ECOURSE PERCUMA

Bagaimana Nak Dapatkan

Ramai Bakal Customer Baru &

Buat Jualan RM5K – RM10K

Dari Followers di Tik Tok?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. CikguHafis di sini…

Just nak bagitahu awal-awal. Ini adalah ecourse pendek yang bertujuan untuk bagi ilmu, informasi kepada semua followers saya. Saya tak jual apa-apa pun kat hujung ecourse ni. So, lapangkanlah fikiran anda… untuk mudahkan anda faham apa yang bakal saya jelaskan dalam ecourse ni.

Pastikan anda baca satu persatu, baca perlahan-lahan apa yang bakal saya jelas kan ni supaya anda faham dan dapat penjelasan yang betul untuk anda gunakan dan apply dalam promosi bisnes anda menggunakan Tik Tok.

Ecourse ni mungkin panjang sikit… jadi pastikan anda betul-betul READY untuk baca ecourse ni. Kalau tak bersedia, cari masa lain yang anda rasa bersedia… boleh baca kemudian kalau belum ready.

Saya nak anda betul-betul READY supaya senang nak masuk.

Ok?

Kalau dah ok, jom kita mulakan… baca dengan penuh tumpuan dan berhati-hati sebab info yang bakal saya SHARE ni SERIUS dapat bantu anda dalam promosi anda menggunakan Tik Tok.

Jom…

Ramai Suka Tanya Soalan Ni…

Boleh kata, hampir setiap hari… akan ada orang tanya soalan ni pada admin saya “Camne Nak Guna Tik Tok Buat Jualan?” , “Camne Proses Jualan Terjadi Kat Tik Tok?”, “Boleh Explain Sikit Tak Camne Nak Guna Tik Tok untuk Promosi Bisnes Ni?”

Memang ni antara soalan yang FEMES masuk setiap hari.

Disebabkan soalan-soalan nilah yang buatkan saya nak SHARE benda ni pada semua followers saya, supaya anda CLEAR bagaimana nak gunakan Tik Tok untuk dapatkan ramai bakal customer baru dan buat juaalan.

Dalam ecourse ni, saya akan explain apa perkara yang anda kena FOKUS BUAT dalam Tik Tok ni untuk promosi bisnes anda. Apa yang PROVEN menjadi!

Tolong baca betul-betul!

Bagaimana Tik Tok Bekerja Bantu Bisnes Anda!

Part ni PENTING! Kat sini saya nak cerita pasal algorithm Tik Tok, bagaimana algorithm ni bantu promosi bisnes anda.

Kalau tak faham baca sekali, tolong baca banyak kali. Tapi baca perlahan-lahan supaya anda tak terlepas setiap perkataan.

Ok cam ni…

Bila anda download Tik Tok dan buka Tik Tok… screen pertama yang Tik Tok akan bawa anda adalah… (tengok screenshot di bawah)

Perhati gambar kat bawah ni betul-betul untuk FAHAM…

Berdasarkan gambar kat atas, bila anda buka je Tik Tok kat phone anda… anda akan terus di bawa ke video-video orang lain.

Jika anda baru je guna Tik Tok, baru download… ALGORITHM Tik Tok tak tahu lagi apa yang anda nak tengok, maka… kat Tik Tok anda akan lalu video-video yang di cadangkan oleh Tik Tok.

Video-video yang dicadangkan (suggested) oleh Tik Tok ni… biasanya adalah video-video yang banyak view. Disebabkan anda masih baru, Tik Tok belum ada data atau belum cukup data video apa yang anda suka tengok… jadi dia main cadang je… ikut pada video yang dapat BANYAK VIEW kat Tik Tok orang lain.

Jadi, secara semula jadi… sebagai pengguna anda akan start explore Tik Tok. Kalau anda tak suka tengok video yang Tik Tok suggest tu, yang lalu kat Tik Tok anda… anda akan SWIPE UP atau SCROLL tengok video lain.

SAMPAI… (bahagian ni PENTING)

Katakan lepas beberapa video yang lalu lalang kat Tik Tok Home atau FYP anda tu, tiba-tiba ada video yang anda TAK SWIPE UP! Anda tengok video tu sampai habis!

Katakan video tu tentang video Resepi Masakan.

Ah-ha! Sekarang Tik Tok dah mula dapat sikit data! Dia dah tahu… anda suka tengok video Resepi Makanan.

Jadi… Algorithm Tik Tok akan mula SUGGEST video RESEPI MAKANAN pada anda lebih kerap. Katakan lepas 5 video RANDOM, 1-2 video resepi masakan yang akan keluar kat Tik Tok anda.

Tik Tok juga akan PUSH banyak video dari akaun tersebut pada anda sebab anda dah mula minat! Last sekali kalau anda dah betul-betul suka… anda akan FOLLOW akaun Tik Tok tu supaya anda boleh dapat tengok content dia selalu!

Benda ni yang anda kena FAHAM! Behaviour atau “PERANGAI” pengguna kat Tik Tok… sebelum anda start promosi bisnes anda! Bila anda FAHAM bahagian ni, senang untuk anda gunakan Tik Tok untuk promosi bisnes anda.

Baca seterusnya… saya akan explain details lagi! Lepas ni saya nak START FOKUS pada benda-benda penting yang anda kena buat dalam promosi bisnes anda.

Baca betul-betul bahagian seterusnya… ni yang anda kena buat!

Step Penting Untuk Promosi Bisnes Anda Kat Tik Tok!

Kalau anda tengok kat Tik Tok… yang keluar kat HOME / FYP anda adalah VIDEO! Video tu akan ambil KESELURUHAN SKRIN! Nak bagi anda FOKUS pada content tu.

Jadi POINT saya kat sini… Tik Tok bagi kat anda SATU SKRIN untuk bercakap, untuk promosi bisnes anda. SATU SKRIN ANDA PUNYA! Takde iklan orang lain kat bawah ke, kat atas ke… takde! Memang ruang ni UNTUK ANDA!

Sebagai MARKETER! Ini memang BEST! Sebab anda boleh CURI TUMPUAN DAN PERHATIAN 100% hanya pada anda!

So, kat sini… anda kena FAHAM kalau anda nak guna Tik Tok untuk promosi bisnes anda! Anda kena POST VIDEO CONTENT! Kalau tak post, anda tak buat apa-apa promosi pun.

GAME kat Tik Tok ni… untuk promosi bisnes anda, nak buatkan video anda keluar kat FYP orang lain… ANDA KENA POST VIDEO CONTENT!

Kalau Followers Masih ZERO? Kena Post Video Content ATAU Cari Followers Dulu?

Dengar soalan camni… saya dah tahu, anda ingat Tik Tok macam Facebook. Biasanya kalau dekat Facebook, kena cari followers dulu baru boleh post content. Kalau takde followers, bila post je content… takde orang nampak post kita. Macam cakap kat DINDING je… sebab tu kat Facebook kita panggil Facebook Wall. Hahaha…

Kat Tik Tok ni LAIN SANGAT-SANGAT!

Untuk naikkan followers anda, tak kisah followers anda masih ZERO sekalipun… ANDA KENA POST VIDEO CONTENT!

Bila anda post video content, Tik Tok akan cuba PUSH video anda masuk FYP orang lain. Jika video content anda menarik, dapat banyak view… maka video anda akan di PUSH oleh Tik Tok untuk muncul / keluar kat lebih banyak FYP… Tik Tok orang lain.

Lagi banyak view, lagi banyak video anda keluar kat Tik Tok Orang lain / FYP… maka FOLLOWERS anda pun akan bertambah-tambah!

Penting Ke Banyak Followers? Membantu Bisnes Ke?

Dalam Tik Tok, FOLLOWERS adalah BAKAL CUSTOMER!

Bila anda ada ramai FOLLOWERS, setiap kali anda post video… followers anda antara mereka yang TERAWAL yang akan nampak post anda.

Bila anda ada ramai followers, setiap kali anda post, ramai yang komen, ramai yang LIKE! Ini buatkan ORANG LUAR yang belum jadi followers anda nampak bisnes anda boleh dipercayai. Ramai betul orang komen, ramai betul orang LIKE kat post dia.

Ni yang terjadi pada Uncle Firdaus Tan Abdullah , salah sorang student coaching saya…

HARI-HARI ADA CUSTOMER BARU!

Uncle Firdaus ni buat bisnes Restoran Chinese Muslim. Masa coaching dengan saya dia naikkan followers dengan post video-video makanan kat restoran, video keadaan restoran, video dalam dapur, video cara diorang sediakan makanan untuk customer, video customer makan, video sembang-sembang tanya customer sedap ke tak… dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan restoran dia.

Saya bagitahu kat Uncle Firdaus ni segala idea content untuk video Tik Tok promosi restoran dia.

Siap bagitahu untuk bisnes Uncle Firdaus ni, video cukup 15 saat – 30 saat je. Buat 3 video sehari.

Tak ambik masa lama pun, dalam sebulan Tik Tok Uncle Firdaus dah cecah lebih kurang 3,000 FOLLOWERS dan setiap hari ada je customer baru yang datang selepas tengok video kat Tik Tok.

Jadi kat sini kita boleh buat kesimpulan… dengan pertambahan FOLLOWERS, ianya dapat bantu bisnes anda dapatkan lebih ramai customer baru.

Apa Lagi Yang Anda Kena Buat Kat Tik Tok Ni Untuk Promosi Bisnes Anda?

Selain dari view dan followers… benda yang LAST yang saya nak cakap ni, akan bantu anda buat jualan lebih PANTAS!

Tengok screenshot ni betul-betul…

Ni screenshot Tuan Azman Misbah, antara student coaching ULTIMATUM saya.

Dia buat bisnes KELAS RENANG dan bisnes ni SANGAT MENCABAR kerana banyak persaingan. Pernah sebelum ni Tuan Azman Misbah susah dapat client. Sampai terpaksa PERANG HARGA dengan pesaing-pesaing lain.

So, ada satu benda ni yang anda pun kena buat dalam promosi bisnes anda kat Tik Tok.

Kat BIO anda, anda kena masukkan LINK WEBSITE! Link website tu JANGAN LETAK link website terus ke website jualan produk, Tik Tok Shop ke apa.

TETAPI… letak link untuk himpunkan followers anda dalam satu tempat. Contoh guna wasap group atau Telegram Channel sebagai link website anda.

Tujuan dia… untuk anda bagi lebih banyak info / follow up / promosi bisnes anda pada followers anda bila mereka join telegram atau wasap group anda.

Dalam telegram / wasap group anda ni juga lah anda boleh buat PROMOSI HARDSELL dan boleh promote banyak kali pada followers anda yang berhimpun dalam ni!

Kesan dari startegi ni SANGAT DAHSYAT!

Bila Tuan Azman Misbah apply strategi ni dalam promosi bisnes dia, dia berjaya buat Total Jualan sebanyak RM30k sebulan!

Ada satu lagi contoh yang saya nak tunjuk pada anda… teruskan membaca!

Puan Zuraidah buat bisnes kek. Dalam coaching, saya suruh dia naikkan followers dan letak link kat bio tu terus ke Whatsapp Group.

Jadi bila dia post video content kat Tik Tok, followers dia akan bertambah dan dalam masa yang sama followers yang baru follow dia boleh terus join wasap group dia.

Bila followers dia masuk dalam wasap group, selain dari post link video-video content dalam Tik Tok dia dalam wasap group tu, dia juga akan akan post gambar kek, post menu kek yang ada dan promosi untuk tempahan awal kek dia.

Kesannya… followers yang masuk dalam wasap group dia akan cepat baca post dia bila dia post dalam wasap group tu. Sebab wasap SANGAT RESPONSIF. Kalau ada mesej masuk, CONFIRM orang akan cepat-cepat cek wasap.

Jadi… bila Puan Zuraidah post je dalam wasap group tu, semua orang akan nampak post dia, post promosi dia akan sampai degan cepat dan customer boleh order direct kat dia.

Alhamdulillah strategi ni memang menjadi!

Dari apa yang saya ajar dia, saya suruh dia dapatkan followers lepas tu kat bio tu letakkan link ke wasap group. Dalam sebulan, followers nak ke 3,000 orang dan jualan kek dah cecah RM5k!

RM5k ni adalah jualan SEBULAN sebelum ni. Tapi lepas follow apa yang saya coach dia… jualan RM5k tu dia buat dalam seminggu je.

Saya harap anda baca sampai kat sini. Masih setiasa bersama saya.

Saya juga harap apa yang saya SHARE dalam ecourse ringkas ni dapat bagi anda pencerahan apa yang anda kena buat dalam Tik Tok untuk promosi bisnes anda dengan lebih berkesan dan berjaya hasilkan jualan.

Bagi anda yang nak dibimbing secara direct dengan saya seperti Uncle Firdaus Tan, Tuan Azman Misbah dan Puan Zuraidah untuk dapatkan ramai bakal customer kat Tik Tok, anda boleh dapatkan info lanjut mengenai coaching dan bimbingan dengan join wasap group kat sini: https://bit.ly/3TI6BhC

Saya doakan anda berjaya dalam promosi bisnes anda kat Tik Tok. Semoga ilmu ni memberi manfaat dan kefahaman untuk anda.

All the best!