Kalau tengok je post camni lalu kat Facebook, Instagram dan lain-lain, mesti anda dah tahu kan… ini iklan buat rumah ni… betul tak? Dan apa yang kebanyakkan orang buat, adalah orang scroll atau swipe je ke atas. Tak nak tengok. Tak nak ambik tahu… sebab IKLAN.
Saya advice Kak Rohaya untuk buat post yang langsung tak iklan, tapi buatkan ramai orang nak baca dan bagi perhatian pada promosi dia padahal tak nampak macam dia tengok promote pun.
Dia tarik HIGH POTENTIAL CUSTOMER masuk FB Group, lepas tu dalam group tu, dia hanya SHARE tentang aktiviti bisnes konstraktor dia sahaja.
Baca ni betul-betul, dalam FB Group dia… dia SHARE tentang cara bagaimana nak pilih kontraktor rumah, dia share tentang tips berunding dengan kontraktor, proses bina bangle di tanah sendiri.
Dia juga tunjuk aktiviti dia melawat projek yang dia buat sebelum ni. Dia tunjuk video projek yang dah siap. Takde pun iklan macam yang iklan anda nampak tadi tu.
Nak tahu apa kesan cara promosi ni pada POTENTIAL CUSTOMER anda?
Orang guna Facebook, Instagram dan lain-lain ni sebab mereka nak lepak. Mereka nak bersosial. Dah nama pun media social.
So, kalau iklan yang macam tadi tu, memang susah sikit nak pergi.
Tetapi bila Kak Rohaya, SHARING content berkaitan dengan produk dia… post dia mendapat perhatian. Sebab mereka yang baca post tu, mereka tak rasa macam baca iklan, tetapi mereka seolah-olah macam baca suatu artikel atau post just untuk dapatkan informasi sahaja.
Jadi mereka akan bagi PERHATIAN dan lagi best bila mereka tekan butang SHARE (share pulak pada kawan-kawan)… secara tak langsung, macam bisnes atau produk anda di rekemen oleh kawan mereka.
Siap tulis lagi “bagus kontraktor ni, kalau nak buat rumah… ambik dia”
Ni yang terjadi pada Kak Rohaya bila dia apply strategi yang saya guide dia ni…