Wow! Saya betul happy dan betul-betul tak sangka salah seorang student coaching saya berjaya buat total sales RM5juta! Rasa happy sangat bila apa yang saya guide dia, menjadi-jadi.
So, dalam post ini… saya nak SHARE dengan anda apa yang saya guide Puan Aimie sampai dia boleh buat macam tu.
Sebenarnya banyak benda yang saya guide… cuma dalam post ni saya SHARE 3 benda ni je…
1. Tarik potential targeted customer
Perkara pertama yang saya guide adalah bagaimana nak dapatkan potential customer atau PROSPEK. Benda ni sangat PENTING… kalau silap yang mula-mula ni, silap lah semua sekali.
Sebelum ni, kalau dia guna FBAds… dia terus jual pakai BOOST POST je… tapi saya tukar cara promosi dia. Buat FBAds untuk bagi produk PERCUMA untuk tarik orang masuk ke FB Group dulu.
Antara tools yang Puan Aimie gunakan untuk tarik potential customer adalah menggunakan ebook. Puan Aimie bagi ebook berkaitan dengan produk dia secara PERCUMA sebagai insentif atau umpan untuk tarik potential customer dia masuk dalam FB Group.
Bila bagi ebook yang berkaitan dengan produk, hanya yang betul-betul interested sahaja yang akan request atau masuk fb group tersebut untuk baca ebook tu.
Jadi secara tak langsung ebook yang Puan Aimie buat dah jadi penarik dan juga filter untuk prospek yang SERIUS sahaja. That’s why bila dia promosi dalam FB Group dia, memang senang dapat sales sebab dia promote pada prosek yang SERIUS dan targeted sahaja.
2.Tambah ramai ejen
Dalam apa-apa bisnes yang anda buat, kalau nak cepat kena ada ejen. Cuma masalahnya… camne nak tarik ramai BAKAL EJEN lepas tu nak yakinkan mereka jadi ejen dan promosikan produk kita.
Senang je… guna ebook! Saya guide Puan Aimie buat ebook explain tentang bagaimana ejen boleh buat duit yang banyak melalui bisnes / produk yang Puan Aimie buat.
Ebook tu dalam 20 mukasurat je. Dan dalam ebook tu Puan Aimie FOKUS tunjukkan potensi income yang ejen boleh dapat serta bagaimana mereka boleh promosikan produk tersebut dengan mudah.
Jadi Puan Aimie gunakan ebook sebagai tools untuk tarik dan closing ejen.
3.Close banyak sales!
Bila dah ada ramai ejen under dia, Puan Aimie bagi dekat ejen dia ebook promosi. Jadi ejen hanya gunakan ebook tersebut, bagi dekat prospek mereka dan mereka senang buat sales.
Ejen bawah dia, ikut cara yang sama. Bagi ebook PERCUMA je. Tak jual apa-apa pun. Ebook tu yang bertindak sebagai tools untuk closing.
Bila mereka promosi, mereka promosi suruh orang download ebook PERCUMA je. Tak de pun diorang jual-jual produk. So, sangat mudah untuk mereka promosi.
Yang BESTnya, bila prospek mereka download ebook PERCUMA ni… prospek tak rasa pressure pun nak membeli. Sebaliknya, diorang bagi masa dan sepenuh tumpuan untuk baca ebook PERCUMA tu.
Dalam ebook tu, saya dah guide Puan Aimie macamana nak susun content supaya bila prospek baca ebook tu, mereka akan nampak benefit produk yang Puan Aimie jual dan akhirnya buatkan mereka rasa PENTING untuk beli produk yang di offer.
Kira sebenarnya ebook yang Puan Aimie bagi ni bertindak sebagai SALESMAN. Tapi disebabkan ianya ebook, orang tak nampak pun macam mereka sedang di brainwash atau sedang baca promosi. Lagi diorang bagi tumpuan lagi ada.
Kalau anda tahu, ebook ni boleh buat macam-macam. Kita boleh jual ebook untuk buat duit atau sebagai produk tambahan dalam bisnes kita, kita boleh jadikan ebook sebagai tools promosi, kita boleh gunakan ebook sebagai UMPAN untuk tarik prospek, kita boleh gunakan ebook untuk rekrut ramai ejen.
InsyaAllah dalam minggu depan, saya akan buka INTAKE COACHING bagi anda yang nak saya coach / bimbing secara personal bagaimana anda boeh buat duit dengan menjual ebook atau bagaimana anda boleh gunakan ebook sebagai tools promosi untuk buat lebih banyak jualan macam Puan Aimie.
Anda boleh dapatkan details dan reminder berkaitan coaching ni dengan join wasap group di sini: https://bit.ly/3KhRqZI