Assalamualaikum dan Salam sejahtera. CikguHafis di sini…
Ini adalah ECOURSE PENDEK pengenalan tentang Bisnes Produk Digital – Ebook.
Saya harap dengan ecourse ni, ia dapat buka minda anda tentang satu peluang bisnes online yang boleh berikan income yang SANGAT LUMAYAN.
Ecourse ni tak panjang… pendek je, namun begitu saya nak anda berikan tumpuan penuh pada apa yang bakal saya sampaikan dalam ecourse ni.
Make sure anda baca slow-slow supaya anda dapat faham dan nampak potensi bisnes ni.
Kalau anda baca ecourse ni dalam keadaan anda sedang berkejar-kejar, tengah bz buat beda lain dan sebagainya… saya nasihatkan anda STOP baca dulu. Boleh baca semula bila anda dah betul-betul ready.
Kerana… saya tak nak anda rushing dan disebabkan anda nak cepat, anda habiskan pembacaan anda dengan tergesa-gesa dan akhirnya anda tak faham lansung tentang bisnes produk digital ni.
So, kalau anda belum ready… STOP dulu! Sambung bila anda betul-betul dah ready yer.
Bagi anda yang dah ready, berikan sepenuh tumpuan, baca satu per satu apa yang bakal saya SHARE kat sini.
Jom kita start… Bismillahirahmanirahim.
Dalam bisnes online terdapat 3 jenis produk.
Pertama… PRODUK FIZIKAL. Boleh kata majoriti, ramai orang start berniaga online dengan menjual produk fizikal. Contohnya… baju, kasut, bekas makanan, gajet, tudung, baju sukan, kereta, perabot, rumah.
Semua tu produk fizikal. Senang cerita, produk yang anda boleh sentuh, rasa dan lain-lain.
Kedua… PRODUK SERVIS. Produk servis adalah jenis perkhidmatan. Contoh ada orang berniaga servis plumbing, ada yang buat home tuition, ada yang ajar mengaji, servis babysitter, pest control, repair rumah dan macam-macam lagi.
Biasanya mereka gunakan platform online untuk promosi servis yang mereka offer pada customer mereka.
Ketiga… PRODUK DIGITAL. Produk ni hanya wujud dalam bentuk digital je. Dan tak ramai orang tahu tentang bisnes ni.
Produk digital ni adalah produk yang hanya boleh di akses secara digital sahaja. Contoh… ada orang buat video tutorial ajar orang macamana cara nak pakai tudung pelbagai fesyen, ada orang buat ebook yang share resepi masakan western, ada orang buat kelas online secara LIVE ajar orang tentang macamana nak mengaji Al Quran.
So… produk-produk ni hanya boleh di akses secara digital sahaja.
Ok camni…tengok gambar2 di bawah… tengok satu per satu… tengok betul-betul.
Contoh #1 – Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Ini adalah contoh salah satu produk digital dalam bentuk ebook. Dalam produk digital ni, ianya mengandungi maklumat tentang content berkaitan bagaimana nak lulus temuduga di sektor kerajaan.
Ramai orang yang sedang cari kerja, yang nak kerja kerajaan memang cari informasi ni. Diorang nak tahu, apa prosedur nak apply kerja kerajaan, diorang nak tahu kat mana nak apply dan banyak lagi benda yang diorang nak tahu.
Jadi disebabkan ini, content ini boleh di pakej kan dan dijadikan satu produk. Bila ada orang beli produk ni, mereka akan dapat akses ebook dalam bentuk .pdf yang mereka boleh buka melalui computer mereka atau baca ebook ni dalam phone mereka.
Contoh #2 – Video Tutorial Panduan Takaful
Dah tentu dalam ni ada content tentang bagaimana nak memilih pelan takaful yang sesuai untuk keluarga.
Jadi, bagi mereka yang mencari info berkaitan bagaimana nak pilih pelan takaful yang sesuai untuk keluarga mereka, video panduan ni sangat berguna untuk mereka.
Jika anda seorang ejen takaful, selain dari cari orang join takaful under anda… anda juga boleh menjual ebook ni sebagai salah satu produk tambahan untuk bisnes anda. Dah lah jual video panduan pasal takaful, lepas tu orang yang dah beli dan tengok video ni rasakan penerangan anda bagus, mereka nak join takaful pulak under anda.
Jual video pun buat duit, ada plak orang nak join takaful under anda.
Contoh #3 – Ebook Dekorasi Bajet
Contoh yang ketiga ni pasal ebook yang ada content tentang bagaimana nak dekorasi rumah dengan bajet yang rendah.
Jadi dah tentu mereka yang suka hias rumah, nak nampak rumah mereka macam resort memang cari informasi ni secara online.
Tengok kat bawah ni…
Ni adalah screenshot dari Facebook Group. Saya taip keword DEKO kat bahagian search Facebook dan saya jumpa banyak Facebook group yang mempunyai terlalu ramai members. Boleh tengok yang kotak merah tu adalah bilangan members dalam satu FB Group.
Diorang ni masuk group tu sebab minat deko rumah.
Jika anda ADMIN Facebook Group ni anda boleh jual produk digital ebook – dekorasi bajet ni pada mereka dan buat jualan yang SANGAT BANYAK!
Tak BUKAN macam tu! Nak buat bisnes produk digital ni anda tak perlu ada bakat menulis, tak perlu minat menulis.
Saya pun bukannya seorang penulis apatah lagi minat nak menulis.
Sebenarnya… saya cuma MINAT DUIT dia je. Anda minat duit?
Nilah sebab kenapa saya buat bisnes produk digital ni.
Baca bahagian ni betul-betul, sebab saya nak cerita benda yang PALING INTERESTING pasal bisnes ni… DUIT.
First sekali… PRODUK BUAT SEKALI, TAPI BOLEH DAPAT INCOME BERKALI-KALI.
Untuk buat bisnes produk digital ni, anda perlu cuma buat ebook ni sekali je. Nak buat ebook bukannya susah pun… anda bukak je Microsoft word lepas tu taip je ebook anda tu. Dah siap ebook, anda boleh simpan dalam format .pdf lepas tu upload kat Google Drive dan dah boleh jual produk digital anda.
Nak buat ebook ni sekali je… sebab ianya adalah produk digital. Lepas je siap, anda boleh simpan dalam hard disk atau upload je kat Google Drive. Produk anda dah ready secara digital.
Ni salah sorang student personal coaching bisnes produk digital saya, Affiq Fadzil.
Dia buat ebook pasal Senarai Produk HOT Demand Kat Facebook.
Jadi dalam ebook dia, hanya bagi senarai je. Takde pun kena tulis macam seorang penulis berpengalaman.
1 minggu dia siapkan produk digital dia sebab nak susun gambar dan sebagainya. Lepas siap, dia terus start promosi.
Kali pertama buat jualan, belum cekap lagi… baru dapat RM5k je. Lepas dia dah tahu macamana nak buat, bulan seterusnya dia jual lagi produk digital yang sama dan saya tunjuk kat dia macamana nak dapatkan lebih ramai bakal customer baru.
Kali kedua ZUPPPPP… terus dapat RM20k jual produk digital yang sama. Boleh kata setahun pertama dia start tu, tiap-tiap bulan dia jual produk digital yang sama, yang dia buat Cuma sekali je… dan total yang dia dapat mencecah RM100k dari bisnes produk digital ni.
Kedua… BOLEH BUAT DUIT CEPAT!
Ni Kak Zaleha, antara student personal coaching Bisnes Produk Digital saya dulu. Dia buat ebook pasal resepi je.
Dia buat ebook resepi ni… dalam 20 muka surat, siap dalam 2-3 hari je. Dia tak pandai Microsoft word, jadi dia minta anak buah dia taipkan dalam Microsoft word.
Lepas siap je ebook, saya terus ajar dia macamana nak start promosi. Kat mana nak dapatkan bakal customer yang betul-betul berminat.
Lepas 2 minggu, dia start BUKA JUALAN untuk produk digital dia. Dalam masa 3 hari je… dah berjaya buat RM4,900 jual ebook pasal resepi je.
Best kan?
Ketiga… UNTUNG BESAR! Antara produk fizikal, servis dan produk digital… produk digital boleh bagi anda UNTUNG PALING BESAR.
Mana taknya sebab anda tiada kos untuk buat bahan mentah. Kalau anda bisnes makanan, dah tentu ada kos nak buat makanan tersebut. Jadi kalau anda jual makanan tu pada harga RM100, anda kena tolak kos-kos bahan dan sebagainya… lepas tu barulah anda dapat UNTUNG BERSIH.
Tapi… produk digital ni, anda kena ada computer ada Microsoft word yang mungkin anda dah ada kot dalam komputer anda. Kalau ada, dah boleh start bisnes ni!
Anda boleh siapkan produk digital anda, lepas tu upload ke Google Drive… bila anda promosi, ada orang beli produk digital tu, anda minta je email dia, atau sekarang ni boleh bagi dalam wasap je.
Lepas dia dah bagi email atau wasap, anda send je link ebook yang anda dah upload kat Google Drive tu kat mereka. Diorang dapat produk, anda dapat duit! YAHOOO! Duit tu dah boleh guna.
Takde kena tolak kos bahan mentah, tak yah nak bungkus produk, tak yah nak pergi pejabat pos, produk pun tak expired.
Memang BEST GILA bisnes produk digital ni.
Saya PERCAYA sampai sini anda dah nampak betapa besarnya income yang boleh dibuat dari bisnes produk digital / ebook ni.
Sekiranya anda nak terus mula bisnes ebook / produk digital ni, nak tahu step by step macamana nak buat bisnes ni, anda boleh dapatkan VIDEO COACHING di mana saya tunjukkan step by step bagaimana anda boleh mula bisnes ni kat sini: https://bit.ly/rbe2023
Moga-moga apa yang saya SHARE dalam ecourse ringkas ni dapat membuka minda anda tentang potensi income yang SANGAT BESAR dari bisnes ebook / produk digital ni.
Salam kejayaan dan sehingga berjumpa lagi.