Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Saya jarang cerita hal ni pada umum. Terlalu jarang. Ramai orang kenal saya sebagai CikguHafis – Coach Bisnes Produk Digital atau Pemasaran Online Malaysia… tapi tak ramai tahu siapa saya masa saya mula-mula dulu.
Sekarang ni COACH la… tapi dulu Allah je tahu apa yang saya hadap.
Apa yang bakal anda baca adalah kisah permulaan saya dalam perniagaan online. Ni bukanlah cerita indah-indah. Ni cerita sebenar diri saya dalam perniagaan online ni.
Banyak orang nampak saya pakai kereta BEST, rumah BEST, hidup yang BEST. Tapi tak ramai yang tahu kenapa saya buat semua ni dan apa struggle saya sebelum tu.
So, dalam post ini… saya nak SHARE sisi hidup saya sebelum anda kenal saya sebagai CikguHafis. Moga-moga ianya dapat bagi anda inspirasi dan motivasi.
Segalanya bermula di sini… Taman Setapak, Kuala Lumpur
Kat sinilah saya BERGELUT dengan bisnes online saya.
Pada asalnya saya tinggal di rumah ini bersama ayah, ibu dan adik saya. Tetapi sekitar tahun 2008 – 2009 macam tu Ayah saya ambil keputusan untuk BALIK KAMPUNG, sebab dia bakal bersara tak lama lepas tu.
Jadi ayah saya nak habiskan 4-5 tahun lagi baki perkhidmatan dia sebagai Pembantu Perubatan di Hospital Kuala Lumpur dengan berpindah ke Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.
Tinggal lah saya di Kuala Lumpur seorang diri untuk mulakan perjalanan hidup saya.
Masih segar dalam kepala saya, saya ingat lagi saya cuba-cuba berniaga di FB masa ni.
Masa tu, saya tak tahu nak start macamana… so saya just hentam je lah. Buat je dan tengok macamana.
Apa yang saya buat adalah saya buka akaun FB, dan terus je promote kat FB tu. Pagi, tengahari, petang, malam… saya guna gambar yang sama, ayat yang sama, saya just copypaste je kat FB saya.
Dengan harapan adalah orang akan nampak post saya.
Seminggu saya buat macam tu… dan tak de apa-apa pun yang terjadi. Takde orang like post saya, takde orang sms saya pun (masa tu belum ada whatsapp lagi)
Saya POSITIF kan diri…
“Alaaaa berniaga baru seminggu, biasalah… memang takde orang nampak lagi”
Saya buat lagi…
Pagi, tengahari, petang sampai malam saya asyik post je kat FB.
Sedar-sedar dah sebulan lebih saya macam ni. Langsung takde apa-apa pun yang terjadi pada promosi saya. Takde like, takde orang sms… macam hari biasa. Sama je.
“Tak boleh jadi ni… camne nak bayar duit kereta ni?” bisik hati saya.
Masa tu, saya rasa saya dah terlambat… sebab saya nak kena bayar banyak overhead bulan tu. Nak kena bayar kereta, api, air, internet dan duit makan. Bagi saya masa tu, kalau ada RM1000 pun dah cukup dah untuk saya survive.
Cek dalam bank saya hanya tinggal nak dekat RM200 je. Saya betul-betul risau… “kalau aku buat ni tak jadi-jadi juga… macamana?”
Pada mulanya saya POSITIF dan tak sabar nak buat BANYAK DUIT dari FB tapi last-last semangat saya makin menguncup, saya makin risau, saya makin takut… bukan takut nak berniaga tapi takut tak cukup duit nak bayar overhead bulanan saya. Takut takde duit nak beli makanan.
Allah je yang tahu betapa risaunya saya masa tu. Saya tak lena tidur malam memikirkan nasib hidup saya.
Esoknya… saya terus ambil tindakan drastik, masa untuk buat KERJA GILA!
Saya perasan, takde orang pun nampak promosi saya… sebab tu takde orang LIKE, takde orang sms pun.
Jadi, biasanya saya akan post di FB personal saya… tapi kali ini saya cari post-post yang banyak orang like, banyak orang komen… saya nak post kat situ supaya ramai orang nampak iklan saya.
“Ah ha… cantik tengah kecoh kat page dia ni, meh aku tepek iklan kat sini…” bisik hati saya.
Apa yang saya buat, saya pergi kat page artis ni (tak ingat nama dah)… kat page dia tengah kecoh pasal apa ntah.. tak ingat saya, jadi kat ruangan komen tu, saya pun iklan la produk saya macam ni…
“Tumpang lalu, jangan marah ya… nak iklan ni…
Saya jual produk XXXXXX, produk ni boleh bantu anda untuk bla bla bla…”
Kali ni CONFIRM jadi ni… jadi saya buat banyak-banyak kat page-page artis. Boleh kata semua artis yang dah ada page masa tu, semuanya saya letak iklan kat post yang ramai komen.
Saya buat pagi, petang sampai malam.
Hari pertama saya buat… masih senyap lagi… takde apa-apa respond.
“Ok, tak boleh jadi… aku kena buat lebih lagi ni… nak bagi orang tahu pasal bisnes aku”
Saya UP LEVEL saya, semalam saya post kat komen je… hari ni, siapa yang komen kat post artist u, semua nya saya message diorang satu per satu.
Pagi tu, nak dekat 200 orang saya PM, saya copy paste dan PM je semua yang komen kat page artist u, masa tu 2010 undang-undang FB tak ketat sangat jadi boleh la buat cam tu. Sekarang tak boleh dah.
Tak sangka betul, dari 200 tu… dah ada yang respond. Dah ada yang reply TERIMA KASIH.
Takpe lahh tak beli lagi… sekurang-kurangnya dah ada sedikit respond, dah ada orang nampak post saya. Saya mula gembira.
Mula-mula orang cakap TERIMA KASIH je, lepas ni ada laa yang nak beli ni. Hati saya dah berbunga-bunga, esok lusa dapat sales ni.
Tak lama… malam tu jerrr saya dah dapat satu PM ni masuk ke FB saya.
Mula-mula dia PM “Salam…”
Cepat-cepat saya reply dengan excited “Ya Salam 🙂 “ siap buat muka smiley lagi.
“Nak tanyalah… u jual produk xxxx ni ke?” sambung PM dia…
“Ya Allah, Alhamdulillah… dah ada customer yang PM aku ni, terima kasih banyak-banyak ya Allah bg rezeki kat aku” bisik hati saya, excited sangat masa tu.
Saya pun sambung reply “ya betul, saya jual produk tu. Nak order ke?”
Dia pun reply … “TAK NAK!” ringkas siap dengan huruf besar tapi dah cukup mengguris hati saya.
Dia reply lagi… “tolong jangan PM atau komen kat post orang lain. Mengganggu lah BODOH. Kalau nak berniaga pun, berniaga lah kat tempat lain… ni kau post kat komen, pm orang kenapa? Dah takde orang nak beli produk ngko ke? Orang tak nak la beli kat kau”
Saya diam… langsung tak reply.
Hati saya hancur remuk malam tu… saya terus tutup komputer dan terus baring atas katil.
Dalam sedih mengenangkan nasib bisnes saya yang takde masa depan, saya lelapkan mata dengan harapan semua ni adalah mimpi sahaja. Bila saya bangun nanti. Mimpi ni kan berakhir dan saya dah berjaya.
Mutiara kata yang saya jumpa ketika saya surf Facebook ni buatkan saya terfikir sejenak…
“Mungkin selama ni, aku dah try buat sendiri… dah buat macam-macam ikut kepala otak aku ni… tak jalan juga, mungkin aku kena pergi belajar” bisik hati saya.
Yelah, dah try sendiri pun tak jadi juga… takut try banyak lagi, makin sesat. LAGI TERUK, saya takde masa nak sakit kepala (macam iklan Panadol la plak). Saya ada banyak bil yang nak kena bayar.
Hari tu je… bank call minta duit kereta. 6 kali diorang call, saya nampak nombor pelik-pelik, saya tak jawab. BUKAN sebab saya nak lari… tapi saya tak tahu nak jawab apa kalau dia tanya. Biasanya diorang tanya, “by today Encik boleh buat payment ya?” dan saya jawab OK je… tak tahu nak janji boleh bayar ke tak. Nak explain macamana pun, ingat diorang kisah ke.
So saya decide nombor-nombor yang saya tak save ni, saya tak kan jawab call diorg.
Lepas saya buat bodo je dengan phone saya, tiba-tiba dengar posmen hon depan rumah saya beberapa kali. Saya cepat-cepat pergi ke pintu depan untuk dapatkan surat.
Posmen tu suruh sain dan isi beberapa butiran. Surat tu dari Firma Guaman. “Apa hal plak aku dapat surat lawyer ni?” bisik hati saya.
Cepat-cepat saya buka surat tu, dalam surat tu secara ringkas di beritahu yang anak guam dia BANK tadi nak ambil tindakan dengan menyita kereta saya kalau saya tak buat bayaran dalam tempoh 14 hari.
“Allahuakbar… apa aku nak buat ni? Apa dah jadi ni? Mana aku nak cari duit ni?” saya mengeluh sendirian.
Masa tu fikiran saya makin kusut, saya tak boleh fikir secara rasional. Perasaan risau, sedih, takut, give up… semuanya bercampur baur.
Hari tu, saya langsung tak buat apa-apa, saya tak tengok pun Facebook untuk berniaga. Saya rasa saya takde rezeki dalam bisnes. Apa yang saya buat, semuanya tak jadi.
Maghrib tu, saya pergi solat Jemaah dan selepas solat Maghrib saya akan duduk bersendirian di suatu sudut untuk baca Yasin dan berdoa.
Saya tak tahu nak bagitahu kat sesiapa, melainkan saya mengadu je dengan Allah…
“Ya Allah, kalau lah aku ni takde rezeki, tak berjaya dalam perniagaan, tak berjaya dalam hidup aku atas dunia ni, jangan lah KAU bagi aku gagal juga di Akhirat. Kalau aku gagal dunia, takpelah aku redha, tapi kalau aku gagal akhirat, buat apalah aku hidup atas dunia ni Ya Allah. Takpe lah Ya Allah aku gagal atas dunia ni TAPI KAU bagilah aku BERJAYA di akhirat… ENGKAU tolong lah aku Ya Allah
Tolong lah aku…
Tolong lah aku…
Tolong lah aku…
Amin Ya Rabbal Alamin”
Malam tu, saya call Isteri saya, masa tu kami baru beberapa bulan berkahwin, saya terpaksa tinggal di KL dulu sebab isteri saya masih bekerja di tempat yang jauh dan tiada kemudahan internet yang sesuai untuk bisnes saya. Bila bisnes dah ok, kami bercadang untuk sewa rumah yang ada internet dan hampir dengan tempat kerja Isteri saya.
Mendengarkan masalah saya, Isteri saya buat pinjaman bank untuk membantu saya pergi belajar buat bisnes online.
Dah buat sendiri tak jadi-jadi, why not pergi belajar pulak la… mana tahu ada benda yang saya tak tahu.
Betul berdasarkan pengalaman saya… saya SETUJU bila orang cakap, nak berniaga kena ada ILMU.
Sejak saya tak jumpa jalan, saya decide untuk pergi berguru, pergi kelas, pergi belajar…
Antara guru bisnes online pertama yang saya belajar adalah dengan Patric Chan. Saya berguru 2 tahun bersama beliau.
Bila berguru ni… baru saya tahu SHORTCUT dalam bisnes online, apa yang saya kena buat, camne cara promosi yang betul dan sebagainya.
Bagi saya bila belajar berguru ni… lebih mudah dan saya betul-betul CLEAR apa yang saya kena buat dalam bisnes online saya.
Pada bulan pertama, saya betulkan beberapa strategi pemasaran dalam bisnes online saya, masa tu saya mula himpunkan potential customer… Patric Chan ajar saya macamana nak tarik ramai HIGH POTENTIAL CUSTOMER dalam bisnes saya.
Masa tak pergi belajar, takde pun orang PM kea pa… tapi bila dah pergi belajar ni, dah apply… Alhamdulillah start nampak IMPROVEMENT dalam bisnes saya.
Masa tu, ramai orang masuk FB Group saya, ramai orang LIKE post kat page saya… promosi saya dah mula nampak respond positif.
Lepas sebulan, dah ramai orang masuk group, dah ramai fans… saya pun start menjual pada mereka.
Ya Allah tak sangka betul… saya dapat DUIT! Ya betul… yang masuk akaun saya adalah DUIT CUSTOMER! Ya diorang tak silap bayar, tak silap PM, tak silap order, takde pun diorang maki saya lagi… diorang berebut nak bayar kat saya!
Hari tu adalah hari paling indah dalam hidup saya…
Saya tak dapatlah banyak macam orang lain, hari pertama berniaga dah dapat RM5Angka, RM6Angka…
Saya cuma dapat RM1500 je dalam 3 hari pertama. Itu pun dah cukup besar bagi saya. Yelah saya berusaha sekian lama, saya dikutuk, dikecam, di hina, orang panggil bodoh… akhirnya membuahkan hasil.
Maghrib tu, lepas baca Yasin seperti kebiasaan… saya akan berdoa
“Terima kasih banyak-banyak Ya Allah, aku tak tahu nak cakap macamana perasaan aku ni Ya Allah, ENGKAU banyakkan lagi rezeki aku, mudahkan lagi rezeki aku dan tetapkan rezeki ku Ya Allah supaya dari rezeki aku ni, aku dapat bagi kat mak ayah aku, dapat bahagiakan isteri ku, dapat makan rezeki-rezeki halal dari Mu…
Terima kasih Ya Allah…
Terima kasih Ya Allah…
Terima kasih Ya Allah…”
Malam tu, saya bayar hutang 2 bulan kereta saya, ada lebih RM500, saya isi minyak dan terus jumpa Isteri saya di Seremban.
Bermula dari hari pertama saya start menjual dengan betul, dapat RM1500 dalam 3 hari, sejak itulah bisnes saya semakin hari baik.
Saya dapat bayar on time duit kereta saya, saya dapat pindah ke rumah sewa di Seremban masa tu dengan wife saya.
PALING PENTING saya tak lagi muram, saya tak lagi risau, saya tak lagi gelisah, saya tak lagi takut dengan hidup dan bisnes saya. Hidup saya berubah.
Semuanya sebab saya ambil tindakan untuk mencari ILMU. ILMU lah yang menyuluh jalan bisnes saya. Kalau saya tak pergi belajar buat bisnes online dengan betul masa tu, saya rasa mungkin hari ni anda tak baca pun coretan saya ni, dan mungkin takde pun CikguHafis.
Pada asalnya saya cuma nak berniaga just nak hidup… dapat RM2k – RM3k sebulan pun jadilah.
Pada asalnya saya nak berniaga, nak bayar hutang-hutang bulanan saya… saya pakai WIRA je masa tu…
Sedih gambar ni… ni gambar LAST DAY saya dengan kereta 1st saya. Ada macam-macam kenangan berniaga dengan kereta ni. Tak sangka air mata saya menitik sewaktu saya tinggalkan kereta ni kat USED CAR.
Tak pernah pun dalam kepala hotak saya terfikir dengan ilmu yang saya belajar ni, saya boleh dapat lebih dari tu…
Dan Alhamdulillah, dari apa yang saya belajar, saya dapat ajarkan semula dan bantu bisnes orang lain juga yang kebanyakkannya sama macam saya mula-mula start dulu.
Saya berazam nak bantu diorang ni, kalau tak jadi jutawan sekalipun… jangan jadi tak ketahuan sudah. Sebab saya pernah dalam situasi tu, dan saya faham sangat-sangat.
Saya akan ingat sampai bila-bila… perjalanan saya masa mula-mula saya buat bisnes online. Saya takkan lupa moment saya berdoa pada Allah dan saya bersyukur tak sangka Allah bagi saya ILMU dan peluang untuk berjaya di dunia, dan saya berdoa semoga saya berjaya juga di akhirat… sebab kalau setakat berjaya kat dunia, tapi kalau akhirat saya gagal… buat apa lah saya hidup atas dunia ni.
Moga-moga kisah saya ni menjadi inspirasi untuk naikkan semangat bisnes anda.
Saya bukannya dilahirkan pandai berniaga online, atau pakar IT, atau ada bakat berniaga online. Yang buatkan saya dapat apa yang saya dapat hari ini, adalah disebabkan saya pergi belajar dan ambil tahu… itu jer.
Masa saya mula-mula start, saya pun BODOH dan saya GAGAL berkali-kali.
KEGAGALAN adalah proses untuk anda menghampiri kejayaan. Tetapi kalau anda tak ambil pengajaran dari kegagalan anda, dan tak ubah, tak pergi belajar… sampai bila-bila pun macam tu juga lah.
Shortcut kejayaan adalah ILMU! Saya doakan anda berjaya dalam bisnes online anda. Amin Ya Rabbal Alamin.
NOTE: Jika anda nak saya guide anda strategi yang saya apply dalam bisnes online saya untuk bantu bisnes anda, boleh baca KAT SINI.