2 Tips Pilih Produk WINNER Boleh Hasilkan Sales Shopify

Assalamualaikum dan hai…

Dalam blog post kali ni saya nak share tentang 2 tips atau kriteria yang saya guna untuk tentukan produk WINNER yang boleh berikan sales untuk Shopify store saya.

Baca sampai habis ya!

 

TIPS 1: Produk Order Banyak

Yang ni memang common approach yang saya pakai. Apa-apa saya akan buat research base on teknik ni dulu.

1st, saya akan ke AliExpress dan kemudian saya type niche produk yang saya nak cari sebagai contoh, katakanlah saya nak jual produk dalam niche cat / kucing.

Jadi saya akan type keyword cat, macam dalam gambar ni…

01
Kemudian saya akan klik search dan AliExpress akan bagi kesemua produk dalam niche keyword yang saya taip kan tu.
02

Buat masa ni, data yang kita dapat dari AliExpress masih tak terusun lagi.

So, apa yang saya buat adalah saya nak AliExpress beri pada saya data mengikut bilangan order yang diterima.

Macamana nak buat tu?

Ok, senang jer… klik dekat butang Order seperti dalam gambar ni…

03
Lepas tu, AliExpress akan susun data mengikut bilangan order…
04

Perhatikan, data Orders di susun mengikut bilangan produk paling banyak order hingga ke paling sedikit orders. Tengok kotak merah dalam gambar di atas.

Dari data ni, kita boleh buat kesimpulan, produk yang mempunyai data order yang banyak adalah produk yang ramai orang suka. Kita boleh jual juga produk ni dan hasilkan sales kerana data orders dah membuktikan produk ni mempunyai demand.

KELEMAHAN: Adakalanya teknik ni boleh bagi saya sales dan adakalanya teknik ni langsung tak berikan saya sebarang sales. Mungkin antara sebabnya adalah disebabkan terlalu banyak order, jadi mungkin produk ni dah tepu (saturate). Ramai dah orang promote dan ramai yang dah beli.

Untuk counter teknik dalam tips 1 ni, boleh try teknik dalam tips 2 ni pulak…

 

TIPS 2: Produk Order Tak Banyak

Ok, saya try teknik juga dalam shopify store saya…

Instead of jual produk banyak order yang ramai orang dah beli, saya try produk yang tak berapa banyak order.

Tak berapa banyak order ya, bukan takde order langsung! Kena paham tu.

Jadi saya akan semak satu per satu produk yang ada dekat dalam Ali Express dalam niche keyword yang saya taipkan tadi.

Saya akan pilih produk yang UNIK, ada WOW FACTOR – saya tengok terus macam boleh jual jer ni dan data orders dalam puluh-puluh ke ratus-ratus jer.

Sebagai contoh produk ni…

05
So, saya test dan ini hasilnya…
06

Ok, ni sebahagian sales yang saya dapat. Nak dekat 20 sales juga jual tikus mondok ni hehehe :)

 

KELEMAHAN: Tips 2 yang saya bagi ni, ada kelemahannya juga. Ada beberapa testing yang saya buat guna tips 2 ni GAGAL, takde sales langsung atau tak menguntungkan.

Sebabnya…memang dalam data orders AliExpress menunjukkan produk-produk ni tak banyak orders. Ada kemungkinan di sini,  mungkin marketer lain kurang promote produk tersebut dan menjadikan senanglah untuk kita promote dan buat sales kerana market untuk produk ini tak tepu.

Kemungkinan ke 2, marketer lain pun dah promote dah… tapi memang payah nak lekat sales.

 

Nasihat saya, buat banyak split test untuk tentukan produk mana yang WINNER. Kita boleh gunakan dua tips ni sebagai garis kasar panduan sahaja untuk kita decide produk ni boleh berikan sales ataupun tidak. Apa-apa the best way, adalah semua produk kita kena test dulu.

Dah test, ada result barulah kita boleh CONFIRM produk tu winner dan terus scale up untuk hasilkan keuntungan.

Moga-moga apa yang saya share dalam post kali ni dapat memberikan anda idea untuk lakukan research produk untuk bisnes USD Shopify anda.

Komen sikit, belajar something tak dari sharing saya ni?

Leave a reply:

Your email address will not be published.