Salam semua CikguHafis di sini…
Dalam post kali ini, saya just nak SHARE satu story pasal salah sorang student coaching saya yang buat Bisnes Burger berjaya buat sales RM10k dalam 2 jam je menggunakan Whatsapp.
Ceritanya macam ni… baca sampai habis.
Masa student saya ni coaching dengan saya, dia baru je strat buat bisnes burger ni masa PKP mula-mula dulu…iaitu pada bulan Mac 2020.
Dia nak tahu macamana dia nak buat lebih banyak sales dan paling penting KONSISTEN tak kisah apa jadi sekalipun. Dia bagitahu saya dia dah penat tukar-tukar bisnes. Jap kang buat bisnes produk kecantikan, jap kang bisnes ubat kuat, jap kang bisnes insuran… tak sampai 3 bulan buat satu –satu bisnes dah tukar bisnes lain.
Dia taknak bisnes burger ni pun jadi benda yang sama.
Jadi saya SHARE dekat dia salah satu strategi yang saya coach student-student coaching saya sebelum ini untuk buat sales lebih mudah dan bisnes jadi lebih senang.
Caranya adalah buat…. KOLAM!
Hah apa dia KOLAM?
Well guys… KOLAM kat sini adalah platform! Di mana anda himpunkan bakal customer atau customer anda kat satu tempat dan anda boleh remind atau follow up mereka untuk beli produk anda hari-hari.
Meh saya terangkan lagi… baca betul-betul ni penting tau!
Saya suggest kat student saya ni, bila ada orang datang beli burger kat gerai dia… cuba offer customer tu diskaun… bagilah diskaun RM1 setiap burger ke macamna.
Lepas tu, bagitahu kat customer ni kalau dia nak diskaun kena join wasap group sebagai members… baru dapat diskaun. Kalau tak nak, tak per… takde masalah. Sebab ada juga customer dia yang tak nak.
Tapi kebanyakannya akan say YES… saya nak. Tak ramai yang tak nak diskaun. So bila diorang nak, anda bagi link wasap group yang anda buat tu, suruh mereka join. Ingat yer… bukan anda sendiri yang masukkan. Pastikan anda bagi link jer… dia yang kena join group tu.
Semua customer yang datang, semuanya dia bagi diskaun dan kalau nak diskaun wajib masuk group wasap group tu dulu. Dah masuk, baru dapat diskaun… bukan bagi diskaun dulu lepas tu boleh masuk kemudian.
Dalam masa 2 bulan jer… dia dah ada 20 wasap group. Setiap wasap group ada members nak dekat 250 orang.
Maksudnya nak dekat 5000 orang customer yang masuk dalam KOLAM dia tu.
Dalam KOLAM tu, apa yang dia buat… dia akan post pasal kedai burger dia bukak pukul berapa, stok apa yang ada, siapa nak order… boleh wasap dia dan sebagainya.
Bila bisnes kita ada KOLAM macam ni… kita boleh follow up dan ingatkan customer tentang offer kita, tentang produk kita.
Nak dijadikan cerita… saya saja BAKAR dia… why not kita TEST KOLAM tu, boleh tak buat RM5angka sehari.
So, student coaching saya dah excited… saya suggest kat dia try buat benda ni…
Saya bagitahu dia kita try buat satu burger rare, kita buat offer macam LIMITED TIME OFFER Burger Kambing Bakar Homemade.
Burger ini kita jual dengar harga RM20 dan cara kita promosi adalah kita gunakan kolam ini.
Saya suggest kat student coaching saya, beli daging kambing sikit dan kita buat dalam 5 biji burger kambing bakar home made ni dulu untuk testing tapi kita buat photoshoot dan video.
Jadi student coaching saya buat photoshoot gambar macam iklan makanan Fast Food, dan buat beberapa video tunjuk burger, buat video makan burger, buat video picit daging burger sampai keluar jus-jus dia, video cheese burger yang meleleh tu… video dan gambar ni kita post 5 hari 5 malam kat 20 wasap group customer dia.
Setiap kali post kita bagitahu kita akan bukak pre order buger homemade kambing bakar ini dengan harga RM20 sebijik dengan kuota cuma 500 bijik jer. Kena buat 5 hari sebelum kita bukak open order. Bagitahu siap-siap, tarikh kita open pre order dan waktu open preorder kat setiap kali kita post gambar dan video burger tu.
Jadi student coaching saya buat benda ni, pagi, petang, malam…selama 5 hari berturut-turut. Dia post kat wasap group. Paham-paham sajelah, wasap group ni memang responsive, asal post je orang baca, orang tengok video.
Nak dijadikan cerita sehari sebelum student coaching saya open pre order, dah ada ramai yang wasap nak booking. Tapi dia tak terima sebab belum open pre order lagi.
Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba…
Tepat pada pukul 9 malam, hari ke 5 dan seperti tarikh yang dia janjikan, dia open order. Dia bagitahu kat semua 20 wasap group dia tu… dia dah bukak order.
Hura-hara bisnes dia malam tu, tak menang jari reply order kat wasap. Dalam 2 jam je… SOLD OUT 500 biji burger kambing homemade dia tu. Dalam masa 2 jam je… dia buat total sales RM10k, semuanya dari promosi dalam wasap group sahaja.
Powerkan?
Sebenarnya teknik ini boleh diaplly dalam apa jua bisnes yang anda buat secara online, bila ada KOLAM – wasap group ini anda boleh post dan customer akan selalu nampak post anda tu.
Bila mereka nampak, anda boleh promosikan produk anda dengan mudah.
Tapi macamana nak tarik ramai orang masuk wasap group anda supaya anda boleh promosikan produk anda?
Join webinar PERCUMA saya 10 pagi – 12tghari, esok Ahad 22 Ogos 2021 untuk ketahui strategi bagaimana saya dapatkan ramai bakal customer dan buat sales yang banyak dari wasap group.
Join dengan register nama dan email anda cepat-cepat kat sini: https://bit.ly/webinar22ogos21
Jumpa dalam webinar esok yer.