Assalamualaikum dan Salam sejahtera. CikguHafis di sini. Selamat datang ke ECOURSE Pendek : 4 STRATEGI Tambah Sales 2020.
Terlebih dahulu saya nak ambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2020, Happy New Year.
Personally, saya bersyukur tak terhingga kerana dapat sampai ke tahun 2020. Tak sangka tahun 2020 ni hidup lagi saya… ingat lagi saya masa kecik-kecik dulu, time tu tahun 1994 bila pertama kali saya dengar Tun Dr Mahathir share idea beliau tentang WAWASAN 2020. Masa tu, yelah tengah kecik lagi… tak heran pun WAWASAN 2020 ni… yang saya fikir adalah … “umur aku dah berapa masa tu? Agak-agak aku kerja apa masa tu?”. Masa tu saya sendiri pun tak tahu apa akan jadi pada saya 2020.
Masa berlalu… Alhamdulillah saya sampai tahun 2020 dan tak terfikir oleh saya yang saya akan buat bisnes secara online.
Hmmm… tahun 2020 ni akan lebih mencabar dari tahun-tahun sebelumnya. SERIUS! Tahun ni… makin ramai orang buat bisnes online dan semestinya makin ramai pesaing. Of course kalau guna FBAds, kos marketing tak pernahnya turun makin naik… ada. Lagi BEST, tahun ni jugaklah kerajaan memperkenalkan 6% cukai perkhidmatan digital…
Yang last sebelah kanan tu… ADS, pengiklanan… maksudnya kena 6% cukai bila guna FBAds. Maksudnya, katakan sebelum ni buat FBAds bayar RM100 sebulan, tapi sekarang ni kena bayar RM106. RM100 adalah untuk FBAds dan RM6 adalah cukai 6% dari FBAds yang kita buat.
Bagi saya… takde apa pun yang saya boleh buat untuk PAKSA Mark Zuckerberg bagi kos iklan murah kat saya dan semua orang-orang Malaysia dan takde apa pun yang kita boleh buat ramai-ramai nak minta kerjaan tak payah kenakan cukai perkhidmatan digital 6% tu.
TAPI… kita masih boleh buat something untuk bisnes kita, untuk counter back semua kos-kos tambahan tersebut. Sales bisnes kita, kita yang control, kita yang tentukan berapa yang kita nak buat.
So, nak SHARE dengan anda 4 benda yang saya dah buat dan akan teruskan buat dalam bisnes online saya. Make sure baca betul-betul dan try implement benda ni dalam bisnes online anda.
Benda ni saya selalu cakap kat student coaching bisnes ebook IMDPM. Kena tambah prospek setiap bulan!
1st sekali kena ada target berapa bilangan prospek yang anda nak setiap bulan? TARGET ni penting. Sebab bila takde target, kita seolah-olah macam hilang tujuan. Dalam marketing, kita kena clear tujuan kita… that’s why kita letakkan target.
Macam student coaching bisnes ebook IMDPM, target yang saya letakkan dan push mereka untuk kejar adalah mereka mesti dapatkan 2000 orang prospek setiap bulan.
Kenapa 2000 orang prospek?
Bagi saya… 2000 orang prospek untuk setiap bulan adalah number yang sesuai sekiranya anda masih baru dalam bisnes online. Target 2000 ni nampak macam tinggi tapi ianya POSSIBLE sebab dah ramai yang berjaya dapat lebih dari 2000 orang prospek dalam beberapa minggu je.
Puan Raeisha salah seorang student coaching IMDPM tak pernah-pernah dapat ribuan prospek dalam bisnes online BERJAYA dapatkan 2700 prospek dalam 2-3 minggu je. Padahal dia ni kira betul-betul NEWBIE dalam bisnes online ni.
Sebab lain kenapa saya nak anda dapat 2000 orang prospek adalah kerana… jom kita kira ni…
Katakan dalam sebulan dari 2000 orang prospek ni, kita kira busuk-busuk 5% je yang beli produk anda. Anda dah dapat 100 sales sebulan. Katakan pula harga produk anda adalah RM100. Maka anda berjaya buat sales 100 orang pembeli X RM100/unit : RM10,000.
Dan katakan dalam 10 bulan anda buat prospecting, setiap bulan maintain collect 2000 orang database prospect, maka RM10,000/SEBULAN X 10 BULAN: anda dah berjaya buat total sales RM100,000.
Itu yang terjadi pada Zairol… soerang lagi student coaching bisnes ebook – IMDPM. Dia buat kerja-kerja prospecting ni secara KONSISTEN selama 2 bulan. Dia dah ada dalam 9000 lebih orang prospek. Setakat ni, memang dah berjaya buat total sales nak dekat RM50k!
Bila kita ada lebih ramai prospek, lebih tinggi chances kita nak buat sales lebih banyak dan lebih mudah.
Nak STRATEGI lagi POWER? Baca yang seterusnya ni… yang ni PENTING untuk 2020.
Bila kita ada prospek, setakat ada sahaja tak mencukupi. Kita kena segmen kan prospek tu ke beberapa channel/platform marketing kita. Marketing adalah untuk prospek nampak / kenal produk kita. Prospek akan buat keputusan bila mereka tahu dan nampak promosi kita. Kalau promosi BEST, produk BEST, copywriting BEST… tapi takde orang nampak… baik tak yah buat.
Dalam coaching bisnes ebook IMDPM, apa yang saya SHARE sekarang adalah saya bagitahu student coaching saya untuk segmen kan prospek mereka di channel-channel ni… saya tunjukkan camne mereka boleh masukkan prospek dalam KOLAM DATABASE…
Amacam belajar something tak dari apa yang saya SHARE ni? Kalau ya, angguk 3 kali. Hehehe…
So make sure, buat yang 1st ni dalam bisnes online anda. Ok jom saya explain yang ke 2 pulak.
Yang ni STRAIGHT TO THE POINT je… nak tambah lebih banyak sales, tambah je lah produk. Kalau jual 1 produk je dapat setahun RM100k, kalau 2 produk dapatlah RM200k. SIMPLE je…
TAPI, kena ingat! Jangan main tambah je sebarang produk. Kalau nak tambah produk, mestilah produk tu berkaitan dengan produk yang sebelum ni.
Katakan produk 1st anda jual ubat kurus, jadi tambahkan pula produk dalam niche sama seperti T Shirt kurus – pakai je, tshirt ni akan start bakar lemak. So, nampak tak produk ni dalam satu niche atau kategori bidang yang sama.
Jangan lah jual ubat kurus lepas tu, pegi jual plak insuran dan takaful… memang lari bidang beb.
Tengok ya…
Prospek yang kita kumpul pada step 1st tadi adalah prospek untuk produk atau niche yang kita buat sebelum ni. Jadi prospek tu adalah prospek yang interested untuk selesaikan masalah berat badan dia.
Jadi mungkin juga prospek-prospek ni selain dari beli ubat kurus, mereka nak nampak lebih banyak kesan dengan cepat, jadi mereka nak pula T Shirt Kurus.
Dan kita pula… tak payah susah-susah nak cari prospek lain dalam niche yang lain. Yelah sebab kalau jual insuran dan takaful kan dah lari dari niche Kurus tadi. Tak pasal-pasal je, kena cari prospek baru.
Bila kita pelbagaikan produk dalam niche yang sama, prospek tetap prospek yang sama dan mereka ni duduk dalam kolam-kolam database kita, kita akan lebih senang buat sales sebab variety of products dalam niche yang sama dan prospek kita dah kenal dengan siapa kita sebab mereka ada dalam kolam database yang kita promosikan dengan cara CONTENT MARKETING setiap hari pada mereka.
Nampak kan? Prospek yang sama yang kita tambah setiap bulan, tapi kita tambah juga bilangan produk dalam niche yang sama. Promote produk-produk ni pada prospek yang kita ada.
Ok clear? Kalau clear angguk 3 kali… hehehe. Now saya nak explain point ke 3! Dah ready? Kalau dah, cakap dalam hati “YES… YES… YES”
Dalam coaching bisnes ebook IMDPM, saya selalu suruh student saya masukkan konsep ini.
Kalau anda pernah makan kat McD, kalau masuk drive thru… perasan tak, orang yang ambil order kita tu, dia tak henti-henti tanya kita “LAGI?”. Lepas je kita order something, katakan order Mc Chicken SATU, mesti orang yang kat dalam speaker tu tanya… “LAGI?”… ni adalah konsep UPSELL yang paling simple.
Kita jangan matikan sales tu sampai situ. Kita tanya lagi, apa yang kita boleh bantu prospek untuk selesaikan masalah mereka.
Sebagai contoh…
Katakan kita jual tudung, so lepas je customer kita decide untuk pilih sehelai tudung, cuba kita upsell dia dengan tudung-tudung yang lain pula. Tunjuk tudung tu pada mereka, bagitahu yang ni ada collection baru… ni pun cantik juga dan tengah ada diskaun ni. Nak lagi BEST, cakap jer… “kalau akak ambik tudung collection ni sekali dengan tudung yang akak nak beli ni dapat diskaun RM20… kalau tudung ni jer… tak dapat”, jadi anda akan nampak prospek tadi seoalah-olah tengah mempertimbangkan nak beli ke tak.
Samada dia beli atau tak, itu soal nombor dua. Yang PENTING, kita cuba UPSELL. Tak dosa pun.
2 hari lepas, saya baru ajar student coaching BARU saya, Fara LaiQa untuk upsell dengan cara offer je apa yang boleh membantu prospek. Just tanya sahaja dan introduce produk-produk kita yang boleh bantu mereka… jangan takut untuk upsell.
Dan bila Fara LaiQa try benda ni pada prospek yang dia masukkan dalam KOLAM DATABASE dia, ini yang dia sendiri tak sangka…
Hanya dengan follow up pada database prospek sedia ada dan tanya samada mereka nak produk ni atau pun tak… Fara berjaya tambah sales RM5k dalam bisnes dia. Hanya dengan buat benda simple ni je.
Ni saya nak SHARE lagi, kenapa anda kena offer UPSELL dalam produk anda… jom saya kira berapa banyak anda boleh untung bila anda letak UPSELL.
So, katakan produk kita ni tadi berharga RM100 dan ada 100 orang pembeli. So, kita buat RM10,000 sahaja.
Sekarang ni, kita tambah UPSELL. Kita bagi pilihan pada pembeli kita satu pakej upgrade. Katakan dia beli RM100 dapat BASIC je, tapi kalau tambah RM50 dapat produk BASIC dan juga produk UPSELL. Customer bayar RM150 je. So, customer pilih nak RM100 ke RM150, yang ni pakej lagi BEST tambah RM50 je… so customer dalam dilemma.
Kebanyakkan student coaching IMDPM saya, bila kita masukkan upsell, saya perhati 85% customer mereka akan beli UPSELL!
So, kalau kita kira sekarang…
Dari 100 orang pembeli, 85 orang akan beli UPSELL bernilai RM150. So total sales yang beli UPSELL adalah 85 X RM150: RM12,750
15 orang lagi beli pakej BASIC je iaitu RM100. Jadi total BASIC: 15 orang X RM100: RM1500.
Bila kita totalkan sales UPSELL + BASIC, RM12,750 + RM1500: RM14,250.
Nampak tak beza yang SANGAT KETARA bila kita hanya jual pakej basic dengan bila kita masukkan upsell dalam bisnes kita.
Kalau jual BASIC je, dapat RM10,000… tapi bila kita masukkan UPSELL, dapat RM14,250. Beza dia RM4,250 SEBULAN.
Kalau kita tak buat upsell ni selama 10 bulan, kita hilang RM42,500. Tapi kalau kita letak UPSELL, dalam 10 bulan kita dapat extra sales RM42,500. Banyak kan???
Itu kalau upsell tu pada produk 1st je, kalau semua produk-produk kita ada upsell? FUYOOOOO…. best kan?
So, kena masukkan UPSELL dan kita kena biasakan diri kita untuk UPSELL.
Amacam? Belajar banyak tak dari apa yang saya SHARE ni? Hopefully anda dapat something lah.
Ok kita nak masuk ke point yang ke 4. Yang ni something yang ramai tak buat… dan anda kena fikirkan untuk buat benda ni. Sebab kalau buat benda ni… kerja sekali, tapi hasil berpanjangan.
Dah ready untuk saya SHARE point yang seterusnya ni? Kalau dah ready sebut dalam hati “YES… YES… YES!”
Jom kita sambung. Baca betul-betul ya.
Kita dah ada prospek yang ramai masuk ke semua kolam database, kita dah ada beberapa produk dalam niche kita dan kita dah implement UPSELL dalam setiap produk.
So, sekarang ni kita nak tingkatkan lagi SALES bisnes kita dan dalam masa yang sama kita nak teruskan bagi yang terbaik untuk customer kita.
Kena faham benda ni betul-betul…
Customer datang kat kita sebab dia nak selesaikan masalah dia. Dan produk yang kita jual mestilah membantu menyelesaikan masalah orang lain. Contoh ada orang nak kurus, ada orang nak belajar mengaji dan sebagainya.
Semua masalah-masalah ini ada produk yang boleh bantu selesaikan masalah mereka.
Customer kita juga, ada yang nak produk tu boleh batul-betul selesaikan masalah mereka dan mereka nak kita sentiasa bantu mereka.
Sebagai contoh, dalam niche kurus tadi tu… selepas kita dah promote ubat kurus, dah jual t shirt kurus, dah upsell video senaman turunkan berat badan… ada kemungkinan tak prospek yang sama nak kita bantu dia, monitor dia dan bagi dia support berterusan untuk turunkan berat badan dia dan capai matlamat dia untuk kurus?
Of course ada kan?
So prospek yang macam ni, kita boleh offer pada mereka certain servis, program yang boleh bantu selesaikan masalah mereka. Mereka nak kan program berterusan setiap bulan.
Jadi, kita pun STRUCTURE program kita yang boleh bantu selesaikan masalah prospek tersebut dengan mendapat monitoring dan support setiap bulan. Program setiap bulan, maka bayaran pun setiap bulan.
Bila kita ada ramai customer yang ambil program atau servis recurring dari kita, perasan tak… yang kita cuma perlu promote sekali je, tetapi customer ni setiap bulan akan bayar kat kita sebab program bulanan tersebut.
So, katakan anda ada program bernilai RM1000 sebulan, so kalau ada 20 customer… setiap bulan INSYAALLAH CONFIRM anda dah dapat RM20k dengan hanya monitor dan servis customer tu jer… dah takde kerja promote pada customer yang sama. Just deliver dan dapat je duit.
BEST kan?
So, kena masukkan produk-produk yang boleh bagi anda recurring sales untuk bisnes anda. Dengan ini barulah bisnes anda buat sales lebih banyak dan anda pun tak de lah susah-susah penat asyik kejar sales je.
4 STRATEGI ni lah yang anda kena START apply dalam bisnes online anda sekarang!
Dengan implement 4 STRATEGI ni, barulah anda nampak bisnes anda makin GROW, makin banyak sales boleh buat dan makin ringan kerja-kerja marketing untuk bisnes anda. START apply strategi ni SEKARANG!
So, saya harap anda dapat belajar banyak benda dari apa yang saya SHARE dalam post ni. Saya doakan bisnes anda semakin mingkat dan maju Tahun 2020 ni.
Bagi anda yang nak saya guide STRATEGI ni dalam bisnes anda secara lebih personal, nak saya bimbing secara rapat macam student-student coaching IMDPM yang lain, InsyaAllah pada 7 atau 8 Januari 2020 ni saya akan buka intake untuk coaching IMDPM 2020. Jika anda interested untuk tahu lebih tentang program coaching ini, maklumat tentang program ni ada KAT SINI.
With that said, itu sahaja yang saya nak SHARE dengan anda. Semoga berjaya tahun 2020 ni. Amin ya rabbal alamin.