“USD9… harga murah, berapa la sangat UNTUNG yang boleh dapat?”

Mungkin ni benda yang bermain dalam kepala otak anda bila nak jual produk harga macam tu.

Saya pun macam tu juga. Hehe…

Mula-mula saya test-test je. Tak serius pun… niat saya hanya nak buktikan pada diri saya ada orang nak beli produk saya. Itu je.

Kalau setakat 1 je, memang la USD9 tu… dapat dalam RM36 – RM40. Tapi kalau macam ni…

Sekali promote, dapat 10 – 15 jualan… tak ke dapat USD90 ke USD135. Convert ke RM… dapat dalam RM350 – RM500.

Kalau amaun macam ni, dalam sebulan 10 hari dapat macam ni… dah dapat RM3,500 ke RM5,000.

Nampak je sikit USD9 tu, tapi kalau dapat macam tu… bukan sikit lagi dah. Banyak benda boleh beli, banyak benda boleh settle.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera…CikguHafis di sini.

Saya start tulis ebook ni beberapa hari lepas, bermula dari Khamis 15 April 2026.

Saya rasa terpanggil nak tulis ebook ni sebab sambil saya cek akaun paypal saya untuk promosi produk lain, saya perasan selain dari produk harga USD19, USD27 sampai ke USD99… saya susun rekod jualan dan saya dapati jualan produk USD9 ni walaupun ianya dalam amaun kecil, tapi banyak jualan amaun kecik-kecik terhasil dari jualan produk ni.

Dah susun ikut amaun baru nampak… “banyak juga jualan produk USD9 ni!”

Walaupun USD9, tetap duit juga.

Yelah USD9 tu dalam RM40, kena sehari dapat 10 jualan USD9… dapat RM400 juga. Siapa nak bagi?

Sebab tu saya tulis ebook ringkas ni bertujuan nak bagi pendedahan, idea yang mungkin anda boleh manfaatkan dalam Bisnes Online anda.

Tak kisahlah amaun dia banyak mana, masih lagi duit… bila himpun banyak-banyak, banyak juga jadinya.

Bisnes & Produk Apa Yang Saya Jual?

Nak jual produk USD9, nak ada rasa ada UNTUNG dari produk harga murah ni… anda kena pastikan produk anda boleh buat UNTUNG MARGIN BESAR.

Produk ni mainkan peranan penting! Kalau kos produk dah USD5, margin untung hanya USD4… memang tak best lah bisnes ni. Terlalu kecik margin untung dia.

Tapi… kalau produk tu USD 9 dan kos produk adalah ZERO… ini baru lah BEST! Jual USD9, dapat UNTUNG pun USD9!

So, kalau anda follow saya… saya memang suka PRODUK DIGITAL dan saya dah buat Bisnes Produk Digital ni lebih dari 15 tahun.

Ni antara produk-produk digital yang saya dah jual sebelum ni…

Dan ini adalah jualan terkumpul dari salah satu dari 6 akaun OnPay saya…

Bukan sahaja kat Malaysia, tapi saya juga ada Bisnes Produk Digital kat OVERSEA dan ini yang saya hasilkan dari bisnes ni…

So, produk yang saya pilih dan jual kat OVERSEA ni… yang boleh bagi saya UNTUNG MARGIN BESAR adalah produk digital.

Kenapa Pilih Produk Digital?

Sebab saya pilih produk ni untuk jual dengan harga USD9 kerana…

1] ZERO KOS untuk hasilkan produk!

Paling penting! Kalau jual produk fizikal… kebanyakkan produk fizikal sangat susah nak cari produk dengan kos bawah $0.99, ada tu ada… bukan takde langsung, tapi bukan produk yang orang nak.

Kita nak jual produk harga USD9 yang ramai orang nak! So, produk digital la jalannya.

Dah lah kos produk ZERO, takde kos bungkus barang, takde kos hantar produk ke OVERSEA. Memang dapat USD9, terus masuk poket.

2] Tak Payah Buat Produk Banyak Kali!

Kalau produk fizikal, bila customer beli… produk pun terjual, kita kena buat balik produk tu supaya kita boleh jual lagi esok.

Contoh, katakan jual COOKIES… ada orang beli, tapi bila habis cookies tu, kita kena buat balik cookies tu untuk jual pada customer.

Tapi produk digital ni, cuma perlu buat sekali je… bila next customer nak beli, tak payah buat baru, just bagi je link produk tu pada customer.

Banyak mana pun customer beli, saya takkan habis stok!

3] Harga Murah Conversion Tinggi!

Bila saya jual produk digital ni pada harga USD9 je, tanggapan customer adalah produk ni MURAH, TAK PAYAH FIKIR PANJANG!

Customer tak perlu nak bincang degan pasangan, tak perlu fikir lama dan boleh beli ON THE SPOT.

Dengan harga $9 ni, customer juga akan rasa SELAMAT… dia rasa $9 ni tak berisiko untuk dia TRY DULU dan tak rasa membebankan.

$9 ni lebih murah dari kos secawan kopi dekat negara OVERSEA, lebih murah dari bayar Netflix, lebih murah dari makan kat luar. Jadi Mat Saleh tak fikir panjang nak beli produk digital $9 ni.

Camana Nak Buat Produk Digital Harga $9

Kita memang SANGAT BERUNTUNG dalam zaman ni.

Sebab sekarang ni dah ada Artificial Intelligence (AI) yang boleh bantu kita buat banyak benda.

Kalau dulu, nak jual produk digital kat OVERSEA ni… kalau saya tak pandai ENGLISH, saya kena upah GHOSTWRITER untuk buatkan ebook saya ni.

Dah la kos terlalu mahal dan ambil masa berminggu-minggu untuk disiapkan.

Tapi dengan ada nya AI, benda ni boleh siap dalam beberapa minit je.

STEP 1 – Buat Kajian Idea Produk Digital.

Nak cari idea produk digital, tak payah nak buat research secara manual lagi dah. Tanya terus ChatGPT , minta ChatGPT bagi idea…

Ni yang saya buat, (guna prompt saya ni kat ChatGPT anda)

Lepas taip je arahan (prompt) tu, ChatGPT akan buat kajian pasaran dan dia akan terus bagi anda senarai idea.

Yang ni saya tak dapat nak screenshot, sebab banyak gila idea yang dia bagi!

So, tak tahu nak jual produk digital apa? Jangan risau guna je prompt ni dalam ChatGPT anda, dia akan bagi anda idea. Yang ni dia dah research, pakai je atau pilih je dari senarai yang dia bagi tu.

STEP 2 – Buat Produk Digital Anda Pakai ChatGPT
Dari tajuk yang anda pilih tu (dari idea yang ChatGPT bagi tu)… anda taip arahan (prompt) ni…

Edit sikit prompt saya ni… jangan letak tajuk yang saya pilih tu “Side Hustle for Busy Moms”, tapi masukkan tajuk yang anda pilih dari cadangan yang ChatGPT bagi tu.

Tak sampai 5 minit, produk digital anda dah siap! Yang ni saya kena habiskan banyak duit dan masa untuk GHOSTWRITER buatkan dulu. Tapi bila ada AI, saya tak payah keluar satu sen pun dan hanya ambil masa 5 minit je untuk disiapkan secara PERFECT!

STEP 3 – Design Mockup Ebook Untuk nampak produk digital kita kelihatan seperti produk, kita kena buat ebook cover.

So, saya akan pergi ke Pinterest untuk dapatkan idea ebook cover.

Boleh buat macam ni…

Pergi ke Pinterest.com dan taip dengan search box tu Book Design

Katakan saya suka gambar atau design ebook ni…

Saya akan minta ChatGPT untuk buatkan untuk saya satu ebook cover macam contoh design yang saya bagi tu.

Ini arahan/prompt yang saya guna…

Ni hasilnya…

Tak payah upah graphic designer nak buat. Kalau upah, kena bayar RM50 tau. Ni memang guna ChatGPT… satu sen pun tak keluar duit!

STEP 4 – Buat Ayat Copywriting Promosi Website

Step seterusnya adalah buat ayat copywriting untuk dimasukkan dalam website promosi.

Yang ni pun saya guna ChatGPT.

Ini arahan atau prompt yang saya masukkan…

Lepas tu ChatGPT akan mula buat ayat copywriting untuk promosi produk ni. Ayat copywriting yang ChatGPT buat ni, anda boleh masukkan dalam website promosi.

 

STEP 5 – Website Promosi

Lepas siap je, saya akan terus masukkan ayat copywriting dan gambar produk dalam website promosi saya.

Untuk setup website promosi ni, kalau ikutkan ada banyak AI yang boleh buatkan website promosi untuk produk digital ni.

Tetapi, saya tak sempat nak explore benda ni lagi… jadi saya tak boleh nak rekemen apa-apa AI tools yang boleh anda guna sebab saya sendiri pun tak pakai.

So, saya just explain je apa yang saya buat, apa yang saya pakai.

Saya dah biasa dengan wordpress, jadi saya terus pasang website promosi ni menggunakan wordpress.

Proses ni ambil masa 3-4 jam untuk saya sebab saya buat manual.

Kalau anda boleh jumpa dan dah try AI tools yang boleh setup website promosi… anda boleh try guna tools tu.

Saya bukan taknak guna, tapi sebab dah biasa dengan wordpress… so sy buat je dulu.

Nanti kalau saya dah try AI tools yang boleh setup website, saya akan SHARE dengan semua followers saya nanti.

Selain dari masukkan ayat copywriting, JANGAN LUPA masukkan button BUY NOW dan link kan button tu dengan PayPal atau Stripe untuk terima bayaran dari OVERSEA.

 

STEP 6 – Mula Promosi & Buat Jualan!

Lepas dah siap website promosi, anda kena start promote produk ni pada customer anda.

Kena PROMOTE! Kalau tak promote, memang takde orang nak beli.

So, untuk promosi ni…

Saya tak guna Tik Tok Ads atau FBAds. Saya guna platform yang saya boleh beli TRAFFIK dari OVERSEA.

Jadi iklan promosi saya terus akan keluar TEPAT pada customer Mat Salleh yang TARGETED hanya berminat tentang niche atau topik berkaitan produk digital saya sahaja.

Nak cerita panjang-panjang kat ebook ni, rasa banyak nak kena edit gambar. Jadi saya bagi HADIAH EXTRA pada anda, saya bagi video EXPLAIN tentang platform TRAFFIK OVERSEA yang saya guna untuk promosi.

Anda boleh tonton video tentang platform promosi TRAFFIK OVERSEA tu kat sini: https://cikguhafis.com/traffik-oversea  

Guna platform promosi ni, dapatkan slot iklan promosi anda dan promosi anda akan bermula.

Mula Buat Jualan!

Promosi anda bermula, traffic start masuk…

Bila dah ada traffic yang masuk, ada bakal pembeli yang mula tengok-tengok dan of course akan ada customer yang beli.

Mula dapat macam ni…

Lepas customer bayar, kat dalam PayPal atau Stripe anda boleh terus bagi akses produk pada customer anda.

So, tak perlu nak buat secara manual. Sebaik sahaja terima bayaran… ada setting yang anda boleh set kat PayPal atau Stripe untuk customer terus dapat akses produk lepas bauat bayaran.

Tips Tambahan…

Untuk buat duit banyak dari Bisnes Produk Digital USD9 ni JANGAN HARAP pada 1 produk digital sahaja.

Buat banyak-banyak produk digital (refer ebook ni, saya dah ajar guna ChatGPT). Saya dah ajar dari camne nak guna ChatGPT carikkan idea produk sampai ke buat produk… semua saya dah ajar tadi.

Buat juga dalam pelbagai niche produk. Lagi banyak produk digital, lagi banyak duit yang anda boleh buat.

Moga-moga apa yang saya SHARE ni dapat beri manfaat untuk anda.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.