Buat bisnes kerana?

Sejak kebelakangan ini, saya terima banyak email dan PM dari subscriber/ follower baru saya yang ingin meluahkan isi hati mereka tentang masalah kewangan yang dihadapi dan tidak kurang ramai juga yang merayu-rayu supaya saya dapat bimbing mereka keluar dari masalah ini.

Sebenarnya…

 

 

Saya hanya mampu beri tunjuk ajar sedikit sebanyak tentang apa yang saya tahu berdasarkan pengalaman saya sahaja DAN SAYA TAK MAMPU BAHKAN TAK BOLEH KELUARKAN ANDA DARI MASALAH TERSEBUT.

Kerana apa?

Kejayaan anda adalah tanggungjawab anda sendiri dan bukan tanggungjawab orang lain.

Jadi anda perlu berusaha sendiri untuk capai matlamat anda tersebut. Anda juga mesti bersedia dengan apa yang bakal anda tempuhi nanti!

Jadi sebelum anda mulakan bisnes, anda perlu tahu anda buat bisnes kerana apa?

Adakah anda memang nak mulakan bisnes atau anda nak buat duit untuk hasilkan income tambahan sahaja.

Anda sendiri mesti jelas dengan perkara tersebut. Kalau tak jelas, saya explain sedikit dalam post ni…

BUAT DUIT

Buat duit adalah untuk jangkamasa yang pendek, hari ni anda buat satu benda tu…esok atau hujung bulan tu anda dah berjaya hasilkan pendapatan. Nak buat duit tak semestinya dari internet sahaja, cari kerja pasrt time pun dah boleh buat duit. Jual burger, nasi lemak depan rumah pun boleh buat duit.

Persoalannya, cukup ke duit tu? Berapa lama anda boleh tahan buat benda tu untuk dapatkan duit? Kalau anda sakit, masih boleh buat duit ker?

BUAT BISNES

Buka perniagaan, ini untuk jangkamasa panjang. Mungkin bulan ini anda start bisnes untung takde silap haribulan rugi lagi ada. Nak buat bisnes, kena ada matlamat jangkamasa panjang. Kena tahu bisnes apa yang anada nak buat. Jangan tengok orang lain buat duit dari internet, anda pun sibuk nak buat benda yang sama. Bila tak jadi, salahkan bisnes internet tak boleh buat duit dan sebagainya.

Persoalannya, anda nak buat bisnes apa? Apa matlamat atau tujuan anda buat bisnes ini? Adakah bisnes yang anda nak buat ni kalau apa-apa jadi kat anda, anda masih boleh dapat hasinya?

Anda sahaja yang mempunyai jawapan tersebut.

Tetapi saya nak simpulkan di sini, Orang buat duit kadangkala tidak berminda Buat Bisnes .

Tapi orang buat Bisnes semestinya berminda Buat Duit.

Jangan buat bisnes kerana sekarang anda TERDESAK tetapi buatlah bisnes supaya anda TIDAK TERDESAK.

Be Sociable, Share!
468 ad

3 Responses to “Buat bisnes kerana?”

  1. Ringkas dan padat.

    Kesimpulannya, cari ilmu buat bisnes pasti anda boleh buat duit.

  2. shamsiaton hashim says:

    saya setuju 100% dengan idea yg cikgu hafis berikan tentang buat duit kerana apa?.

    saya sendiri memang berminat nak buat duit dengan membuat internet marketing terutama business affiliate cikgu. Masaalah saya ialah saya ne tak pandai sangat mengunakkan internet.

    oh ya oleh disebabkan kesibukkan kerja yang tak pernah henti saya terlupa nak bank in duit tuk beli produk ‘firesale’ cikgu. Cuma Jumaat lepas sempat saya pergi Maybank dan ternyata bank charges $30BND tuk penghantaran wang ke Mysia. Wang yang saya ada cukup tuk beli produk cikgu tak lah saya jadi nak bank-in. Rupanya promotion cikgu sampai 12tengah mlm tu juga.

    Saya berharap sangat kalau cikgu masih boleh memberikan saya harga promotion itu.

    Sekian dari saya yang betul betul mahu belajar tentang business affiliate.

  3. Salam,
    Sy pun lebih kurang menghadapi masalah kewangan seperti mana yg cikgu seritakan di atas. Ya betul – untuk keluar daripada kepompong kesusahan adalah tanggungjawab kita bukan org lain. Pokok pangkalnya ialah usaha. Dengan cara kuat bekerja dan usaha barulah boleh merobah kehidupan kita. Tak dapat dinafikan jugak untuk berjaya dalam sesuatu bidang perlukan ilmu. Tanpa ilmu kita tak akan ke mana. begitulah juga untuk terjun dalam bidang perniagaan tak kira biz apa ilmu memainkan peranan penting. Jadi cikgu ramai subscriber cikgu merayu untuk ditunjukkan jalan penyelesaian kepada masalah mereka. Maksud mereka ialah untuk merobah hidup mereka perlukan tunjuk ajar daripada cikgu (saya setuju dengan mereka). Mereka bukan meminta pertolongan merobah hidup mereka tapi mereka mahu berguru dengan cikgu. Cikgu beruntung kerana mempunyai ilmu dalam dunia biz internet ini. Dan cikgu orang yang berjaya dan orang yang pertama pulak mereka temui maka kepada cikgulah mereka luahkan isi hati mereka.
    Saya pun boleh digolongkan dalam kategori mereka. bayangkanlah beribu-ribu ringgit telah saya belanjakan tapi pulangannya masih 0. Produk cikgu pun telah saya beli. Saya promote sana promote sini tapi hasilnya ……cukup menyedihkan !! Tapi saya muhasabah diri saya. Mungkin teknik promosi saya tidak kena. Maklumlah kureng ilmu. Nak attend kelas cikgu keadaan tak mengizinkan. terus terang saya katakan saya cukup teringin nak sertai kelas.webinar yang cikgu anjurkan tapi macam dikatakan tadilah – keadaan tidak mengizinkan. Saya tahu cikgu ada banyak mevideokan tutorial yang cikgu anjurkan dan menjualkan kepada follower tapi financial menjadi masalahnya. Kekadang kita mampu membelinya dan ada ketikanya kita gagal mendapatkannya sebabnya situasi sekarang tidak mengizinkan. Terima kasih dan maaf jika tersilap bicara dan kata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>