Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Saya CikguHafis.

1ST sekali selamat datang ke ECOURSE CASE STUDY MULTIPLE STREAMS OF INCOME…

Dalam ECOURSE ini, saya akan SHARE dengan anda base on beberapa case study TERKINI beberapa orang student yang pernah hadir ke Elite Mastermind Coaching supaya anda dapat sedikit idea dan strategi untuk bisnes anda.

Ok, jom kita mula…

Apa Itu Multiple Streams of Income?

Secara direct translate nya… lebih kurang: Pelbagai Cabang Income. Dalam kes apa yang saya nak tunjukkan pada anda ni, adalah bagaimana anda boleh pelbagaikan cabang income bisnes anda dalam niche produk anda.

Sebab, bila anda ada pelbagai cabang income dalam bisnes anda… InsyaAllah kot mana sekalipun, anda boleh promosikan apa jua produk DALAM NICHE YANG SAMA dan buat sales dengan mudah. So, contohnya… kalau jual takaful tu, takdelah sangkut jual takaful je… boleh jual macam-macam dalam niche yang sama iaitu produk kewangan kepada customer anda.

Dengan adanya STRATEGI ni, anda boleh dapat lebih banyak idea produk (dalam niche yang sama) dan buat income yang lebih besar dengan kerja hanya sekali sahaja!

Amacam… best? Kalau YES, make sure baca betul-betul dan jangan skip-skip… kang tak faham kan susah.

So, jom saya explain ikut contoh2 case study ni…

Case Study #1 – Produk Niche Kesihatan.

2 minggu lepas Dura Zain datang ke ELITE MASTERMIND COACHING dan dia dapatkan idea + strategi untuk bisnes jamu dia.

So, 1st thing yang saya tanya… jamu yang dia jual ni menyelesaikan masalah apa? Dia bagitahu… untuk penjagaan kesihatan dalaman wanita.

Kat sini, saya terus bagitahu NICHE dia adalah dalam KESIHATAN DALAMAN WANITA.

Dari niche ni, saya bagi dia idea untuk dia dapatkan kembangkan dan buat Multiple Streams of Income.

  1. Idea Untuk Cari Prospek Yang Ramai

Mula-mula untuk approach prospek dia, dia boleh buat satu produk digital ebook SHARE tentang penjagaan kesihatan dalaman wanita. Ebook ni bagi je secara PERCUMA bertujuan untuk senang tarik prospek.

Cara nak bagi…

Prospek kena request dulu masuk FB Group lepas tu, dalam FB Group tu ada link ke ebook percuma yang dia janjikan. Bila buat macam ni, secara tak langsung kita lebih senang dapat prospek dan prospek tu secara sukarela masuk ke KOLAM DATABASE kita sebab nak dapatkan ebook percuma yang kita janjikan.

That’s why bila buat strategi ni, FB Group atau kolam database anda dapat ribuan prospek dalam masa beberapa minggu jer. Kita bagi UMPAN / INSENTIF yang berkaitan pada prospek. Hanya prospek yang betul-betul nak tahu je yang akan beriya-iya nak masuk FB Group. Secara tak langsung, prospek kita SUPER TARGETED!

  1. Bagaimana Nak Jual Pada Prospek

MONEY FOLLOW ATTENTION! Ramai orang jual kat Facebook ni… terus iklan produk dia.

Contohnya… anda masuk je satu FB Group dah boleh tengok dah… dalam FB Group tu SESAK dengan iklan! Scroll dari atas sampai bawah semuanya iklan. Kalau anda sendiri yang masuk dalam group tu pun, CONFIRM rasa macam muak dengan iklan. Betul… kan?

Bila kita muak, jemu, bosan dengan iklan ni… secara tak langsung kita program otak kita untuk REJECT semua post iklan dalam tu… kita just abaikan jer. Ini yang berlaku pada prospek anda.

So, untuk counter benda ni… Dalam FB Group tu, kita jual menggunakan CONTENT MARKETING!

Nak tanya sikit… yang menarik perhatian anda untuk baca, hadam di FB dan platform social media yang lain adalah content yang bagi something, betul tak? Orang suka baca tips, suka baca story, suka tengok benda-benda yang buatkan otak dia terhibur. Tak pernah lagi saya tengok atau dengar siapa-siapa yang bukak FB, social media ni semata-mata nak tengok iklan… nak ada orang hardsell atau paksa dia beli produk.

So, dalam FB Group tu, untuk dapatkan perhatian… kita SHARE content berkaitan dengan produk yang kita jual.

Saya explain kat Dura Zain… dia jual jamu yang membantu kesihatan dalaman wanita, dia sepatutnya SHARE content seperti…

Dan banyak lagi content yang berkaitan dengan niche dia iaitu Kesihatan Dalaman Wanita.

Dalam setiap content tersebut, kita bagi advice, bagi tips… ini membuatkan prospek baca post kita. Prospek akan nampak benda ni sebagai tips dan bukannya nampak sebagai iklan.

Bila prospek dah baca, hadam content anda… close di akhir content tu dengan ayat yang sangat simple macam ni… “Saya hara panda dapat belajar something dari apa yang saya share kat post ni, jika anda nak dapatkan jamu asli yang boleh membantu kesihatan dalaman anda, hubungi saya sekarang!”

As simple as that!

Ini yang anda dapat bila anda apply strategi ni…

Dan banyak lagi BENEFIT dari apply strategi ni.

3. Idea Multiple Streams of Income untuk Dura Zain

Saya bagitahu Dura Zain… bila dah ada prospek kat dalam kolam database kita dan kita FOKUS bagi content tentang niche produk kita, BUKAN setakat jamu je yang kita boleh jual pada mereka… tapi banyak lagi!

So, ni serba sedikit idea yang saya bagi pada dia… dan saya harap idea Multiple Streams of Income ni juga membantu anda…

Dura Zain sebenarnya boleh jual benda-benda ni…

Dan banyak lagi… jadi takde lah stuck dengan jamu je. Boleh funnel dan buat Multiple Streams of Income.

Saya bagitahu kat dia… tak semestinya apa yang saya senaraikan tu dia kena buat semua, dia kena tahu semua… kalau dia tak tahu urut atau takde buat servis mobile spa tu, dia boleh cari orang yang buat servis mobile spa tu dan cuba deal komisyen ataupun JV. Bila kita rekemen customer kita, berapa komisyen yang kita dapat.

So, kita gunakan kolam database kita… build relationship dan cari product yang match dengan prospek kita. Itu jer!

Amacam? Belajar something? Ok… teruskan pembacaan anda… saya nak SHARE banyak lagi nak bagi anda idea best-best ni…

Case Study #2 – Produk Niche Keagamaan.

Ustaz Tajul… dia ni adalah seorang mutawif dan juga dia mengajar orang untuk baca al quran dengan lancar dan ikut tajwid. Dia hadir ke Elite Mastermind Coaching 2 bulan sebelum ni.

Apa yang dia nak dalam bisnes dia adalah dia nak bawa ramai orang mengerjakan umrah dan dia juga nak promosikan teknik bacaan alquran bertajwid melalui sistem yang betul.

Jom saya explain kat anda, idea dan strategi yang saya SHARE kat dia supaya anda dapat belajar dan apply benda ni dalam bisnes anda.

 

  1. Idea Untuk Cari Prospek Yang Ramai

Dalam kes Ustaz Tajul, saya cadangkan pada dia buat satu ebook (20 mukasurat je) explain tentang persiapan penting sebelum dijemput menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan Umrah.

Ebook ni saya suruh bagi PERCUMA je… dan untuk claim ebook ni, prospek dia mesti masuk ke FB Group untuk dapatkan ebook ni. So, lepas habis je Elite Mastermind Coaching, dia terus masuk program lanjutan yang mana saya coach dan guide selama 3 bulan, iaitu IMDPM (Internet Marketing Digital Product Mastery)

Dalam IMDPM ni, Ustaz Tajul terus apply dan dia dapat prospek yang ramai masuk ke FB Group dia dalam masa yang singkat.

 

  1. Bagaimana Nak Jual Pada Prospek

So, saya masih gunakan approach CONTENT MARKETING, dalam FB Group Ustaz Tajul… hari-hari dia akan SHARE content tentang ibadah umrah seperti…

  • Persiapan kelengkapan umrah.
  • Dokumen-dokumen PENTING kena bawa semasa mengerjakan umrah.
  • Kenapa kena buat Umrah cepat-cepat.
  • Ubah Hidup Dengan Umrah

Dan banyak lagi… semuanya bagi content berbentuk tips, cerita dan nasihat kepada mereka yang berhasrat nak pergi umrah. Nampak tak?

Dihujung setiap content tu, sekali lagi kita sebut sikit jer pasal pakej umrah… ayat macam ni “ jika tuan-tuan / puan-puan nak atau tercari-cari pakej umrah yang boleh bimbing tuan-tuan dan puan-puan untuk buat ibadah yang sempurna dan InsyaAllah boleh ubah hidup anda jadi lebih baik… boleh hubungi saya untuk persiapan Umrah anda… saya akan susun pakej, lawatan dan juga saya sendiri akan guide sebagai mutawif nanti”

Closing sikit tu jer! Yang lain semuanya CONTENT, CONTENT, CONTENT! So, setiap content make sure ada CALL TO ACTION macam tu… simple jer. Prospek tak rasa pun macam kita tengah menjual.

So, dengan cara ini Ustaz Tajul dapat attention dan kepercayaan ramai prospek dalam group dia… orang akan nampak Ustaz Tajul adalah mutawif yang boleh bantu guide dia dalam mengerjakan umrah.

 

  1. Idea Multiple Streams of Income untuk Ustaz Tajul

So, lepas dah ada KOLAM DATABASE, dah bagi content… Ustaz Tajul boleh teruskan menjual anytime jer.

Bukan setakat boleh jual pakej Umrah, Ustaz Tajul boleh selit-selit produk-produk ni…

  • Ebook persediaan Umrah
  • Video praktikal ibadah umrah
  • Kelas persediaan ibadah umrah
  • Pakej Umrah + Ziarah
  • Set kelengkapan ibadah umrah
  • Bimbingan Selepas Ibadah Umrah – pastikan yang baru balik umrah konsisten jaga amal dan berazam untuk pergi lagi.

Dan macam-macam lagi berkaitan ibadah umrah dan juga niche keagamaan (agama Islam).

Haaa? Dapat idea lagi kan? Ting ting ting! Mentol menyala-nyala kan…

Ok jom kita pergi ke Case Study LAST…

Case Study #3 – Produk Niche Kewangan.

Fara Laiqa antara yang hadir ke Elite Mastermind Coaching…

Fara buat bisnes dalam produk kewangan seperti Unit Trust, Takaful dan jual Emas.

Masa Elite Mastermind Coaching, saya bagi dia idea untuk dapatkan ramai prospek dan funnel bisnes dia supaya boleh buat Multiple Streams of Income. So, saya nak SHARE dengan anda apa yang saya advice dia dan saya harap anda baca apa yang saya advice dan brainstorm dengan Fara ni supaya anda boleh dapat idea dan strategi untuk apply dalam bisnes anda pula.

Jom kita mula… yang ni SANGAT PENTING, saya nak tunjuk macamana potensi Multiple Streams of Income ni pada anda siap dengan kiraan berapa banyak KEUNTUNGAN yang anda boleh buat.  

  1. Idea Untuk Cari Prospek Yang Ramai

Matlamat saya tunjukkan atau SHARE pada anda tentang Multiple Streams of Income ini adalah untuk guide anda bukan setakat jual SATU produk je. Tetapi maksimumkan potensi dari SATU produk jadi pelbagai cabang income.

So, pada mulanya Fara Laiqa bercadang untuk jual Gold Bar – emas je. Dia tak tahu macamana nak tarik prospek, nak promote dengan cara yang betul dan nak close sales dengan mudah.

Saya BRAINSTROM dengan dia… kalau jual emas je, kita setakat jual emas je lah. Dan saya percaya anda pun tahu, ramai lagi orang jual emas. So, why not, kita BRAND diri kita dalam niche kewangan. Maksudnya Fara cerita tentang bagaimana nak manage kewangan dan juga pelaburan.

Saya advice dia buat satu ebook PERCUMA cerita tentang pengurusan Cashflow. Ebook tu 20 mukasurat je. And of course, ebook ni kita bagi hanya pada prospek yang join FB Group kita je.

Fara Laiqa ambil advice tu dan dia terus buat! Tak sangka dalam 3 hari jer dah dapat 1900 orang prospek / members dalam FB Group dia.

Saya dah cakap awal-awal dah, STRATEGI ni kalau anda apply lebih mudah untuk anda dapat prospek berbanding dengan anda terus buat FBAds FOKUS nak jual produk anda.

Style saya, kita buat PROSPECTING (kumpul prospek dulu) tak kisah lah nak guna FBAds ke, nak guna ejen promote ke, nak guna influencer ke… apa2 je lah… tapi kita tak terus jual produk kita, kita tarik dulu prospek masuk kolam database kita.

Bila apply strategi ni, especially anda yang buat FBAds… anda cuma INVEST sekali je untuk buat FBAds untuk dapatkan prospek masuk kolam database… lepas tu kebanyakkan student coaching saya ni guna teknik ZERO COST MARKETING je untuk close sales dengan mudah.

 

2. Bagaimana Nak Jual Pada Prospek

So, FB Group Fara dah makin ramai. Bila dah ramai, macam saya bagitahu juga pada semua student saya sebelum ni… guna content marketing yang berkaitan dengan produk yang kita nak jual.

Fara post dalam group dia berkaitan benda yang dia nak jual tu… dan ini yang terjadi…

Sekali je post bagi tips pasal CASHFLOW dah ramai yang like dan komen. Itu semua adalah POSITIVE SIGN prospek dah mula suka pada anda.

Bila kekalkan buat macam ni, ianya akan buatkan trust makin menaik dan prospek tak sabar-sabar nak tahu lebih banyak content dari anda. Gunakan ATTENTION yang prospek bagi ni untuk promosi secara halus dengan letkkan sedikit Call To Action di bawah post tentang produk kita. Itu jer!

Dan ini terjadi pada Fara masa group dia baru ratus-ratus jer… dah dapat orang wasap dia beli produk digital dia yang belum siap dan juga daftar join coaching sedangkan dia baru dalam perancangan sahaja.

Senang-senang jerrr Fara buat sales nak dekat RM6K dari salah satu kolam database dia.

3. Idea Multiple Streams of Income untuk Fara Laiqa

Ingat tak, awal-awal tadi Fara sebenarnya nak jual GOLD BAR dia? So, bila ada kolam database macam ni dan Fara FOKUS share tentang content CASHFLOW (berkaitan dengan ilmu kewangan) Fara boleh jual produk-produk ni pada prospek dalam kolam database dia…

  • Ebook pasal kewangan (bukan satu ebook je, banyak tajuk dalam niche ni)
  • Video pasal kewangan (sama jugak, banyak tajuk… so, boleh jual banyak video)
  • Unit Trust, Takaful dan yang sama dengannya – boleh masuk jarum start introduce produk-produk kewangan untuk prospek kita dalam kolam database tu.
  • Kelas pasal kewangan – tak semestinya anda pun kena buat kelas, tapi kelas atau LIVE EVENT macam ni buatkan closing rate boleh pergi sampai 50%. Maksudnya kalau ada 100 orang datang event kita… kita mungkin boleh close sehingga 50 orang untuk produk yang kita SHARE dalam even tu. Kalau satu produk RM1000, dalam event tu, cakap dari pagi sampai malam… sales kita dah dapat RM50k.
  • JV – bukan semua produk kita tahu sangat… macam saya, tahu SATU je… yang lain tu sikit-sikit jer… tapi saya kenal someone yang boleh bantu prospek atau kolam database saya ni, why not saya introduce orang tu dalam kolam database saya dan whatever sales yang masuk, kita split 50-50, JV partner kita tu yg deliver content, buat kerja… kita hanya introduce customer je. Simple kan?

Hahaha… amacam dapat banyak idea untuk bisnes anda? Jangan pandang anda hanya jual SATU produk jer… LOOK AT THE BIGGER PICTURE! Produk yang anda jual tu dalam niche apa? Follow STRATEGI saya ni dan apply dalam bisnes anda… INSYAALLAH anda akan buat sales yang banyak gila kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah… semua anda SAPU BERSIH… berpunca dari SATU produk je.

Pada 28 Mac 2020 ni, saya akan buat sesi Elite Mastermind Coaching yang mana saya akan sit down, discuss dan brainstorm dengan anda bagaimana anda boleh hasilkan lebih banyak income berpunca dari SATU produk anda. Saya akan discuss, bagi anda idea dan korek potensi bisnes anda. Jika anda SERIUS nak hadir ke sesi Elite Mastermind Coaching selama sehari ni, saya akan buka INTAKE pada offer harga SANGAT SPECIAL RMXXX je pada 10 orang sahaja. Kalau nak offer tu, saya akan remind dalam wasap group yang anda boleh join KAT SINI.

Ok itu jer… hopefully dengan SHARING Ecourse Multiple Streams of Income ni dapat buka mata anda dan bagi anda idea serta strategi untuk bisnes anda.

Saya doakan kejayaan bisnes dan juga hidup anda. Jumpa lagi. Salam kejayaan.

CikguHafis.