Tahun ni dah masuk 15 tahun saya berniaga online.
Masih segar dalam ingatan saya semua pahit getir masa mula-mula saya mencari bisnes online yang sesuai.
Saya mula dari bawah… dari takde apa-apa. Beberapa bulan awal saya mula buat bisnes online, saya langsung tak buat satu sen pun. Masa tu saya tak tahu nak jual produk apa, nak jual kat mana, nak jual kat siapa dan macamana nak jual sampai berjaya buat jualan.
Saya tak tahu semua tu… memang ZERO.
Ni gambar saya masa tengah STRUGGLE tu. Gambar ni wife saya yang ambil masa pukul 3 pagi. Dia terjaga dan dia tengok saya masih kat depan komputer, cuba memahami dan cuba mula bisnes online yang saya sendiri tak nampak jalan.
Saya masih ingat lagi… 3 bulan awal saya buat bisnes online ni, satu sen pun saya tak dapat. Buat tu tak jadi, buat ni tak jadi. Bila promosi asyik kena block, kena banned dan sampai ada yang MAKI sebab saya main redah je promote produk saya kat komen FB Wall dia.
Dalam masa yang sama… kesempitan hidup menghimpit saya.
Hari-hari ORANG BANK akan call saya. Kalau nak jawab call diorang nak cakap yang saya tengah belajar buat bisnes online… bagi saya masa sampai saya dapat buat benda ni… ingat ORANG BANK akan kisah. Silap-silap dia cakap …”itu Encik punya pasal… hutang kereta tetap kena bayar, kalau tak… Encik jalan kaki je lah”
Time tu tahun 2009, posmen selalu hantar surat sampai rumah. Dengar je motor posmen dari jauh, saya dah senak perut. Dalam hati ni Tuhan je tahu… “Ya Allah, jangan laa ada apa-apa surat untuk aku”.
Masa tu, nak parking kereta pun saya kena parking tempat tersorok… takut orang tarik kereta. 3 Bulan tak bayar kot. Bukan mahal mana pun duit kereta, pakai WIRA je masa tu. Sebulan dalam RM550.
Tapi bila time takde duit ni… RM5 pun rasa mahal. Padahal bukan banyak mana pun.
Itu duit bayar kereta bulan-bulan… belum masuk road tax lagi. Yang ni pun SENAK PERUT juga. Bawak kereta hati rasa tak tenteram je. Bila jalan jem sikit je pun, dah peluh sejuk… takut ROAD BLOCK, kena tahan.
And… memang kena tahan pun. 3 kali saya KANTOI pasal road tax ni. Terpaksalah saya mengaku kat POLIS yang jaga ROAD BLOCK tu, “saya tengah struggle… tak mampu nak bayar road tax encik”. Biasanya diorang akan bagi “TAZKIRAH RINGKAS” hehe… lepas tu dia akan cakap… “ok, kali ni saya lepas kan… next time kalau saya jumpa lagi, saya saman”…
Terima kasih kat polis-polis yang pernah tahan saya sebab road tax mati, memahami keadaan saya masa tu dan bagi saya peluang.
Memang macam-macam. Kalau nak tulis kat sini… panjang lagi cerita saya ni. Orang bank call hari-hari, kereta nak kena tarik, api air tunggu masa nak kena potong, kena pressure dengan family dan macam-macam lagi la.
Tahun pertama dalam bisnes online… memang SEPARUH GILA. Saya hidup dalam kesempitan & ketakutan.
Tapi benda-benda ni START berubah bila saya start dapatkan mentor, pergi kelas dan dapatkan ilmu bisnes online yang betul.
Saya berguru dengan ramai Online Marketer seperti SifuLan, Zamri Nanyan, Sifu Jamal (SifuFBAds), Patric Chan (gambar kat atas tu). Kalau ikutkan ada banyak gambar dengan semua mentor-mentor saya ni, tapi cerita lama… gambar lama, semua tu pun dah hilang entah ke mana.
Saya belajar dari diorang ni banyak benda tentang bisnes online. Saya belajar tentang eBay, Affiliate Marketing, FBAds, Copywriting dan banyak lagi yang masih saya apply dan buat sampai hari ni.
Kalau berguru dengan ramai mentor sekali pun, tahu banyak benda, tahu macam-macam teknik dan strategi… tapi kalau tak buat apa-apa TINDAKAN, memang tak guna.
Saya apply apa yang saya belajar dari diorang ni semua dalam bisnes online saya.
Alhamdulillah, tahun kedua dalam bisnes online… saya mula nampak jalan.
Saya perasan something dari semua mentor bisnes online yang saya follow, belajar dan berkesempatan duduk one to one dengan diorang ni.
Ada yang pernah coach saya tentang Affiliate Marketing… ada yang buat RM5k sebulan sampai RM10k sebulan dari bisnes ni.
Ada juga yang coach saya tentang bisnes Ebay, saya tengok depan mata… sebulan dapat RM10k jual produk dropship je.
Ada plak yang buat bisnes produk-produk HOT, guna FBAds… satu Facebook page buat RM3k – RM5k sebulan.
Saya pernah tertanya-tanya juga… “Yes memang betul diorang ni buat RM4-5Angka dari bisnes-bisnes ni, habis tu kenapa diorang nak ajar ORANG LAIN buat bisnes yang diorang buat tu juga? Kan dah jadi persaingan.?”
Saya mula mengkaji lebih dalam…
Akhirnya saya perasan something. Saya perhati kesemua mentor-mentor yang saya jumpa ni ada buat SATU bisnes yang sama.
Diorang buat bisnes… JUAL INFORMASI atau PRODUK DIGITAL. Yang mana diorang buat ebook atau video atau coaching tentang ilmu bisnes online yang diorang buat, diorang ada pengalaman, yang diorang sendiri dah buat, yang diorang sendiri ada RESULT.
Dan saya berpeluang tanya diorang… kenapa semua buat bisnes PRODUK DIGITAL ni?
Jawapan diorang semua lebih kurang sama…
1] Bisnes Produk Digital UNTUNG BESAR.
Ni sebab PALING UTAMA. Salah sorang mentor saya ni bagitahu… bila dia bisnes jadi ejen dropship sebelum ni, sebulan dia berjaya buat RM4-5k dari jualan produk dropship.
Tetapi… bila dia buat ebook atau video tutorial ajar step by step macamana dia buat bisnes dropship yang berjaya buat sampai RM4-5k tu, jualan ebook atau video tutorial ni boleh mencecah sehingga RM40k – RM50k dalam beberapa hari je.
So, sebagai Online Marketer, Usahawan… ni SATU PELUANG BUAT DUIT BESAR… so why not?
UNTUNG berkali-kali ganda.
2] Takde Kos Buat Produk, Bungkus & Hantar.
Kalau dia buat bisnes dropship, lepas je customer buat bayaran… bayaran yang dia dapat tu, dia kena bayar kos dropship produk yang akan dihantar pada customer.
Sebagai contoh dia jual produk pada harga RM100, biasanya kos sahaja dalam RM70… dia UNTUNG BERSIH dalam RM30 je untuk 1 produk.
Tapi… bisnes produk digital ni, bila customer bayar RM100 masuk akaun. Dia tak payah nak bayar kos dropship untuk kos produk + kos bungkus + kos hantar. Sebab produk digital ni adalah dalam bentuk digital.
Yelah jual ebook, just buat ebook dalam Microsoft Word lepas tu SAVE AS .pdf dan boleh upload kat Google Drive. Bila customer bayar, duit dah masuk… just bagi je link tu kat email atau wasap je customer. Tak yah bungkus, tak yah pergi pejabat pos, ninja van semua tu.
Semua duit yang customer bayar tu… 100% DUIT ANDA! So kalau jual harga produk tu RM100, dapat RM100 jugak la.
3] Produk Siap Cepat & Terus Boleh Jual!
Contoh kalau produk fizikal macam makanan, ianya perlu disiapkan. Produk kena ada stok!
SANGAT BERBEZA dengan produk digital… produk hanya buat sekali sahaja. Ada yang siapkan produk tak sampai 3 jam… lepas siap je… diorang terus jual dan buat income.
Yang LAGI BEST, bila melibatkan produk digital… TIADA MASALAH STOK! Jadi boleh jual produk digital ni kepada seramai mungkin. Buat produk hanya sekali tapi boleh jual berkali-kali. Kalau produk fizikal, bila produk habis… kena buat produk lagi.
Satu lagi… produk digital TAKDE EXPIRED! Produk digital TAK BASI. Kalau produk fizikal, biasanya ada EXPIRED atau produk akan rosak kalau simpan lama-lama. Ni simpan dalam hard disk atau Google Drive… nak BASI camne?
4] Ni BEST! 5-7 Hari Buat RM5Angka.
Produk Digital boleh siap dalam 2-3 jam. Tapi bergantung juga pada yang buat produk digital tu. Kalau ORANG BARU START mungkin ambil masa lebih lama. Ada yang mungkin ambil masa 2-3 hari, 2 -3 minggu dah siap… tapi jangan 2-3 bulan, 2-3 tahun pun tak siap-siap lagi. Parahhh.
Lepas je siap produk digital, diorang ni terus BUKA JUALAN dan dalam masa 5-7 hari boleh cecah RM5Angka.
So, sebab tu sifu-sifu, mentor-mentor ni buat bisnes produk digital ni.
Atas sebab-sebab tu lah… saya pun mula buat bisnes produk digital.
Masa saya START tu, saya hanya jual ebook berdasarkan pengalaman saya mulakan bisnes online.
Bila saya belajar Online Marketing dengan sifu-sifu dan mentor-mentor ni, saya mula betulkan cara promosi secara online dan ilmu, teknik dan strategi mereka banyak bantu saya KELUAR dari masalah kewangan yang saya BUAT pada tahun pertama dalam bisnes online.
Saya mula buat income dengan cara yang betul kat Facebook, saya tahu serba sedikit tentang Affiliate Marketing, teknik setting FBAds dan macam-macam lagi.
Dari ilmu yang saya belajar dari diorang, BUKAN saya explore sendiri… saya berjaya buat income RM3-4k sebulan dari pelbagai jenis bisnes online.
Dari situ, saya mula buat produk digital saya yang PERTAMA.
Saya takkan lupa pengalaman bisnes produk digital saya yang pertama. Saya BERJAYA buat income RM1,500 dalam 3 hari buka jualan pertama. Masa tu, bagi saya personally memang TERKEJUT sebab kalau saya buat bisnes sebagai ejen dropship je… saya dapat RM3-4K dalam sebulan.
Ini saya dah dapat SEPARUH INCOME dari income sebulan dalam masa 3 hari je!
Bermula dari sini… saya belajar dan saya IMPROVE dari segi produk, teknik dan strategi online marketing untuk produk digital saya.
Saya BERSYUKUR sebab Allah tunjukkan jalan, temukan saya dengan Sifu-sifu & Mentor bisnes online yang betul.
Bermula dari jualan produk digital yang pertama, saya dah tak toleh belakang lagi dah! Saya FOKUS buat bisnes produk digital ni sampai hari ni. Sedar-sedar 15 tahun saya buat bisnes online – bisnes produk digital ni.
Saya memang tak kan lupa, dari hari saya dan Isteri mula bisnes online ni… Isteri saya ambil gambar depan PC pukul 3 pagi…
Saya takkan lupa pengalaman ORANG BANK call saya hari-hari. Saya takkan lupa rasa SENAK PERUT bila dengar bunyi motor posmen depan rumah, takkan lupa perasaan takut-takut sorokkan kereta, takkan lupa rasa CUAK bila KANTOI dengan polis kat Road Block bila road tax saya mati… dan saya takkan lupa apa orang KATA dan KECAM saya ,masa saya tengah susah dulu.
Masa tu… dengar barang harga RM5 pun dah kata mahal… padahal bukan mahal mana pun, tapi sebab bila tak de duit, harga murah pun rasa mahal.
Saya takkan lupa perasaan KECEWA bila saya tak dapat bagi duit kat Mak Ayah saya masa mula-mula start bisnes online ni dulu.
Saya memang tak sangka dengan bisnes produk digital ni, saya dapat HIDUP SANGAT SELESA. Saya dapat bayar semua hutang dan selesaikan semua masalah yang saya buat pada tahun pertama saya start dulu.
Dengan bisnes ni, saya dapat menyara keluarga, bawa diorang melancong (saya tak pernah ke LUAR NEGARA lagi… sebab saya takut BOM… jangan gelak).
Dengan bisnes ni juga saya dapat kereta idaman saya. Memang PUAS HATI betul… bila orang-orang yang KUTUK, KECAM yang akhirnya tengok kereta saya tu dan diorang yang sebelum ni kata saya tak boleh buat dan macam-macam lagi… berubah cakap… “aku dah agak dah ngko memang boleh” (dalam hati nak cakap je… “bukan dulu kau selalu kutuk ke?”)
Saya BERSYUKUR berterima kasih pada Allah kerana kurniakan saya seorang cahaya mata, Muhamad Aiman Fais yang sekarang ni dah darjah satu dan saya mampu nak hantar dia ke INTERNATIONAL SCHOOL.
Apa yang saya tulis kat atas ni BUKAN NAK RIAK, bukan nak menunjuk. Niat atau tujuan saya nak bagi anda NAMPAK POTENSI BISNES PRODUK DIGITAL ni… 100% nak MOTIVASIKAN anda untuk mula buat bisnes produk digital ni. Itu je niat saya… tak lebih dari tu.
Setelah lama saya CUTI dari COACHING ORANG… last saya coaching masa sebelum PKP… masuk je PKP, masa tu saya banyak guna ONLINE dan berat nak start jumpa dan coaching orang balik macam dulu-dulu…
Ramai yang COACHING DIRECT FACE TO FACE dengan saya BERJAYA buat income dari bisnes produk digital dan paling PENTING dapat ubah hidup mereka.
Dan ramai lagi… tak larat nak post.
So, BUAT PERTAMA KALI selepas PKP, saya akan buka semula PELUANG YANG SAMA, SEBIJIK macam yang saya dah pernah coach student coaching saya dalam bisnes produk digital mereka jual ebook sebelum ni.
Saya akan coach anda secara group dan direct selama 3 bulan untuk anda mula buat income dari bisnes jual ebook – produk digital ni.
Coaching ni BUKAN PERCUMA. Bagi anda yang betul-betul SERIUS nak saya yang GUIDE untuk bisnes produk digital anda, dan PALING PENTING nak tingkatkan pendapatan serta UBAH HIDUP… anda boleh join WAITING LIST Whatsapp Group KHAS untuk dapatkan info tentang intake coaching bisnes produk digital dengan KLIK DI SINI.
Moga-moga apa yang saya SHARE ni dapat buka minda anda tentang PELUAG HEBAT bisnes online Produk Digital.
Jumpa lagi.