Cerita ni benar-benar berlaku sekitar hujung tahun 2016…

Bismillahirahmanirahim.

Ada satu malam ni, saya keluar dinner meraikan salah seorang student Personal Coaching saya, Fairuz Razak yang berjaya hasilkan RM40k untuk 1st mega launch. Start-start buat bisnes online terus boleh dapat banyak macam tu. Memang hebat.

Saya mula-mula start dulu pun tak dapat macam dia dapat.

Malam tu, kami meraikan kejayaan yang cukup manis. Saya bangga dengan student saya ni.

Dinner malam tu berakhir agak lewat kerana macam-macam yang kami bualkan. Almost pukul 12 baru nak balik ke rumah masing-masing.

“Huaargghhh… Allahhuakbar, mengantuknya mata” sambil menguap, saya mengeluh kepenatan. Saya masuk ke kereta dan mulakan perjalanan pulang ke rumah saya di Seremban.

Start masuk highway, saya terus rempit! Nak hilangkan ngantuk, saya main cucuk-cucuk angin di belakang kereta lain yang bawa kereta perlahan di lorong laju. Saja-saja nak hilangkan ngantuk, kalau bawak slow, lagi ngantuk.

Tak sangka… 45 minit dah sampai rumah. Seremban – KL bukannya jauh pun. Kehidupan di Seremban ni sangat relax, jem pun kurang, nak turun KL pun tak lah jauh sangat. Sangat strategik untuk orang macam saya.

Malam tu, sebelum tidur… saya sempat on PC terlebih dahulu, sempat post gambar-gambar dinner dan tag Fairuz serta affiliate yang join dinner tadi. Bagi saya… dalam bisnes, networking sangat penting. Sebab tu bila saya jumpa ejen affiliate lain, saya akan spend time untuk beramah mesra dan mengeratkan silaturahim. Mungkin next time, saya perlukan diorang ni untuk promote produk saya atau student saya yang lain pula.

Email Dari Orang Dah Nazak?

Mata dah makin berat, tapi entah kenapa saya tergerak hati untuk buka email.

“Cikgu, saya dah nazak, tolong saya” itu tajuk email yang pertama saya nampak terpampang dalam email saya. Saya terkejut baca tajuk email ni. Tapi saya tahan diri saya untuk buka email ni kerana saya bimbang email yang dihantar ni nak mengadu nasib dan akhirnya minta belas ihsan untuk dapatkan produk saya secara percuma jer. Entah-entah diorang ni buat cerita jer.

“Nak bukak ke taknak” bisik hati saya. “Arghh… malaslah, dah malam ni” saya pun terus tutup gmail dan terus tekan button shut down dalam windows saya. Saya langsung tak fikir apa-apa tentang email tu.  

Nyenyak tidur saya malam tu. ZZZ

Selepas subuh keesokkan harinya, selepas mandi, solat dan sarapan barulah saya on semula PC saya.

Memang dah jadi tabiat saya, sebelum saya mulakan kerja hari tu, saya akan ambil sehelai kertas dan senaraikan kesemua kerja yang perlu saya buat untuk hari tu. Lepas senarai, saya akan tengok semula semua senarai kerja tu dan bagi nombor mengikut keutamaan kerja. Tabiat ni saya develop selepas saya tonton salah satu video Tony Robbins. Memang betul, bila saya buat benda ni… kerja lebih tersusun dan kepala tak jadi berat teringat-ingat kerja yang saya rasakan banyak padahal bila disenaraikan, ianya tak lah banyak mana dan semuanya InsyaAllah dapat disiapkan dengan mudah.

So, first thing first dalam senarai tu… cek email.

Saya buka email saya dan baca tajuk-tajuk email yang masuk ke inbox saya. Yang mana menarik minat saya, saya akan buka dan baca. Normally email yang saya terima semuanya berkaitan dengan bisnes.

Saya banyak subscribe internet marketer Malaysia dan International. Bagi saya, penting untuk saya subscribe dengan mereka ni supaya saya dapat tambahkan lagi ilmu dalam bisnes IM dan saya taknak terlepas apa-apa offer dari mereka yang boleh bantu saya expand bisnes setiap hari.

Sambil-sambil scroll mouse, sekali lagi saya terpandang email yang dah berada di bawah dengan tajuk “Cikgu, saya dah nazak, tolong saya”. Dalam hati saya berbelah bagi, “nak buka ke tak ni?”… “Oklah… bukak jer lah” saya klik untuk buka email tu.

“Mak oih panjangnya email… ni yang malas baca ni” gumam hati saya. Saya terus scroll bahagian bawah email ni. Nak tengok ada tak ayat-ayat merayu nak minta produk free. “Hmmm… dia tak minta apa-apa lah… just cerita jer” bisik hati saya.

Tiba-tiba phone saya vibrate… emak saya call. Saya jawab phone dan terus tutup email tersebut tanpa langsung membaca email tu. Family first!

 

Peserta Misteri Yang Tak Di Undang

Lepas 2 minggu dari dinner meraikan student saya yang berjaya hasilkan RM40k untuk 1st mega launch, saya buka intake untuk Program Coaching saya.

Komponen pertama dalam coaching ini adalah kelas selama 2 hari di mana saya explain secara detail apa yang student saya kena buat so that diorang tahu hala tuju progress coaching mereka.

Petang tu, sewaktu saya hampir tamat coaching hari pertama…

“Cikgu, ada orang nak jumpa kat luar. Cikgu kena jumpa dia ni… penting ni” bisik staf saya supaya tak mengganggu perjalanan kelas petang tu.

“Aik??” saya terus pandang staf saya dengan muka hairan… “siapa dia? tak kenal ker”… saya tanya staf saya dengan nada suara yang agak perlahan supaya tak menarik perhatian peserta dalam kelas tu.

“Dia baru sampai tadi, dia kata dia betul-betul nak jumpa CikguHafis… jumpa kejap pun tak pe” bisik staf saya.

“Pelik… macamana dia boleh datang sini?” tanya saya pada staf saya. “Dia bagitahu tadi, dia tengok kat wall Cikgu… Cikgu update pagi tadi… tu yang dia datang tu”… saya semakin hairan. Berani betul dia ni main datang jer… sebab saya tak post pun exactly bilik mana dan floor mana saya buat kelas ni sebab function kat FB di bahagian location tu hanya terpampang nama hotel jer.

“Ok, bagi saya sejam lagi… saya dah nak habis dah. Jap lagi saya entertain dia… suruh dia tunggu” saya bagi arahan kepada staf saya. Staf saya terus keluar dari bilik tersebut dan saya dengar suara staf saya menyampaikan pesanan saya pada peserta misteri yang tak diundang ini.

Saya cuba fokus dan teruskan kelas coaching sampai ke bahagian yang saya target selesai untuk hari pertama. Dalam sejam lebih juga dan nak hampir maghrib baru saya habis hari pertama. Maklumlah lepas dah habis deliver content, layan pulak soalan-soalan yang diorang ni tanya. Tu yang ambik masa sikit.

“So… see you guys tomorrow at 9 am as usual, Assalamualaikum” tamat sudah hari pertama dan ada sebahagian student coaching yang terus jumpa saya berjabat salam, minta diri untuk balik…dan ada juga yang lepak luar minum kopi dan teh sebelum mereka pulang ke destinasi masing-masing.

Saya orang last keluar dari bilik tu dan sebaik sahaja saya keluar dari bilik tu, seorang lelaki bingkas bangun dari sofa yang berada di depan kelas yang saya sewa untuk buat coaching tadi terus berjalan laju menghampiri saya. “Assalamualaikum… CikguHafis kan?” tanya lelaki ni sambil menghulurkan tangan untuk berjabat salam.

“Ya Wa’alaikumusalam tuan…” saya terus sambut salam dari dia ni tetapi dalam hati saya masih berteka-teki… “siapa dia ni? kenapa dia datang? apa yang dia nak?”

“Sorry Cikgu… saya main serbu jer ni… lepas saya tengok pagi tadi Cikgu update kat wall, saya terus ambil bas… terus datang hotel ni. Saya main redah jer ni… sampai je hotel tadi, terus saya tanya reception pasal kelas coaching CikguHafis and diorang bagitahu kat sini” dia terus explain situasi dia.

“OOOOOOOO…” bulat dan panjang muncung bibir saya. Terjawab dah soalan bagaimana dia datang ke kelas coaching saya ni.

Tapi saya masih saspen lagi sebab masih risau… apa tujuan dia datang jumpa saya. Benda ni tak pernah berlaku. Selalu yang datang kelas saya ni, diorang ni dah register untuk join coaching dan saya bagitahu detail lokasi kelas.

“Saya minta maaf banyak-banyak lah kalau buat u tertunggu kat luar sebab saya dalam kelas tadi” saya mulakan perbualan.

“Ehhh takpe Cikgu, saya faham” dia membalas. “Tujuan saya datang kelas cikgu ni sebab saya nak join kelas coaching ni… hari tu saya tak sempat nak register… ada hal yang tak dapat dielakkan” tanpa buang masa dia terus bagitahu tujuan dia datang petang tu.

Saya menarik nafas dalam-dalam dan lega. “Itu rupanya… ingatkan apa hal tadi”… bisik hati saya.

Saya terus jawab “sorry tak boleh register lagi dah tuan sebab dah penuh… kalau kelas saya dah penuh memang saya terpaksa reject sebab nak jaga kualiti content delivery dan coaching saya. Kalau ramai sangat, takut tak terhandle nanti”

“Saya sorang je, Cikgu… tolong lahhh…” dia mula merayu. “Fuhhhh…” saya mengeluh. “Sorry memang tak boleh… saya dah start deliver content dah… nanti banyak yang u miss and tak fair untuk diorang ni sebab diorang register awal… nanti apa pulak yang diorang cakap kat saya” tegas saya.

Dia terus merayu…“Tolong lah cikgu… saya dah nazak ni”.

Saya tersentak!

Teringat tajuk email yang saya terima sebelum ni. Tapi saya terus kosongkan minda saya… kebetulan je ni.

“No, no, no… I’m so sorry… see u next intake ok” saya terus hulurkan tangan saya untuk bersalam menandakan cukuplah tu perbualan kita… its final, saya memang tak boleh accept student lagi untuk intake kali ni.

Dia menyambut salam saya dan riak mukanya nampak begitu frust dan murung. “Takpelah Cikgu, mungkin bukan rezeki saya kot” dia jawab dengan perlahan.

Saya tepuk bahu dia dengan perlahan sebagai isyarat bersabarlah… “InsyaAllah… next intake yer, 3 bulan je lagi, make sure u sign up. Jangan lambat ok.”

“Saya dah lambat, saya belum solat Asar lagi and 15 minit lagi dah nak masuk Maghrib… so saya minta diri dulu yer. See you next intake… Assalamualaikum” saya angkat tangan dan terus berjalan laju menuju ke Surau untuk solat.

Kelas Coaching Hari Ke 2

“Cikgu… yang mamat semalam tu apahal dia nak jumpa?” tanya staf saya. “Ohh dia tu, dia nak sign up untuk join coaching kali ni” jawab saya dengan nada acuh tak acuh.

“Semalam sempat sembang dengan dia, Cikgu… dia duk di JB. Lepas Cikgu update je gambar pagi semalam kat kelas, dia terus ambik bas datang sini” sambung staf saya.

“Dia cerita kat saya… dia kena VSS setahun lepas, lepas tu bini plak nak bersalin, dia try buat macam-macam bisnes sampai dah nak kering duit pampasan VSS dia Cikgu… dia tengah lost tu” cerita staf saya kepada saya.

Saya terus tengok muka staf saya dengan mengecilkan mata “boleh percaya ke tu? Saya dah tengok macam-macam orang dah sepanjang saya buat coaching ni… jenis macam dia ni selalu sangat dah… dia cerita sedih… last-last bila kita bagitahu yuran coaching, dia terus minta tolong kita ajar free nanti lepas dah buat duit, baru bayar… saya dah kena 3-4 kali dah macam ni… tu yang saya malas tu” jawab saya.

“Tapi Cikgu… pernah tak sepanjang cikgu buat kelas… orang jauh sanggup datang main redah jer, tak tahu exact location kelas kita and dia sebenarnya dah tahu coaching ni bukan FREE… tapi dia datang jugak?” tanya staf saya pada saya.

“Hurmmm… ya ni 1st time” jawab saya. “Maybe… cikgu should consider lah dia ni” pujuk staf saya.

Saya mula cair dan mula terfikir pasal dia ni. Mungkin yang ni SERIUS!

“Kalau bukan-bukan…u kena ya!” saya warning staf saya dalam nada gurau. “Hehehe…” staf saya senyum.

Tanpa sembang panjang. Saya terus masuk ke kelas.

“Assalamualaikum and good morning everyone. Ok guys. Welcome back… please give a round of applause to yourself for being here today… jom kita sambung kat mana kita stop semalam” dengan semangat saya terus sambung kelas hari tu.

Kelas hari tu berjalan dengan lancar and Alhamdulillah saya dapat deliver semua content secara teratur. Banyak benda yang saya share dan tunjuk dalam kelas tu.

Memandangkan kelas tersebut adalah hari kedua, so kami ambil kesempatan untuk bergambar beramai-ramai selepas tamat kelas petang tu.

Lepas sesi bergambar, staf saya tolong saya kemaskan laptop dan semua banner dan bunting. Sambil mengemas, staf saya sempat sembang dengan saya “Cikgu… mamat semalam tu datang petang tadi… masa Cikgu dah nak habis kelas tadi.” “Hah? Laaa dia mai buat apa lagi?” terus terkeluar loghat utara saya dengan nada bosan bercampur marah.

“Dia bagitahu kat saya… minta tolong cikgu consider dia… dia betul-betul serius dan komited Cikgu, dia ada hantar email kat Cikgu 2-3 minggu lepas, ni email dia…” staf saya terus keluarkan secebis kertas putih yang dilipat mengandungi alamat email mamat ni.

Saya ambil dan tanpa tengok alamat email yang ditulis pada kertas tersebut, saya terus selitkan kertas tu dalam dompet saya di mana mengandungi bisnes-bisnes kad kepam yang saya simpan berbulan-bulan dalam wallet dan tak buka-buka pun sampai hari ini.

“Dah tebal bisnes kad dalam wallet ni… nak duduk pun rimas, nantilah esok-esok aku kemas wallet ni” bisik hati saya ketika menyelitkan kertas ini bersama dengan bisnes kad yang lain. 

“Buat apa lepas ni? Jom kita soru (makan) dulu” saya ajak staf saya makan sekali. “Jommm Cikgu!” huh pantang ajak staf-staf saya ni, bab makan… memang tak pernah tolak. Takpelah reward staf.

Koleksi Tiket Wayang

“Malam ni ada cerita sedap ni… baru keluar wayang. Jom tengok” saya ajak isteri saya.

“Saya ok jer, malam ni memang tengah free” jawab isteri saya.

Tanpa buang masa, saya terus ke website TGV Cinema dan terus beli tiket wayang malam tu. Dah tak ingat dah cerita apa. Selalu sangat dah tengok wayang. Asalkan ada je cerita baru dan best, confirm saya dan wife pegi.

“Ok dah bayar, nak print tiket jap…” bisik hati saya sambil on printer di sebelah meja office saya.

Tiket yang dah diprint tu, saya lipat dan selit dalam wallet saya “Adehhh kembung wallet… memang tak selesa duduk jap gi” keluh saya.

“Meh sini, nak buang dulu tiket-tiket & bisnes-bisnes kad ni” saya berseloroh sendirian. Saya mula buka wallet saya dan keluarkan semua koleksi tiket-tiket wayang yang saya tak buang-buang dari tahun lepas yang dah nampak pudar. Tak jelas tulisan atas tiket. Tanpa tengok satu persatu, saya terus masukkannya dalam tong sampah di sebelah meja office saya. Yang kad bisnes, saya letak tepi dahulu.

“Uihhh… banyaknya bisnes kad orang bagi… bukan semuanya penting, meh nak cek dulu yang mana boleh simpan yang mana nak let go” saya bercakap sendiri.

Saya mula buka satu persatu bisnes kad yang ada… “ok yang ni buang, yang ni pun buang” satu per satu saya campak ke dalam tong sampah. Yang mana yang perlu saya letak tepi “yang ni boleh masuk dalam card folder ni, one day maybe berguna” bisik saya.

“Ni bisnes kad apa plak ni? kertas putih berlipat pulak tu. Macam awek bagi number phone jer” saya perasan sendirian.

Saya buka lipatan kertas tu “tolong saya cikgu, saya dah nazak… XXXXXXXXXXXXX@gmail.com(BUKAN EMAIL SEBENAR), terhenti pandangan saya pada kertas tu. Lama saya perhatikan tulisan pada kertas tu.

“Why you never give up?” tanya hati saya bila saya lihat kertas tu.  Saya letak kertas tu di atas meja saya bersebelahan dengan bisnes kad yang saya nak simpan dalam card folder.

“Ok, jom kita gerak. Kang lambat, susah cari parking. Malam ni orang ramai tau” saya terus bagitahu wife saya suruh dia bersiap segera.

Tanpa buang masa, sebaik sahaja wife saya siap, kami terus ke wayang…

Email True Story…

Kira-kira hampir 12 tengah malam, barulah saya dan wife pulang ke rumah dari tengok wayang dan pekena tosai di kedai mamak. Maklumlah kitorang ni masih berdua, so boleh lagi keluar lewat-lewat malam macam ni.

Sebelum masuk tidur malam tu, saya duduk di meja office saya sebentar. Saja tengok-tengok kerja yang saya dah buat hari ni, dan plan apa yang nak dibuat esok.

Saya terpandang kertas putih yang dilipat kemas bersama dengan longgokan kad bisnes yang saya nak simpan di dalam card folder. “Yang ni semua penting ni” bisik hati saya. Tangan saya terus mencapai kertas putih tu, dan sekali lagi saya baca tulisannya “tolong saya cikgu, saya dah nazak… XXXXXXXXXXXXX@gmail.com(BUKAN EMAIL SEBENAR).

“Oklah… u got my attention”, saya terus on pc dan terus buka gmail saya. Saya taip : XXXXXXXXXXXXX@gmail.com

“Hurmmm… dah lama dah dia ni subscribe email, ni email dia yang 1st” bisik hati saya. So saya pun buka email dengan tajuk “Cikgu, saya dah nazak, tolong saya”. Email ni dah di send 1 month ago.

Saya mula membaca…

“Assalamulaikum CikguHafis.

 Saya dah follow cikgu sejak dari tahun 2014 lagi. Ini adalah kali pertama saya email cikgu.

 Sebelum tu, saya nak minta maaf terlebih dahulu seandainya email dari saya ini mengganggu cikgu.

 Minggu lepas, masa cikgu buka Intake Program Coaching… saya tak sempat nak join coaching tu kerana saya sibuk menguruskan hal wife saya yang sedang bersalin di hospital pada hari cikgu buka intake tu.

 Saya dah terlepas untuk join PC.

Jadi saya nak minta jasa baik CikguHafis untuk pertimbangkan permohonan saya untuk join PC ni.

 Saya WAJIB join PC ni kerana…

1.Dah hampir setahun saya kena VSS. Dulu saya bekerja sebagai seorang engineer bergaji RM6k sebulan. Saya mampu support isteri saya dan saya bagi sedikit duit kepada ibu dan ayah saya di kampung. Saya kena VSS ni secara tiba-tiba sahaja. Saya langsung tak menyangka yang saya akan kena.

 

2. Saya dah nazak, Cikgu. Duit pampasan VSS saya semakin hari semakin berkurang. Dengan duit tu lah, saya cuba berniaga selepas saya VSS. Saya try buat macam-macam bisnes, Cikgu.

 

Buat pertama kalinya raya tahun ni, saya dan isteri mencuba untuk berniaga lemang di tepi jalan. Bisnes ni memang penat. Alhamdulillah dapat income yang boleh tahan tapi ianya bermusim. Lepas raya… sales drop.

 

Saya ada juga try buat bisnes lain, tapi disebabkan saya tak tahu cara yang betul, takde ilmu pasal bisnes tu, takde orang nak ajar… jadi saya sebenarnya memodalkan diri saya untuk belajar dengan melakukan kesilapan. Setiap kali saya buat silap, setiap kali tulah saya kena bayar untuk kesilapan saya tu.

 

Saya dah letih jadi letih. Saya dah penat jadi penat. Buat itu tak jadi, buat ini tak jadi. Buat bisnes lompat sana, lompat sini… macam katak.

 

3. Saya bimbang, dengan duit VSS saya yang semakin berkurang ini bagaimana saya nak bagi duit kepada ibu dan ayah saya di kampung. Diorang dah tua dan biasanya setiap bulan, saya akan balik kampung dan bagi sebahagian duit gaji saya pada diorang.

 

Kurang 6 bulan lagi, saya mungkin tak boleh nak bagi duit lagi pada diorang sebab duit saya mungkin dah habis masa tu. Saya pun tak pasti lagi… ada tak jalan keluar pada keadaan saya sekrang ni.

 

4. Anak saya… ini adalah cahaya mata saya yang pertama. Mungkin 6 bulan lagi, kalau saya tak dapat cari bisnes/kerja yang boleh bagi gaji setara dengan gaji kerja saya sebelum ni, saya kena consider banyak benda untuk anak saya ni.

 

So far… untuk memastikan anak saya dapat yang terbaik, saya belikan dia susu kambing selain dari susu ibu. Saya nak maintain bagi dia susu kambing. Susu kambing bukannya murah, Cikgu dan anak saya pula boy. Memang kuat menyusu.

 

Kalau saya tak dapat cari balik duit setara gaji lama saya, saya mungkin perlu consider untuk tukar susu anak saya. Dari kambing ke lembu.

 

 

 

5. Kesusahan yang saya alami sekarang ni, hanya di ketahui oleh Isteri saya sahaja. Ibu dan ayah saya adalah orang yang paling bangga dengan saya kerana saya berjaya penuhi harapan dan impian diorang untuk jadi seorang engineer. Dari kecil sampai ke university… diorang selalu doa dan berharap saya dapat jadi engineer.

 

Namun sekarang ni, saya dah VSS dan mereka masih tak tahu lagi. Setiap kali saya balik kampung, apabila saya hulurkan duit kepada mereka… ibu saya terutamanya sentiasa akan tadah tangan berdoa depan saya… “Ya Allah, murahkanlah dan permudahkanlah rezeki anakku ini”… dan setiap kali tu lah hati saya sebak kerana saya tahu, tak berapa lama lagi…saya mungkin tak boleh nak bagi duit macam selalu yang saya bagi.

 

Diorang tak pernah minta… selalu diorang bagitahu… “takpelahhh…tak payah bagi duit kat kitorang ni, engkau lebih perlukan, korang muda lagi… banyak nak pakai duit” tapi bila balik kampung, saya ternampak buku saving tabung haji yang mana dalam tu ada rekod diorang keluarkan duit setiap bulan. Makin lama, saya tengok makin sedikit.

 

Saya ingat lagi di suatu malam dalam bulan Ramadhan beberapa minggu sebelum raya, saya terdengar perbualan mereka dalam bilik… bincang pasal bajet raya. Diorang masih bincang berdua seolah-olah macam diorang yang masih memberi anak-anak makan masa kecik… diorang tak harapkan duit anak walaupun diorang tahu anak-anak dah besar dan anak-anak mampu nak bagi duit pada mereka. Diorang just taknak susahkan anak-anak diorang.

 

Raya tahun tu, saya tahu… duit VSS saya dah berkurang dengan cepat atas kesilapan saya yang nak try buat macam-macam bisnes seorang diri. Tapi disebabkan saya terdengar perbualan mereka, esok hari sebelum balik, saya bagi RM1,000 untuk belanja hari raya.

Hati terasa sangat berat tapi demi ibu dan ayah, saya bagi jer dan saya serahkan rezeki saya pada Allah.

 

Saya kesian kat diorang Cikgu. Saya tak sampai hati nak bagitahu keadaan saya kena VSS ni kerana saya taknak diorang bimbangkan saya. Cukup-cukuplah tu diorang dah besarkan saya sejak kecik lagi. Kini masa saya untuk bagi balik … walaupun saya tahu, banyak mana pun yang saya bagi takkan sama dengan jasa mereka membesarkan saya.

So disebabkan keadaan yang tengah saya hadap ni, saya ingin mencuba.

 Terima kasih Cikgu, kerana sudi baca email saya yang panjang ini. Saya harap dan mohon moga cikgu dapat pertimbangkan untuk saya join PC ini.

 Assalamualaikum”

Sebaik sahaja saya selesai saya baca email ini, saya terus teringatkan ibu dan abah saya di kampung. Memang betul, ibu dan ayah kita ni bila mereka susah mereka tak pernah pun bagitahu kat kita. Masa kecik dulu… kalau nak basikal, saya main mintak jer… lepas seminggu… sedar-sedar dah ada basikal baru.

Saya ingat lagi…

Time nak raya, baju raya tahun lepas saya dah tak muat. Biasalah budak kecik, cepat membesar. Ayah saya buka wallet… dia tengok baki dalam wallet dengan muka penuh tabah dan berharap masih ada banyak baki lagi. Dia akan bagitahu mak saya… “ada banyak ni… nak beli baju ghaya untuk depa ni…cukup kot?”. “Nah… ambil duit ni… buat tambah beli baju raya” mak saya hulurkan duit kepada ayah saya. Biasanya time ni akan berlaku situasi ayah tolak-tolak tangan mak “takpa lah… cukup ni” dan mak saya akan tolak kembali “takpe lah… ambil je lah buat duit semangat”.

Sedar-sedar… petang tu ayah balik dari KL dan terus minta saya try baju raya baru yang dia belikan siang tadi.

Tak pernah sekali pun mak ayah saya merungut nak bagi anak dia makan dan pakai elok-elok dan saya percaya semua ibu dan ayah yang baik semuanya macam ni. “Alangkah bertuahnya aku dikurniakan ayah dan ibu yang kasih dan sayang pada diriku… Ya Allah kasihanilah Ibu & Ayahku seperti mana mereka mengasihani diriku dan tempatkanlah mereka di dalam syurga mu. Amin ya Rabbal Alamin” sambil melihat gambar mereka yang tergantung di rumah tu, saya berdoa di dalam hati.

“Aku kena tolong ni…” terus itu perkataan yang terlintas dalam hati saya.

Staf Saya Buat Hal…

Pagi-pagi lagi saya dah call staf saya…

“Ingat lagi tak mamat yang tak diundang yang datang kelas coaching kita kat Double Tree 2minggu sudah?” saya tanya staf.

“Haaa… ingat Cikgu. Naper?” tanya staf saya.

“Tolong call dia, tanya dia… dia masih interested nak coaching dengan saya lagi ke tak? Kalau dia interested… tolong set appointment, saya nak jumpa” saya mengarahkan staf saya.

“Jumpa kat ner, Cikgu? Seremban?” tanya staf saya.

“Yes! Set kat Seremban.” saya bagitahu staf.

“Ai… ai cip!” jawab staf saya dengan nada gurau.

 Selang beberapa minit kemudian, staf saya call phone saya semula.

“Cikgu… bad news. Kita takde number phone mamat tu” terus dia bagitahu saya.

“Astaghfirullahal’azim… la naper tak ambik! Hari tu yer-yer cakap kat saya suruh consider mamat ni…last-last dia tak ambik number phone pulak” agak meninggi suara saya… tapi saya masih cool jer. Biasalah bos bising-bising sikit jer.

“Ok… sekarang ni buka email saya, type alamat email yang dia bagi ni… jap lagi saya whatsapp email dia dan u tolong minta kan number phone dia. Lepas tu, kalau dapat, terus call and set appointment. Kalau dia tak reply hari ni, pandai-pandailah set appointment untuk saya. Cek dulu, time table saya available ke tak, jangan main sumbat jer” saya bagi arahan kerja pada staf saya.

“Ok Cikgu… saya buat!” jawab staf saya.

Malam tu lepas jer solat maghrib, staf saya call…

“Cikgu… dia dah respond!… happy betul dia bila dengar cikgu nak discuss pasal coaching. So saya terus set appointment cikgu 10 pagi esok dekat Hotel Royale Seremban” bagitahu staf saya.

“Ok… cun. Esok saya jumpa dia” jawab saya.

Saya tekan end call dan menghembus nafas lega… “Hopefully I’m doing the right thing”. 

Keesokkan paginya…

Sebaik sahaja saya masuk ke ruangan parking hotel, saya terus call staf saya…“Ok, saya dah sampai tempat parking ni… tolong bagitahu kat dia”.

“Dia dah sampai dari pukul 9 tadi, Cikgu” jawab staf saya.

“Ok good… so saya terus jumpa dia sekarang” saya bagitahu staf saya.

Sebaik sahaja dapat parking yang bersesuaian, saya terus berjalan ke coffee house seperti  yang staf saya aturkan untuk jumpa dengan dia ni.

Dari jauh, dia dah nampak saya dan terus melambaikan tangan… “Assalamualaikum… Cikgu!”

Saya terus hulurkan tangan…”Wa’alikumusalam… dah lama sampai?” tanya saya.

“Taklah Cikgu… baru jer” jawab dia.

“Dah breakfast?” tanya saya… “dah cikgu… kenyang dah ni” jawab dia dengan senyum selamba.

“Saya ni tak kenal lagi nama u… jumpa hari tu masa lepas kelas coaching kat Double Tree tu pun tak sempat tanya sebab dengan saya nak kejar solat asar, masa tu nak dekat maghrib dah…” saya memulakan perbualan.

“Nama saya… Jxxxxxxxxxx, Cikgu” jawab dia ni.

Saya terus memulakan bicara… “Oklah J… saya straight to the point. First sekali, sorry banyak-banyak… saya baru baca email u 2 hari lepas. Email masuk banyak sangat, tak sempat nak baca… hari tu nak baca dah, tiba-tiba mak saya call… terus saya tertutup email tu… sorry ya”

Saya sambung… “So, u betul ke nak coaching untuk promote bisnes u online ni?” tanya saya.

“Ya, Cikgu… saya SERIUS!” jawab Abang J.

“Kalau ikutkan macam saya bagitahu hari tu, intake coaching saya memang dah penuh…  saya tak boleh tambah student baru untuk masuk coaching batch yang tu. TETAPI… lepas saya baca email u… saya boleh consider J” sambung saya lagi.

“Untuk coaching u ni, silibus memang sama, action plan, details dia semua sama… cuma disebabkan saya kena coach u seorang sahaja dan FOKUS saya hanya pada u, jadi yuran coaching ni tak sama dengan student yang lain. Sebab u ambik masa saya. So… yurannya adalah almost double dari apa yang student batch sebelum ni bayar” saya bagitahu direct jer.

Business is business. Nothing personal.

Tanpa berfikir panjang, J terus jawab… “Ok Cikgu… saja setuju!”

“Alrite… so here is the coaching and payment detail, once my company receive full payment, we will start immediately” saya hulurkan beberapa helai kertas mengandungi detail modul coaching dan info untuk payment.

“Ok, Cikgu… by tomorrow I will complete the payment” … jawab Abang J.

The Journey Begins…

Seperti yang dijanjikan, keesokkan harinya Abang J buat full payment dan saya minta staf saya contact dia untuk start coaching immediately.

“Payment dah masuk, cepat call si J ni… suruh dia jumpa saya secepat mungkin… kita nak terus start… I want him to make money before the end of this month!” terus semangat saya bagitahu staf saya. Tak sabar nak tengok result dan progress student saya.

“Cikgu… saya dah set appointment, esok dia datang Seremban pukul 10 pagi.” Bagitahu staf saya pada saya.

“Ok good job!” saya reply staf saya.

Pada keesokkan harinya… saya terus jumpa dia dan explain apa yang dia kena buat sepanjang Program Coaching ni.

Tanpa buang masa, dengan penuh bersemangat… saya terus coach bang J… “Ok, so since u dah ada produk… saya nak tunjuk whats next yang u kena buat…”

Saya explain step by step teknik dan strategi promosi yang saya buat dan juga student-student saya yang sukses buat. Teknik yang saya explain pada dia ni, perlukan beberapa software, guna FBAds sikit untuk membantu dia mempercecatkan kerja promosi hanya dengan teknik promosi yang ringan. Tak perlu nak duduk depan PC all the time. Set sekali, tinggal jer. Memang simple… tapi kena guna beberapa software dan FBAds. Tak guna benda ni, memang tak jadi.

Lepas setengah jam explain, Abang J pun tanya soalan-soalan yang dia masih tak jelas.

Sesi coaching berakhir dalam sejam sahaja. So, saya bagi task untuk week 2.

“Ok, jumpa lagi 2 minggu ya” bagitahu saya pada Abang J.

Untuk kali ni, kita jumpa selang 2 minggu sebab memang untuk step ni kita akan monitor lepas 2 minggu.

“Orait Cikgu”… dia terus bersalaman dengan saya dan minta diri.

Dalam tempoh 2 minggu tu, yes memang kadang-kadang ada persoalan yang dia tanya pada saya.  Oleh itu, bila dia PM saya, saya akan respond sepantas yang mungkin untuk membantu Abang J.

Kadang-kadang bila dia PM di Facebook, saya akan segera balas sekiranya saya online. Sekiranya saya tak online, saya akan cuba balas secepat mungkin sebaik sahaja saya online.

Adakalanya, soalan yang ditanya tu agak sukar untuk saya jawab menggunakan PM semata-mata. Banyak nak kena taip. Malas nak krem-krem jari dan taknak buang masa. Saya nak bagi solution yang Abang J boleh terus buat tanpa pening-pening lagi. Jadi untuk soalan-soalan yang macam ni, saya akan buat video khas tunjuk step by step special untuk kes Abang J sahaja. Jadi dia tengok video ni dan boleh terus follow jer.

Boleh kata selang 2 hari, InsyaAllah ada jer soalan Abang J yang dia tanya pada saya. Dia ni memang student yang aktif dan dia SERIOUS  TAKE ACTION!

Lepas 2 minggu, dalam coaching ketiga dia update progress task yang dia buat.

“Alhamdulillah J, u r on the right track” sambil saya semak-semak progress kerja-kerja task 2 yang saya berikan sebelum ni. Dia memang follow betul-betul apa yang saya suruh.

So, lagi sekali saya explain apa yang dia perlu buat untuk langkah seterusnya.

Kemudian saya bagi task dan tetapkan bila next meeting.

Begitulah keadaan kami sepanjang beberapa minggu.

Bermula Segalanya…

Selepas 6 kali coaching, kini tibalah hari yang ditunggu-tunggu.

Kalau ikutkan Abang J dah follow semua step yang saya tunjuk. Malam sebelum launch, saya PM Abang J.

“Salam J, dah ready untuk launch esok?” saya mulakan PM

“Dah Cikgu, ready” reply Abang J

“Ok, whatever happened esok… kita berserah je pada Allah, kita dah usaha” saya menyambung.

“Ya Cikgu, kita usaha, Allah yang bagi. Base on respond… memang sangat menggalakan Cikgu” Abang J sambung lagi.

“Oklah… good luck! Sebelum tidur malam ni kita solat hajat dulu. Jangan lupa tu!” pesan saya.

“Mesti Cikgu…” simple jawapan pm dia.

PM kami berakhir sampai di situ je malam tu.

Malam tu saya call staf saya untuk standby launch Abang J esok, incase kalau ada teknikal isu… saya dan staf saya akan support dia dari belakang. Jadi dia tak perlu risau.

Sebelum tidur malam tu, saya buka sekali lagi email Abang J yang dia hantar pada saya mula-mula dulu…

“Cikgu, saya dah nazak, tolong saya”

Saya baca sekali lagi email dia dari awal sampai habis.

“Ya Allah, kau murahkanlah dan permudahkanlah rezeki student aku ni. Bagilah launch dia hari esok menjadi satu permulaan penyelesaian kepada segala masalah yang dia alami. Kau bagilah dia rezeki yang tak putus-putus dalam bisnes dia supaya dia boleh teruskan beri rezeki pada ibu dan ayah dia.

Ya Allah… apa yang kami buat ni adalah untuk ibu, ayah, isteri dan anak-anak kami. Berkatilah usaha kami.

Amin ya Rabbal Alamin”  saya terus panjatkan doa sebaik sahaja selesai baca email Abang J sekali lagi.

Jauh dalam sudut hati saya, saya berharap semoga apa yang Abang J usahakan menjadi titik permulaan baru yang bakal mengubah hidup dia. InsyaAllah.

Sales! Sales! Sales!

Tepat pukul 10 pagi, dengan lafaz Bismillah… Abang J buka jualan untuk produk dia.

Saya dan staf standby dan ready depan PC, depan Facebook.

15 minit kemudian, ada notification merah menyala kat PM facebook. Ada orang PM.

Saya buka PM tu, dari Abang J…

“Hahaha… yes yes yes! Jadi lagi!” saya happy terlompat-lompat depan PC tengok sales dah mula masuk. Saya tumpang gembira dengan kejayaan Abang J.

“Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah..” saya terus menadah tangan dan berdoa.

Disebabkan produk yang dia jual bukanlah produk yang HOT, dia hanya boleh caj RM50 untuk setiap produk. So, dalam 15 minit… 20 sales, dia dah buat RM1,000!

“Ok teruskan macam yang kita discuss hari tu”, saya reply PM dia.

“Kita tengok dalam 3 hari buka jualan ni, berapa kita boleh buat” sambung saya lagi.

“Ok Cikgu… thank u tolong saya” reply dia.

“takde hal” simple jawapan saya.

Launching pertama produk Abang J berjalan dengan sangat lancar. Mungkin disebabkan usaha dan niat murni Abang J nak buat income untuk support family, Allah memudahkan rezeki dia.

Sedar tak sedar, dah masuk hari last launching

“Ok J… hari ni LAST DAY launching. Banyak-banyakkan berdoa, normally hari last ni, sales akan masuk banyak” bagitahu saya pada Abang J.

“Ok Cikgu… apa-apa saya PM” reply dia.

“All the best, U can do it J!” saya beri kata semangat.

Saya teruskan dengan hal bisnes saya dan saya minta staf saya tolong update saya kalau ada apa-apa issue dengan launching Abang J.

Malam tu sekitar 10 malam, Abang J PM saya…

Saya tak reply apa… just thumbs up jer J.

Lepas pukul 12:30, saya terus send PM kat Abang J.

“Alhamdulillah…Alhamdulillah…” bisik hati saya. Tak henti-henti bersyukur melihat student saya berjaya hasilkan income pertama dari bisnes internet setelah sekian lama mencuba pelbagai bisnes.

Akhirnya strategi promosi yang dia sangka kan susah, rupa-rupanya susah awal-awal jer. Time launch tu… memang seronok. Buat kerja sekali, hasil tak henti-henti. Dalam 3 hari jer dah hasilkan RM5,400… almost nak dekat dengan gaji lama dia sebagai engineer.

Reunion Dinner

Lepas 1st launch Abang J, dia ada jumpa saya 2 kali di Seremban. Dia hanya nak minta advice dan idea macamana untuk stay dalam bisnes online ini. Perjumpaan kedua, adalah goodbye.

Lepas tu, kami dah tak jumpa lagi sehinggalah saya PM baru-baru ni pada satu malam tu untuk minta keizinan dia share pasal perjalanan bisnes online dia supaya saya boleh post di blog saya sebagai motivasi dan inspirasi pada anda yang sedang baca tulisan saya di blog ini.

Ramai orang susah nak buat sales online, diorang sibuk nak try bisnes yang diorang nampak senang… tapi at the end tak senang mana pun. Kalau jadi pun, tak berkekalan. Jadi mungkin cerita Abang J ni dapat motivate diorang ni untuk promosi bisnes online dengan cara yang betul tahun ini.

Malam tu, dari JB dia turun Seremban buat pertama kalinya bersama isteri dan anak.

“Salam, salam, salam Uncle tu cepat Aiman” Abang J terus pegang tangan anak kecilnya yang berusia hampir 2 tahun dan halakan tangan anak kecil tu untuk bersalam dengan saya.

Saya terkejut… “Aiman?… nama dia?”

“Ya Cikgu… Aiman nama anak saya ni” dia bagitahu.

“Laaa ye ker! Anak saya pun nama Aiman” sambil saya menunjukkan anak saya yang sedang tidur di dalam strollernya.

“Berapa bulan dah ni Cikgu?” tanya Abang J.

“Dia ni… nak dekat 3 bulan dah ni.” jawab saya. “Tulah dah bajet dah, nak dekat 3 bulan dah kan”… jawab Abang J.

“Hari tu dah wish kat wall Cikgu” sambung Abang J lagi.

“Ni kitorang bawak something untuk Aiman Kecik” sambil Abang J berikan saya satu kotak leper yang agak besar saiznya tapi ringan.

“Dalam tu ada toys untuk Aiman tu…” bagitahu Abang J.

“Ohhh terima kasih banyak-banyak… susah-susah je J” jawab saya.

“Kecik jer ni, Cikgu” sambil abang J tepuk-tepuk bahu saya.

“Eh takkan nak berdiri sini jer, jom kita masuk dalam. Saya dah buat reservation tadi” saya menjemput kesemua sekali untuk masuk ke sebuah restoran di Hotel Rayale Seremban tempat biasa kami selalu coaching dulu.

Malam tu, kami makan dan sambil-sambil tu sembang panjang pasal bisnes masing-masing.

“Alhamdulillah Cikgu… total setahun follow strategi promosi yang cikgu ajar tu,  dah lebih kurang RM125k yang saya buat” bagitahu Abang J pada saya.

“Cikgu, kalau post cerita saya dalam blog ni nanti… just panggil Abang J jer yer… jangan mention nama, jangan tunjuk muka saya ya… sebab sampai hari ni family saya tak tahu… saya kena VSS. Takut nanti manalah tahu kalau-kalau ada friends ke follower Cikgu tu family atau kenal saya cerita kat mak ayah saya… tak best pulak nanti. Saya belum ready nak cerita hal sebenar kat diorang ni… maybe, one day bila dah ready saya akan cerita everything kat diorang” Abang J mula share cerita dia.

“Cikgu ingat tak lagi… malam tu yang saya main terjah jer kelas cikgu kat Double Tree, KL tu?” tanya Abang J pada saya.

“Yes… masih segar dalam ingatan saya” jawab saya.

“Esok tu, saya nak jumpa Cikgu lagi… tapi saya rasa jawapan dia masih sama. So, saya tawakal jumpa staf Cikgu dan saya bagi satu kertas dengan note yang simple… “tolong saya cikgu, saya dah nazak… XXXXXXXXXXXXX@gmail.com” sambung dia lagi.

Malam tu sampai je saya kat JB, saya cepat-cepat balik rumah. Terus dapatkan anak kecil saya, Aiman.

“Aiman… daddy dah jumpa dah CikguHafis tu… 2 hari daddy stay KL nak jumpa dia. Tapi bila jumpa, dia bz dengan kelas dia. Daddy tak dapat nak cakap banyak dengan dia. Daddy tak give up, daddy bagi dia satu note. Hopefully Allah bukakan hati dia untuk baca note tu” suasana meja makan kami sunyi seketika mendengar cerita Abang J.

Hati saya syahdu sambil meilhat ke arah Aiman Besar dan sekali sekala ke anak saya Aiman Kecik.

“Ya Allah betapa besarnya pengorbanan seorang Ayah” bisik hati saya. Mata saya mula berkaca.

Abang J sambung cerita dia “Aiman tengok je muka saya malam tu Cikgu, dia diam tapi seolah-olah memujuk saya agar bersabar… InsyaAllah ada rezeki Daddy nanti”.

Saya menarik nafas panjang dengar cerita Abang J. Sedih.

“Esok tu, saya dan wife decide untuk balik kampung. Saya nak tenangkan fikiran dan nak berada dekat dengan ibu dan ayah. Moga-moga dapat lupakan sekejap masalah saya. Orang selalu kata, bila kita dalam masalah… baliklah kampung, jumpa lah orang tua… mungkin dengan jumpa mereka dapat keberkatan dan doa dari mereka” sambung Abang J lagi.

“Kebetulan saya balik kampung tu lepas adik saya pun balik semula ke KL 2-3 hari yang lepas. Dia pun baru balik kampung. Dia pun memang ada seorang anak kecik, beza minggu je dengan Aiman saya ni” Abang J menyambung dengan nada sebak.

“Adik saya ni, memang tinggalkan barang mainan anak dia kat kampung, sebab dekat KL rumah dia, dia dah ada mainan yang sama. So, anak saya Aiman, saya letakkan dengan permainan ini. Dia suka betul main toys ni. Alaaa yang baby boleh baring lepas tu toys dia gantung-gantung tu Cikgu” Abang J cuba menerangkan kepada saya bentuk toys tu menggunakan tangan dia.

“Tersengih-sengih anak saya main toys tu. Saya tengok jer dia main. Dia suka gapai-gapai toys tu.” sambung Abang J lagi.

“Kitorang satu family tak duduk kampung lama, Cikgu… saya resah. Jadi lepas 3 hari, saya putuskan untuk balik JB semula. Malam tu, saya cuba tidurkan Aiman saya ni atas katil, tapi tangan dia menggapai-gapai Cikgu. Dia nak toys dia.” air mata saya dah mula bergenang.

“Bila dia dah tido… kadang-kadang dia mengigau sambil tangan dia seolah-olah menggapai-gapai toys tu. Kesian saya tengok dia.” sambung Abang J.

“So esok tu saya pergi town cari mainan yang sama. Jumpa mainan dia. Masa tu saya rasakan mahal sangat mainan dia ni Cikgu… yelah masa tu tak cukup duit. Nak beli mainan ke nak beli susu?… saya tanya diri saya, Cikgu”. Saya terdiam mendengar cerita Abang J.

“Saya pilih Susu…” sambung Abang J.

“Aiman… tak sempat merasa main toys tu, Cikgu” dengan nada sedih Abang J sambung ceritanya.

“Tu cikgu…” sambil Abang J tunjuk kotak leper hadiah yang dia beri pada saya…

“Yang tu adalah toys yang anak saya, Aiman teringin nak main masa dia kecik dulu… saya tak dapat nak belikan, so saya beli petang tadi dan bagi kepada anak Cikgu… Aiman juga sebagai hadiah terima kasih saya.” menitik air mata Abang J memberitahu saya tentang simboliknya hadiah yang dia berikan kepada anak saya, Aiman.

“Moga Aiman yang kecik ni boleh main toys ni nanti” sambung Abang J lagi. Saya terus tengok anak saya dan mengusap-usap dahi nya.

“Masa setahun lepas saya kena VSS tu, saya tak tahu nak buat apa Cikgu… duit pampasan VSS saya makin hari makin berkurang… mak ayah saya tak tahu pun pasal hal ni. Bila balik kampung, saya berlakon macam takde apa yang berlaku… saya berlakon macam saya masih kerja sebagai engineer. Walaupun duit dah nazak, saya tetap gagahkan diri saya bagi juga duit kat mak ayah saya… saya berdoa moga-moga Allah lapangkan rezeki saya nanti” Abang J sambung cerita.

“Walaupun berat dalam hati saya nak bagi duit kat mak ayah saya… tapi saya seronok kerana setiap kali saya bagi duit, mak saya akan tadah tangan tingggi-tinggi… kalau boleh biar sampai ke langit… saya suka nak dengar doa dia untuk saya… “Ya Allah kau murahkanlah dan permudahkanlah rezeki anak ku ini”. Dada saya rasa lapang, Cikgu” Abang J mengesat air mata menceritakan hal ini.

Saya terdiam. Dalam hati saya menangis. Bahkan saya sedang menangis bila saya taipkan semula bahagian cerita ini untuk anda. Kita semua ada mak ayah.

Abang J sambung lagi… “dalam setahun saya buat bisnes sorang-sorang diri… try tu, try ini… saya dah rasa diri saya ni dah macam lembu korban… dah tahu dan boleh agak dah bila nak kena sembelih, duit dah main kurang tapi saya tak boleh nak escape… buat lah macamana pun saya tak boleh keluar dari masalah saya ni, kalau saya asyik buat benda yang sama.”

“Akhirnya wife saya bagitahu kat saya, why not Abang try ubah, dari try buat bisnes sendiri-sendiri… try cari mentor yang boleh guide Abang. Cukup-cukuplah tu, kita dah try sendiri pun tak jadi… why not kita try cara lain yang kita tak pernah try… mana tahu jadi.” sambung cerita Abang J.

“At the end, tu yang mempertemukan saya dan Cikgu” Abang J membuat kesimpulan cerita dia.

Saya terus sambung cerita Abang J dengan konklusi…“J, saya hanya tolong tunjukkan jalan sahaja. Saya advice sahaja. U sendiri yang take action, u sendiri yang buat sampai jadi… kalau u taknak buat, kalau u sendiri yang bagi alasan, takde siapa pun dalam dunia ni yang boleh tolong u. U yang bagi peluang pada diri u untuk try something different dan Alhamdulillah u berjaya dalam promosi bisnes u.”

“Take action and make it happened! Tahniah J” saya hulurkan tangan saya berjabat salam sebagai tahniah.

Malam tu, kami teruskan perbualan dengan cerita tentang hal Aiman Besar, Aiman Kecik.

Dinner malam tu habis pukul 11 malam, tak boleh sembang lama-lama. Dua-dua Aiman nak tido.

Saya terus bersalam dengan J sambil ucapkan… “J, tanhiah dan terima kasih take action”

Kami masing-masing membawa diri. Entah bila akan jumpa lagi.

Malam tu, saya letak Aiman saya di atas bantal di riba saya. Saya tengok Aiman yang sedang tidur lena, saya bisik “I’ll do everything for you my son… everything”

“Ya Allah murahkan lah rezeki student-student coaching ku dan semoga mereka beroleh rezeki yang melimpah ruah. Amin Ya Rabbal Alamin”  saya berdoa.

Last sebelum saya masuk tido…

Saya buka email, saya cari keyword : nazak. Jumpa pun email Abang J 2 tahun lepas. Saya tick email tu… saya tekan butang delete.

Tamat sudah cerita Abang J… hidup dia kini dah berubah. Alhamdulillah.

Moga kisah ni menjadi motivasi bagi anda yang baca sampai habis. Tak kisah, bisnes apa sekalipun… semua bisnes boleh berjaya.

Tinggal nak buat dengan taknak jer. Cari Jalan BUKAN Alasan. Kita yang tentukan kejayaan kita… bukan orang lain.

TERBARU… 

Beberapa hari lepas, saya minta staf saya follow up Abang J tentang progress bisnes produk digital dia yang TERKINI. 

Alhamdulillah, dia masih lagi buat bisnes ni dan untuk tahun 2024 sehingga bulan Mac 2024, total yang dia dah buat mencapai RM70k. 

KINI GILIRAN ANDA!

Terpulang pada anda…

Sama macam Abang J, saya boleh buka dan tunjukkan jalan sahaja. Anda yang kena berusaha untuk capai impian anda. 

Dalam video kat sini: https://bit.ly/3vpLvyr    saya buka jalan SHORTCUT untuk anda mulakan bisnes produk digital. Jalan ni LEBIH MUDAH & FAST RESULT dari Abang J. 

Saya explain dalam video tu. Boleh tengok video tu sampai habis dan terpulang pada anda nak TAKE ACTION atau pun tak.

Anda yang tentukan KEJAYAAN anda. Semoga berjaya dan semoga cerita ni menjadi inspirasi untuk bisnes online anda.