True Life Changing Story Encik Y

Bismillahirrahmanirrahim…

Lama juga saya tak share cerita-cerita “PANAS” dalam blog ni. Last sekali pun sebelum Raya Puasa baru-baru ini. Jadi, InsyaAllah saya akan sambung update blog saya ni dengan kisah-kisah inspirasi base on REAL LIFE EXPERIENCE saya dan juga berdasarkan kisah orang lain.

Tujuannya tak lain tak bukan, nak bagi pembaca blog saya sentiasa terinpirasi dan sentiasa bermotivasi untuk take action dalam sebarang bisnes online yang anda ceburi.

01

Ceritanya bermula 3 tahun lepas, sekitar tahun 2015…

Saya perasan seorang Mamat ni, asyik beli ebook or video tutorial produk saya. Asal buka jualan jer… dia mesti grab. Nama dia ni boleh dikatakan antara 10 orang terawal sentiasa beli produk saya. Tak pernah miss. Buat masa ni, kita gelarkan dia Encik Y.

Boleh dikatakan kesemua produk saya, semua Encik Y beli.

Mula-mula tu, saya tak perasan sangat… sebab nama dia ni baru je muncul. Tapi lama kelamaan, apabila saya sering approve sale produk-produk saya, baru saya perasan nama Encik Y ni.

“Ok… maybe dia dah beli produk aku sebelum ni dan buat banyak sales kot, that’s why dia beli lagi sebab berkesan dan nak belajar lebih lagi” gumam hati saya.

Saya terdiam depan PC, sambil approve sales-sales produk yang lain.

Namun begitu, fikiran saya melayang-layang teringatkan nama Encik Y.

Lama-lama, saya tergerak hati untuk semak semua sales under Encik Y.

Saya semak satu per satu… setiap sales, setiap produk untuk mencari adakah Encik Y beli kesemua produk saya tahun tu.

Lepas 1 jam… setelah saya semak kesemuanya… SAH! Mamat ni beli semua dan dia selalu antara orang terawal beli produk saya.

“Sekodeng” Encik Y

Saya makin interested nak tahu, siapa Encik Y ni dan kenapa dia “SUKA” beli produk saya.

“Meh sini, aku skodeng wall FB dulu…” bisik hati saya.

Saya terus type email dia dan terus belek-belek wall FB dia ni.

Saya tengok 15 minit yang lepas dia ada promote link affiliate produk digital saya. Saya scroll down tengok ada like ke tak… “hmm… sunyi, mungkin baru lagi kot” takde orang like langsung.

Saya scroll lagi ke bawah di wall fb dia… tengok post-post sebelum ini.

“Eh… ni promote simkad pulak” tertanya-tanya saya di dalam hati. “Ada 2 orang jer like” bisik hati saya.

Saya scroll lagi… tengok bulan lepas punya posting. “Wuih… macam-macam ngko promote ni” sambil geleng-geleng kepala saya tengok dia ni promote macam-macam produk di wall fb dia, ada promote link affiliate, promote simkad, promote bisnes MLM, promote emas… uishhh macam-macam. Dah macam PASAR MALAM wall FB dia ni. Semua benda yang boleh bagi dia komisyen, boleh bantu dia buat duit… semua dia nak try.

Teringat macam saya dulu-dulu jugak. Macam nilah saya dulu masa mula-mula buat bisnes online. Nak try macam-macam dengan harapan kalau kena salah satu pun dah ok dah.

Tapi normally bila buat macam ni… satu pun tak kena. Kalau kena pun nasib-nasib jer. Bila try buat lagi sekali, dah tak jadi. Tak konsisten dapat sales or income.

Saya terus memerhatikan cara Encik Y post dan update wall FB. Saya ikut rapat setiap posting dia.

Lebih kurang 3 bulan juga saya kerap sekodong-sekodeng wall FB dia ni. Keadaan masih tak berubah. Sama sahaja. Semua yang dia promote, semuanya suam-suam susu sahaja. Kalau ada orang like pun, tak sampai 10 orang… yang beli…confirm lagi tak ramai, silap-silap takde orang.

Pertemuan Pertama Dengan Encik Y

Disebabkan Encik Y ni memang selalu beli produk saya… tak kiralah saya offer apa sekalipun. Ada sekali tu, saya buka kelas coaching tentang bisnes ebook. Seperti yang dijangkakan… dia join. Sedangkan kelas tu 2 minggu lagi… dia terus register, tak tunggu last minute.

“Cantek… akhirnya jumpa pun aku dengan Mamat ni” bisik hati saya bila lihat nama dia dah register dalam senarai peserta.

Dipendekkan cerita, pada hari kelas coaching tu, Encik Y hadir dan dia adalah antara orang yang duduk di barisan-barisan hadapan dalam kelas.

02

Dalam kelas, saya perhatikan dia memang FOKUS 100% apa yang saya tunjuk dalam kelas tu. Apa yang saya suruh buat, semua dia try buat dalam kelas tu.

Beberapa hari lepas kelas coaching tu, saya aturkan satu secret meeting dengan Encik Y di KL.

Mula-mula kita sembang kosong dulu… lepas tu saya terus lompat ke soalan bonus … “Saya dah lama sekodeng wall FB Encik Y… nak tanya sikitlah… saya perhati banyak sangat promote macam-macam ni… pernah ada sales ke?”

Dia terdiam seketika dan serentak menarik nafas panjang sambil menjawab… “Ada Cikgu… tapi tak banyak. Kalau sehari promote 4 kali, kadang-kadang dapatlah seminggu dalam 3-4 sales”

“Uihhh sikit sangat tu” sambung saya. “Ok, hari tu… dalam kelas saya dah tunjuk macamana nak start bisnes ebook… and melalui ilmu dari bisnes ebook ini, u boleh sesuaikan dan apply pada bisnes lain pula nanti” saya terus tunjukkan dia solution.

“Jap… jap , Cikgu” Encik Y menahan saya sebelum saya “NAIK SHEIKH”, dia capai beg sandang dia dan terus keluarkan pen dan kertas.

Saya tengok dia dah ready dan saya sambung apa yang perlu dia buat…

Idea Ebook Encik Y

“So, first step yang u kena buat adalah u kena ada idea untuk mula tulis ebook ni” saya berikan arahan.

Ni yang saya bagitahu kat dia…

Buat ebook berdasarkan 3 benda ni…

  1. Minat
  2. Pengetahuan
  3. Pengalaman

Ada tiga-tiga pun ok, atau salah satu dari 3 benda tu pun dah ok.

Dia tengok saya dengan muka BLUR. “Saya takde idea, Cikgu… semua yang saya buat tak jadi berapa hebat… dapat result sikit-sikit jer, dapat nasib-nasib jer…saya bukannya pakar, bukannya sifu… tu yang saya tak tahu nak buat ebook pasal apa” jawab Encik Y.

Saya senyum jer… ”tu yang ramai orang SILAP.”

Saya sambung lagi… “nak buat ebook ni, tak perlu sampai kita jadi OTAI dah dapat ribu-ribu RM baru nak tulis ebook atau pun kita dah tere gila tentang sesuatu tu baru nak buat ebook. Sebenarnya kita boleh buat ebook berdasarkan pengalaman dan pengetahuan kita sahaja… maksudnya yang kita pernah lalui dan apa yang kita tahu jer… kalau tak tahu, tak yah buat, takut nanti ajaran sesat pulak”.

Saya terus pancung… “sekarang ni saya nak Encik Y list down apa yang Encik Y tahu… tak kisahlah banyak ke sikit… ada result ke takde result”

Encik Y terus ambil pen dan mula mencatat.

“Saya solat Zohor jap, jap lagi saya datang balik… sementara tu u senaraikan sebanyak mungkin apa yang u tahu” saya terus bangun dan bergerak ke Surau untuk solat Zohor.

Saya sengaja biarkan Encik Y keseorangan supaya lebih mudah dia melontarkan idea-ideanya.

Semua Orang Ada Idea Ebook RM5Angka

Lepas 20 minit, saya mula bergerak untuk kembali ke tempat meeting saya dengan Encik Y tadi.

Dari jauh saya nampak Encik Y, belek-belek kertasnya dan sekali sekala mencatat sesuatu di kertas. Mungkin idea tengah mencurah-curah kot.

Sampai jer di meja, Encik Y terus tengok muka saya “Jap yer Cikgu… idea tengah datang”. Saya senyum dan biarkan sahaja dia teruskan.

Lepas beberapa minit, dia letakkan pen “ni dia Cikgu…” dia terus hulurkan kertas mengandungi coretan-coretan idea yang dia catat untuk ebook dia.

Saya lihat satu per satu…

  1. Affiliate Marketing
  2. Promosi Produk di wall FB
  3. Email Marketing
  4. Close sales di PM Facebook

Dan banyak lagilah idea yang dia tulis. Nak dekat 50 kesemuanya.

Saya tengok muka dia, dan saya tanya… “semua ni ada yang ada result? Sikit-sikit pun takpe”

“Ummmm….” Panjang gumam Encik Y ni sambal jarinya memusing-musing di atas kertas berfikir yang mana satu ada result.

“Hah… yang ni ada sikit” dia tunjuk ke kertas tersebut.

“Berapa?” tanya saya.

“Sikit jer Cikgu… dapatlah sebulan RM500… tapi kerja penat Cikgu… banyak benda kena buat” jawab dia.

“Ok… yang ni yang perlu ada result income… yang tak perlukan result income, tapi kalau buat dapat certain outcome… contoh macam buat website ke… lepas buat certain step siap satu website ada tak tahu benda-benda macam tu? tanya saya lagi.

“Kalau macam tu, saya tengah buat benda ni…” Encik Y terus halakan jari telunjuk dia kat tajuk Email Marketing.

“Saya tahu macamana nak buat landing page, dan sekarang memang tengah kumpul prospek sikit demi sikit… sehari dapat dalam 20 – 30 orang prospek je… belum ada apa-apa sales lagi dari prospek ni” sambung Encik Y.

“Ahha! Cantek Encik Y! kita dah jumpa tajuk ebook yang POWERUL!” saya terus jabat tangan dia dan senyum. “This is a good ebook” jawab saya.

“Boleh ke Cikgu? Saya takde result income pun, baru je dapat prospek” tanya Encik Y.

Ni jawapan saya… “kalau macam tu, kita jangan lah claim atau kata kita buat income… kita just FOCUS bantu orang, ajar diorang ni buat landing page untuk collect prospek, macamana nak intergrate sistem dan macamana nak collect 20 -30 orang prospek sehari”

Sambung saya lagi “yang tak betul, kalau kita tak buat income… lepas tu kita claim buat income guna teknik ni”.

“Kali ni angle kita adalah kita tunjukkan macamana buat landing page dan email marketing serta collect 20 -30 prospek sehari sahaja. Tanpa promise atau claim kita buat income. Hanya nak ajar orang simpan database atau buat prospecting sahaja” sambung saya lagi untuk mencerahkan supaya dapat meyakinkan Encik Y untuk buat ebook berdasarkan topik ini.

Sepanjang pengalaman saya hasilkan ebook dan bantu ramai student saya launch ebook mereka, bukan semua ebook yang ditulis, penulis kena dapat result ribu-ribu RM. Ada juga ebook atau produk digital yang bukannya mengajar orang teknik atau strategi untuk buat duit tetapi panduan untuk buat sesuatu.

Ok saya bagi contoh sikit…

 

  • Panduan Web Jualan – boleh tunjukkan step by step macamana nak pasang website untuk letak produk-produk untuk dijual. Panduan macam ni dapat membantu orang lain untuk bina website jualan mereka sendiri.

Ramai orang nak panduan ni sebab diorang nak belajar pasang minisite sendiri. Tak perlu pun dengan panduan macam ni ada claim sampai dapat ribu-ribu RM sebab ianya panduan untuk buat minisite jualan sahaja.

Lain lah kalau anda angle panduan bagaimana nak buat jualan melalui minisite… itu dah lain cerita dan memang kena ada result-result income

 

  • Persediaan Perkahwinan – Kita lari sikit dari topik Internet Marketing sebab takut anda yang baca blog saya ni fikir asyik kena buat pasal panduan Internet Marketing jer. Padahal terlalu banyak idea untuk buat ebook RM5angka.

Jadi, jika anda buat ebook tentang Persediaan Perkahwinan, anda boleh senaraikan barang-barang yang perlu dibeli, apa yang bakal pengantin perlu buat, apa dokumen yang perlu disediakan dan mungkin anda boleh selitkan pasal bajet perkahwinan, macamana nak bajet untuk kenduri dan sebagainya.

Saya pasti tajuk ni pun ramai bakal-bakal pengantin nak beli ebook anda sebab tak semua orang tahu apa yang perlu dibuat nak get ready untuk kahwin.

 

  • Basic Memasak – Yang ni idea student baru saya… dia nak ajar bagaimana untuk orang yang tak tahu memasak belajar dari asas.

Dia tunjuk cara nak siang ikan, cara nak potong daging, nak bersihkan dan potong ayam.

Ebook dia ni bantu selesaikan BANYAK MASALAH orang-orang sekarang disebabkan keadaan LIFESTYLE sekarang ni, ramai orang especially yang baru berumahtangga tak tahu macamana nak masak. Jangan kata nak masak, nak sediakan bahan pun tak tahu… nak bezakan sayur kangkung & sayur bayam pun tak tahu.

Kalau tengok rancangan TV, especially kalau chef-chef hebat ni masak, diorang tak tunjuk dah macamana nak pilih ikan, potong daging semua tu… semua dah siap. Terus campak-campak jer… siap. Senang jer diorang cakap, campak-campak dah siap… padahal ramai orang tak tahu basic sebelum nak campak-campak tu.

 

Banyak lagi lah idea nak buat ebook yang boleh hasilkan RM5angka tanpa kita perlu jadi pakar atau dah ada result income ribu-ribu ni. Saya pasti sampai contoh ni, anda dah mula nampak betapa besarnya peluang untuk buat duit melalui bisnes ebook.

Semua orang boleh buat ebook dan hasilkan RM5Angka.

Encik Y Mengorak Langkah

“Ok Cikgu… saya dah clear!” jawab Encik Y dengan penuh senyuman seperti terjumpa sebuah sinar harapan.

“Balik ni saya start buat, seminggu siap” sambungnya lagi sambal mula menyimpan laptop dan menyimpan kertas serta pen yang digunakan untuk mencatat idea tadi.

Dari body language dia, saya PASTI Encik Y yakin  dengan apa yang dia buat dan dia boleh siapkan dalam masa seminggu.

Kami bersalaman dan masing-masing bawa hala tuju masing-masing.

Hari berganti hari…

Sejak last pertemuan saya dengan Encik Y, ada juga masa saya cuba sekodeng wall FB dia ni.

Tapi ianya dah tak macam dulu. Senyap… takde update, takde promosi pasar malam.

Dalam hati saya “Ehhh senyap jer… ok tak ni?”… bukannya takut kalau dia ni menghilang dan langsung tak take action buat bisnes ebook dia sedangkan idea content dah POWER dah.

“Takpe lah… think positive, dia tengah FOCUS tu” bisik hati saya.

Sedar tak sedar, esok genap seminggu Encik Y janji sepatutnya siapkan ebook dia. Tapi sampai hari ni, masih senyap… tiada apa berita.

“Eh.. ada orang PM kat Facebook” gumam hati saya ketika saya buka FB malam tu. “Ohhh Encik Y rupanya…” sambung saya lagi.

“Salam Cikgu… esok jumpa dekat tempat hari tu kan? Saya nak minta Cikgu cek ebook saya ok ke tak?” tanya Encik Y dalam ruangan PM di Facebook.

Saya reply “Ya, tempat dan waktu biasa… jumpa esok!”

Keesokkan harinya…

“Dah siap dah ebook?” tanya saya. “Dah Cikgu.. cuba tengok” jawab Encik Y. Laptop terus dihalakan pada saya.

Saya baca setiap satu sambil perlahan-lahan scroll ke bawah.

“Ok, PERFECT Encik Y!... semuanya OK, takde apa yang saya nak review lagi.” Bagitahu saya pada Encik Y.

“Ok, sekarang ni buat next step iaitu Prospecting” bagitahu saya pada Encik Y.

“Make sure FOCUS 100% dapatkan 2000 email prospek dalam masa 2 minggu” sambil tu saya terus tunjukkan step-step yang perlu Encik Y buat supaya dia dapat collect 2000 email prospek dalam tempoh yang saya berikan tu.

Prospecting Untuk Long Term Business

Selepas 2 jam saya tunjukkan teknik dan strategi untuk buat prospecting ni, Encik Y dah tahu apa yang dia perlu buat next step. Dia pun mula simpan laptop dan mula mengemas buku nota dan alat tulis.

Saya tersandar kepenatan setelah 2 jam guide Encik Y untuk follow teknik dan strategi tersebut.

Sambil dia mengemas, dia sembang-sembang ringan dengan saya “So, Cikgu pegi mana lepas ni?” tanya dia.

“Ntah… maybe balik Seremban terus or maybe cek tiket wayang dulu… kalau ada cerita best why not pergi tengok kejap” jawab saya.

“Senang ya Cikgu bisnes online ni, bisnes ebook ni… siap ebook, buat prospecting, lepas tu promote dan buat income?” tanya Encik Y.

“Nak kata senang tu taklah Encik Y especially kalau kita tak tahu cara yang betul” jawab saya.

Saya sambung lagi… “dulu masa saya start bisnes online ni, saya buat macam-macam bisnes jugak kat online, saya PM sorang-sorang kawan saya suruh join MLM… semua unfriend saya”

“Lepas tu, saya try buat affiliate marketing… kononnya ambil je link affiliate lepas tu promote la kat wall, buat macam ayat-ayat rekemen sikit tapi macam tak menjual… pun friend saya dapat hidu saya menjual” sambung saya lagi.

“So, selain dari produk kita kena bagus… kita kena ada the right PROSPECT, kena educate prospek kita, buatkan diorang percaya then barulah diorang nak beli dari kita” saya terus sambung… rasa macam dah nak naik sheikh dah ni.

Encik Y dari tengah simpan barang dan nampak macam nak balik, kini sambung duduk semula. Round 2 bakal bermula hehehe…

“Penting ke Prospecting ni Cikgu?” Encik Y mula bertanya.

Ini jawapan saya pada Encik Y…

“Prospecting ni sangat penting sebab…

  • Prospek Yang Betul – masa saya start dulu, saya promosi kat kawan-kawan FB saya yang mana mereka semua adalah kawan-kawan sekolah saya, kawan-kawan satu university… jadi memang susah nak dapat sales.

Tetapi kalau kita follow teknik & strategi prospecting macam saya tunjuk kat u tadi tu… kita dapat the right kind of people – strangers yang tak kenal siapa kita sebelum ni dan mereka adalah orang yang mencari.

  • Banyak Prospek, Banyak Sales – lagi ramai prospek kita, lagi banyak kita boleh buat sales.

Contoh katakan kita dapatkan 2000 orang prospek yang TARGETED dan katakan busuk-busuk 5% sahaja dari prospek tu akhirnya beli ebook kita… which is dalam 100 orang dan kita jual ebook tu pada harga RM100.

Kita senang-senang jer hit RM10,000 dari prospek yang kita ada tu.

  • Prospek Berganda – Proses Prospecting ni bukannya sekali ni sahaja. Perlu dilakukan setiap bulan. Jadi target setiap bulan ada 2000 prospek baru.

Jadi secara tak langsung, kita dah boleh buat income konsisten RM10,000 setiap bulan hanya dengan disiplinkan diri menambah 2000 orang prospek setiap bulan.

Lagi dahsyat… katakan setiap bulan 2000 orang prospek…setahun dah berapa?

2000 orang prospek X 12 bulan (setahun) :

24,000 orang prospek SETAHUN!

Agak terkedu + tercenggang juga Encik Y, tengok congakkan saya ni.

“Dan teknik dan strategi untuk prospecting yang saya ajar u hari ni dan dalam kelas coaching hari tu boleh guna bukan sahaja untuk bisnes ebook ni… u boleh pakai dalam semua bisnes” tegas saya.

Saya terus sambung… ”U bayangkan bisnes u 5 tahun dari sekrang dan u buat disiplin macam ni… apa akan jadi?” sambil tu saya tanya Encik Y.

“Hehe… jadi kaya, Cikgu” dia senyum. “Boleh berhenti kerja saya kalau macam tu, Cikgu” sambungnya lagi.

“Yes, memang betul as long as u buat benda ni. Kalau tak buat, tak dapat la yerr, kena faham tu” sambung saya lagi.

Take Action & Make It Happened

Lepas coaching tu, Encik Y kerap PM saya untuk update progress prospecting setiap hari.

Dia follow sebijik apa yang saya tunjukkan pada dia dan setiap hari boleh dapat lebih kurang 100 – 200 orang pertambahan TARGETED PROSPEK. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang kami discuss.
03

Selepas 2 minggu kami jumpa semula untuk discuss next step yang perlu Encik Y lakukan iaitu Promosi.

Lepas dah dapat 2,000 prospek kerja Encik Y jadi semakin mudah. Dia dah ada senarai prospek yang betul-betul berminat sahaja. Bukannya prospek kawan-kawan sekolah, bukannya prospek kawan-kawan university yang asyik nak reject dan dan condemn jer memanjang.

So dalam sesi pertemuan saya dengan Encik Y, saya tunjukkan step yang perlu dia lakukan untuk proses promosi produk digital atau ebook beliau.

“Ok Cikgu, saya faham! Saya follow jer” bagitahu Encik Y selepas 2 jam saya guide dia teknik dan strategi untuk promosi ebook dia.

“So, get ready… tapak tangan kanan ada rasa gatal-gatal tak?” tanya saya sambal senyum.

“Haha… gatal sikit-sikit Cikgu” jawab Encik Y. “InsyaAllah… kalau semuanya dah follow ikut teknik dan strategi yang betul, CONFIRM boleh sangkut punya” sambung saya.

“So, oklah Encik Y… best of luck to you… lagi 2 minggu kita launch! Time to make money” saya hulurkan tangan dan berjabat salam dengan Encik Y sebagai isyarat Good Luck.

Lepas dari coaching tersebut, saya monitor rapat setiap kerja promosi yang Encik Y buat dan sekali sekala bagi dia arahan apa yang perlu dibuat untuk mantapkan lagi kerja-kerja promosi.

Kini Tibalah Masanya. Launch Day.

Hari berganti hari…

Setelah sekian lama Encik Y berusaha dalam bisnes online, hari ini adalah hari PALING BESAR dalam hidup beliau.

Sebelum-sebelum ni, dia asyik promote macam-macam di wall fb, promote merata-rata, promote macam-macam…

Kali ni dia FOKUS buat step by step dan 2 benda ni…

  1. Dapatkan prospek yang betul.
  2. Hanya promosi pada prospek sahaja.

Yelah mula-mula dia pun takut juga sebab, dah biasa promote kat wall FB, dapatlah 3-4 sales seminggu. Tapi saya suruh dia buat benda yang bertentangan dengan apa yang dia biasa buat. Saya bagitahu dia jangan promosi terus kat wall… rilek dulu. Kumpul prospek yang betul-betul SERIUS jer lepas tu baru lah promosi.

Malam tadi dia PM saya “Cikgu, benda yang paling saya risau adalah… what if kalau penat saya STOP promosi kat wall fb, follow apa yang Cikgu cakap dengan buat prospecting dulu tapi bila launch ni satu sales pun tak sangkut… that is my biggest concern”.

Sejurus nampak PM tu, apa yang saya boleh jawab ni jer… “U dah buat ikut cara u sebelum ni… and u still kat sini.” Saya sambung… “untuk nampak perubahan, kita kena berani berubah.”

04

“Sabar Encik Y, kita tengok esok macamana… malam ni doa banyak-banyak, solat hajat, baca Yassin 3 kali sebelum tidur” sambung saya lagi.

“Ok Cikgu… saya follow jer” jawab Encik Y. “InsyaAllah boleh ni Encik Y” sambung saya lagi.

Perbualan kami dalam PM di Facebook berakhir sekitar 11 malam.

Saya terus tidur.

Keesokkan harinya, tepat pukul 9 pagi Encik Y terus PM saya “Ok Cikgu… semuanya dah ready, pukul 10 ni launch. Doakan saya ya”

“Don’t worry, InsyaAllah ok tu.” jawab saya.

Tepat pukul 10, saya tengok jam di dinding bilik saya… “hmmm dah launch ni… hopefully banyak la sangkut sales” bisik hati saya.

Saya terus jauhkan diri dari computer dan langsung tak nak bukak FB… hoho suspend tau.

Saya nak tenang-tenang dulu.

Lepas je makan tengahari dan solat Zohor, saya duduk semula depan computer dan mula buka Facebook.

Nampak dah ada orang PM, saya buka PM tu dan yes salah satu PM adalah dari Encik Y…

05

Yessss!!! Akhirnya Encik Y berjaya pecahkan ruyungnya. Baru 4 jam jer dah ada 6 sales. Kalau sebelum ni, nak dapat sales macam tu ambik masa seminggu lebih dan kena promote pagi, petang, siang, malam dan kena promote macam-macam.

Lepas tu, dia update lagi…

06
Sales semakin bertambah dari jam ke jam…
07
Sales terus masuk sehingga ke pagi buta… orang dah tido, Encik Y tak tido-tido lagi.
08
Sales masuk secara berterusan. Kini dah dapat bilangan sales sama dengan 2 bulan sales yang biasa Encik Y buat hanya dalam masa 2 hari sahaja.
09
Saya pulak menyibuk nak tahu. Excited student dah berjaya :).
10
Ada satu teknik tu yang saya ajar pada Encik Y ni akan buatkan sales dia masuk terlalu banyak pada hari tertentu… macam banjir.
11
Malam tu saya tido awal, saya tak stay up. Tapi Encik Y PM saya dan update ni…
12

Lepas subuh baru saya sempat ucapkan tahniah.

Excited betul Encik Y tengok perubahan yang berlaku bila dia decide untuk ubah teknik dan strategi bisnes online.

Sedar tak sedar, bisnes ebook Encik Y terus hasilkan 70 sales dalam masa 2 minggu…

13

Encik Y Selepas Setahun

Bermula dari malam tu, Encik Y terus melakar kejayaan demi kejayaan…
14
15

Sampai bahagian ni, saya masih tak reveal lagi siapa Encik Y. Well… oklah saya saja jer simpan last-last baru nak reveal.

Encik Y ialah Yusof Kushairi atau lebih dikenali dalam dunia Internet Marketing Malaysia sebagai Sensei Yusof.

16

Namanya semakin hari semakin menaik dan sejak dia apply teknik dan strategi yang saya tunjuk padanya, tak pernah sekalipun dia GAGAL buat sales dan paling penting, dia dah tak duduk depan PC pagi, tengahari, petang, malam dan spamming sana sini, dah takde lagi promote kat wall FB macam pasar malam.

Dia hanya lakukan mengikut sistem, teknik dan strategi yang saya tunjukkan. Dengan usaha dan disiplin dia sendiri, dia berjaya hasilkan RM4angka setiap kali dia lakukan promosi. Untuk dia hasilkan RM4angka SANGAT MUDAH dan hanya ambil masa beberapa hari sahaja.

16
17
18
Kini Encik Y a.k.a. Yusof Kushairi atau Sensei Yusof bukan sahaja menikmati hasil income dari bisnes ebook tetapi dia juga ada lebih banyak masa bersama family. Kuat bercuti dia ni sekarang…
19

Itulah serba sedikit cerita pasal Encik Y atau Sensei Yusof ni. Dia berjaya sebab dia UBAH cara, UBAH teknik & strategi dari asyik promote kat wall fb hari-hari tanpa hala tuju ke arah mulakan satu bisnes ebook yang pada awalnya dia sendiri pun tak tahu dan takde klu bagaimana nak lakukan bisnes ini.

Kisah dia sama dengan kebanyakkan kisah peniaga-peniaga online kat luar sana… ada yang sehingga ke hari ini masih terperangkap dengan jerat yang dipasang sendiri.

Niat asal nak buat duit, tetapi disebabkan salah strategi, tiada fokus dan tidak ada teknik dan strategi yang betul, mereka masih berpusing-pusing di dalam tu mencari jalan keluar yang seperti tiada penghujungnya.

Saya masih ingat lagi apa yang saya katakan pada Encik Y “u dah buat benda ni bertahun-tahun and u still kat sini, why not try cara yang lain… untuk nampak perubahan, kita kena berani berubah”

20

Tahniah Sensei Yusof.

Moga kisah ini menjadi inspirasi untuk anda yang membaca untuk mula take action dan lakukan perubahan dalam bisnes online anda.

Saya harap saya dapat tulis kisah anda pula selepas ini. InsyaAllah.

THE END

4 comments On True Life Changing Story Encik Y

Leave a reply:

Your email address will not be published.