

Baca ni betul-betul… tempat yang anda nak jual produk tersebut mestilah RAMAI ORANG!

Saya bagi 1 contoh…

Jamaludin Hakim, mula-mula berniaga online tak tahu nak start dari mana. Produk dah ada, dan produk pulak memang bagus. Tapi tak tahu kat mana nak promote.

Jadi, dia follow strategi ini… mulakan dengan promosi di Facebook Group. Tarik orang masuk ke FB Group.

Sebabnya bila guna Facebook Group, ramai POTENTIAL CUSTOMER yang INTERESTED boleh masuk ke Group tu. Lagi ramai yang masuk, lagi tinggi potensi kita untuk buat jualan yang banyak. Dalam 2 minggu je, Jamaludin Hakim dah ada 1000 lebih orang yang masuk ke FB Group dia.

Selain dari itu, dalam FB Group ni juga, POTENTIAL CUSTOMER yang masuk adalah customer yang berminat dengan produk kita. Jadi diorang yang nak masuk dalam group tu adalah diorang yang nak tahu pasal produk kita, ada offer ke, ada diskaun ke dan sebagainya.

Bulan pertama Jamaludin Hakim promosi bisnes dia guna FB Group, dia berjaya hasilkan jualan sebanyak…

RM14,250 Dalam 3 Hari 1st Time Buka Jualan!

Antara sebab lain kenapa saya advice guna FB Group adalah kerana jualan berterusan. Saya nak anda bukan setakat boleh jual produk sekali sahaja! TETAPI saya nak anda boleh jual produk anda berkali-kali.

So, bulan yang seterusnya… Jamaludin Hakim berjaya buat hampir RM15k lagi.

Total Sales 2 Bulan Dah Almost Cecah RM28,000!

SOLUTION 2: Camni Cara Nak Promosi.

Sekarang ni dah tahu, kalau nak berniaga secara online, perkara pertama yang anda kena buat adalah jual di tempat yang ramai orang. Kalau tempat tu tak ramai orang, anda tarik dulu orang masuk ke tempat tu.

Bila dah ramai, janganlah buat tempat tu macam tempat iklan. Yang ni yang buatkan orang CABUT LARI!

Kena FAHAM, dalam online ni… bukan kita je yang jual produk! Orang lain pun jual produk juga. Kalau cara kita promosi dah sama dengan orang lain, tu yang susah nak dapat jualan.

Contohnya… ejen jual water filter, diorang ni kalau promosi mesti letak poster water filter. Jadi bila scroll je kat online, orang dah tahu… nampak je gambar water filter terus orang buat kesimpulan… “ni jual water filter la ni…” terus dia scroll atau swipe je. Taknak tengok pun.

Kan dah tak dapat perhatian customer! So, camne nak dapat perhatian customer, supaya customer tengok, baca dan bagi perhatian pada post kita?

Ni yang nak cerita ni… baca betul-betul ya…

Kak Rohaya, seorang kontraktor rumah banglo, dia nak dapatkan customer untuk tengok dan bagi perhatian pada promosi dia.

So, kalau kontraktor yang tak tahu strategi yang saya bakal bgtahu pada anda ni, dah tentu iklan buat rumah dia macam ni…

Kalau tengok je post camni lalu kat Facebook, Instagram dan lain-lain, mesti anda dah tahu kan… ini iklan buat rumah ni… betul tak? Dan apa yang kebanyakkan orang buat, adalah orang scroll atau swipe je ke atas. Tak nak tengok. Tak nak ambik tahu… sebab IKLAN.

Kak Rohaya follow strategi ini untuk buat post yang langsung tak iklan, tapi buatkan ramai orang nak baca dan bagi perhatian pada promosi dia padahal tak nampak macam dia tengah promote pun.

Dia tarik HIGH POTENTIAL CUSTOMER masuk FB Group, lepas tu dalam group tu, dia hanya SHARE tentang aktiviti bisnes kontraktor dia sahaja.

Baca ni betul-betul, dalam FB Group dia… dia SHARE tentang cara bagaimana nak pilih kontraktor rumah, dia share tentang tips berunding dengan kontraktor, proses bina banglo di tanah sendiri.

Dia juga tunjuk aktiviti dia melawat projek yang dia buat sebelum ni. Dia tunjuk video projek yang dah siap. Takde pun iklan macam yang iklan anda nampak tadi tu.

Nak tahu apa kesan cara promosi ni pada POTENTIAL CUSTOMER anda?

Orang guna Facebook, Instagram dan lain-lain ni sebab mereka nak lepak. Mereka nak bersosial. Dah nama pun media social.

So, kalau iklan yang macam tadi tu, memang susah sikit nak pergi.

Tetapi bila Kak Rohaya, SHARING content berkaitan dengan produk dia… post dia mendapat perhatian. Sebab mereka yang baca post tu, mereka tak rasa macam baca iklan, tetapi mereka seolah-olah macam baca suatu artikel atau post just untuk dapatkan informasi sahaja.

Jadi mereka akan bagi PERHATIAN dan lagi best bila mereka tekan butang SHARE (share pulak pada kawan-kawan)… secara tak langsung, macam bisnes atau produk anda di rekemen oleh kawan mereka.

Siap tulis lagi “bagus kontraktor ni, kalau nak buat rumah… ambik dia”

Ni yang terjadi pada Kak Rohaya bila dia apply strategi yang saya guide dia ni…

Berjaya Close Projek RM200k

Bila cara promosi kita betul, customer SUKA dengan kita. Dia tak rasa macam kita ni SALESMAN kat shopping complex tu, bahkan lagi BEST… customer sendiri yang akan SERAH KEPALA cari kita. Tak susah-susah pun kita nak promosi pada mereka.

Gabungkan 2 Strategi Ni Untuk Dapatkan Banyak Customer & Buat Banyak Sales!

Sampai kat sini, anda dah tahu secara BASIC bagaimana untuk buat jualan secara online.

Untuk buat lebih banyak jualan, mudah sahaja. Banyakkan lagi buat apa yang saya SHARE dalam solution 1 & 2 tu.

Kelebihan gabungkan 2 strategi ini adalah anda boleh hasilkan lebih banyak jualan, dapat customer repeat beli produk anda, boleh follow up customer untuk beli lagi dan kesannya pada bisnes anda adalah anda boleh hasilkan jualan yang KONSISTEN setiap bulan.

Jika anda nak ikuti penjelasan lanjut tentang teknik dan strategi ini ataupun ingin mengetahui pelbagai teknik dan strategi PROVEN TERKINI online marketing, saya kerap SHARE teknik dan strategi yang saya jumpa dan buat secara PERCUMA setiap minggu. 

Jika anda berminat nak follow teknik dan strategi ini, anda boleh masuk ke Wasap Group khas untuk diingatkan tentang post-post tips, teknik dan strategi yang  bakal saya post nanti. So, takdelah anda terlepas teknik dan strategi TERKINI yang saya buat.

Join wasap group ni dengan KLIK SINI.