Assalamualaikum CikguHafis di sini… dan rasanya masih tak terlewat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2024.

So, semalam 3 Jan 2024 adalah hari pertama saya masuk ofis semula sejak cuti akhir tahun 28 Disember 2023 yang lepas. Cuti lepas saya gunakan masa untuk balik kampung dan buat persiapan nak hantar anak saya Muhammad Aiman Fais masuk ke darjah 1. Aiman sekolah swasta, jadi silibus dia berbeza dengan sekolah kebangsaan. So, sekolah kebangsaan masuk Mac nanti, tapi Aiman masuk bulan Jan.

Sebagai parent, memang beberapa hari awal ni… payah juga nak sesuaikan diri sebab kena bangun lebih awal dari biasa untuk siapkan anak ke sekolah. Sebelum ni, kalau tadika tu takde la awal sangat. Ni pukul 6:30 pagi dah kena siap-siapkan anak.

Memang huru hara di awal pagi.

Masuk hari ke 2 anak masuk sekolah barulah saya dapat masuk ke office dan buat ecourse ni untuk anda.  Itu pun terlajak sehari baru dapat siapkan.

Ecourse yang saya bagi kepada anda ni AGAK PANJANG. Sebab ada banyak content PENTING yang saya kena SHARE pada anda.

Dalam ecourse ni, saya akan SHARE Case Study salah sorang peserta Projek USD yang lepas dari awal dia start (setakat yang saya ingat progress) sehingga yang TERKINI (yang saya tahu… takde keje saya nak kacau dia tiap-tiap hari)

Anda akan ketahui dalam ecourse ni bagaimana nak pilih produk yang senang hasilkan jualan, website yang di gunakan untuk promosi dan iklan yang digunakan untuk hasilkan jualan. Perkara yang saya SHARE ni berdasarkan apa yang dibuat dan informasi yang peserta ni kongsi dalam Projek USD.

Moga-moga apa yang saya SHARE dalam Case Study ni dapat bagi anda idea, manfaat unutk anda mula buat income USD tahun 2024 ni.

WARNING: Dalam ecourse ni ada banyak fakta-fakta penting! Saya cuba sehabis baik untuk explain step yang dibuat. Jadi anda perlu FOKUS YANG TINGGI untuk baca ecourse ni sampai habis. Pastikan anda baca setiap penerangan yang saya kongsikan. Jangan SKIP-SKIP… takut terlepas, terlajak perkara-perkara PENTING.

Jadi… pastikan masa nak baca ecourse ni… anda betul-betul dah ready. Kalau belum ready, anda boleh tutup dulu ecourse ni dan baca kemudian. Jangan RUSHING nak habis cepat sebab saya tak nak anda terlepas banyak point penting dalam ecourse ni.

.

.

.

.

.

.

.

Ok, dah ready? Kalau dah ready… jom kita mula kan…

Case Study ni adalah berdasarkan apa yang Puan Siti (salah sorang peserta Projek USD lepas) buat dan Team Kartel Digital buatkan untuk dia.

Kenapa Puan Siti Nak Buat Bisnes Online Jual Produk Kat Market Oversea?

Sebenarnya Puan Siti ni dah mula berjinak-jinak berniaga online sejak tahun 2020. Dia TERPAKSA berniaga online masa start PKP.

Masa tu, dia ada bisnes offline kat Bangi. Jual produk-produk baby. Sebelum PKP, bisnes yang dia buat ok je… tapi lepas mula PKP, dia terpaksa berniaga secara online.

Masa ni yang SUSAH, sebab dia tak tahu camne nak berniaga secara online. So… dia main hentam je berniaga kat Facebook.

Bila berniaga online kat Facebook jual produk kat ORANG MALAYSIA, yang paling tak best bila ada orang komen lebih kurang macam ni… “mahalnya”, “kat Shopee lagi murah”… siap ada plak yang letak link no wasap dia… kalau nak lebih murah PM dia.

Bila jadi macam ni… Puan Siti PAYAH GILA nak buat jualan kat ORANG MALAYSIA. Akibatnya… 3 bulan pertama masa PKP dia hanya buat 3 jualan je. Memang tak balik modal. Memang RUGI BESAR.

Memang mencabar bisnes jual produk kat Facebook pada ORANG MALAYSIA.

Jadi pada awal tahun 2022, dia kena CARI JALAN untuk keluar dari masalah ni. So, dia buat keputusan untuk mulakan bisnes kat Market Oversea, dia nak jual produk kat Mat Salleh sebab…

1] Buying Power Tinggi

Bila dia tengok facebook page jual produk yang pernah dia jual sebelum ni… produk tu jual dengan harga USD kat Market Oversea… ramai Mat Salleh komen nak beli produk tu. KURANG SANGAT-SANGAT komen-komen yang nak BUNUH bisnes orang lain.

2] Market Lebih Besar

Kalau jual kat Market Malaysia, kat facebook je… hanya ada lebih kurang 29 juta rakyat Malaysia yang guna Facebook.

Berbanding dengan US, ada lebih 250juta rakyat US yang guna Facebook. 10 kali ganda lebih ramai dari rakyat Malaysia.

Itu baru US je, belum masuk Market Oversea (ENGLISH SPEAKING) yang lain seperti Australia, United Kingdom dan lain-lain.

Lagi ramai, lagi BESAR MARKET. 

3] Boleh Tengok Data Jualan

Puan Siti ada cek kat Ali Express produk yang dia pernah jual sebelum ni. Memang kat sini boleh tengok data bilangan jualan yang dihasilkan ORANG LAIN dari produk sama yang dia jual sebelum ni.

So, dia dapat gambaran produk tu ada DEMAND ke tak sebelum start jual kat Facebook.

4] Untung Lebih Besar.

Kalau jual kat Malaysia, katakan jual dengan harga RM100… lepas tolak kos, UNTUNG BERSIH yang Puan Siti dapat lebih kurang dalam RM25-RM30 je.

Tapi kalau jual kat Market Oversea, dia jual dengan harga 100 juga… tapi dalam matawang USD. Harga USD100, lepas tolak kos… dapat UNTUNG BERSIH sama juga dalam 25 -30, tapi dalam matawang USD. Jadi UNTUNG BERSIH dia dalam USD25- USD30 bukan dalam RINGGIT!

Disebabkan kadar pertukaran wang, USD1 : RM4.64 (3 Jan 2024), maka UNTUNG BERSIH USD25 – USD30 tu kalikan dengan 4.64 (untuk tukar ke RINGGIT), maka Puan Siti boleh dapat UNTUNG BERSIH dalam RM116 – RM139.

Nampak tak JAUH BEZA dia?

Ni sebab kenapa Puan Siti BERSEMANGAT nak cuba berniaga kat Market Oversea.

Puan Siti Ikut SHORTCUT!

Ok, bahagian ni PENTING! Make sure baca sebab saya akan hurai secara teknikal camne kami buatkan untuk Puan Siti.

Puan Siti dah EXCITED dengan Market Oversea, so dia tak nak BUANG MASA. Dia terus register untuk join PROJEK USD yang dibuka masa tu pada harga RM3k.

Dalam Projek USD ni, Puan Siti terus SHORTCUT banyak benda…

1] Kajian Produk HOT DEMAND.

Masa Puan Siti start berniaga online sebelum ni… dia tak tahu camne nak buat kajian demand produk.

So, Team Kartel Digital buatkan kajian produk untuk Puan Siti. Masa tu Puan Siti bagaitahu dia tak tahu, takde idea produk apa yang nak di jual boleh dapat banyak demand. Jadi dia nakkan nasihat dari Team Kartel Digital untuk bagitahu produk apa yang dia boleh jual kat Market Oversea yang ada demand.

Ni step yang Team Kartel Digital akan buat untuk RESEARCH atau kajian produk. Baca betul-betul bahagian ni…

Salah satu platform yang akan digunakan untuk cari idea produk HOT DEMAND Market Oversea adalah Ali Express. Kita nak tengok data jualan kat Ali Express untuk dapatkan gambaran rekod jualan produk orang lain.

Dengan jadikan Ali Express sebagai rujukan, kita dapat sedikit gambaran samada produk yang kita nak promosi tu ada jualan atau tidak.

Ok, tengok bahagian ni betul-betul…

Bila masuk je AliExpress, kita terus klik kat BESTSELLER macam dalam gambar ni. Bila klik je… AliExpress akan terus tunjukkan senarai produk-produk yang BANYAK TERJUAL.

Ni PENTING… dari sini kita pilih dulu mana-mana produk yang ada dalam list tu. Kalau ikutkan dalam screenshot tu nampak sikit je… tak muat saya nak screenshot semua.

Anda boleh buat sendiri nanti.

So, katakan sebagai contoh…. saya pilih yang ni…

Dari sini, saya akan ambil keyword Wobble Wag Giggle Glow Ball dan masukkan dalam Facebook search box. Macam ni…

Tengok betul-betul yang ni…

Lepas je, masukkan keyword atau nama produk tu, saya akan tekan SEARCH, Kat sini Facebook akan tunjukkan post yang ada keyword tu. Biasanya yang post ni pun jual produk tu juga.

So akan keluar macam ni…

Haaa! Benda PENTING yang anda kena tengok! Dekat dalam setiap post tu, semua ada link pergi ke website diorang. Kalau ikutkan ada banyak lagi post, tapi tak muat screenshot… nanti anda buat sendiri.

Cuba anda klik link-link tu dan tengok sendiri produk yang sama, diorang masukkan dalam website diorang.

Saya ambik salah satu link dari post-post ni. Saya klik link dalam post ni…

Bila saya klik link dalam post tu, saya di bawa ke page dalam website seller ni. Tengok kat bawah tu betul-betul… produk yang sama, di jual dengan harga USD24.99. Padahal kat Ali Express pada awal tadi cuma berharga USD0.99

Jadi seller ni, gunakan DROPSHIP dalam AliExpress tu… dia mark up dari harga asal USD0.99 ke USD24.99. Dia mark up lagi USD24. Dalam lebih kurang RM111.

Kat dalam website yang sama tu juga, cuba scroll down tengok plak berapa jualan yang dah dapat.  Ni dia…

Kita boleh tengok dah ada 38 customer yang dah beli produk ni, dah bagi REVIEW. Biasanya bilangan customer yang bagi REVIEW adalah 1/2 dari bilangan customer yang beli produk tu. Jadi kita boleh buat kesimpulan dan anggaran, sebenarnya ada lebih dari 38 orang yang dah beli produk ni.

Ni benda-benda PENTING dan salah satu teknik RESEARCH dalam menentukan produk tu HOT DEMAND atau tak kat Market Oversea.

Panjang lagi saya nak SHARE dengan anda ni. Part seterusnya LAGI PENTING! Kalau dah tak larat baca… rehat dulu, ambik air ke apa…  tenang-tenang dulu. Jangan terkocoh-kocoh, takut otak penat. Bila OTAK PENAT tu yang baca tak dapat apa. Rehat dulu jika perlu sebelum baca bab seterusnya yang LEBIH POWER & PENTING.

.

.

.

.

.

Ok… dah ready? Boleh kita sambung? Part ni sangat PENTING… baca-betul-betul dan jangan skip-skip.

2] Test Jual

Lepas dah buat kajian DEMAND PRODUK, kat sini kita dapat kenal pasti produk apa yang ada DEMAND, produk apa yang mudah di jual, produk apa yang dapat REKOD JUALAN yang banyak.

Ada banyak lagi kaedah yang Team Kartel Digital bantu Puan Siti untuk buat kajian produk. Saya tunjuk salah satu je…

Lepas dah buat kajian produk, biasanya Team Kartel Digital akan buat TEST RUN untuk cuba jual produk tu.

Tujuan dia adalah supaya betul-betul CONFIRM yang produk ni boleh pergi. Memang betul sebelum ni kita ada buat kajian produk, tapi untuk betul-betul pastikan, kita kena TEST JUAL.

Dalam Projek USD… Team Kartel Digital akan TEST JUAL produk ni dulu bagi pihak anda. So, diorang akan keluarkan duit marketing diorang sendiri untuk Puan Siti dan buat TESTING kat FBAds.

Ni cara diorang buat TEST JUAL… (ingat ye… ni diorang TEST JUAL untuk anda)

Diorang akan guna duit diorang, lebih kurang dalam USD50 – USD100, dan diorang buat iklan kat Facebook Ads pakai duit diorang sendiri.

Dalam FBAds, diorang akan buat iklan guna salah satu dari OBJEKTIF dalam gambar kat bawah ni…

Objektif 1 – Traffic

Untuk objektif 1 ni, iklan jenis ni LEBIH FOKUS pada bawa ramai prospek yang tepat untuk ke website. Bila ramai prospek yang tepat masuk website, jualan akan terhasil.

Untuk TEST JUAL ni, iklan produk tersebut akan di tunjukkan kepada mereka yang berminat. Contoh kalau produk sebelum ni Wobble Wag Giggle Glow Ball, iklan akan set untuk keluar kat mereka yang memang minat anjing sahaja (mempunyai anjing sebagai haiwan peliharaan… yelah Mat Salleh kan suka bela anjing)

Kalau produk tu HOT, mesti ada dapat beberapa jualan dari TESTING ni.

 

Objektif 2 – Sales

Untuk iklan jenis ni, Facebook akan tunjukkan iklan anda pada ramai prospek yang mempunyai KECENDERUNGAN untuk membeli produk. So, diorang akan set iklan ni keluar pada mereka yang suka beli produk berkaitan haiwan peliharaan – anjing.

So, kalau produk ni memang HOT… maka dah tentu akan berjaya hasilkan jualan.

3] Setupkan Website

Lepas dah selesai fasa TEST JUAL yang akan dilakukan oleh Team Kartel Digital, mereka akan mula buatkan website untuk anda. Untuk Puan Siti, dalam 3 minggu dah siap. Diorang akan masukkan produk yang dah TEST JUAL dalam website anda.

Diorang juga buatkan copywriting dalam website untuk Puan Siti dan buat design produk supaya nampak lebih menarik. Jadi Puan Siti tak pening kepala nak belajar teknikal, nak buang masa godek sendiri pasang website.

Untuk website yang diorang buatkan ni, Puan Siti tak perlu beli nama domain .com atau memiliki hosting. Team Kartel Digital akan pasangkan guna Shopify

So website yang diorang setup untuk Puan Siti nampak macam professional dan ini dapat meyakinkan pembeli Mat Salleh untuk beli.

Ni saya bagi contoh antara beberapa website yang diorang pasangkan untuk peserta Projek USD sebelum-sebelum ni yang dah mula buat jualan kat Market Oversea.

Boleh klik link-link kat bawah ni untuk tengok.

https://fabfitly.com 

https://arrowgamingglasses.com

https://www.mindjournals.com

https://www.thebabysbrew.com

https://turnedyellow.com

https://pawsdistrict.com

4] Run Bisnes Ni

Bahagian LAST ni PALING PENTING. Tolong baca betul-betul. Jangan skip-skip.

Team Kartel Digital ambil masa lebih kurang 3 minggu untuk pasang website lengkap untuk Puan Siti.

Lepas je pasang, diorang akan HANDOVER atau serahkan website tu pada Puan Siti dan diorang bagi guide step by step kat Puan Siti macamana nak terus RUN bisnes ni dan buat income USD.  Diorang akan bagi video camne nak RUN bisnes ni secara step by step dan bila Puan Siti stuck kat mana-mana, boleh tanya terus direct Whatsapp diorang.

PENTING! Baca bahagian ni…

Ini adalah website yang dibuat, di pasang oleh Team Kartel Digital. Tapi bisnes ni adalah milik Puan Siti. Untuk memastikan bisnes ni boleh buat UNTUNG Puan Siti kena follow guide dan tutorial yang disediakan. Puan Siti sendiri yang kena RUN dan buat bisnes ni.

Puan Siti follow sebijik- sebijik macam yang Team Kartel Digital tunjukkan kat dia.

Ni screenshot jualan hari pertama Puan Siti start RUN bisnes ni.

Pada hari pertama mula bisnes ni, Puan Siti dah mula buat 4 jualan sebanyak USD238.

POINT PENTING: Bisnes yang saya SHARE dengan anda ni guna KONSEP DROPSHIP.

Dropship ni, anda tak payah nak beli produk untuk buat stok. Guna je Ali Express sebagai supplier atau dropshipper anda, bila anda buat promosi… lepas customer bayar, guna duit customer tu, beli atau bayar kos produk kat Ali Express. Tak perlu pakai duit anda sendiri.

Lepas tu, supplier atau drosphipper anda tu yang akan uruskan pembungkusan dan penghantaran produk terus kepada customer Mat Salleh anda.

Produk tu tak perlu sampai ke rumah anda dan anda pulak tak payah nak sibuk-sibuk bungkus dan hantar produk pada Mat Salleh customer anda.

RUN Bisnes 90% AUTOMATIK!

Kalau ikutkan dari Projek USD ni, Puan Siti tak perlu pening kepala nak cari produk yang HOT DEMAND. Saya dah tunjukkan salah satu teknik Team Kartel Digital buat untuk cari produk yang HOT DEMAND mudah jual kat Market Oversea.

Tak cukup dengan itu, nak make sure Puan Siti boleh buat income, mudah buat jualan… produk research tu, diorang TEST JUAL guna bajet marketing diorang sendiri. Kalau produk tu betul ada jualan, baru diorang pass kat Puan Siti, kalau tak de jualan… diorang repeat, cari produk lain dan test jual balik.

Lepas dah CONFIRM produk tu dah buat jualan, diorang buatkan website untuk Puan Siti. Dalam 3 minggu je… website Puan Siti dah siap.

FAKTA PENTING: Dalam website yang Team Kartel Digital pasangkan untuk Puan Siti, diorang masukkan beberapa apps dan software yang bantu Puan Siti buat jualan dan RUN bisnes ni secara AUTOMATIK.

Salah satu software / apps yang diorang masukkan adalah apps yang boleh bantu jawab soalan dari bakal customer dalam English. Jadi Puan Siti tak yah pandai ENGLISH pun boleh buat jualan. Bukan setakat tolong jawab soalan je… apps ni pun CLOSE kan customer yang tanya soalan tu.

Lagi satu apps atau software yang ada dalam website ni adalah apps yang akan manage order customer untuk submit pada dropship atau supplier. Jadi lepas Puan Siti dapat order tu, Puan Siti tak yah nak cek manual. Kalau 4 order senang lagi… tapi kalau dah 30 order sehari dah mula pening, kalau 100 order lagi lahh pening. 

So ada apps ni yang proses order yang masuk, dia terus submit kat AliExpress kat supplier atau dropship yang kita link kan tu. Tak payah nak proses satu per satu… hanya UNTUNG BERSIH je yang masuk dalam akaun.

Bisnes ni memang boleh RUN 90% AUTOMATIK! Hanya 10% kerja yang anda kena buat… adalah PROMOSI!

Bahagian Ni Yang Best. Cerita Pasal... Duit Duit Duit!

Ni bahagian LAST dalam ecourse Case Study ni, kita nak cerita pasal duit duit duit je! Bahagian ni anda kena LEBIH FOKUS dan baca betul-betul.

Lepas je Team Kartel Digital carikan produk, pasangkan website dan tunjuk camne nak RUN… tibalah masa untuk anda buat income USD sebanyak mana yang anda nak. Benda ni BERGANTUNG pada usaha anda.

Bisnes online yang kami buatkan ni, takkan berjalan sendiri kalau anda tak buat 10% dari semua kerja ni.

Anda kena buat PROMOSI! Kerja promosi anda buat sendiri dan ianya boleh set & forget je. Anda hanya setup iklan sekali lepas tu, biarkan ianya berjalan dan promosi untuk anda.

Dalam kes Puan Siti, dia follow teknik iklan step by step yang Team Kartel Digital guide dia. Diorang akan guide teknik dan strategi iklan yang TERBUKTI berkesan.

Teknik iklan yang digunakan adalah teknik iklan berbayar guna FBAds. Puan Siti sendiri yang bayar kos iklan sebab ni adalah bisnes dia.

Untuk permulaan, Puan Siti pun tak start dengan bajet banyak. Dia cuma start dengan bajet iklan USD10 iaitu lebih kurang dalam RM50 je sehari.

Lepas dah setting iklan kat FBAds, dia tak perlu buat apa-apa lagi dah. Sebab website semua dah setup AUTO untuk buat sales dan handle order customer.

So, bila iklan dia start berjalan… prospek Mat Salleh akan nampak iklan dia kat FBAds, dari situ Puan Siti mula buat jualan.

Jom kita kira duit… bahagian ni baca betul-betul supaya tak terlepas KIRAAN KOS PENTING dalam bisnes ni.

So, Puan Siti dapat 4 order dari Mat Salleh. Produk yang Puan Siti jual tu dalam USD59.50 setiap satu. Dalam Projek USD, biasanya Team Kartel Digital akan mark up sehingga USD30 untuk setiap produk.

Jadi katakan kos produk tu adalah USD29.50. Jadi USD29.50 X 4 order : kos produk adalah…  USD118. Jadi UNTUNG KASAR tolak kos produk USD238 – USD118: USD120.

Jangan lupa kos iklan, kena tolak dalam USD10 sehari. Jadi USD120 – USD10, maka UNTUNG BERSIH sehari yang Puan Siti berjaya buat adalah USD110, dikalikan dengan 4.6 (kadar pertukaran wang USD ke RINGGIT), Puan Siti dapat UNTUNG BERSIH sebanyak USD110 X 4.6: RM506 dalam sehari.

WOW! Sehari dapat dalam RM506.

Ni adalah REAL RESULT Puan Siti… lepas sebulan dalam PROJEK USD. Dalam bisnes online ada naik turun. Ada hari Puan Siti berjaya buat banyak jualan, ada hari yang langsung takde jualan. Itu memang lumrah bisnes.

Dalam sebulan… dia dah mula buat 106 jualan dengan promosi 2 -3 produk kat Market Oversea. Dalam sebulan total dapat 106 ORDERS (jualan) dengan jumlah USD4,390 (lebih kurang dalam RM19k)… UNTUNG BERSIH lepas tolak kos-kos lain, biasanya dalam 1/3 dari jumlah jualan … 1/3 dari RM19k: Puan Siti dapat lebih kurang RM6,300.

Dah balik modal join Projek USD sebanyak RM3,000. Kalau bulan kedua pun dia masih buat UNTUNG BERSIH RM6,000++, maka dalam setahun, dia boleh dapat income dari bisnes ecommerce USD ni dalam RM72,000 dari satu website ni.

Peluang Untuk Anda Mula Projek USD Macam Puan Siti

Kalau anda follow perkembangan saya rapat-rapat, kalau ikutkan intake Projek USD dah pun di tutup pada 24 Disember 2023 lepas.

Team Kartel Digital bagitahu kat saya… disebabkan ada beberapa client yang register, yang dah pun on progress setup website, ada yang dalam beberapa minggu lagi siap… jadi mereka boleh bagi peluang EXTRA pada yang berminat.

Jadi macam yang saya bagitahu sebelum ni… Yuran Pendaftaran PROJEK USD adalah RM3k.

Untuk INTAKE TAMBAHAN, cuma 10 kekosongan sahaja yang dibuka. Bagi anda yang nak dapatkan reminder, link pendaftaran dan bayaran, boleh join wasap group kat sini: https://bit.ly/3NUmCRh 

Ada 2 pilihan pembayaran, anda boleh buat bayaran penuh sebanyak RM3k atau ansuran sebanyak 3 kali (RM1,000 X 3). 

Join wasap group di link atas cepat untuk register intake extra Projek USD, anda boleh dapat website dalam hujung Jan ni atau awal bulan Feb dan boleh mula follow teknik promosi dan buat income USD. Bulan Mac ni, anak nak masuk sekolah, nak puasa, nak raya… kalau dapat buat income USD, boleh buat EXTRA INCOME yang boleh tampung perbelanjaan tu.

Saya harap apa yang saya SHARE dalam ecourse Case Study ni dapat bagi anda pendedahan bagaimana Puan Siti buat USD4Angka dengan cara SHORTCUT. Moga ilmu dan sharing dalam case study ni beri manfaat dan idea untuk anda. 

Semoga berjaya tahun 2024 dan tahun-tahun seterusnya.