Bismillahirahmanirahim…

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Selamat datang ke ecourse ringkas Bisnes Untung Besar USD 2024. Saya CikguHafis.

Ecourse ni ada 2 BAHAGAIAN! Ni adalah bahagian PERTAMA dan bahagian kedua saya upload dalam Facebook Group yang anda boleh join kat sini:https://www.facebook.com/groups/cikguhafisgroup

Walaupun tajuknya adalah ecourse… tapi saya cuba sampaikan secara santai, sebab apa yang saya nak sampaikan ni adalah PENTING, so saya tak nak penyampaian saya BORING dan menyebabkan anda miss point-point penting dalam ecourse ni.

So, jom kita mula…

Biasanya dari tahun ke tahun, hidup dan bisnes makin mencabar. Masa 2020, orang cakap 2021 akan lebih mencabar… dah sampai 2021, hujung tahun orang cakap 2022 lebih mencabar dari 2021… begitulah seterusnya dari tahun ke tahun.

Cost of Living Makin Menggila

Tahun 2023 sebelum ni memang banyak KEJUTAN! Saya banyak kali terkejut.

Awal-awal tahun 2023 lepas… saya TERKEJUT, telor boleh HILANG? Habis… ayam dah takde ke apa? Saya betul-betul KONFIUS.

Lepas tu dengar kat Parlimen, cerita pasal telor Mat Sabu VS telor Wee Ka Siong… bahkan balik kampung pun jadi bahan jenaka bila saya belek telor ayam kat dapur, saya bagitahu kat ayah saya… “Ni teloq Mat Sabu ni Abah!” lepas tu ayah saya jawab “kecik naa teloq dia” hahaha gelak je lah kitorang sekeluarga kat dapur.

Nasib baik, slowly menjelang Raya tahun ni… bekalan telor dah makin ok. Dan so far… setakat ni tak susah nak cari telor.

Tapi TERKEJUT saya tak habis lagi… dan saya kerap TERKEJUT bila masuk pasaraya. Tempat lain saya tak terkejut sangat. Rumah hantu pun tak terkejut sangat. Ni masuk pasaraya terkejut + senak perut.

Mana taknya… dulu sebelum 2020, dengan RM200, saya boleh beli macam-macam kat Pasaraya. Tapi sekarang… dengan RM200, macam-macam saya tak boleh beli. Kena tambah lagi RM100… RM300 lah baru hampir sama macam RM200 dulu, hampir tau BUKAN sama.

Cost of Living Makin Menggila! Masa tu saya tak dapat bayangkan mereka yang bekerja makan gaji dengan gaji RM1500, RM2000… memang SANGAT MENCABAR.

Bayangkan dari RM1500, RM2000 nak tolak duit bayar rumah… nak tolak duit bayar kereta. Tinggal berapa je? Tak masuk akal!

Orang Rumah saya adalah seorang pensyarah kat university tempatan. Dulu… masa muda remaja, antara cita-cita saya nak jadi pensayarah university… sebab GAJI BESAR. Tapi sekali lagi saya TERKEJUT… ramai kawa-kawan orang rumah saya yang start bisnes sambilan, jual nasi lemak, jual sarapan pagi, jual kerepek, jual kain… pensyarah dulu-dulu mana layan nak buat bisnes cam ni. Diorang yang jadi customer.

Apa dah jadi dengan ekonomi Malaysia? Apa dah jadi dengan ekonomi kita?

Bila tengok berita, kata pembaca berita “kadar pertumbuhan ekonomi kita semakin baik pada suku ketiga dengan pertambahan bla bla bla…” lepas tu dia tayang graf kat skrin TV. Gambar graf makin naik… kononnya ekonomi makin ok. Tapi anda sendiri tahu, ekonomi anda dah ok ke?

Kita Tak Berkuasa Ubah Ekonomi Negara… Tapi Kita BERKUASA Boleh Ubah Ekonomi Kita & Keluarga Kita.

Ada orang cakap… sekarang ni kena BANYAK MENYIMPAN. Hakikatnya… nak simpan pun takde. Ramai orang masuk je gaji… terus tolak hutang.

So, penyelesaiannya bukan kena menyimpan… tapi kita kena TAMBAH LEBIH BANYAK INCOME! Dah tambah banyak income… dah ok, baru kita boleh menyimpan. Ni cost of living menggila… gaji tak naik-naik. Camne nak survive? Betul tak?

Bila nak tambah income ni… ramai start berniaga online. Ada yang menjadi… ALHAMDULILLAH… tapi RAMAI GILA yang tak jadi!

Kenapa tak jadi? Ada banyak sebab.

Antaranya… kita berniaga pada orang yang tak berduit! Bila baca macam bangang je… tapi itulah hakikatnya.

Ramai ORANG KITA… orang Malaysia sekarang ni tengah ada MINDSET… nak berjimat sebab ekonomi tak berapa bagus. Ramai yang berkira-kira untuk belanja. Ramai yang TERKEJUT & TERKEDU.

So, tak kisah lah hebat camne produk, teknik marketing atau apa sekalipun… nak buat jualan, nak jual produk pada ORANG KITA agak mencabar. Bukan tak boleh, tapi MENCABAR,

CABARAN ni selalu kena kat orang yang baru nak start bisnes online part time, yang nak tambah income RM3K – RM5k sebulan, yang nak hidup selesa sikit.

Bila diorang cuba-cuba berniaga kat Tik Tok, kat Facebook, Instagram, Whatsapp… susahnya nak buat jualan… padahal dah cuba macam-macam.

Bagi saya untuk anda BUAT UNTUNG BESAR tahun 2024 ni, anda tak boleh berniaga dengan ORANG MALAYSIA. Buying power tengah lemah.

Anda kena UBAH! Kena berniaga kat MARKET OVERSEA!

Market Oversea Lebih Besar!

Start dari bahagian ni… apa yang saya bakal SHARE ni SANGAT PENTING!

Kalau anda rasa penat baca apa yang saya mengomel dan bising-bising di awal ecourse ni, baik anda rehat dulu. Tenang-tenang. Minum air dulu ke apa… kalau anda tengah sibuk buat benda lain, selesaikan buat benda tu dulu… jangan baca ecourse ni sambil buat benda lain.

Saya nak anda betul-betul selesa, saya nak anda betul-betul FOKUS, cari tempat dan masa yang sesuai untuk anda baca ecourse ni. Part seterusnya memerlukan FOKUS yang tinggi!

.

.

.

Dah ready?  

Kalau dah ready… jom sambung.

Ni saya ambil dari Google… sehingga 2023 kadar populasi kat Malaysia adalah lebih kurang 34 juta!

Ni pula kadar populasi US… 10 kali ganda lagi banyak dari Malaysia

Bila anda nak buat bisnes Market Oversea nak jual kat Mat Salleh, bukan negara US je… ada negara lain yang ada Mat Salleh juga. Anda boleh jual produk anda kat UK, Australia dan negara-negara Mat Salleh yang lain.

Semua negara-negara ni populasi jauh lebih ramai dari Malaysia.

Buying Power Tinggi!

Macam anda tahu tadi… orang kita – Malaysia, tengah berjimat-jimat. So kuasa membeli tu tak berapa power.

Tengok ni… ni salah satu kedai ecommerce ORANG MALAYSIA yang jual produk kat Market Oversea

NOTE: Harga Produk dalam RM sebab saya buka website guna IP Address Malaysia. Kalau orang US, dia akan nampak dalam USD.

Tengok dalam gambar tu, ada 1,414 orang yang bagi REVIEW produk selepas mereka dah beli! Point saya kat sini… itu yang bagi REVIEW, KONFEM memang dah 1,414 orang… biasanya bilangan yang sama juga…yang dah beli tapi tak bagi review. Tak tahu kenapa, mungkin sebab malas atau sebab-sebab lain. Jadi… sebenarnya mungkin ada lebih 3000 Mat Salleh yang dah beli produk ni.

Kalau ORANG MALAYSIA, harga RM381 tak termasuk kos penghantaran untuk bottle warmer tu memang MAHAL! Diorang akan cari dekat Shopee bottle warmer yang harga jauh lebih murah.

So, sebagai seller… payah nak cari makan bisnes online kat Malaysia.  

Mat Salleh ada BUYING POWER yang tinggi! Tengok data tu… 1,414 orang KONFEM dah beli!

Ambil Kesempatan Kadar Kejatuhan Ringgit!

Ni adalah masa yang TERBAIK untuk anda buat UNTUNG BESAR kat Market Oversea.

Tengok screenshot ni…

Anda boleh tengok sendiri kat google, taip je currency converter lepas tu tengok kadar pertukaran duit kita dengan USD.

1 USD : RM4.67.

Kalau kita jual produk kita kat Malaysia, katakan lah lepas tolak kos itu dan ini… kita UNTUNG BERSIH RM30 untuk satu produk tapi kalau kita jual kat Market Oversea, kadar untung USD30, bila tukar ke duit Malaysia… USD30 X 4.67 bersamaan dengan RM140!

Banyak tak?

Lagi banyak dari jual kat Malaysia. 4.67 kali ganda UNTUNG!

Dapat jualan 10 produk sehari… sehari dah buat UNTUNG RM1,400… 5 hari je berniaga kat Market Oversea, dah boleh buat lebih RM5k.

Dah capai target nak buat income tambahan lebih RM3K- RM5k!

Lepas 5 hari, anda nak buat lagi… ikut anda lah. Takde siapa boleh halang.

Teknologi Buat Jualan Lebih Mudah & Banyak!

Mungkin anda cakap… “Tapi saya tak tahu, tak padai cakap English… camne nak jual kat Market Oversea?”

Baca bahagian ni betul-betul! Peluang ni sampai tepat pada masanya…

Saya PASTI anda pun tahu… market dan teknologi bisnes online kat Malaysia masih BABY lagi. Baru nak merangkak.

Tapi teknologi bisnes online Market Oversea dah jauh lebih maju, lebih matang!

Ada banyak APPS kat Market Oversea yang boleh bantu anda buat jualan dengan mudah tanpa halangan.

Jika anda tak pandai English, ada apps yang menghubungkan Artificial Inteligence (AI) dengan Chat GPT yang boleh bantu anda jawab atau reply soalan customer Mat Salleh macam anda pun Mat Salleh! Tak yah nak ada depan website 24 jam… ada robot yang tolong jawab dan CLOSE jualan untuk anda!

Dahsyat tak?

Lagi satu… ada apps ni yang boleh bantu anda selesaikan order. Lepas je anda dapat order dari customer, apps tu akan hantar order tu kat supplier / dropship anda. Diorang yang akan bungkus dan hantar produk tu bagi anda. Kat Malaysia mana ada apps macam tu? Bila order masuk berpinau mata anda sebab nak kena buat manual… nak kena cek betul-betul alamat supaya tak salah hantar produk.

Keja simple cam ni…kadang-kadang ambil masa setengah hari. Ada yang tak tido malam sebab nak settle benda ni je.

Dan macam-macam apps lagi yang ada yang memudahkan anda buat income USD.

Data Jualan Yang Tepat!

Ni BEST… ramai orang start berniaga online, dia tak tahu nak jual produk apa. Soalan sebenar dia… produk apa yang dia jual KONFEM ramai orang nak beli? senang buat jualan… produk apa yang boleh pergi?

Kat Market Oversea ada beberapa platform supplier dan dropship yang akan tunjukkan data jualan / order.

Sebagai contoh AliExpress. Anda boleh tengok data jualan… berapa banyak jualan yang dah dihasilkan produk tersebut melalui review dan bilangan item sold.

Ini adalah sebagai bench mark – penanda aras produk tersebut mudah dijual atau sebaliknya. So data-data ni memang terang-terang anda boleh tengok.

Jadi mudah untuk anda buat keputusan produk apa yang anda boleh buat jualan dengan mudah nanti.

Wang Besar, Wang Besar!

Sedap berniaga online kat Market Oversea ni.

Ada data jualan… jadi takde lah teka-teka, agak-agak produk apa yang HOT DEMAND. Lepas tu ada plak apps yang boleh CLOSE kan jualan dan bantu jawab soalan English dari customer, Customer Mat Salleh pun jenis tak berkira… buying power tinggi! Dan memang ni lah masa terbaik start bisnes kat Market Oversea sebab 1USD : RM4.67!

Anda tengok ni… ni antara screenshot ORANG MALAYSIA yang baru berjinak-jinak dengan Market Oversea

Baru Start Jual… Dah Dapat Jualan Pertama USD55.12

Hari Pertama…Dah Masuk 4 Order Buat USD238!

Lepas sebulan buat bisnes kat Market Oversea… dah buat jualan banyak cam ni

Orang Baru Start Dah Buat USD2.69K Bulan 1st!

Ni Sebulan… Dah Buat USD4,390!

Kalau ikutkan ada banyak lagi… tapi cukupla tu. Itu duit diorang bukan duit kita.

Camne Nak Buat Untung Besar USD Macam Diorang?

Ada banyak benda lagi yang saya nak SHARE dengan anda tentang Bisnes Online kat Market Oversea yang boleh berikan anda income USD dan saya PERCAYA ada banyak benda lagi yang anda nak tahu. 

Kalau anda berminat nak tahu lebih lagi tentang bagaimana anda boleh buat bisnes online income USD tanpa perlu jual produk sendiri, hanya guna konsep DROPSHIP sahaja.

Saya ada satu lagi Ecourse (Bahagian 2) yang saya bagi PERCUMA je bila anda Facebook Group kat sini: https://www.facebook.com/groups/cikguhafisgroup

Dalam ecourse tu saya SHARE satu Case Study berdasarkan salah sorang CLIENT iaitu Puan Siti yang follow satu teknik dan strategi SHORTCUT untuk mula buat bisnes kat Market Oversea dan buat income dalam USD4Angka dalam masa sebulan je. 

Join FB Group melalui link tu dan dapatkan akses PERCUMA Ecourse Case Study ni. 

Jumpa lagi dalam FB Group tu nanti.