Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. CikguHafis di sini.

Dalam post ni saya nak SHARE sikit macamana anda boleh gunakan ebook sebagai tools marketing untuk promosikan bisnes anda dan close sales dengan lebih mudah. Make sure baca sampai habis ya.

Untuk memudahkan kefahaman anda, saya gunakan SATU REAL CASE study student coaching bisnes ebook IMDPM saya iaitu Akram Khazi.

Bisnes yang Akram buat adalah bisnes makanan ringan. Dia nak dapatkan lebih ramai agen supaya agen-agen dia dapat bantu dia promosi lebih banyak produk makanan ringan dia.

Senang cerita, bila lebih ramai agen… lebih banyak lah sales yang dia boleh buat. So… cabaran dia yang PALING UTAMA adalah macamana nak dapatkan ramai agen untuk promosikan produk dia.

Jadi, saya advice dia gunakan ebook sebagai tools marketing!

Ramai orang cuma buat ebook untuk jual ebook jer… tapi sebenarnya ebook boleh dijadikan sebagai tools marketing untuk close sales lebih mudah.

Saya advice dia buat 20 mukasurat ebook… tak banyak pun. Dalam ebook tu cerita benda-benda ni…

1.INTRODUCTION

Introduction (1 Mukasurat je) – kenalkan diri kita. Tunjuk siapa kita. Tujuan kita buat benda ni adalah untuk be transparent… kita nak orang kenal kita. Sebab bila mereka kenal, nampak muka kita… ini menjadi penyumbang untuk naikkan trust level.

2.CONTENT

Untuk content ni, saya tanya Akram… kenapa diorang ni kena jadi agen bisnes makanan ringan. Kalau jadi agen, apa manfaat utama yang diorang dapat? So, Akram bagitahu saya… bila mereka jadi agen dan promosikan produk ni, mereka akan dapat income.

So, dari sini… masalah yang kita nak selesaikan adalah, kita nak dapatkan agen supaya dengan bila mereka jadi agen kita, mereka promosi produk ni… mereka akan dapat duit.

Oleh itu, content yang Akram perlu buat adalah SHARE tentang potensi bisnes ni. Dalam ebook ini, Akram tunjukkan calculation, formula mudah untuk dapat sales RM2k – 3k SEBULAN bila mereka jadi agen dan promote makanan ringan dia.

Nak bagi agen dia nampak mudah, Akram letak juga dalam ebook tu… strategi marketing yang mereka boleh apply dan dapat result dengan mudah. Yang ni bertujuan untuk bagi mereka nampak, senangnya nak buat sales dari bisnes makanan ringan ni.

Bila kita dah tunjukkan potensi income dan kita tunjuk bagaimana mudahnya untuk mereka hasilkannya… mereka akan rasa benda ni mudah dan sekaligus senang nak close mereka jadi agen.

3.CALL TO ACTION

Dah explain semua benda-benda tu… mukasurat LAST SEKALI, kena letak call to action.

So, Akram tunjukkan pakej untuk join agen dia dan bagaimana untuk mereka register jadi agen. Dalam kes Akram, mereka yang dah baca dan interested akan Whatsapp untuk proceed register jadi agen.

Kesan Bila Guna Ebook Sebagai Marketing Tools

BE DIFFERENT – sekarang ni banyak sangat founder produk yang nak cari agen untuk bisnes mereka. So, teknik promosi mereka tu sama pattern jer semua.

Apa yang Akram buat adalah dia bagi ebook secara PERCUMA untuk orang baca dan dapat belajar something.

Yang ni berlaku secara tak sedar… bila anda nak baca buku… betul tak, anda kena kosongkan minda dan bagi tumpuan anda pada buku tu. Betul tak?

Jadi sama juga macam ebook, bila prospek mula baca ebook kita, kita dah MENANG! Prospek bagi tumpuan mereka pada kita. So, bila kita tulis dalam ebook dan tunjukkan pada mereka tentang betapa mudahnya mereka boleh buat benda ni… that’s why Akram senang close sales guna ebook.

Alhamdulillah dalam 2minggu dia apply strategi ni, dia berjaya dapatkan ramai agen dan buat sales RM15,000. Sebelum ni… susah betul nak tarik ramai agen join… sekarang ni lebih mudah.

Hopefully anda dapat belajar something dari apa yang saya SHARE dalam post ni dan dapat apply dalam bisnes anda.

Ebook ni bukan setakat buat duit jual ebook jer. Ebook boleh dijadikan senjata marketing untuk pengaruh minda prospek dan close sales lebih mudah.

Amacam? Nak saya guide anda untuk buat lebih banyak sales guna digital content marketing / ebook? Nak tarik lebih ramai prospek targeted, nak close sales lebih mudah dan nak tahu camne nak buat sales sehingga cecah RM7Angka setahun?

Kalau nak, KLIK SINI… jom kita prepare bisnes kita untuk buat sales lebih banyak lagi tahun 2020 ni. Kita tarik ramai prospek, tingkatkan lebih banyak sales dan majukan diri kita serta bebaskan kewangan kita dan family. Let’s go 2020!