Pelik + BENGANG… Naper bila promosi link affiliate, promosi produk digital reseller ni, payah betul nak buat jualan atau komisyen?

Benda ni pernah jadi kat saya awal-awal masa saya berkecimpung dalam bisnes online jual produk digital seperti affiliate, RESELLER dan produk digital sendiri.

Masa tu saya buat dengan cara BELASAH JE. Saya promote merata-rata. Masuk Facebook group, promote kat komen orang lain… mana yang boleh saya akan promote je.

Saya jadi PENAT buat promosi macam ni, sebab tak pernah nampak hasil. Memang tak pernah jadi… bila buat macam ni.

Bagi anda yang tengah buat macam saya buat dulu-dulu ni sekarang… TOLONG STOP! Anda buat promosi link affiliate, JUAL SEMULA produk digital tu dengan cara yang SALAH! CONFIRM TAK JADI! Saya dah pernah buat.

Jadi dalam artikel ni, saya nak cuba bantu anda buat promosi link affiliate atau JUAL SEMULA produk digital dengan cara yang LEBIH BERKESAN. Baca apa yang saya SHARE ni sampai habis.

Apa Yang Anda Promosi / Jual?

FIRST SEKALI, bila anda nak promosi sebagi ejen affiliate atau RESELLER anda kena tahu dulu… apa yang anda promosi, apa yang anda jual? Apa produk tu boleh buat atau bantu?

Ramai orang jadi ejen affiliate atau RESELLER dia tak tahu pun produk tu boleh buat apa. Dia tahu copy je ayat copywriting tu lepas tu paste je kat Facebook, Telegram, Whatsapp dan lain-lain.

Dengan harapan bila buat camni… orang klik link, beli dan dia dapat buat jualan atau komisyen.

Bila saya buat… ianya berbeza, saya akan cuba dapatkan sedikit gambaran tentang produk yang saya nak promosi kan ni.  Tujuan dia adalah untuk mudah saya buat copywriting yang betul dan tepat pada sasaran.

Tapi takde laaa sampai saya kena beli dulu produk tu, lepas tu follow sebijik-sebijik… bile saya dah ada result baru saya promosi. Saya tak buat cam tu. Cukup sekadar saya faham produk ni boleh buat apa dan bagaimana ianya dapat bantu customer saya. That’s all.

Kalau macam tu, semua salesman kereta BMW kena beli macam-macam kereta BMW dulu baru boleh jadi salesman kereta BMW. Saya tengok ada je salesman kereta BMW pakai NAZA je. Tapi masih boleh jual berbijik-bijik kereta BMW. I hope u get my point.

So, 1st thing 1st… fahamkan dulu produk yang anda nak promosikan tu. Tu dah cukup.

Buat Ayat Copywriting Yang Menarik

Bila dah faham produk yang nak dijual tu boleh buat apa, senang la saya nak tulis ayat copywriting.

Dalam copywriting saya, biasanya saya akan masukkan screenshot dan saya akan explain macamana orang dalam screenshot tu boleh dapat result macam tu.

Selain dari itu, saya juga akan masukkan point-point penting apa BENEFIT / manfaat yang customer saya tu boleh dapat dari beli produk digital ni untuk bisnes dia.

Dan saya takkan buat ayat copywriting ni satu dua je… saya akan buat banyak-banyak! Ramai ejen affiliate yang tak tahu tentang produk yang dia nak promosi… biasanya akan ulang-ulang ayat yang sama. Jadi orang pun akan MUAK dan tak minat beli. Lagi teruk… bukan dia sorang je guna ayat yang sama, ramai lagi ejen guna ayat yang sama.

Semua sama je… tiada kelainan, jadi orang pun bosan. Tak jadilah orang nak klik.

Promosi Berkali-kali

Bila dah faham tentang produk, dah boleh buat ayat copywriting… kena la promosi berkali-kali.

Yang saya HERAN, ramai ejen affiliate RESELLER… cepat GIVE UP, dia kalau boleh nak promosi sekali je… dapat 10 jualan. Benda tu boleh buat… tapi kalau anda masih baru lagi, memang payah sikitlah.

So, nak tak nak anda kena promosi berkali-kali. Kalau anda follow saya… biasanya anda akan perasan ADMIN saya akan post kat Wasap, Telegram, Email, Facebook… 3-4 kali sehari. Post pun content yang berbeza-beza. Sebab nak TARIK PERHATIAN pembaca untuk baca content saya.

Ada yang baca akan terus beli produk, ada yang baca kali kedua… yang post kedua baru dia nampak satu point ni tepat dengan keadaan dan keperluan bisnes dia… so dia pun beli. Ada yang lepas 4 kali post… ada satu point tu, yang saya tulis buatkan dia rasa benda ni perlu unutk bisnes dia… so dia beli.

Sebab tu kita kena post berkali-kali tapi ubah ayat copywriting supaya dapat tarik perhatian dan buatkan customer nak beli dari kita. JANGAN PAKSA orang membeli dari kita, tapi buatkan orang rasa TERPAKSA beli produk tu.

Saya akan SHARE lagi beberapa tips untuk affiliate dan RESELLER dalam masa terdekat ni.

Sebelum saya habiskan post ni, saya just nak bagitahu semua followers saya… bagi anda yang buat bisnes online Affiliate Marketing dan bagi anda yang merupakan RESELLER produk digital, anda dah promote banyak kali dah, dah bertahun buat bisnes ni… tapi masih tak jadi-jadi… so saya akan adakan Online Group Coaching Special (BERBAYAR) yang mana saya nak FOKUS tunjuk step-step BERKESAN yang saya buat dan CONFIRM dapat jualan / komisyen.

Saya akan buka pendaftaran dalam Khamis atau Jumaat ni untuk 20 orang sahaja. Dalam sesi ni, anda boleh tanya saya macam-macam soalan berkaitan dengan Affiliate dan RESELLER… supaya saya boleh tunjuk dengan jelas apa yang anda kena buat dan anda boleh hasilkan RESULT!

Join wasap group REMINDER kat sini: https://bit.ly/3zCFW1d   untuk dapatkan info tentang Online Group Coaching Special ni dan post reminder tentang pendaftaran.