Assalamualaikum dan Salam sejahtera. CikguHafis di sini.
Terima kasih kerana anda baca ecourse ni. Tujuan saya buat ecourse ni untuk SHARE dengan anda salah satu model bisnes online yang saya tahu , saya buat… yang ALHAMDULILLAH bagi saya rezeki yang sangat banyak dan berterusan selama lebih 12 tahun.
Saya bagitahu awal-awal, TIADA APA-APA PRODUK YANG SAYA NAK JUAL di akhir ecourse ni. Niat saya hanya nak berkongsi ilmu dan PELUANG BISNES untuk anda.
Jadi, BUKA MINDA anda, bagi peluang pada diri anda untuk serap ILMU yang saya bakal SHARE ni dalam kepala anda dan lihat peluang ni. Siapa tahu PELUANG BISNES ni, boleh jadi rezeki untuk anda dan keluarga anda. InsyaAllah.
PENTING! Sebelum anda teruskan pembacaan, saya nak remind… ecourse ni TAKKAN MEMBANTU anda kalau anda baca sebab nak habiskan cepat ecourse ni. Kalau anda buat macam tu, mungkin ada part-part penting yang saya bakal huraikan nanti yang akan menyebabkan anda tak nampak PELUANG BEST dalam bisnes yang saya bakal SHARE ni.
Jadi, kalau anda tengah sibuk, ada urusan yang perlu lebih perhatian, saya nasihatkan anda untuk tutup dulu ecourse ni. Sebab ecourse ni adalah HADIAH ILMU DAN PELUANG yang sangat bernilai untuk anda.
JANGAN BACA ecourse ni kalau anda tergesa-gesa atau tak ready. Cari masa yang lebih sesuai nanti, untuk anda baca dan hayati keseluruhan ecourse ni. Saya nak anda nampak PELUANG BESAR ni.
Dah ready?
Anda masih berada di sini… maksudnya anda dah ready.
Jom… lets go!
Mungkin ini adalah KALI PERTAMA anda mendengar tentang BISNES PRODUK DIGITAL.
Bisnes Produk Digital ni adalah bisnes seperti ebook dan video yang mana ianya mengandungi INFORMASI yang SANGAT BERGUNA yang orang SANGGUP BAYAR untuk dapatkan informasi tersebut.
Ada TERLALU BANYAK produk digital, ni antara contoh produk digital…
Dalam contoh-contoh di atas, anda dapat tengok… ada orang buat produk digital ebook dengan tajuk Bisnes Lazada, Bisnes Tudung, Bisnes Makanan Delivery, Bisnes Air Balang, Bisnes Homestay, Suami Unggul, Rahsia Tao Bao & Dekorasi Bajet.
Kesemua contoh produk digital ebook ni… adalah produk digital INFORMASI.
Seperti yang anda tahu, salah satu sebab orang guna INTERNET adalah untuk dapatkan INFORMASI.
Berdasarkan tajuk-tajuk produk digital ebook di atas, ada orang cari macamana nak mulakan bisnes air balang.
Ada juga orang yang mencari bagaimana dia nak memilih calon suami yang UNGGUL! Sebab ada orang yang ada masalah, dia tak tau nak cari calon suami… jadi dia buka google dan cari informasi ni.
Ada juga orang yang memang MINAT GILA nak deko rumah. Tengok screenshot kat bawah ni… saya jumpa benda ni dalam Facebook bila saya taip kat search DEKO RUMAH…
Tengok tu, ramainya orang yang NAK TAHU, NAK INFORMASI tentang macamana nak DEKO RUMAH! Kalau ikutkan, itu sebahagian je screenshot yang saya boleh muat dalam ecourse ni… anda boleh buka FB dan tengok sendiri nanti.
Jadi disebabkan ramai TERLALU RAMAI orang yang nak INFORMASI ni, jadi adalah DEMAND / permintaan untuk buat produk digital ebook berkaitan seperti dalam contoh sebelum ni… EBOOK DEKORASI BAJET.
Kalau anda ada masa lepas habis baca ecourse ni… saya nak anda tengok dengan MATA KEPALA anda sendiri!
Lepas habis baca ecourse ni jap lagi… anda buka Facebook dan taip kat bahagian search tu PJJ BERBAYAR macam dalam screenshot ni…
Lepas tu, anda pergi kat bahagian GROUP macam dalam screenshot bawah ni…
Lepas dah keluar serach result… cuba anda perhati betul-betul macam dalam gambar screenshot ni…perhatikan yang saya KOTAK MERAH tu.
Screenshot kat atas ni, adalah screenshot Facebook Group. Yang mana dalam group ni ada video tutorial berkenaan resepi mengikut nama group tersebut.
Nama group tu dengan jelas tulis BERBAYAR… maksudnya nak belajar resepi-resepi ni kena BAYAR!
Dan… saya pasti SEMUA nama-nama resepi kat atas tu sebenarnya boleh dapat RESEPI PERCUMA bila mereka Google atau cari je kat Youtube. Memang KONFEM ada resepi-resepi ni yang di kongsikan secara PERCUMA.
Persoalannya… RAMAI GILA kot, orang yang masih NAK BELI resepi-resepi ni. Dan ini ditunjukkan dengan DATA!
Anda boleh tengok sendiri nanti, yang saya letak kotak merah tu, adalah bilangan MEMBERS dalam Facebook Group tersebut yang dah bayar, baru dapat akses ke Facebook Group tu untuk tengok video-video tutorial resepi yang mereka beli!
Tengok tu… PJJ (BERBAYAR) ROTI CIKGU SUE ada 60K members atau 60,000 ORANG AHLI BERBAYAR yang masuk dalam Facebook Group tersebut. Jadi dengan kata lain, ada 60,000 ORANG yang dah bayar, yang nak belajar resepi buat roti.
Now… bahagian ni, yang akan buatkan mata anda CERAH!
Katakan nak belajar satu resepi ni, nak belie book resepi atau video tutorial resepi ni kena bayar RM30. Jadi kalau 60,000 orang yang beli, cuba anda ambil kalkulator dan kira…
Ya… anda TAK SILAP! UNTUNG yang dihasilkan oleh orang yang buat produk digital resepi roti ni, berjaya buat jualan RM1.8Juta! Data tu memang REAL! Anda boleh tengok sendiri nanti bila buka Facebook.
Dan… kalau anda tengok sendiri nanti, group Cikgu Sue ni terlalu BANYAK! Memang banyak betul Facebook Group dia yang mengajar tentang resepi yang berbeza-beza!
This is SUPER INTERESTING, baca bahagian ni… betul-betul.
Katakan PURATA Cikgu Sue ni ada 10,000 orang member setiap Facebook Group, katakan dia ada 10 FB Group (kalau anda tengok sendiri nanti… sebenarnya Cikgu Sue ada LEBIH BANYAK dari tu).
Sekarang ambik KALKULATOR, dan bersedia… kita kira sama-sama.
10,000 ORANG MEMBERS X 10 Facebook Group X RM30 Harga satu resepi…
Berapa?
Yes… anda TAK SILAP KIRA, Cikgu Sue dah buat RM3JUTA! Dari bisnes produk digital ebook atau video pasal resepi je.
Amacam? Banyak?
Kita tengok plak yang baru start dalam screenshot kat atas tu, bawah sekali… PJJ HERSHEY CHEESE CAKE (BERBAYAR), cuma ada 229 orang members je.
Owner produk digital ni mungkin baru je start. Kita ambil KALKULATOR, 229 orang X RM30.
Sekurang-kurangnya, owner produk digital resepi ni dah buat lebih kurang RM6K!
Bagi orang baru start, jumlah ni AGAK SELESA! Dah boleh CLEAR TERUS hutang kad kredit yang asyik bayar minimum je tapi tak habis-habis setiap bulan. Bayar dalam SATU NAFAS je.
Ada 5 fb group macam ni, dah buat RM30k.
Amacam? Belajar sesuatu dari apa yang saya SHARE dalam ecourse ni?
Dah mula nampak duit?
RESEPI yang boleh dapat secara PERCUMA je, tapi masih ada RAMAI ORANG nak beli. Dan mereka yang buat produk digital tentang resepi ni buat duit yang SANGAT BANYAK!
Sekarang anda dah tahu! Alhamdulillah.
Bukan setakat buat ebook / produk digital resepi je… ada banyak lagi peluang anda boleh buat INCOME BESAR dari bisnes produk digital ni.
Nak cerita dalam ecourse ni, saya pun penat nak menaip dan anda pun letih nak baca.
So, stay tuned dalam wasap group tu… saya akan SHARE macam-macam lagi info dan short post yang anda boleh belajar lebih banyak lagi tentang bisnes produk digital ni.
Banyak lagi peluang buat duit dari bisnes produk digital yang akan saya SHARE nanti.
Stay tuned.