“Saya tak sangka boleh jadi macam ni” kata En Amran.
En Amran adalah salah sorang pegawai bank di KL. Disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari, dia terpaksa tambah satu kerja lagi untuk memastikan dia dapat meneruskan kelangsungan hidup di KL.
Untuk menambah pendapatan, dia jadi pemandu GRAB.
Setiap hari dia akan keluar sebelum Subuh untuk mengambil customer dan akan sampai ofis dalam 8 pagi untuk mula kerja sebagai pegawai bank. Lepas pukul 5, dia akan kembali mencari dan menghantar customer yang naik kereta dia guna GRAB.
Bila jadi pemandu GRAB, dia dapat tambah income RM2k-RM3k sebulan. Dengan pertambahan income sebanyak tu, dia hanya dapat langsaikan hutang bulanan dan hidup hanya cukup-cukup makan sahaja. Nak bawa family bercuti, nak balik kampung selalu memang belum tercapai lagi.
Dia juga perasan bila dia buat GRAB, dia dapat income tambahan RM2K-RM3K tetapi kebanyakkan masanya habis kat luar dan kurang bersama keluarga. Walaupun hujung minggu ofis dia tak buka, tapi dia tetap isi masa dia dengan buat GRAB.
Disebabkan ini, dia mencari-cari bisnes yang boleh berikan income yang lebih banyak dan masa untuk bersama keluarga.
Antara perkara yang dia tak boleh lupa masa dia jadi pemandu GRAB adalah bila tibanya Ramadhan. Lepas je habis waktu kerja di ofis, dia terus ambil orang dan hantar orang ke bazaar Ramadhan. Dalam hati En Amran dia teringin nak pergi bazaar bersama keluarga dan bawa anak dia pilih juadah berbuka yang mereka suka. Tapi apakan daya, hutang mengikat dia untuk terus buat GRAB.
Dia tak boleh tinggal GRAB sebab nak kejar target nak bayar hutang setiap bulan.
Pada waktu berbuka, orang lain berbuka dengan keluarga tetapi Encik Amran terpaksa berbuka di tepi jalan atau sambil bawak kereta. Buka sorang-sorang tanpa bersama keluarga memang terasa sunyi. Dia rindukan masa berbuka bersama anak dan isteri.
Lepas je berbuka, lepas solat Maghrib… En Amran terus buat GRAB lagi. Pada waktu ni, En Amran akan sibuk hantar orang ke masjid untuk solat Isya dan Tarawikh.
Masa bawa melalui masjid ketika Ramadhan, dia akan terdengar bunyi alunan Al Quran dan bunyi bacaan solat tarawikh. Kat dalam hati En Amran, dia sedih sebab kalau tak kerana wang, dah tentu dia duduk kat Masjid ikut sama solat Isya dan Tarawikh. Sekarang dia terpaksa jadi Hamba Duit bukan Hamba Allah.
Ada satu malam ni…. nilah TURNING POINT En Amran, waktu malam tu dia balik dah lewat malam. Dia buka pintu bilik anak dia dan dia tengok anak lelaki dia dah tidur nyenyak. Dalam hati dia dah berbulan dia tak dapat nak habiskan masa dengan anak dia. Dia hanya dapat tengok anak dia tidur je.
Malam tu… dia mimpi bermain di taman permainan bersama dengan anaknya. Gelak tawa anak yang dia rindu masuk ke dalam mimpi dia. Seronok betul dia bermain-main dengan anak dia. Yang dia tak boleh lupa dalam mimpi tu… anak dia bagitahu kat dia “esok kita main lagi ya ayah”… terus dia terjaga dari tidur.
Dia terkenang masa depan hidup dia, anak dan isteri sampai bila mereka nak terus-terusan macam ni.
Dia nekad, dia nak KELUAR dari hidup macam ni. Dan dia mula mencari-cari peluang.
Pada 2018, dia mula berniaga online. Dia buat bisnes produk aksesori kereta. Bisnes dia kadang-kadang ok, kadang tak berapa ok. Mesti ada somewhere yang tak kena.
So, disebabkan dia antara followers lama CikguHafis maka dia dapatkan coaching dari CikguHafis untuk bantu lonjakkan jualan bisnes aksesori kereta dia.
CikguHafis tunjuk satu strategi bagaimana guna Produk Digital / Ebook sebagai strategi untuk tarik ramai bakal customer yang berminat dengan aksesori kereta.
Dalam masa 3 minggu, En Amran follow strategi CikguHafis… dah start nampak ada ramai bakal customer yang follow dia. Nak dekat 2,000 orang.
Lepas tu CikguHafis tunjuk kat dia, bagaimana nak buat duit dari customer yang dia dapat dengan jual ebook berkaitan penjagaan kereta.
Bulan pertama En Amran jual ebook tu, dah mula dapat nak dekat RM3,000 tanpa perlu susah payah hantar customer dan tak buat kerja sampai lewat malam pun.
En Amran follow rapat-rapat dan selalu bertanya dengan CikguHafis. CikguHafis explain banyak lagi strategi untuk naikkan jualan guna produk digital.
Alhamdulillah bulan kedua, dah naik nak dekat RM7,000. Masa ni En Amran rasa lapang sikit, dah boleh bayar hutang, bulan ke 2 ni dia dah mula bawa family dia bercuti tempat murah-murah… takpe lah asalkan bercuti dengan family. Sebelum ni, langsung tak dapat.
Masuk bulan ketiga dan seterusnya… En Amran dah tak toleh belakang lagi. Dia terus PECUT dengan bisnes dia guna startegi yang CikguHafis ajar.
Bulan Ramadhan 2021, akhirnya En Amran berjaya buat jualan terkumpul mencecah RM1juta.
En Amran masih lagi bekerja sebagai pegawai bank. Dia hanya buat bisnes ni secara sambilan tapi nampak macam full time. Dia tak perlu habiskan masa yang lama macam dia buat GRAB dulu.
Dulu, masa bulan Ramadhan dia terpaksa hantar orang lain pergi Bazar Ramadhan, sekarang ni dia jadi “GRAB DRIVER” untuk hantar family dia je ke Bazaar Ramadhan. Dulu dia hantar orang pegi solat Isya dan Tarawikh je… skrg dia dah boleh berada sama saf dengan mereka. Dulu dia hamba duit, sekarang dia hamba Allah.
Intake Coaching Bisnes Produk Digital CikguHafis akan dibuka 10 malam Khamis ni, 13 April 2023. Nak CikguHafis coach anda macamana dia coach En Amran? Dapatkan details coaching melalui wasap group kat sini: https://chat.whatsapp.com/ILf5GBMYXQ9GYLTxs3KazH