Assalamualaikum dan salam sejahtera, CikguHafis di sini…
Dalam post hari ini, saya nak SHARE tentang satu platform yang student coaching saya buat dalam bisnes mereka yang mereka berjaya close banyak sales dengan mudah.
Pertama sekali, apa yang saya guide student saya dalam coaching adalah saya guide mereka untuk TIDAK TERUS MENJUAL. Itu pantang larang terbesar!
Sebaliknya… perkara pertama yang diorang akan buat pada 2 minggu pertama adalah untuk himpunkan POTENTIAL CUSTOMER yang SERIUS berminat pada produk yang mereka akan jual.
Salah satu platform yang saya guide mereka adalah Facebook Group.
So, step 1st yang mereka buat adalah himpunkan potential customer di Facebook Group. Maksudnya kena dapatkan customer untuk masuk Facebook group dulu.
Ok, saya SHARE kat sini salah satu cara FEVERET yang saya coach student coaching saya adalah bagi INSENTIF untuk umpan customer masuk group terlebih dahulu.
Sebagai contoh… saya ada student coaching yang buat bisnes produk baby. Jadi dia buat satu INSENTIF, dia buat CONTEST yang mana dia akan pilih 3 orang pemenang setiap minggu dalam group tersebut. Siapa yang masuk group berpotensi tinggi untuk menang!
Sepanjang 2 minggu, dia hanya FOKUS promosi tentang CONTEST dia sahaja. Siapa nak menang botol susu ni, masuk FB Group. Dia langsung tak jual apa-apa lagi.
Surprisingly… dalam 2 minggu sahaja, dah dapat dalam 2700 orang yang masuk dalam FB Group tu.
Dan strategi ini digunapakai oleh kebanyakkan student coaching saya dan mereka berjaya tarik ramai SERIUS CUSTOMER dalam masa yang sangat singkat padahal mereka baru start berniaga dalam seminggu dua je.
Online ni SIBUK! Terlalu banyak AKTIVITI! So, nak dapatkan PERHATIAN orang dan orang ingat tentang produk dan bisnes kita adalah cabaran utama dalam bisnes ni.
Saya bagi REAL contoh yang berlaku…
Katakan anda buat bisnes jadi agen Tupperware, anda promosikan produk anda secara online.
Bila orang nampak post anda, orang akan tengok produk… betul? Dan PERKARA PENTING dan PALING UTAMA bagi diorang adalah produk tu dan bukannya anda!
Jadi bila anda post something, customer akan ingat jenama dan akan ingat rupa produk tu, info lain seperti akaun FB yang promote produk ni dan sebagainya BUKAN benda penting bagi customer. So diorang tak ingat sangat pun page atau nama facebook siapa yang promote produk tu.
Ni anda kena tahu! Hanya 2% sahaja customer yang nampak post anda akan beli ON THE SPOT… maksudnya terus buka akaun bank, terus bayar jam-jam tu juga!
Yang lain ke mana?
Yang lain bukan tak beli sebab produk tak bagus, copywriting tak power… diorang sebenar membeli juga, tapi malang sekali diorang beli kat tempat lain.
Meh saya explain… contohnya bila mereka nampak post Tupperware anda tu, masa tu diorang belum gaji, ada juga yang masa tu tengah handle anak, jadi tak sempat nak bayar… ada pula yang nampak post anda, dia nak tanya suami dulu… dan macam-macam lagi gangguan masa nak COMPLETE kan transaction tu.
So, bila diorang nak beli semula…
Diorang dah tak ingat lagi page mana dan akaun Facebook mana satu yang post tentang produk yang mereka jumpa sebelum ni yang diorang betul-betul nak beli tu.
Diorang akan cuba cari… tapi diorang takkan cuba bersungguh-sungguh untuk cari anda. Paling lama pun diorang akan search semula dalam setengah jam. Bila tak jumpa, diorang akan give up.
So, diorang tetap nak produk tu… apa yang diorang buat adalah diorang akan cari melalui Google, Shopee dan lain-lain. Last-last sekali katakan diorang ada kawan di office yang tak jual pun Tupperware, jadi agen cuma pakai sendiri je… so diorang akan beli terus dengan kawan office diorang ni. Sebab mudah nak REACH pada produk tu.
Nampak tak situasi ni berlaku dalam bisnes anda juga?
Yang LAGI SEDIH, anda buat iklan berbayar, tak kisahlah pakai FBAds ke apa… hari-hari anda target pada customer yang sama, tapi dia belum sedia nak beli… bila dia sedia nak beli dia tak nampak pulak iklan FBAds anda. Hoho… terima kasih kerana anda buat marketing untuk orang lain atau bantu pesaing anda dapat sales tanpa mereka promosi pun.
Sebab kan kes nilah, sekurang-kurangnya anda kena HIMPUN kan dulu CUSTOMER anda di Facebook Group.
Meh saya explain supaya anda boleh nampak dan apply cepat dalam bisnes online anda. Baca betul-betul…
Bila anda HIMPUN kan dulu POTENTIAL CUSTOMER anda tu dalam FB Group, kelebihan PERTAMA sekali dan plaing PENTING adalah anda dapat FOLLOW UP customer anda!
Macam saya cakap sebelum ni dalam contoh ejen Tupperware tu, customer tak ingat pun page dan nama facebook anda, dia cuma ingat nama produk dan rupa produk je… sebab itu yang penting untuk dia.
Jadi kalau dia masuk dalam FB Group, kalau dia tak ingat nama page atau nama facebook kita, kita masih boleh ingatkan dia SETIAP HARI! Kita boleh follow up dia.
Yang KEDUA, kita boleh AUTOMASI kan promosi kita guna FB Group. Saya FAHAM anda sibuk! Anda mungkin ada banyak benda yang anda perlu lakukan selain dari online 24 jam.
Jadi bila gunakan FB Group, anda boleh automasikan promosi anda menggunakan function SCHEDULE POST. Anda boleh tetapkan hari dan waktu untuk anda posting tentang produk dan promosi anda.
Yang KETIGA, FB Group adalah PERCUMA! Kalau anda FOKUS buat iklan FBAds semata-mata, nampak tak keluarkan duit untuk bayar FBAds setiap hari dan iklan anda ditunjukkan pada customer yang belum sedia nak beli.
Student coaching saya, hanya buat FBAds untuk dapatkan customer sekali sahaja! Diorang FOKUS buat ads untuk himpunkan dulu dalam FB Group… lepas tu dah dapat customer tu masuk group, hari-hari mereka akan follow up secara PERCUMA melalui posting dalam group. Post yang mereka buat, kebanyakkannya akan kelihatan di wall FB customer mereka.
Amacam? PENTING kan FB Group?
Yang KEEMPAT – SENANG AKSES… kalau kita tak himpunkan customer kita dalam FB Group, katakan hujung bulan dia nak beli produk… jadi dia tercari-cari kat mana nak beli… tu yang last-last, dia malas sakit kepala, dia beli je lah kat kawan office dia tu.
Sebabnya… SENANG AKSES, dia tahu dah kat mana nak dapatkan terus produk tu.
So, kalau kita himpunkan customer kita dalam satu FB Group dan setiap hari kita asyik remind tentang produk-produk kita, customer senang nak akses dan tengok produk kita. Jadi bila dia dah ready untuk membeli, dia dah tahu dia ada dalam FB Group tu, dan terus je beli kat situ. Tak pening-pening nak cari dah.
Siti Hadjar dan Faisal Musa follow strategi ni dalam bisnes online mereka dan ini yang mereka hasilkan…
Hopefully anda belajar something dari post saya ni. Saya buat banyak kelas online dan FB Live tentang strategi promosi bisnes secara online, jika anda nak saya remind kelas-kelas online yang saya buat ini supaya anda boleh dapatkan link dan follow strategi yang saya SHARE nanti, join wasap group DI SINI.
Ok saya doakan kejayaan bisnes online anda. Jumpa lagi.