KUASA CONTENT MARKETING

Assalamualaikum dan salam sejahtera. CikguHafis di sini.

Pertama sekali selamat datang ke ECOURSE KUASA CONTENT MARKETING. Dalam ecourse ini saya just nak SHARE kepada anda bagaimana anda boleh gunakan CONTENT MARKETING untuk tarik lebih ramai prospek, close sales lebih mudah dan buat Multiple Streams of Income.

Apa yang bakal saya SHARE dalam ecourse ni mungkin ramai yang tak tahu atau tak perasan betapa POWER nya kesan nya dalam bisnes online. Make sure baca sampai habis dan anda boleh apply terus dalam bisnes online anda.

Jom kita mula…

Apa Itu Content Marketing?

Sebelum saya explain tentang bagaimana nak guna content marketing dalam bisnes online, saya rasa elok saya explain tentang apa itu content marketing supaya anda JELAS tentang konsep ini.

Content marketing adalah pemsaran menggunakan content. Maksudnya… anda tak terus jual produk tetapi anda bagi sesuatu informasi berkaitan produk (secara laungsung atau langsung)… mereka yang hadam content… kadang-kadang tak sedar, tak perasan yang anda sedang menjual.

Saya bagi SATU contoh mudah…

Saya follow beberapa channel memancing di Malaysia. Almost setiap hari saya akan buka dan tengok channel ni kerana asyik nak tengok diorang ni memancing.

Content yang mereka bagi adalah mereka tunjuk aktiviti mereka memancing dan sambil tu mereka ajar sikit-sikit tentang teknik memancing.

Dari sini, saya dapat belajar tentang teknik memancing dari video yang mereka buat.

Tapi… Camne diorang nak dapat duit kalau asyik share content jer?

So, dalam content mereka yang menunjukkan aktivit memancing ikan tersebut… mereka akan mention rod yang mereka pakai, umpan yang mereka pakai, baju, kamera kelengkapan meancing yang mereka guna. Semua yang mereka mention tu… ada dalam LINK di bahagian description video mereka.

Tak terkejut pun… link tu adalah link ke website mereka yang mereka jual produk alatan memancing dan kelengkapan yang lain. Kalau tak jual produk mereka sekalipun, mereka mungkin akan berikan link affiliate untuk produk memancing tersebut, di mana jika anda yang tengok video mereka, klik pada link tersebut dan beli melalui link tu, mereka akan dapat komisyen.

Bukan setakat video memancing jer… dah banyak dah bentuk CONTENT MARKETING ni yang ramai orang pakai sekarang ni yang PROVEN buat sales yang banyak.

STRATEGI nilah yang saya nak SHARE dengan anda, dan saya nak tunjukkan POTENSI betapa bestnya CONTENT MARKETING ni untuk bisnes anda.

Dah ready? Sebut YES YES YES… dalam hati :).

KUASA CONTENT MARKETING TARIK & BINA DATABASE PROSPEK

Tak ramai yang tahu bagaimana nak gunakan CONTENT MARKETING dengan SANGAT EFEKTIF untuk tarik dan bina database prospek.

Puan Raeisha… nak gunakan CONTENT MARKETING untuk tarik prospek dalam bisnes Training Baking – Kek Lapis. Dia merancang untuk jual produk digital seperti video step by step buat Kek Lapis, Kelas Baking Kek Lapis dan juga Peralatan Membuat Kek Lapis dan Kek-kek lain.

Jadi… apa yang saya guide dia buat adalah, saya minta dia buat satu ebook resepi Kek Lapis yang simple. Ebook tu tak sampai pun 20 muka surat.

Dan cara bagaimana Puan Raeisha gunakan ebook ini sebagai CONTENT MARKETING untuk tarik database prospek adalah… dia berikan ebook ini secara PERCUMA!

TAPI… ebook ni tak diberi macam tu sahaja! Ebook ni diletakkan dalam Facebook Group. Jika mereka nak ebook ni, kena request untuk join Facebook Group ni.

So, Puan Raeisha pun promosi kat Facebook guna LEAD ADS tentang ebook PERCUMA ni dan mereka boleh dapatkan dengan join Facebook Group yang dia buat.

Kesannya… dalam 2minggu sahaja, Puan Raeisha dapat kumpulkan 2700 prospek dalam database dia.

Amacam? Dapat belajar something?

Nampak tak, dia jadikan ebook dia sebagai tools content marketing yang dia gunakan sebagai UMPAN untuk tarik prospek masuk ke dalam Kolam Database dia.

Bayangkan anda gunakan STRATEGI yang sama, anda bagi CONTENT berkaitan dengan produk yang anda nak jual… syaratnya, kalau prospek anda nak content tu, kena masuk wasap group ke, fb group ke, telegram group ke… atau tak kisahlah platform mana yang anda nak guna untuk kumpul database prospek.

Prospek yang anda dah kumpul dalam database ni, boleh tak anda nak follow up mereka? Boleh tak anda nak promosi pada mereka dengan mudah? CONFIRM boleh!… sebab mereka adalah prospek yang targeted dan mereka yang INSTERESTED pada niche produk anda.

Dengan cara macam ni… senang tak anda nak dapat prospek? Ramai tak nak jadi prospek anda?

Haha… dapat sesuatu kan?

Ok jom saya explain seterusnya…

KUASA CONTENT MARKETING CLOSE SALES LEBIH MUDAH

Ini pula kisah Soom Pong Damri… seorang Kontraktor Bina Rumah Banglo… (gambar ditengah berbaju kelabu)

Of course dia nak gunakan CONTENT MARKETING untuk dapatkan ramai prospek dan close sales untuk servis dia bina rumah banglo idaman mereka di tanah mereka sendiri.

Jadi pada peringkat awal, saya suggest dia untuk buat satu ebook berkaitan dengan panduan bina rumah banglo idaman. Ebook tu hanya setebal 20 muka surat je.

Dalam ebook tu, dia SHARE secara ringkas step by step bagaimana proses untuk bina rumah banglo. Dari membeli tanah, dokumen sampailah ke mencari kontraktor.

Dia explain dalam ebook tu apa yang prospek kena buat dan monitor sepanjang progress menyiapkan rumah bangle tersebut. Secara tak sengaja, Pong explain berdasarkan bagaimana company dia buatkan rumah untuk customer mereka. Apa yang mereka boleh buatkan untuk customer mereka.

Pong guna strategi yang sama saya tunjukkan pada Puan Raeisha, dia berikan ebook dia secara PERCUMA dengan promosi di Facebook dan dia dapat hampir 500 orang prospek tak sampai 2 minggu.

Dari prospek yang dia dapat ni, 2 orang prospek call dia dan minta dia buatkan rumah BANGLO untuk mereka.

Kalau ikut perancangan awal Pong, dia bagie book PERCUMA ni nak dapatkan prospek untuk dia jual produk digital tentang panduan lebih lengkap dan detail tentang bagaimana nak bina bangle… tapi tak disangka-sangka… ada orang call dia untuk minta dia buatkan banglo untuk mereka.

2 buah banglo ni setiap sebuah bernilai RM500k. Senang-senang je dapat TOTAL SALES RM1juta hanya guna CONTENT MARKETING sahaja.

Amacam… nampak tak?

Content marketing bukan untuk produk digital je… content marketing sesuai untuk semua jenis produk. Tak semestinya jual ebook je kena content marketing.

Bila guna CONTENT MARKETING, prospek anda tak perasan pun yang anda sedang menjual tetapi sebaliknya hanya perasan seolah-olah anda sedang berkongsi atau berikan dia nasihat tentang sesuatu.

Secara PSIKOLOGI nya… bila kita hanya dengar perkongsian atau pun mendapat nasihat… minda kita di program untuk menerima input berbanding kalau kita terus SERANG PROSPEK kita, minda prospek awal-awal lagi akan BLOCK dan whatever yang kita cakap, walaupun bagus… minda dia akan reject.

That’s why guna CONTENT MARKETING, lebih mudah buat sales sebab prospek buka minda untuk terima input dari kita dan bila kita berjaya buatkan mereka nampak sesuatu dan say yes pada info kita, kita dah menang!

Amacam? Belajar something dari apa yang saya SHARE ni?

Ok seterusnya, saya nak explain tentang bagaimana CONTENT MARKETING boleh berikan anda Multiple Streams of Income.

KUASA CONTENT MARKETING MULTIPLE STREAMS OF INCOME

Dari content marketing, ianya boleh jadi PINTU MASUK kepada banyak cabang income dalam bisnes anda.

Jom saya explain guna beberapa contoh ni…

Contoh 1: Ustaz Afnan

Salah seorang student coaching IMDPM, Ustaz Afnan nak promosikan produk digital yang boleh membantu ramai orang untuk menguasai hafazan quran dan juga bacaan tajwid dengan cara yang betul.

Jadi dia menggunakan CONTENT MARKETING untuk tarik prospek masuk ke dalam FB Group. Saya guide dia bagaimana untuk BUILT RELATIONSHIP guna Content Marketing dalam FB Group.

Caranya… setiap hari Ustaz Afnan akan SHARE 3 content pada 3 waktu berbeza… pagi, petang dan malam. 3 content tersebut adalah sebahagian dari apa yang dia ajar dalam produk digital yang dia hendak jual.

So Ustaz Afnan buat benda ni selama 2 minggu. Apabila dia buka jualan untuk produk digital dia… ni yang dia dapat…

Saya ada seorang lagi Ustaz macam Ustaz Afnan, dia buka setakat nak promosi produk digital jar orang mengaji bahkan dia ada buat Kelas Mengaji. Jadi selain dari jual produk digital, dia pun nak dapatkan ramai orang datang ke kelas mengaji.

Jadi dia gunakan STRATEGI yang sama macam Ustaz Afnan.

Yang BESTnya… kelas mengaji dia sentiasa penuh dan jadual kelas pun penuh.

Disebabkan content marketing juga, dia TAK SANGKA… dia akan dapat client private coaching yang nak dia ajar mereka mengaji di rumah mereka. Mereka ni adalah ahli perniagaan yang memang sibuk di waktu siang, jadi mereka dapatkan servis Ustaz ni untuk datang ke rumah mereka seminggu sekali. Satu FAMILY belajar mengaji bersama Ustaz ni. 2 Jam satu sesi.

Kini… Ustaz ni dah ada 5 orang guru mengaji dalam company dia yang ajar mengaji di sekitar Ampang.

Contoh 2: Fazli Tauke Ais Krim

Ni BEST! Fazli langsung tak sangka jadi macam ni! Mula-mula dia Cuma buat bisnes jual produk digital pasal bisnes ais krim dan juga resepi ais krim sahaja.

Untung dari produk digital dia sahaja dah cecah nak dekat RM20k dalam beberapa hari je.

Tapi dia ingatkan setakat jual ebook je, dari ebook ni pula ramai yang minta dia buat kelas.

Katakan, setiap kelas ada 20 orang dan setiap seorang perlu bayar yuran pendaftaran RM300. Kat sini Fazli dah buat sales RM6000 sehari.

Masa dalam kelas tu, Fazli demo bagaimana dia buat ais krim menggunakan mesin yang dia bawa. Mereka yang tengok demo ni pulak tanya kat man nak beli mesin tu. Jadi Fazli pun ambil kesempatan yang dia tak sangka dengan mengambil order untuk beli mesin. Sebuah mesin dah RM3000. Kalau dapat 5 orang, tak ke RM15k.

Dah beli mesin, ada pulak yang tanya… boleh tak bagi Personal Coaching atau Consultation untuk mereka sebab mereka ni bukannya buat ais krim di rumah untuk makan dalam family… mereka ni buat ais krim untuk dijual dan ada antara mereka ni mempunyai café sendiri. Jadi mereka perlukan Fazli untuk coach mereka dan juga staf mereka tentang resepi dan cara untuk handle mesin tu.

Katakan coaching ni Fazli caj dengan harga RM3000 untuk coaching selama sebulan. Let’s say ada 10 orang yang join… tak ke RM30k.

Kalau kita kira POTENSI funnel Multiple Streams of Income yang Fazli boleh buat…

RM71,000 tu sebulan tau! Kalau setahun, katakan 10 bulan je dapat macam ni yang dua bulan tu kira tolak cuti yang macam-macam kat Malaysia ni… POTENSI boleh pergi RM710,000 SETAHUN!

Banyak tak? Asalnya bermula dari menjual SATU produk digital jer.

Ni lagi satu… (selingan je)

Ada sorang student coaching bisnes ebook – IMDPM saya ni, tahun 2018 dia start buat GRAB.

Pagi kerja office, petang sampai tengah malam layan GRAB dalam KL. Kira sempat jumpa anak dengan bini dalam mimpi jer.

Dia tak happy dengan hidup dia sebab takde masa bersama family. Dia terpaksa keluar kerja time gelap dan balik rumah pun dah gelap.

Dia cerita kat saya, masa Ramadhan tahun 2018… orang sibuk cari pahala kat masjid, dia sibuk cari duit sebab masa raya banyak nak pakai duit. Orang sibuk jadi HAMBA ALLAH, dia sibuk jadi HAMBA DUIT.

Dia decide untuk TERJUN mulakan bisnes produk digital pada akhir 2018.

Produk digital dia share content tentang tips kereta (jual beli kereta recond, panduan GRAB, tips penjagaan kereta… dan dia jual produk-produk berkaitan dengan kereta) <== dalam satu niche yang sama je

Alhamdulillah tahun 2019, seminggu sebelum nak puasa, dia berjaya buat sales RM17k.

Katanya… Ramadhan tahun 2019 ni bolehlah terawikh setiap malam kat Masjid. Habis kerja terus bawa anak bini ronda bazaar Ramadhan… tak buat Grab lagi lepas balik kerja.

Lagi BEST bila nak raya, masuk lagi RM16k seminggu sebelum raya. Tahun sebelum ni, cukup-cukup jer duit nak balik kampung. Tapi tahun 2019 ni… siap balik kampung, bagi duit sikit kat mak ayah sambut raya.

Dia cakap kat saya tahun 2020 ni, nak target bisnes produk digital yang dia buat sekarang boleh maintain buat RM30k sebulan. Dah nampak jalan… tinggal nak take action jer. Kalau 2020 dapat maintain RM30k sebulan… maybe dia nak consider untuk FOKUS FULL TIME bisnes produk digital.

Untuk pengetahuan anda,  produk digital adalah salah satu cabang CONTENT MARKETING. 100% student coaching IMDPM guna strategi CONTENT MARKETING untuk launch produk digital mereka dan buat sales RM5Angka dalam 7 hari launch.

Contoh LAST ni PALING DAHSYAT! U kena baca sampai habis.

Salah seorang student coaching IMDPM saya, seorang lelaki buat CONTENT MARKETING dalam niche masakan yang dia sebenarnya ZERO KNOWLEDGE dalam bisnes tu. Dia tak reti masak tapi boleh SUCCESS dalam niche masakan ni.

Ceritanya begini…

Abang ni memang nampak potensi content marketing ni boleh jual macam-macam dalam niche masakan. Dia nampak boleh jual ebook resepi, jual video resepi, jual kelas memasak, jual barangan memasak dan macam-macam lagi.

TAPI… cabarannya adalah dia tak pandai masak.

So, saya bgaitahu kat dia, ada cara untuk buat benda ni… di mana cari orang yang boleh buat CONTENT tu. Orang yang boleh sediakan CONTENT tu dan faham jelas selok belok CONTENT tu.

Jadi, dia ada seorang kawan office yang mana isteri kawan office dia suka memasak dan buat bisnes sambilan masak bermacam-macam jenis masakan. Kira macam tere semua lah.

So, dia JV dengan kawan dia dengan deal setiap sales dia bagi %. So, anda pun boleh cari kawan atau partner anda yang boleh bagi content dan ada discuss dengan mereka % yang mereka dapat setiap sales. Mungkin anda boleh bagi 50-50 dengan dia… sebab dia bagi CONTENT tau… so banyak kerja yang dia buat dan kita pula buat marketing sahaja base on apa yang kita tahu.

Mula-mula dia tarik 3000 prospek dalam masa 2 minggu jer dengan bagi FREE EBOOK pasal resepi kek, dia TARGET pada suri rumah yang nak tahu resepi kek dan juga nak tahu macamana nak dapatkan sales dgn mudah masa mulakan bisnes kek.

FREE EBOOK tu umpan CONTENT MARKETING dia, lepas tu… mereka ni akan masuk ke kolam database email dan juga FB Group dia.

Sales produk digital yang dia JV yang pertama tak sampai sebulan apply strategi CONTENT MARKETING ni berjaya HIT SALES RM20k.

Lepas tu, dia JV pula dengan yang buat CONTENT tu untuk produk digital yang seterusnya… produk tu dalam bentuk video ajar SATU RESEPI je.

Video tu dijual dengan harga RM200! Sehari sehingga ke hari ini, purata dia dapat dalam 5-6 orang beli produk tu setiap hari. Meh kita kira, RM200 X 5 orang: RM1000.

Lepas tu, dia pakat dengan JV partner dia untuk buat kelas memasak. Kelas tu caj RM300 per sesi. Ye memang dia tak tahu memasak, jadi content dalam kelas tu, partner dia yang bagi.

Setiap sesi, partner dia boleh handle 10 orang jer. RM300 X 10 orang: RM3000. Satu sesi kelas memasak ni cuma 4 jam je. Jadi dia buat sehari 2 sesi dan kelas ni dibuat pada Sabtu dan Ahad pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

Meh kita kira…

RM300 X 10 ORANG X 2 SESI X 2 HARI X 2 HUJUNG MINGGU:

RM24,000 SEBULAN!

Itu baru DUIT KELAS je… dalam kelas tu, partner dia gunakan perlatan memasak seperti oven dari Amway, yang mana dia adalah ejen produk dari Amway, dan juga guna bekas Tupperware… pun jadi ejen Tuuperware juga… so mereka yang datang kelas memasak ni rasa sendiri bagaimana memasak menggunakan peralatan-peralatan ni.

Tak pasal-pasal, setiap kali kelas… dapat sales jual oven, jual Tupperware. Lagi satu, kalau macam Loyang, peralatan kek lain-lain pun diorang akan jual.

Nampak tak kat sini… dah lah dapat duit kelas, dapat pulak duit jual oven, dapat pulak duit Tupperware dan dapat pulak duit tepi jual peralatan kecil untuk memasak.

Yang LAST ni diorang tak sangka, disebabkan jadi ejen amway dan Tupperware… bila anda hit target sales, company akan bagi anda BONUS dalam bentu duit dan kadang-kadang dapat travel oversea. WOWWW! Kiri kanan, atas bawah, depan belakang… semua dia makan.

Nampak tak betapa besarnya potensi guna CONTENT MARKETING ni mula-mula untuk produk digital je… lepas tu, dah dapat sales untuk produk lain-lain pula.

Last sebelum saya tamatkan SHARING saya ni…

Saya SHARE kisah yang anda baca ni pada Student Coaching- Nora Azmin tahun lepas dan saya bagi dia idea serta sedikit sebanyak guide dia STRATEGI dan dia buat benda yang sama…

Ni yang terjadi pada bisnes dia… guna CONTENT MARKETING untuk tarik prospek…

Ni sales permulaan yang dia buat lepas sebulan…

Dan ini pula adalah sales yang dia buat hampir setahun.

Amacam? BEST TAK?

Kalau ikutkan ada banyak lagi yang saya nak SHARE dengan anda pasal CONTENT MARKETING ni.

Saya harap apa yang saya SHARE pada anda dalam ecourse ini dapat bagi anda idea dan manfaat untuk bisnes anda.

Jika anda nak belajar STRATEGI ni lebih detail,  macam mana saya coach student coaching saya sehingga mereka buat sales RM5Angka ke RM7Angka, anda boleh KLIK SINI.

Jumpa lagi dalam ecourse yang lain-lain. Saya doakan kejayaan dalam bisnes online anda. Amin ya rabbal alamin.