Tragedi Selepas Raya 2010

Cerita ini adalah sebahagian pengalaman pahit yang takkan saya lupakan sebagai seorang usahawan internet. Bagi saya ianya satu TRAGEDI dan saya harapkan dengan perkongsian ini, anda dapat mengambil sedikit iktibar darinya.

Ianya bermula dengan kejayaan…

Pada sekitar Jun 2009, saya memutuskan untuk memulakan bisnes internet saya kerana EXCITED melihat kejayaan Jutawan  Internet, Dr. Irfan Khairi walaupun sehingga kini saya masih tak berpeluang mengadiri seminar beliau (InsyaAllah, ada masa nanti… pasti saya akan hadir juga).

 

cikgu hafis irfan khairiGambar bersama Dr. Irfan Khairi ketika dijemput menghadiri sidang media pelancaran  KRUMasterClass

 

Ketika itu, saya membeli sebuah ebook berkenaan sebuah bisnes Internet berharga sekitar RM50. Sebaik sahaja dapat ebook tersebut, saya tidak berlengah dan terus buat tindakkan mengikut apa yang ditunjukkan dalam ebook tersebut.

ALHAMDULILLAH, berdasarkan model bisnes yang ditunjukkan dalam ebook tersebut, saya berjaya mendapat USD pertama saya dalam masa seminggu sahaja! Perjalanan bisnes internet saya, tak SUKAR dan mudah sahaja bagi saya…”senang nya bisnes internet ni”…monolog hati saya ketika mula hasilkan pendapatan melalui model bisnes tersebut.

Hari berganti hari…saya pecah rekod peribadi dengan menghasilkan lebih banyak USD dari model bisnes ini.  Saya pernah hasilkan income sehingga RM5ANGKA sebulan! Ketika itu, saya merasakan apa yang saya buat ni adalah bisnes internet paling BEST! Ada juga dalam hati saya terdetik, “why not, gunakan duit yang ada ni untuk belajar lebih banyak lagi model bisnes internet lain, untuk dapat multiple streams of internet income” TETAPI hati saya berkonflik “alaaa Hafis, buat apa nak belajar bisnes internet lain lagi dah, bisnes yang nilah yang paling senang dan lumayan! Bisnes internet lain tu, ambil masa dan susah…buat apa nak belajar” saya senyum bersendirian J . “Betul juga” lalu saya memutuskan untuk menolak dengan ANGKUH sebarang peluang bisnes internet yang lain untuk FANATIK dengan bisnes saya yang sedia ada!

Bisnes saya mencapai kejayaan demi kejayaan…

Namun begitu, hari tak selalunya CERAH! Dalam satu malam, ketika model bisnes syarikat tersebut mengubah polisi mereka…ketika itu lah saya mula terasa. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat kesemua akaun bisnes saya di syarikat tersebut…di TUTUP!  Dalam minda saya dah mula terbayang income RM5angka yang saya selalu joli setiap bulan kini hanya tinggal RM1-2 ANGKA sahaja! Yang paling sedih sekali, saya tak sediakan payung sebelum hujan…saya tak simpan duit saya, saya tak channel kan bisnes saya ke arah lebih stable, saya tolak peluang belajar hasilkan multiple streams of income…pendek kata apa yang saya buat ini adalah “put all eggs in one basket” kata Mat Salleh. Tragedi ini berlaku selepas Raya 2010.

Ketika itu Allah sahaja yang tahu bagaimana gelapnya hidup saya ketika itu kerana kesilapan saya yang SOMBONG terhadap ilmu dan peluang lain dalam bisnes internet ni.

Boleh dikatakan dalam 3 bulan juga saya mencari arah tuju dan cuba mencari peluang yang ada dengan saki baki income saya dahulu bahkan saya turut meminjam sedikit wang dari kawan untuk mulakan semula bisnes saya dari bawah. Kerana saya percaya memang ada duit dalam internet ni, tinggal kat mana nak cari duit tu!

Alhamdulliah selepas 6 bulan dari peristiwa tersebut, saya mula hasilkan semula USD dari internet melalui Flippa. Anda boleh baca kisah kebangkitan saya di sini: www.IMFlippa2.com

flippa logo

 

Semenjak dari itu, minda saya lebih terbuka tentang bisnes di internet (yang sebenar bukan skim-skim mengarut yang kononnya bisnes internet). Saya sentiasa mencari peluang untuk menghasilkan multiple streams of income dan bina bisnes yang lebih stabil melalui internet.

Antara bisnes yang masih saya lakukan dalam internet adalah eBay, website Flipping, bisnes di Facebook, ebook dan menjadi ejen affiliate. Selagi ada peluang saya akan manfaatkannya mengikut kemampuan saya.

Yang saya buat untuk stabilkan bisnes saya adalah sentiasa channelkan list prospek dan pembeli saya dalam database atau mailing list saya. Dengan adanya mailing list, Alhamdulillah bisnes saya menjadi lebih stabil dan kukuh sehingga kini. Pendek kata, apabila saya nak DUIT saya boleh “MINTA” dari list saya dengan mudah. Mailing list adalah ASET paling mahal saya milik dalam internet.

Pencapaian terkini saya RM2,000 sebelum subuh! Alhamdulillah

Bagaimana saya lakukannya? Baca artikel blog saya di sini: http://cikguhafis.com/355/rm-2000-sebelum-subuh/

 

Lain-Lain:

Bisnes Macam Ni pun Boleh Buat RM8,260 Sebulan!

Kisah Bisnes Pertama Saya Di Bulan Ramadhan

Hari Kiamat Facebook

 

 

 

 

Be Sociable, Share!
468 ad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>