Bukan satu dua ebook dah kaya!

Salam hormat pembaca blog CikguHafis

 

Kali ni saya nak cerita berkenaan pengalaman pembelian ebook di internet yang selalu yang hadapi dan benda tu sehingga kini masih menghantui diri saya. Kalau nak ikutkan pembelian ebook ni, nilai yang saya dah belanjakan dah lebih dari RM50,000 untuk belajar pelbagai ilmu berkaitan pemsaran internet baik dari ebook tempatan hingga ke ebook antarabangsa.

 

Nak kata saya berduit? Hmmm saya pun pada awal bisnes internet pun meminjam-minjam dari sahabat-sahabat saya bukan untuk modal bisnes TETAPI untuk modal ilmu!

 

 
Pada mulanya saya frust kerana setiap kali saya membeli panduan ebook itu dan ini, saya rasakan yang ianya sukar dilakukan walaupun pada pandangan si penulis ebook tersebut ianya mudah! “Yelah yang menulis ni dah buat benda tu sebab tu lah senang” monolog hati saya, tetapi kunci sebenar dalam monolog saya tersebut adalah “dia dah buat sebab tu la senang”!  Pendek kata tiada satu benda dalam dunia ni pun yang mudah hatta semasa kita mula belajar membaca, mengira setiap kali itu juga kita akan merungut depan mak ayah atau guru kita “susahlaa” dengan muka boring tapi cute :)  .

 

But as time goes by, jangan katakan membaca, menyanyi pun dah boleh! Mengira pula, cuma congak sahaja.

 

Berapa lama masa yang kita peruntukkan sehingga ke tahap itu?  1 minggu? 1 tahun? Come on la kawan, ianya ambil masa lebih dari itu!

 

Sedar atau tak sedar?

 

Ingat tak sejak dari hari pertama, kita bersekolah hinggalah ke menara gading berapa harga segulung ijazah yang kita perlu modalkan untuk dapat bekerja pada gaji tertentu setaraf pencapaian kita? RM50 ke? Tidak, RM 1000? TIDAK….lebih dari RM100,000 bahkan ada yang lebih lagi!

 

Kenapa kita tak give up?

 

Ramai orang buat internet marketing separuh jalan jer, try satu ebook baca dalam sejam dua lepas tu terus kata…”adehhh, kata senang ni macam susah jer” dan terus give up.

 

ATAUPUN…

 

“Wahhh..senang jer ebook ni, esok aku start” buat punya buat dengan semangat berkobar-kobar, tiba-tiba hasil pertama tak untung, terus give up juga…adeh susah..susah!

 

Ingat ebook, rakaman video, seminar, personal coaching TAKKAN membantu anda jadi kaya! Tak pernah pulak saya dengar bila ada orang join personal coaching, si coach pula yang tolong buatkan! TAK PERNAH & TAKKAN JADI! Tak pernah pula saya dengar “ebook ni yang buatkan saya jadi kaya”! Tak pernah! Yang membuatkan anda jadi BERDUIT adalah sedikit ikhtiar anda PLUS tawakal pada Allah!

 

Sebab itu, niat saya bila saya beli sebuah ebook saya membelinya kerana ingin belajar sesuatu dari ebook tersebut dan peluang untuk saya mengenal penulis tersebut untuk networking di kemudian hari yang lebih menguntungkan.

 

Jangan pandang ebook sekadar coretan pdf semata-mata, ianya lebih dari itu! Semoga bermanfaat.

Be Sociable, Share!
468 ad

7 Responses to “Bukan satu dua ebook dah kaya!”

  1. Salam berbuka puasa,,
    Terimakasih info bagus tambah semangat blogging,,
    saya masih bingung dalam dunia blogging dan bisnes internet,,

    Terkadang macam mahu tinggalkan dunia blogging,,,
    terkadang rasa buang duit beli e-book,,

    Bila sedar bukan semua ilmu dapat percuma,,
    saya usaha juga beli e-books untuk tambah ilmu ini,,,

    sEKIAN,,
    tERIMAKASIH,,

    • Cikgu Hafis says:

      Teruskan usaha…

      Masih banyak lagi cabang bisnes dalam dunia internet ni, jika tempoh untuk anda cuba blogging tersebut dah terlalu lama…dah lebih setahun pun masih belum jadi apa2, cuba semak dahulu atau dapatkan personal coaching dari mana-mana guru yang berkaitan sebelum anda cuba bisnes internet yang lain.

      InsyaAllah, lambat laung akan berhasil juga.

  2. semuanya ada time frame masin-masing. Tinggal usaha dan buat kerja aje.

  3. sabturiah amatsuli says:

    ilmu memang unik bukan senang nak mempelajarinya tpi tdk bermakna kita tdk bleh mempelajarinya.Berusaha mendalami ilmu untuk sebuah kejayaan.

  4. Masalah mentaliti masyarakat semua nak mudah dan pantas. Di ambil kisah kejayaan dan teknik ‘orang lama’ saja tapi lupa mengambil pengajaran dari sejuta kegagalan ‘orang lama’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>