Assalamualaikum CikguHafis di sini…  Selamat Tahun Baru 2025.

Ecourse yang saya bagi kepada anda ni AGAK PANJANG. Sebab ada banyak content PENTING yang saya kena SHARE pada anda.

Dalam ecourse ni, saya akan SHARE Case Study salah sorang followers saya buat bisnes Ecom Dropship OVERSEA dari awal dia start (setakat yang saya ingat progress) sehingga yang TERKINI (yang saya tahu… takde keje saya nak kacau dia tiap-tiap hari)

Anda akan ketahui dalam ecourse ni bagaimana nak pilih produk yang senang hasilkan jualan, website yang di gunakan untuk promosi dan iklan yang digunakan untuk hasilkan jualan. Perkara yang saya SHARE ni berdasarkan apa yang dibuat.

Moga-moga apa yang saya SHARE dalam Case Study ni dapat bagi anda idea, manfaat untuk anda mula buat income USD tahun 2025 ni.

WARNING: Dalam ecourse ni ada banyak fakta-fakta penting! Saya cuba sehabis baik untuk explain step yang dibuat. Jadi anda perlu FOKUS YANG TINGGI untuk baca ecourse ni sampai habis. Pastikan anda baca setiap penerangan yang saya kongsikan. Jangan SKIP-SKIP… takut terlepas, terlajak perkara-perkara PENTING.

Jadi… pastikan masa nak baca ecourse ni… anda betul-betul dah ready. Kalau belum ready, anda boleh tutup dulu ecourse ni dan baca kemudian. Jangan RUSHING nak habis cepat sebab saya tak nak anda terlepas banyak point penting dalam ecourse ni.

.

.

.

.

.

.

.

Ok, dah ready? Kalau dah ready… jom kita mula kan…

Case Study ni adalah berdasarkan apa yang Puan Siti buat.

Kenapa Puan Siti Nak Buat Bisnes Online Jual Produk Kat Market Oversea?

Sebenarnya Puan Siti ni dah mula berjinak-jinak berniaga online sejak tahun 2020. Dia TERPAKSA berniaga online masa start PKP.

Masa tu, dia ada bisnes offline kat Bangi. Jual produk-produk baby. Sebelum PKP, bisnes yang dia buat ok je… tapi lepas mula PKP, dia terpaksa berniaga secara online.

Masa ni yang SUSAH, sebab dia tak tahu camne nak berniaga secara online. So… dia main hentam je berniaga kat Facebook.

Bila berniaga online kat Facebook jual produk kat ORANG MALAYSIA, yang paling tak best bila ada orang komen lebih kurang macam ni… “mahalnya”, “kat Shopee lagi murah”… siap ada plak yang letak link no wasap dia… kalau nak lebih murah PM dia.

Bila jadi macam ni… Puan Siti PAYAH GILA nak buat jualan kat ORANG MALAYSIA. Akibatnya… 3 bulan pertama masa PKP dia hanya buat 3 jualan je. Memang tak balik modal. Memang RUGI BESAR.

Memang mencabar bisnes jual produk kat Facebook pada ORANG MALAYSIA.

Jadi pada awal tahun 2022, dia kena CARI JALAN untuk keluar dari masalah ni. So, dia buat keputusan untuk mulakan bisnes kat Market Oversea, dia nak jual produk kat Mat Salleh sebab…

1] Buying Power Tinggi

Bila dia tengok facebook page jual produk yang pernah dia jual sebelum ni… produk tu jual dengan harga USD kat Market Oversea… ramai Mat Salleh komen nak beli produk tu. KURANG SANGAT-SANGAT komen-komen yang nak BUNUH bisnes orang lain.

2] Market Lebih Besar

Kalau jual kat Market Malaysia, kat facebook je… hanya ada lebih kurang 29 juta rakyat Malaysia yang guna Facebook.

Berbanding dengan US, ada lebih 250juta rakyat US yang guna Facebook. 10 kali ganda lebih ramai dari rakyat Malaysia.

Itu baru US je, belum masuk Market Oversea (ENGLISH SPEAKING) yang lain seperti Australia, United Kingdom dan lain-lain.

Lagi ramai, lagi BESAR MARKET. 

3] Boleh Tengok Data Jualan

Puan Siti ada cek kat Ali Express produk yang dia pernah jual sebelum ni. Memang kat sini boleh tengok data bilangan jualan yang dihasilkan ORANG LAIN dari produk sama yang dia jual sebelum ni.

So, dia dapat gambaran produk tu ada DEMAND ke tak sebelum start jual kat Facebook.

4] Untung Lebih Besar.

Kalau jual kat Malaysia, katakan jual dengan harga RM100… lepas tolak kos, UNTUNG BERSIH yang Puan Siti dapat lebih kurang dalam RM25-RM30 je.

Tapi kalau jual kat Market Oversea, dia jual dengan harga 100 juga… tapi dalam matawang USD. Harga USD100, lepas tolak kos… dapat UNTUNG BERSIH sama juga dalam 25 -30, tapi dalam matawang USD. Jadi UNTUNG BERSIH dia dalam USD25- USD30 bukan dalam RINGGIT!

Disebabkan kadar pertukaran wang, USD1 : RM4.64 (3 Jan 2024), maka UNTUNG BERSIH USD25 – USD30 tu kalikan dengan 4.64 (untuk tukar ke RINGGIT), maka Puan Siti boleh dapat UNTUNG BERSIH dalam RM116 – RM139.

Nampak tak JAUH BEZA dia?

Ni sebab kenapa Puan Siti BERSEMANGAT nak cuba berniaga kat Market Oversea.

Puan Siti Ikut Step Ni!

Ok, bahagian ni PENTING! Make sure baca sebab saya akan hurai secara teknikal apa yang Puan Siti buat.

1] Kajian Produk HOT DEMAND.

Masa Puan Siti start berniaga online sebelum ni… dia tak tahu camne nak buat kajian demand produk.

So, dia start belajar ikut video tutorial. Baca betul-betul bahagian ni…

Salah satu platform yang dia digunakan untuk cari idea produk HOT DEMAND Market Oversea adalah Ali Express. Kita nak tengok data jualan kat Ali Express untuk dapatkan gambaran rekod jualan produk orang lain.

Dengan jadikan Ali Express sebagai rujukan, kita dapat sedikit gambaran samada produk yang kita nak promosi tu ada jualan atau tidak.

Ok, tengok bahagian ni betul-betul…

Bila masuk je AliExpress, kita terus klik kat BESTSELLER macam dalam gambar ni. Bila klik je… AliExpress akan terus tunjukkan senarai produk-produk yang BANYAK TERJUAL.

Ni PENTING… dari sini kita pilih dulu mana-mana produk yang ada dalam list tu. Kalau ikutkan dalam screenshot tu nampak sikit je… tak muat saya nak screenshot semua.

Anda boleh buat sendiri nanti.

So, katakan sebagai contoh…. saya pilih yang ni…

Dari sini, saya akan ambil keyword Wobble Wag Giggle Glow Ball dan masukkan dalam Facebook search box. Macam ni…

Tengok betul-betul yang ni…

Lepas je, masukkan keyword atau nama produk tu, saya akan tekan SEARCH, Kat sini Facebook akan tunjukkan post yang ada keyword tu. Biasanya yang post ni pun jual produk tu juga.

So akan keluar macam ni…

Haaa! Benda PENTING yang anda kena tengok! Dekat dalam setiap post tu, semua ada link pergi ke website diorang. Kalau ikutkan ada banyak lagi post, tapi tak muat screenshot… nanti anda buat sendiri.

Cuba anda klik link-link tu dan tengok sendiri produk yang sama, diorang masukkan dalam website diorang.

Saya ambik salah satu link dari post-post ni. Saya klik link dalam post ni…

Bila saya klik link dalam post tu, saya di bawa ke page dalam website seller ni. Tengok kat bawah tu betul-betul… produk yang sama, di jual dengan harga USD24.99. Padahal kat Ali Express pada awal tadi cuma berharga USD0.99

Jadi seller ni, gunakan DROPSHIP dalam AliExpress tu… dia mark up dari harga asal USD0.99 ke USD24.99. Dia mark up lagi USD24. Dalam lebih kurang RM111.

Kat dalam website yang sama tu juga, cuba scroll down tengok plak berapa jualan yang dah dapat.  Ni dia…

Kita boleh tengok dah ada 38 customer yang dah beli produk ni, dah bagi REVIEW. Biasanya bilangan customer yang bagi REVIEW adalah 1/2 dari bilangan customer yang beli produk tu. Jadi kita boleh buat kesimpulan dan anggaran, sebenarnya ada lebih dari 38 orang yang dah beli produk ni.

Ni benda-benda PENTING dan salah satu teknik RESEARCH dalam menentukan produk tu HOT DEMAND atau tak kat Market Oversea.

Panjang lagi saya nak SHARE dengan anda ni. Part seterusnya LAGI PENTING! Kalau dah tak larat baca… rehat dulu, ambik air ke apa…  tenang-tenang dulu. Jangan terkocoh-kocoh, takut otak penat. Bila OTAK PENAT tu yang baca tak dapat apa. Rehat dulu jika perlu sebelum baca bab seterusnya yang LEBIH POWER & PENTING.

.

.

.

.

.

Ok… dah ready? Boleh kita sambung? Part ni sangat PENTING… baca-betul-betul dan jangan skip-skip.

2] Test Jual

Lepas dah buat kajian DEMAND PRODUK, kat sini kita dapat kenal pasti produk apa yang ada DEMAND, produk apa yang mudah di jual, produk apa yang dapat REKOD JUALAN yang banyak.

Ada banyak lagi kaedah yang Puan Siti follow untuk buat kajian produk. Saya tunjuk salah satu je…

Lepas dah buat kajian produk, Puan Siti buat TEST RUN untuk cuba jual produk tu.

Tujuan dia adalah supaya betul-betul CONFIRM yang produk ni boleh pergi. Memang betul sebelum ni kita ada buat kajian produk, tapi untuk betul-betul pastikan, kita kena TEST JUAL.

Ni cara Puan Siti buat untuk TEST JUAL…Puan Siti follow video tutorial untuk start buat TESTING guna FBads 

Objektif 1 – Traffic

Untuk objektif 1 ni, iklan jenis ni LEBIH FOKUS pada bawa ramai prospek yang tepat untuk ke website. Bila ramai prospek yang tepat masuk website, jualan akan terhasil.

Untuk TEST JUAL ni, iklan produk tersebut akan di tunjukkan kepada mereka yang berminat. Contoh kalau produk sebelum ni Wobble Wag Giggle Glow Ball, iklan akan set untuk keluar kat mereka yang memang minat anjing sahaja (mempunyai anjing sebagai haiwan peliharaan… yelah Mat Salleh kan suka bela anjing)

Kalau produk tu HOT, mesti ada dapat beberapa jualan dari TESTING ni.

 

Objektif 2 – Sales

Untuk iklan jenis ni, Facebook akan tunjukkan iklan anda pada ramai prospek yang mempunyai KECENDERUNGAN untuk membeli produk. So, diorang akan set iklan ni keluar pada mereka yang suka beli produk berkaitan haiwan peliharaan – anjing.

So, kalau produk ni memang HOT… maka dah tentu akan berjaya hasilkan jualan.

3] Setup Website

Lepas dah selesai fasa TEST JUAL, Puan Siti setup website ecommerce yang boleh muatkan produk yang dia nak jual tu. 

Dia guna SHOPIFY…

Kelebihan SHOPIFY ni adalah ianya mudah setup. Tak teknikal. Just drag n drop je, klik sana, klik sini… siap. 

Yang BEST pasal SHOPIFY ni banyak kerja-kerja yang teknikal dapat dipermudahkan dengan menggunakan apps tertentu. Anda boleh guna apps yang boleh import gambar produk dari AliExpress masuk ke webiste shopify anda. Yang ni kalau buat manual, memang makan masa… guna Shopify, hanya beberapa klik je… segala gambar dan description produk tu semua dah masuk dalam website anda.

Lepas tu, ada juga apps yang boleh setelkan order customer anda. Customer bayar je lepas beli produk tu, anda tak payah nak cek alamat customer ke apa… order tu akan terus di forward ke supplier dropship anda. Tak delah nak kena buat  manual satu satu order customer kita nak kena isi. Yang ni semuanya dah di link dan semuanya AUTO je. 

4] Run Bisnes Ni

Webiste SHOPIFY dah siap, test jual pun dah buat sebelum ni. 

So, dah boleh terus RUN iklan dan mula buat jualan dari webiste dan produk yang di pilih tu. Puan Siti guna FBAds, bajet masa tu dalam $10 – $50 sehari. 

Pada hari pertama mula bisnes ni, Puan Siti dah mula buat 4 jualan sebanyak USD238.

POINT PENTING: Bisnes yang saya SHARE dengan anda ni guna KONSEP DROPSHIP.

Dropship ni, anda tak payah nak beli produk untuk buat stok. Guna je Ali Express sebagai supplier atau dropshipper anda, bila anda buat promosi… lepas customer bayar, guna duit customer tu, beli atau bayar kos produk kat Ali Express. Tak perlu pakai duit anda sendiri.

Lepas tu, supplier atau drosphipper anda tu yang akan uruskan pembungkusan dan penghantaran produk terus kepada customer Mat Salleh anda.

Produk tu tak perlu sampai ke rumah anda dan anda pulak tak payah nak sibuk-sibuk bungkus dan hantar produk pada Mat Salleh customer anda.

Bahagian Ni Yang Best. Cerita Pasal... Duit Duit Duit!

Jadi katakan kos produk tu adalah USD29.50. Jadi USD29.50 X 4 order : kos produk adalah…  USD118. Jadi UNTUNG KASAR tolak kos produk USD238 – USD118: USD120.

Jangan lupa kos iklan, kena tolak dalam USD10 sehari. Jadi USD120 – USD10, maka UNTUNG BERSIH sehari yang Puan Siti berjaya buat adalah USD110, dikalikan dengan 4.6 (kadar pertukaran wang USD ke RINGGIT), Puan Siti dapat UNTUNG BERSIH sebanyak USD110 X 4.6: RM506 dalam sehari.

WOW! Sehari dapat dalam RM506.

Ni adalah REAL RESULT Puan Siti… lepas sebulan buat bisnes ecom dropship ni. Dalam bisnes online ada naik turun. Ada hari Puan Siti berjaya buat banyak jualan, ada hari yang langsung takde jualan. Itu memang lumrah bisnes.

Dalam sebulan… dia dah mula buat 106 jualan dengan promosi 2 -3 produk kat Market Oversea. Dalam sebulan total dapat 106 ORDERS (jualan) dengan jumlah USD4,390 (lebih kurang dalam RM19k)… UNTUNG BERSIH lepas tolak kos-kos lain, biasanya dalam 1/3 dari jumlah jualan … 1/3 dari RM19k: Puan Siti dapat lebih kurang RM6,300

Jom Buat Bisnes Ecom Dropship Tahun 2025 Ni Dan Buat Income USD.

Saya harap dengan SHARING saya berkaitan Case Study Puan Siti yang mulakan bisnes ecom dropship kat OVERSEA ni dapat buka minda anda tentang satu lagi peluang untuk anda buat income USD tahun 2025 ni. 

Bagi yang perlukan video tutorial step by step yang Puan Siti follow dan nak tahu labih banyak info tentang Bisnes Ecom Dropship ni, boleh join wasap group kat sini: https://bit.ly/3BR5I3b 

Semoga bermanfaat. Jumpa dalam wasap group tu.