Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Selamat datang ke ECOURSE Teknik Promosi FAST Result!
Sebelum saya SHARE tentang teknik ni, bagi anda yang masih tak kenal saya, maybe this is ur 1st time… saya introduce diri saya semula…
Dalam industri internet marketing di Malaysia, saya di kenali sebagai CikguHafis. 100% FULL TIME INTERNET MARKETER, speaker dan juga coach kepada ribuan internet marketer di Malaysia yang FOKUS dalam produk digital dan digital content marketing.
Dalam ECOURSE ni, saya nak SHARE dengan anda beberapa teknik yang SIMPLE yang anda boleh TAK ACTION dan apply segera dalam bisnes online anda untuk tarik lebih banyak trafik, bina database yang banyak secepat mungkin dan buat sales dengan mudah.
ECOURSE ni bukannya salescopy yang akan menjual something dihujung page. Kalau anda scroll ke bawah, memang takde apa-apa pun promosi. 100% saya nak SEDEKAH ILMU je.
Untuk pengetahuan anda juga, ecourse ni pendek je… saya taip kat Microsoft word sebelum pindah ke website ni, cuma ada lebih kurang 10 page je. Jadi tak banyak pun dan anda cuma INVEST masa 10 – 15 minit je untuk baca dan hadam.
Seperkara lagi…
ECOURSE ni bukan untuk semua. Jadi sebelum kita cerita lebih, saya nak bagitahu dulu supaya tak buang masa anda baca ecourse ni… mana tahu tak sesuai dengan keperluan anda.
ECOURSE ni saya buat untuk bantu mereka yang dah pun mulakan bisnes. Maksudnya dah ada produk, dah start buat sales. ECOURSE ni tak sesuai kalau anda masih NEWBIE dalam bisnes, maksudnya anda tak tahu nak buat bisnes apa lagi. Sebab dalam ecourse ni tak cover yang tu.
Saya akan terus tunjuk beberapa teknik dan platform untuk promosi dan dapat result pantas.
So, kalau anda rasa anda tak sesuai nak tahu apa yang saya SHARE dalam ecourse ni, maka anda boleh close je minisite ni dan teruskan kerja anda.
Tapi… kalau info ini yang anda perlukan dalam bisnes anda… maka minta anda bagi sepenuh tumpuan untuk baca apa yang saya tulis dalam ecourse ini.
Minta anda bettul-betul bersedia. Kalau anda rasa time anda tengah baca ecourse ni tak sesuai… mungkin kena jaga anak, ada urusan nak cepat… saya nasihatkan anda tak terkocoh-kocoh untuk habiskan juga baca secapat mungkin. Better anda tutup dulu ecourse ni… jap lagi bila dah betul-betul SITUASI COOL DOWN, anda bacalah dengan tenang.
Bila baca dengan tenang, anda dapat FOKUS dan nampak apa yang anda perlu buat, take action dalam bisnes anda supaya membuahkan hasil.
Kalau tak ready tutup je… jap gi baca balik ok.
Bagi anda yang dah ready… jom kita mulakan sekarang! Baca betul-betul dan fahamkan.
Teknik yang bakal saya tunjukkan ni bukannya teknik yang tiada KOS marketing.
Dalam bisnes… nothing is 100% FREE! Selalunya TIME VS MONEY. Kalau takde duit, kena guna masa.
As a business person… masa saya sangat berharga. Jadi saya lebih prefer INVEST duit untuk buat duit.
Duit hanyalah alat untuk kita capai result dalam bisnes kita lebih cepat. Dalam kes teknik yang saya bakal tunjukkan ni, saya nak WARNING awal-awal… kebanyakkan teknik yang saya tunjukkan ni adalah teknik promosi yang perlukan anda untuk INVEST duit anda.
Ada student coaching saya sebelum mereka follow coaching saya, mereka try teknik-teknik FREE ni… tapi kebanyakkannya susah nak convert. Kalau convert pun mungkin awal-awal je… lepas 2-3 bulan teknik tu tak boleh pakai dah.
Dalam bisnes online… kita bukan nak buat bisnes nasib-nasib ataupun orang lain yang tentukan nasib kita. Kita nak bisnes kita FULL CONTROL… kita yang tentukan kejayaan bisnes kita.
So, whatever yang saya SHARE ni… membantu anda mempercepatkan result dan anda mempunyai FULL CONTROL untuk besarkan lagi bisnes anda, tambah lebih ramai prospek dan buat sales dengan lebih mudah.
Bila kita nak promosi atau iklan kan produk kita, kita kena tahu kat mana nak promosi supaya WHATEVER yang kita invest memberikan pulangan untuk bisnes kita.
Teknik yang PALING POWER adalah mouth to mouth marketing! Recommendation! Orang lain yang REKEMEN bisnes / produk anda.
Contoh simple…
Benda ni berlaku pada diri saya, dan saya PERCAYA anda juga mungkin pernah menghadapi perkara ini dalam kehidupan anda.
Meh saya cerita…
Beberapa tahun yang sudah, saya didatangi oleh banyak agen insuran. Tak kisahlah yang promote online, yang promote secara direct… jumpa kat mana-mana, bagi flyers dan sebagainya TAPI saya tak sign up pun.
Reason dia simple jer… saya tak percaya pada agen insuran tersebut sebab banyak kes… masa awal-awal nak register insuran ni, macam-macam plan yang dia bagitahu cover itu dan ini.
Tapi bila kita memerlukan insuran, time tu lah agen hilang atau tak nak ambil peduli pun pasal kita. Benda ni terjadi kat ramai kawan-kawan dan kenalan saya.
That’s why… saya payah nak SIGN UP dengan orang yang saya tak kenal reputasi dia.
So, apa yang saya buat… saya minta nasihat family dan kawan. Saya minta mereka introduce agen yang mereka subscribe.
Sebelum introduce tu, saya tanya dulu… agen ni ok ke tak, berapa lama dia dah servis, pernah claim insuran tak… and macamana respond dan sebagainya.
Alhamdulillah dipendekkan cerita, saya subscribe dengan agen yang di introduce oleh family mertua saya. Saya subscribe dengan agen ni sebab satu family dia hidup dengan jadi agen insuran je… memang diorang ni membesar dengan duit sebagai agen insuran. So saya tahu agen saya ni SERIUS.
The point yang saya nak cerita kat sini… saya setuju untuk subscribe disebabkan RECOMMENDATION dari orang yang saya percaya.
Ok… kita berbalik pada apa yang saya nak SHARE ni.
Dalam bisnes online, kita boleh buat benda yang sama dalam promosikan bisnes kita! Kita nak orang atau someone trusted yang boleh RECOMMEND kita supaya kita boleh buat sales dengan mudah.
LAGI BEST…
Sekarang ni adalah masa yang SESUAI untuk anda apply teknik atau strategi ni dalam bisnes online anda kerana terdapat banyak SOURCE yang TRUSTED yang boleh anda LEVERAGE kredibiliti mereka untuk promosikan bisnes anda.
Saya STRAIGHT TO THE POINT, dalam bisnes online kita boleh gunakan kredibiliti orang lain untuk promosikan bisnes kita. Kita boleh cari Youtuber yang boleh review makanan di Restoran kita, kita boleh cari Instagram Influencer yang boleh post tentang produk kecantikkan kita, kita boleh cari blogger yang boleh buat review dalam blog mereka tentang produk kesihatan kita dan macam-macam lagi.
Inilah teknik atau strategi yang akan buatkan bisnes atau produk kita dikenali ramai dengan cepat, ramai orang nampak produk kita dan base on recommendation… kita senang nak buat sales! SERIUS!
Ok, saya nak huraikan lebih detail lagi apa yang saya SHARE kat atas tu dengan bagi anda idea beberapa platform yang anda boleh cuba untuk apply teknik dan strategi ni.
Make sure baca part ni betul-betul… things getting serious from now!
Saya rekemen anda try platform-platform ni…
Mungkin anda tak pernah dengar istilah SOLO ADS ni, meh saya explain… SOLO ADS ni adalah term yang kita gunakan dalam internet marketing untuk promosi produk / bisnes orang lain melalui email marketing.
Jadi, anda cuma bagi details yang dia (orang yang sediakan SOLO ADS) perlukan dan dia akan BLAST email seperti dia yang promosikan produk anda. Macam dia yang rekemen.
WARNING: Make sure orang yang anda dapatkan servis solo ads ni adalah mereka yang mempunyai subscriber email yang ramai. Saya rekemen 10,000 dan ke atas baru nampak result.
Tapi SERVIS SOLO ADS ni agak limited di Malaysia sebab tak ramai faham konsep solo ads ni… bahkan mereka yang ada list subscriber pun susah nak offer solo ads ni kepada umum sebab mereka nak guna untuk BLAST promosi mereka. So, kalau ada orang yang offer solo ads ni… make sure anda grab cepat-cepat!
One more thing… nak bagitahu, kos untuk solo ads ni berbeza-beza… mengikut pada tuan punya solo ads. Ada yang offer sehingga RM3k sekali blast je tau!
Sebab… list yang BESAR dan responsif. Mereka caj harga tu sebab itu yang mereka buat sekali mereka blast email pada subscriber mereka. Jadi disebabkan anda nak BLAST untuk promosi produk atau bisnes anda, maka mereka tak dapat nak buat sales untuk bisnes mereka, sebagai ganti… anda bayar berapa yang mereka buat sekali blast dan mereka akan blast untuk promosi produk anda.
Dari segi result, bergantung kepada list pemilik SOLO ADS tu… jom kita kira…
Katakan, satu produk anda jual dengan harga RM100. Let say, anda ambil servis solo ads dari someone yang mempunyai list responsive sebanyak 10,000 list. Katakan 10,000 list dia charge RM3000 (saja ambil kira kos mahal)
Yang convert sales cuma 1% (saja kira conversion rendah)… iaitu 100 orang yang beli.
Jadi 100 orang beli produk RM100, anda dah buat total sales RM10,000! Hahaha (gelak cam Joker). Banyak tu!
Di Malaysia ni, so far yang offer solo ads ni kalau list 10,000 paling kuat pun RM1000 je harga solo ads dia. Yang saya tahulah. Tak tahulah kalau ada yang mahal lagi.
So, teknik ni FAST RESULT dan dia base on recommendation. That’s why senang gila nak close sales!
Yang ni pun kat Malaysia, tak ramai yang offer benda ni. Sebab… ramai yang ada fans ramai kat Facebook tapi cuma promosi produk sendiri sahaja.
Yelah penat kot cari fans sendiri… tiba-tiba nak tolong promote produk orang lain… sebab tu mereka tak offer.
Tapi anda boleh tanya mereka yang mempunyai page yang ramai fans ni, boleh tak mereka bantu anda untuk blast semua subscriber FB Messenger mereka.
TIPS: bila tanya tentang servis ni, tolong bagitahu yang anda nak tahu harga. Jangan tanya macam bunyi-bunyi nak minta tolong dia blast free je. Memang takde respond. Bagitahu anda nak bayar tau!
So, bila dia bagitahu harga tu… anda tengoklah sesuai ataupun tidak dengan budget anda. Tak perlu nak nego-nego dengan diorang ni… takut diorang langsung tak reply.
Kalau tak sesuai dengan budget, just cakap terima kasih je tak yah nak reply kata mahal dan sebagainya. Just keep it to yourself.
Yang ni banyak! Tapi tak ramai gunakan dengan cara yang betul. Saya gunakan teknik promosi FB Group ni dengan promosi di FB Group orang lain.
Ni ada strategi yang saya nak SHARE yang saya cuma share pada student coaching saya sahaja… tapi 1st time saya SHARE secara public untuk anda. Baca betul-betul dan fahamkan strategi ni!
Normally ramai orang beli slot atau id di FB Group orang lain untuk iklan. Ada FB Group yang kena bayar RM50, RM60, RM100 sekali sahaja dan anda boleh iklan sampai bila-bila. Ada juga yang bayar RM5, RM10 untuk setiap post iklan. Harga post atau id ni bergantung kepada rules FB Group tu. Lain group, lain harga post iklan dia.
Strategi yang saya bagitahu kat student coaching saya ni adalah… kita tak beli pun ID atau slot iklan di FB Group dan iklan sendiri kat FB Group tu… haha, yang ni penting lepas ni.
Kita approach admin FB Group tu dan tanya dia boleh tak dia sendiri yang post kan dan kita akan bayar pada dia! Kita minta admin FB Group tu yang post!
SEBAB: recommendation marketing! Kita nak admin yang rekemen bisnes kita kepada members dalam FB Group tu.
So, bayaran dia mungkin sedikit UP dari yang post iklan biasa sebab admin yang kena buat. So tambah kerja dia untuk post iklan kita.
Bila admin yang POST, sambutan dia lebih baik dari kita yang post sendiri dan ramai members dalam FB Group tu yang akan dapat notification yang admin post something.
Yang ni common sangat! Ramai yang offer anda untuk iklan di Instagram mereka.
So, saya bagi beberapa steps yang anda boleh follow…
Harga IG review ni adalah berbeza-beza… dia bukan STANDARD dan ianya bergantung kepada influencer tu sendiri. Diorang yang letak harga.
Secara kasar, ada yang bagi harga RM50 – RM100 untuk post jenis gambar. Untuk video mungkin mahal sikit dari RM500 – RM3000 (bergantung pada influencer tu)
So anda pilihlah yang sesuai untuk budget bisnes anda.
Yang ni POWER dan sangat berkesan… cuma budget je yang KASAR sikit. So, anda kena tengok-tengok lah sesuai atau tak dengan keperluan bisnes anda.
Saya bagi anda steps untuk gunakan teknik dan strategi promosi ni di Youtube.
Harga adalah berbeza-beza bergantung kepada bilangan subscriber Youtube dan bilangan views yang mereka dapat.
Bila anda apply teknik ni, saya NASIHAT kan anda… gunakan setiap sen yang anda INVEST tu semaksimum yang mungkin!
PENTING… BACA NI! Saya tak nak anda buat silap ni.
Ramai yang terus guna teknik atau strategi ni untuk jual produk terus. SERIOUSLY, saya tak rekemen anda terus promosikan produk anda. Ya memang akan ada sales kalau anda gunakan teknik atau strategi ini.
SEBAB: kalau anda buat macam tu… anda tak dapat buat maksimum sales! Katakan anda dapat 100 sales je… padahal anda layak buat 300 – 500 sales! So, anda nak yang mana satu? 100 sales ke 300 -500 sales?
Pasti 300-500 sales kan.
So, ini yang saya IMPROVE dalam teknik promosi student coaching saya…
Saya TAK BAGI diorang jual barang terus guna teknik promosi ni… sebaliknya saya suruh diorang kumpul dulu database prospek.
Caranya… instead of kita jual produk, kita bagi minta yang promosikan iklan kita untuk promosikan produk percuma dari kita.
CONTOH:
Anda boleh minta diorang ni promosikan produk percuma tu dan sebagai syarat untuk dapatkan produk PERCUMA ni, kena Whatsapp anda.
So, bila diorang ni promosikan produk PERCUMA anda… pum pang pum pang la whatsapp masuk nak claim produk PERCUMA tu.
Bila diorang claim produk PERCUMA ni, anda bagi jer… tapi sebenarnya secara TAK LANGSUNG anda dah dapat bina database prospek yang ramai giler!
Anytime jer, anda boleh BLAST diorang ni kat Whatsapp dan jual produk anda.
LAGI BEST, boleh promosi berkali-kali kat diorang ni dan boleh pulak minta diorang introduce kawan-kawan diorang pula pada produk kita!
AMACAM? Learn something kan!
Kalau anda just beli slot promosi dan promote terus jual produk anda, sekali tu jer… anda dapat sales! Tapi kalau guna teknik ni… anda dapat database prospek yang ramai dan anda boleh close lebih banyak sales berkali-kali.
Ok lah… saya rasa cukuplah perkongsian saya sampai di sini. Saya harap sangat-sangat anda dapat belajar banyak benda dari apa yang saya SHARE dalam ecourse ni.
Yang paling PENTING apply cepat dalam bisnes anda untuk tarik lebih ramai prospek dan buat lebih banyak sales.
Ok, terima kasih kerana baca SHARING saya sampai he hujung ni. Saya doakan bisnes anda semakin sukses!
Amin ya Rabbal Alamin. Have a good day.