Kalau tak tahu cara marketing dalam bisnes online dengan cara yang betul akan menyebabkan anda dapat sales yang SANGAT SLOW atau silap-silap satu sales pun tak dapat. Sedih dan hampa, bila kita usaha keras tapi tak nampak pun sebarang hasil dalam bisnes kita.

Lebih malang lagi, sekiranya kita bergantung SEPENUHnya pada bisnes kita untuk menyara keluarga kita. Apa yang kita nak jawab pada keluarga kita bila hari tu, kita berniaga dan tak berjaya hasilkan sesuatu.

Dalam post ni, saya nak SHARE 4 cara marketing bisnes online dengan harapan anda boleh gunakan ILMU ini dalam bisnes online anda dan berjaya hasilkan sesuatu untuk keluarga anda.

Baca 4 strategi ni sampai habis. Lepas tu cepat-cepat apply ya.

STRATEGI 1 – Iklan atau promosi di LUBUK CUSTOMER.

Strategi ni SIMPLE sahaja. Tapi bila berniaga online ni ramai yang tak perasan benda ni. Ramai ingat bila berniaga online ni, hanya buka je akaun Facebook lepas t uterus berniaga.

Terus je letak kat wall, pagi petang siang malam… iklan, iklan, iklan je kat wall tu. Sedangkan kat wall dia takde sapa-sapa pun. Takde friends lagi.

Kalau kat Instagram… buka je akaun IG terus je post gambar produk banyak-banyak.

Usaha tu dah betul dah, memang kena usaha keras. Tapi kalau kita usaha keras macamana pun, usaha dengan cara yang tak betul… tak dapat juga akhirnya.

Jadi kita kena kenalpasti bila nak iklan atau promosi, kita kena tahu kat FB, kat IG… kat mana lubuk dia? apa teknik dia?

Kalau kat FB tu, kita tengok kat mana orang selalu lepak. Ramai orang suka lepak kat FB Group. Jadi kat sinilah antara LUBUK yang anda boleh promosikan produk atau bisnes anda.

Lagi besar group atau lagi ramai members dalam FB group tu, lagi tinggi kebarangkalian untuk anda mudah dapat sales. Jadi cari FB group yang ramai members.

STRATEGI 2 – Guna iklan berbayar

Kenapa nak kena bayar?

Jawapan dia simple je… sebab nak cepat dapat result. Saya bagi contoh dalam dunia sebenar.

Kenapa kita bayar untuk beli kereta? Sebab… kita nak sampai cepat ke sesuatu destinasi dan kita tak nak penat… betul tak?

Padahal boleh je jalan kaki, balik kampung… lepas ni tak yah bawak kereta, angkut je beg besar-besar… jalan kaki je. Sebab tak yah bayar.

Sama juga dengan bisnes, destinasi kita adalah SALES. Kita nak buat aktiviti yang boleh hasilkan sales / jualan.

Jadi kita gunakan IKLAN BERBAYAR sebagai tools untuk membantu iklan bisnes kita supaya sampai kepada lebih ramai potential customer dengan cepat.

Contohnya guna FBAds…

Antara strategi yang saya guide student coaching saya dapatkan high potential customer untuk bisnes mereka adalah dengan menggunakan FBAds.

Faisal Musa, masa mula-mula start bisnes online… orang tak kenal pun bisnes dia. Tapi bila dia apply apa yang saya ajar guna FBAds untuk tarik prospek… dalam kurang 1 minggu je dah dapat 2000 orang yang INTERESTED nak beli produk dia. Kan cepat?

Dan sekarang… dia buat strategi ni setiap bulan… dalam 4 bulan sahaja dah berjaya buat sales RM43k.

STRATEGI 3 – Influencer

Bagi saya strategi ni adalah SHORTCUT untuk buat sales dengan cepat.

Anda boleh cari mana-mana orang yang ada pengaruh dalam media social. Maksud saya pengaruh adalah dia ada ramai fans, followers atau subscribers. Cari orang-orang ini.

Lepas tu, tanya mereka samada mereka boleh tak promosikan produk anda pada fans, followers atau subscriber mereka?

Jika ada, tanya berapa harga untuk setiap kali mereka promosikan produk anda.

Dengan cara ni, anda sebenarnya menumpang pengaruh dan kepercayaan fans, followers atau subscribers dia. So, bila dia promosikan produk anda, nampak macam dia REKEMEN produk anda pada pengikut-pengikut dia.

So, tak ambil masa lama untuk anda dapat sales dari teknik ni.

Salah seorang student coaching saya Siti Hadjar… ni antara strategi yang dia gunakan dalam promosi untuk tarik prospek masuk kolam database dia. Dari apply strategi ini, dia buat sales sehingga RM30k sebulan.

STRATEGI 4 – Recommendation Marketing

Yang ni adalah strategi yang student coaching saya tengah buat secara HEAVY sekarang ni.

Strategi ini adalah dengan dapatkan orang lain REKEMEN kan bisnes kita pada kawan-kawan mereka. Strategi ni SANGAT BERKESAN disebabkan ianya nampak macam bisnes kita di rekemen oleh orang lain.

Saya explain menggunakan contoh…

Saya memang seorang FOODIES – kaki makan. Jadi bila saya keluar jalan-jalan cari makan, bila ada kedai yang saya pergi makan tu best, saya akan bagitahu pada kawan-kawan atau family saya untuk makan kat situ.

So kedai yang saya rekemen ni dah dapat promosi PERCUMA dari saya. Dan lagi BEST, seolah-olah saya yang REKEMEN. Orang yang saya REKEMEN pula tak rasa pun macam saya PUSH mereka untuk beli atau datang restoran tu.

Dan yang kena rekemen tu plak, akan rasa macam… wah ni kalau dia rekeman ni, mesti bagus ni.

So, dalam bisnes online… ada cara untuk  apply strategi ni yang membuatkan ramai orang REKEMEN bisnes kita pada kawan-kawan mereka. Haha… strategi ni memang BEST GILER!

Caranya senang je… kita bagi something FREE, Cuma kalau nak produk FREE ni kena introduce kat beberapa orang kawan.

Sebagai contoh… ada student coaching saya bagie book percuma, untuk claim ebook PERCUMA ni kena copy paste ayat promosi ke 5 Whatsapp Group. Dah copy paste ayat tu, boleh tunjuk dan dapatkan link ebook percuma tu.

Jadi kat sini… kawan-kawan dalam whatsapp group tu akan nampak post yang di copy paste tu dan dia nampak kawan dia yang paste kan.

So, strategi ni nampak macam kawan dia yang REKEMEN. Wowww… power kan?

Ok, saya harap dengan perkongsian 4 strategi ni dapat bagi anda idea untuk promosikan bisnes anda supaya anda mudah hasilkan jualan secara online.

Sebanarnya banyak lagi strategi untuk promosikan bisnes online anda dan buat sales dengan banyak. Jika anda nak saya guide dan explain bagaimana untuk buat lebih banyak sales melalui online, anda boleh hadir ke kelas online saya dengan KLIK DI SINI.

Moga apa yang saya kongsikan ini bagi manfaat untuk bisnes anda.