Saya masih ingat lagi…
13 tahun yang lepas masa saya mula bisnes online, niat saya untuk berniaga online ni hanya untuk buat duit RM2K – RM3K sebulan. Dapat banyak tu pun saya dah cukup berpuas hati.
Sebab dengan RM2k – RM3k pada masa tu, saya boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kawan-kawan saya yang dah bekerja dengan orang lain. Kalau saya dapat income RM2K – RM3K, saya dah dapat income sama macam gaji yang diterima oleh kawan-kawan saya yang bekerja.
Jika saya dapat buat income sebanyak tu, saya boleh bagi sebahagian duit saya untuk Ibu dan Abah saya, saya dapat beli kereta, dapat beli rumah, dapat sediakan keperluan untuk keluarga saya.
Itu NIAT saya kenapa saya mula buat bisnes online ni.
Bila saya mula buat bisnes online ni barulah saya tahu ia bukannya mudah dan penuh cabaran.
Pernah masa mula-mula saya berniaga online dulu, antara produk pertama yang saya start jual secara online adalah T Shirt.
Masa tu dalam lebih kurang tahun 2009…
Ni kereta WIRA saya. Gambar hari terakhir saya jual kereta ni pada 2016.
Saya tengah TERDESAK. Masa tu, dah 3 bulan saya tak bayar duit kereta saya. Saya pakai kereta WIRA je dan bayaran bulanan kereta tu dalam RM500 je. Jadi disebabkan ada tunggakan, maka jumlah minimum yang saya kena sediakan kalau kereta tak nak kena tarik, adalah lebih kurang RM1K, bank nak saya bayar 2 bulan.
Bila takde duit ni… 5 hinggit pun rasa berat, 5 hinggit pun rasa banyak. Itu yang saya rasa masa tu.
Dalam hati saya, bercampur rasa takut, rasa sedih, risau sebab tak nak orang tarik kereta saya.
Saya terpaksa SOROK kereta saya.
Sambil tu saya cari jalan untuk promosi t shirt tu kat Facebook. Apa yang saya buat masa tu adalah saya post iklan promosi kat ruangan komen di Facebook orang lain jika post Facebook tersebut dapat ramai orang komen.
Saya akan selit iklan saya kat bahagian komen.
Tak kisah post siapa sekali pun, artis ke, menteri ke… siapa-siapa yang saya tengok ada ramai orang komen kat post dia, saya akan post kat bahagian komen tu juga iklan produk saya.
Akhirnya… saya kena MAKI. Memang saya takkan lupa benda ni sampai bila-bila.
Saya ingat lagi, ada satu malam tu… tiba-tiba ada orang PM saya kat Facebook. Saya ingat dari pagi sampai petang tadi, saya memang usaha keras, asalkan ada je post yang banyak komen, saya akan pastikan iklan saya HINGGAP kat post tu.
Saya bukak PM tu…
“Salam, brader ada jual t shirt kat komen tadi kan?”
Saya dengan gembiranya, cepat-cepat reply PM tu. Dalam hati saya berbunga-bunga berapa banyaklah T shirt yang Mamat ni nak order.
“Wsalam, ya saya. Tuan nak beli T shirt ke?” saya reply.
Lepas tu dia reply “Hoi Bangang! Kalau kau nak iklan, jangan komen kat post orang. Buat semak je lah!”
Sebenarnya panjang lagi cacian dan makian yang saya dapat dalam PM tu, tapi saya tak ingat dah. Cuma PM ni sangat beri kesan pada saya.
Malam tu saya DOWN TERKEDU. “Dah lah bank cari aku, aku nak buat duit je nak bayar duit kereta aku ni… itu pun orang maki” saya bersedih sendirian mengenagkan nasib saya malam tu.
Saya memang STUCK sangat dan saya mengalami DEPRESI yang sangat teruk masa tu. Saya tak lalu makan dan minum. Mandi pun tak rasa basah. Dah macam ANGAU, tapi masa bercinta takde plak saya rasa cam tu… time buat bisnes ni baru kena penyakit ANGAU hahaha…
Bila fikir-fikir balik, memang boleh gelak. Tapi masa saya hadap benda ni dulu… memang masalah besar bagi diri saya masa tu.
Dipendekkan cerita, saya memang serabut dan tak boleh nak fikir STRAIGHT camne nak selesaikan masalah duit kereta saya. Saya terpaksa pinjam duit dari 2-3 orang kawan saya.
Alhamdulillah, diorang dapat bantu saya… diorang datang melawat saya. Bagi pinjam duit, bagi kata-kata semangat dan bagi idea bagaimana nak keluar dari masalah dan cabaran saya ni.
Dipendekkan cerita… 3 bulan seterusnya bisnes saya masih dalam GELAP. Masih tak nampak hasil.
Akhirnya saya dengar nasihat kawan saya untuk pergi belajar, pergi cari ilmu.
Saya ingat lagi bila saya try untuk nego dengan orang bank yang bagitahu diorang nak tarik kereta saya “Encik, tolong lah bagi saya masa lagi, bagi lah saya sebulan lagi untuk cari duit bayar duit kereta ni”
Dia reply “kalau 3 bulan ni pun Encik takde duit, apa jaminan Encik boleh ada duit sebulan lagi” kata-kata tu terngiang dalam kepala otak saya. Memang kalau orang bank call, kalau minta tempoh lagi… skrip yang dia akan cakap memang macam tu.
So, saya tak nak benda ni terjadi sekali lagi. Akhirnya saya pergi belajar dan ambil tindakan.
Antara Guru Saya Yang Paling Banyak Curahkan Ilmu, Patric Chan
Bermula tengah tahun 2010, saya start berguru. Saya start belajar dengan orang lain.
Pada waktu tu, bagi saya ianya adalah tempoh saya BERTAPA dan masuk gua. Saya semacam asingkan diri saya… saya FOKUS pada nak belajar tentang online marketing dan take action.
Boleh kata, tahun 2010 – 2011 tu, tahun saya belajar je.
Untuk support hidup saya masa tu dan untuk pastikan kesihatan mental saya, saya mengajar tuisyen rumah ke rumah. Alhamdulillah saya dapat dalam nak dekat RM2k sebulan dari mengajar tuisyen.
Kat sini lah lekat nama… CikguHafis.
Boleh kata setiap hari, lepas je balik tuisyen pada 11 malam, saya akan mula belajar pasal pelbagai ilmu tentang bisnes online.
Dari 11 malam kadang-kadang sampai 4 pagi dan keesokkan paginya saya kena pergi mengajar tuisyen. Begitulah rutin saya antara pertengahan tahun 2010 – 2011.
Dalam tahun 2010 – 2011, masa saya tengah mengajar tuisyen dan sambil-sambil tu saya belajar ilmu online marketing, bisnes saya masih lagi belum stabil. Tapi dah mula nampak nak naik sikit-sikit.
Saya ingat lagi… saya tak renew ROAD TAX kereta, sebab tak cukup duit nak renew. Masa lepas habis kelas tuisyen, dalam perjalanan saya balik ke rumah… bila saya ambil satu selekoh je, ngam-ngam lepas selekoh tu ada ROAD BLOCK!
Perut saya terus rasa senak. “Alamak… habis lah aku” bisik saya dalam hati.
Lepas je kereta depan saya melepasi road block tu… polis yang berada di sebelah kiri, masuk ke van polis untuk ambil sesuatu. Yang ada polis sebelah kanan je. Polis yang sebelah kanan sibuk bersembang dengan kawan dia yang masuk ke van, seolah-olah tengok minta tolong ambilkan sesuatu.
Dia tengok muka saya dan buat isyarat tangan untuk teruskan. Silakan jalan.
FUHHHHHH… lega beb. Tuhan je yang tahu betapa cuaknya saya masa tu… macam buat SALAH BESAR perasaan dia.
Saya teruskan perjalanan saya balik terus ke rumah saya di Seremban.
Masuk tol Seremban, saya memecut. Betul-betul lagi beberapa kilometre nak sampai rumah… depan AEON SEREMBAN, banyak betul kereta bergerak perlahan.
Saya cuba tengok ke depan sebelah kiri… ADOIIII! Road Block lagi.
Masa tu dah malam, saya betul-betul penat. Saya tawakal je lah… apa-apa aku bukan buat SALAH BESAR pun, tak bayar road tax je.
Kereta saya bergerak perlahan, sampai kat road block. Memang ada kiri dan kanan pegawai polis. Saya disuruh parking kereta sebelah kiri.
Ada pegawai polis menghampiri saya. “Encik lupa ke nak renew road tax?” , saya jawab “tak encik, saya ingat… cuma saya takde duit sangat sekarang ni, nanti bulan depan saya akan renew encik”
Pegawai polis tu tengok straight kat mata saya “bulan depan, bulan depan, bulan depan… road tax encik ni dah mati 4 bulan dah, apa jaminan encik ada duit untuk renew road tax ni bulan depan?” dia sambung lagi, “kalau 4 bulan dah bagi masa ni pun takde duit, mustahil bulan depan encik akan ada duit”
Saya diam je… saya tak tahu nak cakap apa. Saya tundukkan kepala. Sedih, Insaf… tak tergambar perasaan saya masa tu.
“Macam nilah Encik, malam ni saya tak tulis saman ke apa. Tapi saya nak encik hidupkan road tax encik ni secepat mungkin… saya pun doa encik ada duit untuk bayar” saya mengangkat kepala saya dan terus berterima kasih pada pegawai tersebut “terima kasih banyak encik, terima kasih banyak”
Saya dibenarkan untuk masuk semula ke kereta saya dan saya angkat tangan tanda terima kasih pada pegawai tersebut kerana memahami situasi saya.
Dalam hati saya berdoa… saya tak nak lagi lalui kisah-kisah macam ni dalam hidup saya. Saya tak nak hidup dalam keadaan takut, saya tak nak hidup dalam keadaan risau, saya tak nak hidup dalam kesedihan… “Ya Allah, engkau tunjukkan lah aku jalan yang aku boleh keluar dari masalah ni sampai bila-bila dan hidup aku jadi bertambah baik”
Saya terus balik ke rumah dan bercerita apa yang terjadi pada diri saya hari ni pada isteri saya.
Saya terus dengan rutin saya, saya akan stay up untuk belajar tentang pemasaran online.
Hampir ke hujung tahun 2011, setelah buat pelbagai jenis bisnes online, ada yang OK, ada yang tak ok. Saya belajar banyak benda sepanjang percubaan saya.
Dari semua bisnes tu, saya perlu buat keputusan bisnes mana yang saya nak FOKUS dan boleh bagi saya income bukan je untuk beberapa bulan tapi kalau boleh saya nak bisnes yang saya buat ni dapat bagi saya income berterusan.
Saya tak kisah kalau ianya boleh bagi RM2K – RM3k sebulan, tapi asalkan ianya berterusan. Saya tak nak asyik tukar-tukar produk je.
Akhirnya… hujung tahun 2011, saya buat keputusan untuk FOKUS pada BISNES PRODUK DIGITAL.
Saya memilih bisnes ni kerana ianya BERSESUAIAN dengan minat dan kehendak saya. Saya tak pilih bisnes ni sebab tengok orang lain buat duit banyak, saya pilih sebab saya nak dan saya rasa saya boleh buat.
Bisnes produk digital adalah bisnes di mana saya buat ebook atau video tentang sesuatu INFORMASI yang boleh bantu orang lain.
Selain dari berhibur kat internet, orang menggunakan internet untuk mencari informasi, mencari solusi pada masalah yang dihadapi.
Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang saya lalu dalam mulakan bisnes online, saya buat produk digital yang boleh bantu orang lain belajar dan ketahui bagaimana mereka juga boleh mulakan bisnes online.
Bagi saya, untuk permulaan… nak buat produk digital tak susah, saya hanya perlukan komputer dan micorosot word je. Memang saya dah ada 2 benda tu.
Saya pun taip ebook pertama saya. Saya siapkan dalam 2 minggu… dan saya follow apa yang saya belajar dari guru-guru bisnes online saya sebelum ni tentang cara promosi ebook.
Dipendekkan cerita, saya berjaya buat jualan RM1,500 dalam 3 hari untuk ebook saya yang pertama. Dari situ, saya belajar dari kesilapan, saya perbaiki lagi mana yang baik… dan Alhamdulillah saya berjaya buat jualan ke 2, mencecah RM10k.
Macam kata omputih, the rest is history… selepas itu hidup saya mula nampak perubahan yang SANGAT KETARA.
Income RM2k-RM3k yang kawan-kawan saya yang bekerja selama sebulan tu, saya dapat capai dalam beberapa hari je.
Saya tak pernah terfikir pun dapat hidup yang macam ni. Terima kasih ALLAH kerana dengar doa saya dulu.
Sejak dari produk digital saya yang pertama, rezeki tak pernah putus. Saya makan kat tempat best, saya boleh bawak ibu dan abah saya stay kat hotel 5 bintang, saya dapat kereta idaman saya, saya boleh melancong sebulan dan macam-macam lagi yang saya tak pernah terfikir sebelum ni dari BISNES PRODUK DIGITAL ni.
Alhamdulillah, kini saya dah pun dikurniakan seorang cahaya mata dan saya bersyukur saya dapat bagi anak saya yang TERBAIK.
Saya selalu bawa anak saya melancong, saya ada banyak masa untuk anak saya… saya jadi BEST FRIEND dia untuk tengok wayang dan main game.
Kini… anak saya dah masuk tadika. Umur dah nak 6 tahun. Alhamdulillah saya dapat hantar anak saya ke INTERNATIONAL SCHOOL yang saya tak pernah dapat masa saya kecik dulu.
Alhamdulillah saya dapat rezeki bisnes produk digital yang bagi rezeki berpanjangan untuk diri saya.
Terima kasih kerana anda baca coretan saya ni. Bukan tujuan saya menulis untuk meninggi diri… tetapi lebih kepada bagi anda semangat, inspirasi dan motivasi.
Saya takkan lupa, banyak cabaran dan ujian yang saya lalui masa saya nak mula berniaga online dulu. Banyak benda yang LEBIH PAHIT yang saya tak boleh nak ceritakan di sini.
Tetapi… walau apa pun situasi yang sedang anda hadapi ketika ini, samada anda baru nak start, jatuh bisnes… baru nak up dan macam-macam lagi, saya doakan Allah memelihara anda dan bantu anda tunjukkan jalan untuk bina bisnes yang boleh bagi income yang stable dan berpanjangan. Amin.
Semoga berjaya.