3 Tips Kalahkan Pesaing Bisnes Internet

Dalam perniagaan internet juga anda tidak terlepas dari persaingan , namun begitu bukan semua pesaing mengamalkan persaingan yang sihat ada yang sanggup hack website, hack akaun Facebook dan macam-macam cara lagi yang mereka lakukan.

Dalam post ini saya nak kongsikan dengan anda 3 tips untuk dapatkan hasil berganda atau lebih banyak dari pesaing anda. Of course ianya “persaingan yang sihat”

PERTAMA: NILAI TAMBAH

Berbanding dengan pesaing anda, anda boleh berikan nilai tambah tertentu pada produk anda contohnya jika anda menjual tudung online, anda boleh berikan BONUS istimewa seperti berikan mereka hadiah mungkin kerongsang percuma, inner tudung percuma.

Gift

 

Jelas teknik ini meningkatkan lagi value anda. Anda juga boleh tambahkan unsur-unsur scarcity dengan hanya memberikan BONUS tersebut pada hari pertama Ramadhan…contohlah.

KEDUA: MEMBERSHIP

Bila mereka beli produk anda, cuba anda add mereka dalam membership anda. Tujuannya adalah untuk anda kumpul customer dan buatkan mereka jadi “REGULAR CUSTOMER” anda.

Contohnya macam tudung tadi, why not selepas sahaja mereka buat bayaran minta mereka isi form untuk order sekaligus gunakan order form tersebut untuk collect list mereka dan beritahu mereka bahawa dengan pembelian pertama ini mereka telahpun menjadi ahli atau mempunyai membership dengan kedai anda. Oleh itu mereka berpeluang untuk dapat pelbagai offer yang menarik.

Tugas anda selepas dapat list tersebut adalah, update promosi ataupun stok baru yang masuk ke kedai online anda.

BANNER TENTERA

 

KETIGA: WEBSITE

Perkara ini sangat serius dan ramai orang pandang remeh tentang perkara ni. Bagi mereka cukuplah dengan ada website sahaja. “Alaaaah akak letak barang macam ni pun…senget-senget dalam website pun ada orang beli” …saya selalu dengar peniaga konvensional berkata sedemikian bila saya syorkan mereka buat proper website.

Bagi saya, jagalah bisnes anda seperti ianya satu bisnes yang sangat besar walaupun anda hanya bisnes di rumah sahaja. Buatkan proper website, ecart untuk memudahkan pembayaran, link kan dengan Facebook Fanpage anda dan macam-macam lagi. Tak lupa juga, letakkan gambar terbaik produk anda. Cuba usaha konon-konon gambar tersebut seperti di shoot di studio, padahal melalui camera smartphone anda sahaja. Barulah bakal prospek anda BERSELERA nak beli barang di kedai anda.

Tips-tips ini mungkin anda nampak remeh sahaja, TETAPI ketahuilah kalau syarikat besar pun megimplementasikan kesemua elemen ini, WHY NOT anda pun masukkan juga ke dalam kedai online anda.

Pesaing anda pun akan kecut perut bila tengok bisnes anda sebegini hebat. Bakal prospek anda pula lebih mempercayai bisnes anda dan lebih mudah untuk membeli dari anda. Secara tak langsung sudah tentu jualan anda meningkat berkali ganda berbanding pesaing anda.

Harap tips ini membantu anda.

 

Anda Akan Di Bantu Buat RM10,000

Bukan Satu Dua Ebook, Dah Boleh Kaya!

Hari “KIAMAT” Facebook

Be Sociable, Share!
468 ad

One Response to “3 Tips Kalahkan Pesaing Bisnes Internet”

  1. Salam cikgu..Terima kasih atas tips yang menarik ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>