HARI KIAMAT FACEBOOK!

Mungkin post saya kali ini agak KONTROVERSI sedikit bagi anda yang sedang selesa menjana pendapatan melalui Facebook 100% dan SOMBONG taknak terima sebarang teknik pemasaran lain untuk STABILKAN bisnes anda. Jika anda TAKNAK saya takut-takutkan anda tentang situasi bisnes anda di Facebook dan takut menerima reality ini, saya cadangkan anda jangan teruskan pembacaan anda, baca artikel lain sahaja! Nanti kecut perut!

TETAPI kalau anda dah bersedia untuk terima hakikat ini…teruskan pembacaan anda!

Tujuan saya hanya satu…adalah untuk mengingatkan bahawa anda jangan terlalu CONFIDENT esok bisnes anda di Facebook tu masih boleh jana income untuk anda!

Kenapa saya katakan sedemikian? Baca sehingga habis post ini dan fikir-fikirkanlah…

2 “Kiamat Kecil” Bisnes Facebook Anda…

PERTAMA: Akaun Facebook Kena Hack

Jika satu hari nanti akaun Facebook anda di hack! Mungkin anda rasa mustahil TETAPI percayalah mereka yang pernah lalui sistuasi ini akan berasa suatu kehilangan besar kerana perlu bina semula bisnes mereka di Facebook! Jika bisnes anda BERJAYA, berjaga-jagalah memang aka nada orang yang DENGKI dan hack akaun facebook anda untuk jatuhkan bisnes anda! SUNGGUH KEJI MEREKA INI!

KEDUA: Pesaing Curi Customer (Fan)

Benda ni dah berlaku…kira-kira 2-3 minggu yang lepas ada yang share di Facebook bahawa Fanpage mereka di ceroboh oleh iklan dari pesaing mereka! Pesaing ini menggunakan teknik yang tidak sihat dalam bisnes dengan mengiklan di wall Fanpage mereka tentang produk yang sama dan untuk menarik customer dari fanpage tersebut pergi ke fanpage mereka, mereka letakkan harga murah! Akibatnya, customer lari dari fanpage anda!

KETIGA: Facebook Ubah Polisi

Kalau anda perhatikan sekarang Malaysia adalah antara pengguna Facebook paling ramai dan paling kuat menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran untuk bisnes. Anda perhatikan juga dari segi KOS iklan facebook untuk Negara Malaysia, ianya antara yang paling rendah sekali! Hmmm…sebenarnya facebook sedang memancing anda…anda sedang sedap makan umpan mereka! “Wah murahnya iklan di Facebook, satu bid pun boleh dapat RM0.01 sahaja, kalau kat US…tak dapatlah!” Anda leka dan lupakan medium pemasaran yang lain!

ZAPPP! Mata kail ditarik, tiba-tiba Facebook menaikkan kadar fee dan entah kenapa sedikit polisi di ubah! Anda nak kata apa? Nak memekak kat Mark Zuckerberg pun dia tak kisah dah!

“Ahhh…CikguHafis ni PSYCHO orang jer ni” gumam hati anda bila anda baca post ni. Tapi takpelah terpulang pada anda..ianya bisnes anda bukan bisnes saya. Percaya atau tidak, ready atau tak ready semuanya bergantung pada anda!

TETAPI ada satu lagi “KIAMAT BESAR” yang kemungkinan anda sendiri rasa ianya mustahil bahkan saya sendiri pun TAKNAK benda ni berlaku…

Apa dia???

KIAMAT BESAR BISNES ANDA…FACEBOOK TUTUP!!!

Hahhh? Bayangkan anda yang kini telah berjaya raih pendapatan dari Facebook dengan “alah update wall pun dapat sales punya” kini ternganga kerana anda tak dapat nak buat macam tu lagi dah kalau Facebook TUTUP! Bisnes anda yang anda CONFIDENT sangat tu…yang anda pukul canang satu kampong mengatakan “dengan adanya Facebook, senang-senang je saya buat duit”…sekarang ni dah takde…amacam?

Saya tahu anda TAK SETUJU dengan post saya ni dan mungkin marah-marah tentang kontroversi yang sengaja saya bangkit-bangkitkan ini sedangkan benda tu belum terjadi!

Tapi cuba anda tengok myspace, friendster…APA SUDAH JADI? Takkan nak tunggu Facebook TUTUP pula barulah anda terhegeh-hegeh nak cari solution untuk kekalkan bisnes anda! Penatkan? Buat bisnes bersungguh-sungguh, dah hidup senang, ada yang dah berhenti kerja kerana bisnes di Facebook dah bagi income yang banyak TETAPI last-last Facebook TUTUP! Takkan nak start balik dari bawah kawan!

Ingat bila bisnes anda hanya bergantung pada satu kaedah pemasaran ianya ibarat telur di hujung tanduk bak kata Mat Salleh “put all eggs in one basket”.  Anda tak boleh buat apa-apa untuk elakkan benda ni kerana anda takde FULL CONTROL terhadap bisnes anda.

Saya harap anda boleh tidur nyenyak walaupun selepas tahu bisnes anda di Facebook dalam bahaya!

Fikir-fikirkanlah…

Nak bisnes anda STABLE walau apa terjadi di Facebook sekali pun? Ini mungkin boleh membantu anda, KLIK SINI: http://bit.ly/12ITkEo

 

Be Sociable, Share!
468 ad

6 Responses to “HARI KIAMAT FACEBOOK!”

  1. Itulah bisnes… Mana-mana pasti ada risiko. Jangan bergantung pada satu talian hayat sahaja…

  2. putaran roda pasti berlaku, tapi diharapkan bukan sekarang lah. hehe

  3. Fuh, perkongsian yg hebat.. terima kasih :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>