Mamat X Bisnes Kerana Dendam Buat RM400k

Bismillahirahmanirahim…

Ini adalah kali pertama saya tulis tentang seorang student saya yang saya tak pernah introduce pada sesiapa atas sebab menjaga privasi student saya ini. Malah semua student Personal Coaching (PC) saya dan staf saya pun tak kenal siapa dia ni.

Bukan itu sahaja, testimonial, gambar dan siapa orangnya juga saya terpaksa sorokkan atas sebab privasi juga. Itulah syarat yang dia bagi kat saya untuk membolehkan saya post tentang cerita ini.

Bukannya apa, dia TERPAKSA buat bisnes Internet Marketing ini kerana dendam dan kecil hati pada… (saya akan cerita nanti).

Baca sampai habis…

Kisah Student Misteri

Cerita ini adalah cerita tentang student PC saya yang PALING AWAL dan ketika itu saya baru 4 tahun dalam bisnes IM. Masa tu, saya sendiri pun belum ready nak buat apa-apa PC tentang bisnes produk digital. Saya hanya tahu buat bisnes produk digital untuk diri saya sendiri.

Ceritanya bermula 4 tahun lepas apabila saya dijemput untuk bagi talk tentang teknik dan strategi simple yang saya buat untuk bisnes t shirt di Facebook. Masa tu, saya baru lepas eksperimen 3 bulan dan berjaya hasilkan income RM2k – RM3k dari bisnes t shirt di Facebook ini.

Jadi dalam talk tersebut, saya perlu tunjukkan case study ini untuk yang hadir pun boleh follow dan buat.

Kalau ikutkan RM2k – RM3k income sebulan tu tak lah banyak mana dalam bisnes t shirt ataupun kalau guna platform Facebook tetapi ada orang kat luar sana yang memang nak tahu macamana nak buat income banyak tu. Yelah ada yang saja-saja je buat bisnes FB ni just untuk tambah income sahaja… buat duit tepi. Bagi mereka cukup dah kalau dapat extra RM2k – RM3k sebulan.

Saya pula berbeza. Tujuan saya buat eksperimen bisnes t shirt di Facebook ini adalah untuk dapatkan sedikit result sahaja. Dah dapat result tu, saya record video tentang Case Study step by step macamana saya buat. Video tersebut saya jual dengan harga RM100 untuk setiap akses.

Jual t shirt di Facebook dapat RM2k – RM3k sebulan tapi jual panduan tentang bisnes t shirt di Facebook, saya dapat RM20k – RM30k sebulan. Itulah sebab utama saya buat eksperimen ini. So anda yang tengah baca blog dan tulisan saya ini pun, saya galakkan anda ada mindset macam tu dan nampak peluang ini.

Yang mengejutkan… lepas 8 bulan saya jual video bisnes t shirt di Facebook ni, ada seorang pembeli video ini terserempak dengan saya di Bazaar Ramadhan di Bangi. Dia tegur saya … ”CikguHafis ke ni?”, saya senyum… “ Ya saya.” Dia terus bagitahu kat saya… “Cikgu, saya beli video pasal bisnes t shirt di Facebook yang Cikgu jual hari tu… Alhamdulillah saya baru je buat kilang kecik untuk bisnes T shirt ni. Yang Cikgu tunjuk tu, saya dapat order sampai ke Jepun tau.”

“Alhamdulillah… hebat!” saya terus berjabat tangan dengan dia sebagai tanda ucapkan tahniah. Saya tanya… “berapa boleh dapat dari bisnes tu?”… dia bisik “dalam 30k gak cikgu salesnya”. “Perghhh POWER”… terkejut saya dibuatnya. Saya terus berbual pendek dengan dia ni tanya-tanya pasal Bazaar Ramadhan di Bangi ni dan lepas tu masing-masing bawa haluan sendiri.

Dalam hati saya rasa terlalu puas dan happy bila lebih ramai student saya berjaya hasilkan income dari teknik dan strategi saya. Susah nak gambarkan feeling ni macamana.

Ok, stop sampai situ. Itu cerita pasal macamana saya dijemput untuk bagi talk tentang bisnes t shirt ini.

Dipendekkan cerita, masa untuk saya beri talk tersebut hanyalah dalam 2 jam sahaja. 1 jam setengah content, setengah jam lagi UPSELL (kena jual kelas). Biasalah mana-mana seminar atau konvensyen, talk memang speaker kena upsell.

Lepas UPSELL, adalah dalam 20 orang yang sign up untuk kelas bisnes t shirt di Facebook. Seorang bayar RM999. Jadi kalau 20 orang dah nak dekat RM20k. Bagi talk sejam, dapat RM20k… “fuisyhhh… siapa nak bagi?”

Sebab tulah anda tengok ramai IM yang berebut-rebut nak buat ebook, sebab lepas ebook dia boleh buat kelas dan lepas kelas boleh pulak buat Personal Coaching dan caj ribu-ribu RM!

Kalau ikutkan total funnel dari video bisnes t shirt di Facebook sahaja…

Tak termasuk lagi, ada 3-4 kelas lagi dan beberapa aktiviti seperti kelas online (webinar), Personal Coaching dan macam-macam lagi. At least total sales dari satu produk digital sahaja dah boleh makan sampai RM100k.

Sebab tulah saya bersungguh-sungguh nak share tentang bisnes produk digital, bisnes ebook, bisnes video sebab ramai yang tak nampak betapa besarnya income yang boleh di buat tetapi hanya nampak nak buat produk digital leceh, takde idea dan macam-macam lagi.

Alamak… dah mula meleret 🙂

Asalnya nak cerita pasal student saya, ni terleka cerita pulak pasal funnel produk digital.

Ok sambung…

Kejadian Lepas Dinner

So lepas habis talk petang tu, normally ada dinner untuk speaker dan organizer akan bagi sales report untuk setiap speaker beserta dengan nama peserta dan contact information mereka ni.

Tengah-tengah makan ni, seorang organizer pas sales report kat saya… “ni CikguHafis punya” saya sambut… “alrite… thank you” lepas tu organizer ni sambung dan dia bagitahu personally kat saya “ada sorang Mamat ni, dia sign up semua speaker” saya senyum “Ok… good for him!” elok saya habis cakap organizer ni sambung lagi… “tapi yang CikguHafis punya jer dia tak sign up”.

“Ok, maybe saya punya pasal bisnes t shirt di FB, dia tak minat kot… so no problem lah.” saya jawab. Memang dah tugas organizer untuk cek dan memang normal untuk mereka bagitahu tentang siapa peserta atau student coaching. Saya ok jer.

Dinner malam tu habis awal sebab semua ada urusan masing-masing. Tak sampai pukul 10 malam, saya minta diri.

Kebetulan nak ke car park, memang lalu depan Surau. So saya dan wife decide untul solat Isyak dulu sebelum balik ke Seremban. Senang dah balik nanti, boleh terus rehat.

Masa masuk dalam surau, ada sorang Mamat ni tengah bersandar di dinding… dia tengok saya dan senyum. Orang senyum, kita senyum la balik. Jangan menyombong pulak.

Saya segera ambil air sembahyang dan mula mendirikan solat. Mamat ni still ada dalam surau tu.

Selesai solat dan selepas berdoa, saya pun nak keluar dan pakai kasut untuk mulakan perjalan pulang ke Seremban. Mamat tadi ni segera menghampiri saya dan menegur saya… “CikguHafis kan?”, “Ya, saya” saya menjawab.

Dia terus hulurkan salam, perkenalkan diri dan terus bersembang dengan saya… “Saya tak sempat attend Cikgu punya talk pagi tadi.  Cikgu punya yang first kan?”… “Ya, saya punya yang first… saya memang selalu suka slot first” saya bagitahu kat dia.

Kemudian dia tanya saya “Cikgu ada buat Personal Coaching?” … saya jawab… “takde la tuan, saya buat kelas jer… takde masa dan plan lagi nak buat coaching”… yelah time tu memang saya tak plan pun sebab terlalu sibuk dengan urusan peribadi yang mana ianya tak mengizinkan saya untuk buat apa-apa personal coaching. Hanya hujung minggu je yang FREE dan saya manfaatkan untuk buat kelas sahaja.

Lepas tu dia sambung lagi… “actually saya ni join semua kelas dan coaching yang speaker tadi offer… saya tak join Cikgu punya jer sebab saya tak sempat attend talk Cikgu”… saya dengar sahaja.

“Boleh tak kalau saya nak attend kelas Cikgu jugak? Saya bayar sekarang!”… saya tengok dia atas bawah … dalam hati saya berbisik “engkau ni apahal ni? Tak dengar talk aku lepas tu terus nak main bayar jer? Banyak duit!… lepas tu esok tak jadi apa komen saya dah sign up belajar semua speaker IM tapi semuanya tak jadi.”

Saya geleng kepala dan jawab “Sorry… saya tak boleh accept lagi student sebab dah cukup kuota 20 orang”… saya bagi alasan untuk selamatkan diri.

Bagi saya personally, saya takut nak accept duit dari orang yang tak tahu apa yang dia nak join, tak dengar pun talk saya. Bukannya apa, saya taknak jadi kes main join jerrr… lepas tu dia nak saya ajar benda yang saya tak buat. Memang pening kalau orang macam ni. Better saya kata tak buat.

Alaaa bagi saya setakat RM1k dari kelas atau coaching ni, saya tak hadap sangat. Saya tak miskin pun kalau orang tak join PC saya sebab ada banyak lagi cara nak buat duit online ni. Dan saya tak kisah pun kalau orang tu nak bayar ratus ribu ke, juta ke untuk coaching… padahal sebenarnya dia nak saya bekerja untuk dia. Yang ni tolong main jauh-jauh. Saya tak nak orang yang macam ni.

Dia mula merayu… “tolonglah Cikgu… saya ni macam-macam masalah… saya perlukan solution cepat” … saya diam dan senyum jer sambil jawab “saya minta maaf banyak2, saya memang tak boleh accept”.

Kepala dia tunduk ke bumi, dan nafas dia mendengus seperti mengeluh kesal apabila saya tolak permintaan dia untuk join kelas saya.

Dia mengalah… “oklah takpe Cikgu, terima kasih” . Saya jawab… “sorry ya”… then saya tanya dia… “tak balik lagi ker? dah nak pukul 10 lebih dah ni?” … dia senyum dan jawab perlahan …”saya tak balik Cikgu, saya tidur surau ni je malam ni… esok kan hari last talk ni?”

“Owhhh” jawab saya. Then saya tanya balik… “duduk jauh ke?” dia jawab “jauh tak berapa jauh Cikgu… Rawang jer”. Saya terus tanya lagi… “laaa dekat jerr… 30 minit jer sampai…naper tak balik? Takkan takut terlepas talk pagi esok kot?”

Dia senyum dan hanya jawab… “takde lah Cikgu”… saya tunggu dia jawab apa sebagai alasan dia taknak balik malam tu… tapi perbualan kami terhenti sampai di situ… wife saya panggil dari luar pintu surau…”dah ker? jom lah balik.” Saya jawab kat wife saya “Ok… lets go!”

So saya terus salam dengan dia ni, masa tu saya lupa sekejap sebab sibuk pakai kasut dan wife saya pun nampak macam nak balik cepat jer… jadi saya tergesa-gesa.

“Jumpa esok ya Cikgu!” mamat ni bagitahu saya. “Sorry, esok saya takde… takpe next time kita jumpa kalau ada rezeki lagi. Assalamualaikum”… saya akhiri perbualan tu dan hulurkan tangan berjabat salam dengan dia ni.

On The Way Balik

Masa on the way balik Seremban, normally wife saya sebagai admin akan recap balik tentang talk saya dan kita buat simple post mortem dalam kereta tu. Saya tanya wife saya pasal peserta seminar tadi… ok tak ok? Bila saya bagi talk, ada energy ke takde? Apa yang dia nampak yang saya perlu improve lagi? So basically wife saya ni lah personal advisor saya J.

Dah habis post mortem, masa tu kami dah lalu melepasi Bangi, wife saya tanya “tadi dalam surau tu siapa?”… saya jawab “ohh tadi tu, budak tu datang seminar hari ni, dia tak sempat dengar talk saya… sebab pagi sangat”… saya sambung lagi “dia nilah yang organizer kita cakap tu… yang sign up semua orang tapi tak sign up under program kita”

“Ohhhhhh” panjang muncung mulut bibir wife saya. Wife saya tanya lagi “pasal apa dia tak sign up?”… “laa… kan dia tak sempat masuk talk kita…sebab tu dia tak sign up”… jawab saya.

“Dia tak balik lagi? Kan event habis pukul 6 tadi?” tanya isteri saya. Saya jawab “dia nak tidur surau tu malam ni… sebab esok kan ada lagi sehari”. “Dia tinggal jauh ker?” tanya wife saya lagi… “Eh taklah… Rawang jer”… terus saya tersentak dan teringat pasal mamat ni.

Bagi saya, memang normal ada yang akan stay surau lah, stay budget hotel la bila datang seminar macam ni. Nak cust cost. Tapi yang ni pelik… rumah bukan jauh mana pun… Rawang jer. “Eh pelik laa… naper tinggal Rawang tapi tak nak balik?” saya cuba bincang-bincang tanya wife saya.

“Hmmm… ntahlah” jawab wife saya… dan saya pun sama respond…

“hmmm yelah biarlah dia… dia selesa macam tu kot… apahal kita nak busy body pulak” terus saya tekan minyak dan lupakan mamat ni.

Kami terus sembang pasal hal-hal lain sampailah ke rumah.

Tak Boleh Tidur…

Malam tu, memang penat tapi mata saya tak mahu mengalah. Fikiran saya masih ligat fikirkan mamat yang saya baru jumpa di surau sebentar tadi.

Dia ni nampak lurus. Dia ni nampak dalam kesusahan. Entah-entah dia tidur di surau malam ni sebab tak cukup duit nak balik Rawang kot?… takde transport kot? Hati saya bermonolog.

Tapi takpelah… saya dah jumpa ramai sangat student yang macam ni. Kita ingat dia susah, mana tahu memang dia saja-saja suka jer nak stay situ. Ahhh terpulanglah.

Setiap kali saya cuba melupakan, setiap kali tu saya teringat-ingat. Yang saya bimbang sangat kalau Mamat ni dalam kesusahan yang amat dahsyat. Yelah tinggal Rawang tapi taknak balik rumah, nak stay surau. At least kalau dia stay hotel bajet selesa sikit. Mesti ada something happened ni.

Hati saya rasa ingin tahu… sebab saya sendiri yang tengok air muka mamat ni. Tak pernah saya tengok orang yang betul-betul frust bila saya terpaksa tolak dia masuk kelas saya. Yang ni lain. First time saya tengok.

Organizer Jadi Spy

“Zaidi… hang tolong tengok sat Mamat ni… yang join semua speaker tapi tak join under saya… boleh tolong tanya dia tak personally pasai apa dia join semua sekali?”… saya mula hantar spy. Organizer saya yang jadi spy saya.

“Ok Cikgu, sat lagi saya tubuhkan jawatankuasa siasatan” jawab Zaidi organizer event tu… “hang ni melawak la” jawab saya.

2 hari lepas tu, Zaidi si organizer + spy saya call… “Cikgu, saya dah riki-riki dah pasai Mamat ni… ni yang saya tau lah” Zaidi sambung lagi… “dia ni takdak kerja Cikgu, dia kata dia tengah ada masalah family… dia join semua coaching sebab dia nak dapat result cepat… nak settle problem dia ni”.

“Teruk cerita dia ni Cikgu… saya dengaq pun kesian” Zaidi menambah. “Dia habaq, malam tadi jumpa Cikgu di Surau… dia tak balik sebab tak cukup duit tambang… dia mai dengan komuter Cikgu… tambang + duit makan cukup-cukup untuk 2 hari ni ja… kalau balik Rawang, tak cukup duit nak mai balik event kita… tu yang dia tidoq surau bawah malam tadi”

Hati saya bagai direntap. Kesian dengar sampai macam tu tak cukup duit mamat ni… saya tanya Zaidi lagi “Abih tu… tak cukup duit, macamana dia boleh sign up kelas-kelas ni semua Zaidi?” Ini jawab Zaidi… “Credit Card la Cikgu… dia swipe habih!… tengah hari tadi ja dia tak boleh dah… dah sampai limit”

Masak…. Itu yang saya katakan dalam hati. Kacau Mamat ni. Yang saya kisahkan… bayangkan kalau lepas kelas tu pun tak jadi apa, apa yang dia nak buat?

Then saya tanya Zaidi… “Dalam semua speaker, siapa punya kelas start dulu ni?… Zaidi jawab “kelas Sifu dot dot dot (nama dirahsiakan), dia punya hujung minggu ni” saya tanya Zaidi “mamat ni sempat register tak untuk kelas Sifu Dot Dot Dot ni?” Zaidi jawab “Ya dia ada, Cikgu”

Saya pun decide untuk hadir tunjuk muka ke kelas tu. Saya segera call speaker Sifu Dot Dot Dot tu dan bagitahu saya nak datang memeriahkan kelas dia hujung minggu ni. So dia kata why not… tapi dengan syarat kena jadi speaker jemputan… kena cakap sikit last-last masa hujung kelas. Saya ok jer.

Tujuan saya hadir kelas tu, adalah untuk bagi ruang kedua untuk Mamat ni approach saya. Kalau kali ni dia tak approach, saya buat bodo jer.

Jumpa Lagi Mamat Ni Dalam Kelas Hujung Minggu

Hujung minggu tu, saya pun hadir ke kelas Sifu Dot Dot Dot. Saya datang lewat lepas lunch.

Saya tengok Mamat ni duduk depan sekali. Setiap kali Sifu Dot Dot Dot ni bercakap, dia perhati dan dengar betul-betul. Tak macam orang lain, kekadang dalam kelas saya ada yang sibuk main whatsapp la, reply Facebook la… siap ada yang main game The Sim pun ada. Macamana lahh nak faham kalau kita tak 100% beri tumpuan pada kelas. Paling teruk, lepas kelas tu bagitahu kat orang kelas sifu ni tak bagus… bayar mahal-mahal… ribu-ribu tapi tak jadi apa. Padahal dia sendiri yang tak nak cuba nak belajar.

Bila saya masuk kelas tu, saya di introduce oleh Sifu Dot Dot Dot… “hari ni kita ada special guess… CikguHafis… petang nanti saya nak dia share something”. Satu kelas toleh ke belakang dan mereka senyum. Saya angkat tangan pada semua.

Dipendekkan cerita… lepas habis talk tu, seperti yang saya jangka… Mamat ni approach saya.

Dia tanya saya… “Cikgu ada masa kejap?”… saya jawab… “ya naper? tapi tak boleh lama sangat sebab saya ada urusan di tempat lain”. Actually saya takde apa-apa urusan pun. Saja jer jual mahal.

So, dia cakap kat saya dia nak tanya soalan sikit dan saya reply … “ok lah boleh”… so dia tanya dan minta pendapat saya tentang bisnes IM. Dia tanya “Cikgu, dalam bisnes IM yang Cikgu buat… yang mana paling banyak hasilkan income?”

Saya jawab… “bisnes ebook: bisnes produk digital… yang tu yang paling banyak saya buat income.”

“Tulahh saya pun perasan… Cikgu antara IM yang memang banyak buat produk digital dan ebook… boleh kata tiap-tiap bulan ada produk kan?” dia sambung. “A’ah… memang tak boleh stop… saya dah gian buat bisnes produk digital ni” sambung saya.

“Sebabnya… pertama duit yang SANGAT BANYAK, kedua adalah kepuasan peribadi bila ada student saya buat income dari teknik dan strategi yang saya ajar” saya sambung.

“Kalau macam saya ni nak start bisnes produk digital atau ebook ni boleh tak?… saya senyum dan jawab “apa tak bolehnya? Nak dengan tak nak jer”

“Cikgu boleh tak tolong coaching saya?”… dia tanya soalan tu. Saya tarik nafas dalam-dalam dan saya cakap “tak boleh… sebab saya tak ready lagi… saya tahu nak buat bisnes produk digital, tapi saya tak tahu macamana nak ajar orang lain buat benda tu”

Dia jawab “kalau saya nak take risk boleh? cikgu just coach jer macam yang cikgu tahu… saya follow jer”

“Adehhhh… I’ m in a BIG TROUBLE right now. Macamanalah saya boleh tergerak hati nak tolong Mamat ni”… bisik hati saya. Serius saya belum ready masa ni nak tunjuk kat orang lain pasal bisnes produk digital atau ebook, saya cuma tahu buat untuk diri saya sahaja. Nak ajar orang lain, takut tak jadi kang… kesian.

Saya pegang bahu dia… “macam nilah… kita discuss kat bawah” jari saya tunjuk ke arah kedai mamak. Mamat ni angguk jer tanda setuju.

So, masa kat kedai mamak tu saya tanya sikit background dia dan dia bagitahu serba sikit. Perbualan kami macam satu interview. Saya tanya, dia jawab.

Soalan-soalan saya lebih kepada kenapa u nak buat IM, kenapa join semua upsell? U cari apa? Apa matlamat u?

Jawapan-jawapan yang dia bagi semuanya tak cukup strong. Sama jer macam jawapan yang saya selalu terima. Nak buat duit lebih, Nak belajar pasal IM, cari extra income jer dan matlamat cuma nak hidup senang.

So, lepas dah lama saya interview… saya terus cakap direct “Sorrylah, saya tak berani nak ambik u sebagai student sebab u takde strong reason… yang betul-betul boleh take action”

Akhirnya Dia Luahkan Perasaan…

Dia terdiam, mata dia merah… nafas dia menghembus kuat. Perlahan-lahan dia menyusun perkataan… “Cikgu… saya TERPAKSA buat bisnes ni. Mak Mertua saya selalu perkecil-kecilkan saya… family belah mak mertua saya pulaukan saya sebab saya takde income tetap” … matanya mula bergenang.

“Dalam family tu, biras saya seorang yang berpangkat Dato’ … dia ni baik… cuma mak mertua saya selalu sanjung-sanjung dia ni” Dia sambung lagi… “sekalipun, lepas saya kahwin mak mertua saya tak pernah sanggup nak naik kereta saya” dia tunjuk ke arah kereta dia… sebuah wira yang catnya hampir tanggal.

“Pernah sekali… masa tu musim cempedak. Yang paling saya suka makan adalah cempedak goreng”, dia mula lap mata yang dah mula menitiskan air mata.

“Mak mertua saya goreng dan baunya sampai ke atas, masuk ke bilik” sambung dia lagi. “Mak mertua saya pun memang tahu saya suka cempedak goreng” tambah dia lagi.

“Tapi dia goreng bukan untuk saya… tapi untuk menantu Dato’ dia dan kebetulan masa tu saya di pulaukan, saya lalu depan meja makan nak menghala ke kereta tetapi takde siapa pun yang jemput… semua senyap dan buat tak tahu jer” saya diam dengar cerita dia ni.

“Dato’ je yang jemput… tapi saya nampak adik ipar saya (isteri Dato’) cuit-cuit tangan Dato’ menandakan isyarat tak perlulah nak jemput saya… mak mertua tak suka”… fikiran saya macam tak boleh terima bila dengar cerita macam ni. Macam cerita drama tapi yang ni betul-betul terjadi.

Dia sambung lagi… “So, saya start kereta saya… saya pergi ke gerai cempedak goreng dan bungkus 2 ringgit cempedak untuk saya makan depan rumah yang saya tinggal dengan mak mertua saya” saya dengar cerita Mamat ni dengan tekun. Kesian.

“Habis tu Wife mana?” saya tanya. Dia jawab “wife masa tu outstation, dia kerja pensyarah jadi terpaksa pergi meeting 2 minggu di Perlis”… “Ooo I see”… jawab saya. “Wife u tau tak pasal hal ni?” tanya saya lagi. “Dia tahu Cikgu, tapi tak boleh nak buat apa… susah la nak cakap, Cikgu” dia sambung.

“The only way yang saya kena settle kan hal ini adalah… saya kena cari duit yang banyak lepas tu saya dan wife kena keluar dari rumah tu… saya tak tahan Cikgu” dia sambung.

Saya potong cakap dia… bagi saya cukuplah saya tahu serba sedikit pasal cerita sebenar dia. Bagi saya REASON ni TERLALU KUAT untuk saya terima dia.

Dia bukan taknak cerita perkara sebenar tapi… dia malu nak luahkan perasaan. Sebab tu dia buat-buat jawab soalan sebelum saya ni biasa-biasa jer.

So, saya terus tengok muka dia dan saya cakap kat dia “saya cuba tolong… tapi saya tak janji apa2… boleh?”… dia terus kesat mata dia, terus berubah wajah serius “wah…  betapa kentalnya semangat Mamat ni sehingga dia boleh cepat-cepat recover dari kesedihan dia dan terus switch mood kepada mood serius” gumam hati saya memerhatikan gerak geri Mamat ni.

“Tapi… sama macam student saya yang lain… NO SPECIAL TREATMENT. Kalau u serius, ada komitmen yang u kena berikan.” Saya terus berikan syarat saya, apa yang saya boleh bantu dan berapa bayaran untuk Personal Coaching ini. Yang ni TAK MURAH sebab banyak kerja yang saya kena buat dan saya nak monitor to make sure dia betul-betul BERJAYA dan saya nak bantu dia balas dendam. So dia ni MESTI BERJAYA… tak boleh tidak.

Lepas saya bagitahu berapa bayaran dan apa yang saya akan buat, dia tak cakap banyak… terus setuju.

Cuma satu jer dia minta… disebabkan dia buat bisnes ni kerana dendam dan kecil hati, dia minta tolong saya rahsiakan siapa dia dan tak perlu sebut nama dia dalam mana-mana testimonial. Dia takut keadaan akan jadi lebih rumit. Takut Mak Mertua dia gunakan menantu Dato’ dia tu untuk jahanamkan bisnes dia. Saya diterangkan tentang risk tu, dan saya faham saya perlu jaga privasi dia ni.

Tak tunggu lama… Isnin minggu depan tu jer… dia terus buat bayaran untuk Personal Coaching saya.

FIRST MEETING terus take action!

Macam biasa… semua coaching saya buat kat Seremban. So, dia datang Seremban dan biasanya saya akan buat coaching di salah sebuah hotel Five Star di Seremban.

Saya lebih prefer coaching di coffee house hotel sebab ianya tak bising sangat dan kita boleh duduk lama. Kalau buat coaching kat Starbuck, kalau timing tak kena memang orang ramai dan bising lepas tu kalau ramai, kita pun kenalah bagi peluang kat orang lain pulak. Dah habis minum, kena la blah… kesian orang lain pun nak minum jugak… lama diorang berdiri tunggu.

So, first yang saya suruh dia buat adalah senaraikan idea untuk produk digital dia.

Dia stuck. Tangan dia kaku. Mata dia merenung jauh melepasi dinding hotel. Saya cakap kat dia… “saya bagi u 10 minit sahaja… untuk fikir… jap lagi saya datang balik” so saya tinggalkan dia dan biarkan dia berfikir.

Yelah kadang-kadang ada orang memang stuck bila saya ada depan diorang sebab mungkin diorang takut tengok muka saya kot hehehe. Serius semacam.

Lepas 20 minit baru saya kembali ke meja. Saya terkejut… memang satu apa pun dia tak tulis. Saya jem. Masa tu rasa macam nak jadi Super Saiyan jer. Meletop pulak hotel ni kang.

Saya tarik nafas dalam-dalam… saya tanya dia “naper u tak tulis apa-apa? Takde idea ker?” dia jawab… “saya takut Cikgu… kot-kot kalau idea saya ni sama macam orang lain atau dah ada dah orang yang tulis pasal benda ni… jadi tak unik.”

Saya cakap kat dia… “kalau u pegi MPH kedai buku tu… u pergi bahagian motivasi… u akan tengok kalau u beli 5 bijik buku, saya percaya 50% dari content sebuah buku tu sama dengan 4 buku yang lain. Beza sikit-sikit jer… dan ditulis melalui angle yang berbeza sahaja. Takde UNIK sangat. But still, buku-buku ni HOT SELLING”

Dia tengok muka saya macam faham. So dia terus ambil pen dan mula menulis satu persatu idea yang dia rasakan sesuai untuk dijadikan ebook.

Lepas 15 minit, saya nampak nak dekat 30 idea ebook yang dia boleh buat. So saya lakukan screening dengan tanya… “yang mana yang u ada pengalaman?”… so dia tunjuk.. “yang ni…yang ni…yang ni…”. Saya tanya lagi… “ada result?” dia geleng jer, dia hanya tahu sahaja.

“Ok takpe, kalau takde result, kita boleh cari result… senang jer”

“Fuhhhh” dengar bunyi dia lepaskan nafas lega seolah-olah “nasib baiklah idea aku diterima”.

Coaching hari tu hanya berjalan selama sejam setengah, saya suruh dia balik dan mula tulis ebook. Saya bagi 2 minggu jer untuk dia tulis ebook ini.

3 Minggu Baru Siap!

Lepas 2 minggu tak siap-siap lagi… saya PM dia direct “Salam… macamana ebook dah siap ke belum?”

Dia jawab… “bagi saya seminggu lagi, Cikgu…sikit lagi” then saya reply… “Ok, seminggu lagi… tak siap… saya stop coaching!” Bukannya saya saja nak cuakkan dia ni, tapi saya ada business plan saya sendiri dan saya kena ikut schedule tu… kalau lambat, ianya akan effect bisnes saya pula. Jadi saya tak suka kalau ada yang tangguh-tangguh ni.

Lepas 2 hari… tak sampai seminggu, dia PM dan dia bagitahu ebook dia dah siap. Maka dia set appointment untuk jumpa saya secepat mungkin.

Masa jumpa, dia tunjuk kat saya ebook dia yang dah siap. Saya go through satu per satu…

“Apa yang u buat ni?” saya mula rasa marah. “Naper Cikgu?” dia tanya saya. “Kalau u expect orang untuk beli ebook ni… FORGET IT. This is rubbish!” saya mula meninggi suara.

“U ingat ebook ni macam assignment Univerisity ke?… copy paste and translate jer?” saya marah-marah. Mana taknya saya tengok ebook dia hanya ada 50 muka surat… penuh dengan perkataan… tiada contoh… tiada arahan step by step yang jelas dan yang paling teruk, Bahasa yang dia gunakan memang out. Saya confirm yang ni pakai Google Translate jer.

Saya jumpa dia 10 minit jer… saya bagitahu “sekarang saya rasa cerita yang u cerita kat Kedai Mamak tu semua… u buat-buat jer kan?… just untuk dapatkan simpati dari saya… betul dak?”

“Tak Cikgu” … dia jawab. “Then why u buat macam ni?… Are you really SERIUOS?” saya mula meninggi suara. Orang yang duduk di meja coffee house bersebelahan meja kami nampak dan terdengar saya marah-marah. Diorang tengok jer.

“Memang betul boleh copy & paste… tapi kalau u direct translate macam ni… memang buta-buta jer u akan dapat banyak refund rate nanti. U nak orang bayar beli ebook u, total sales dah dapat RM20k and then disebabkan content u macam ni, semua orang minta balik duit tu… 100% REFUND! U nak hilang balik RM20k tu?”  saya marah sambil mengajar.

“Kalau u nak buat, make sure u baca dulu dan translate by yourself” sambung saya lagi.

“Lagi satu isu…kalau u copy, paste, translate… u tau tak apa yang u tulis tu?” saya sambung lagi… “sebab kalau u tak tahu, lepas u jual ebook, u kena support pertanyaan pembeli u… dan kalau u tak tahu… apa yang u tulis ni then macamana u nak support?” saya tanya dia lagi.

Dia jawab… “saya tahu Cikgu”… “fine kalau tahu, then selamat” jawab saya.

“So balik ni, kemaskan semula ikut apa yang saya cakap. Memang betul sebelum ni saya cakap tak perlu pandai menulis, tak perlu minat menulis untuk buat bisnes ebook tapi buat kerana duit jer… tetapi maksud saya… buat ebook yang boleh bagi manfaat bukan macam u buat ni. Ini betul-betul nak mengena orang yang beli… ntah apa yang u tulis pun saya tak paham” kena marah lagi mamat ni.

So, dia senyap dan kemaskan laptop dia dan dia salam dengan saya… “sorry Cikgu, saya buat balik… bagi saya 2 minggu untuk siap” saya jawab dengan tegas… “Ok, 2 minggu sahaja”

Pergi Balik, Pergi Balik

Kali ini, seminggu je ebook dia siap. Dia jumpa saya sekali lagi di Seremban.

Saya tengok ebook dia dan kali ini, saya tak puas hati lagi. Saya bagitahu apa yang nak kena repair lagi dan saya bagi dia masa lagi.

Lepas siap… review, lepas siap… review, dia asyik pergi balik, pergi balik Seremban sahajalah.

Terus terang lama juga Mamat ni siapkan ebook dia. Setiap kali dia datang Seremban tak pernahnya tak kena marah dengan saya. Tapi dia sabar, tak pernah komplen. Dia ikut, dia buat jer.

Lepas dah 7-8 kali pergi balik, pergi balik lepas kira-kira 2 bulan… barulah akhirnya saya puas hati dengan outcome ebook dia ni.

Barulah saya senyum dan tak marah-marah. “Ok… u have my green light… sekarang baru saya approve ebook ini.”  

Saya minta dia keluarkan kertas putih dan pen, saya explain kat dia next step untuk launch ebook ni, kena buat promosi. Since ebook yang dia buat ni bukan dalam niche saya dan dia bukanlah somebody, maka dia kena bina kredibiliti dulu.

So saya tunjukkan macamana nak bina kredibiliti dan dapatkan trust dari audience walaupun kita orang baru dan tiada nama dalam niche tu. Teknik dan startegi ni sama je macam yang saya tunjuk dalam blog post saya yang lepas-lepas.

So, dia ambil masa 3 minggu lebih untuk bina kredibiliti dan dapatkan audience.

Saya tengok dalam masa 3 minggu, dia dah dapat 3,000 list dan dah penuh friend request di Facebook. Bagi saya ini satu good progress dan dia buat betul-betul.

Launching Day – Hero Tamil Kalah Dulu…

Malam sebelum launch tu, saya PM dia dan saya bagi kata-kata semangat untuk dia … “kita dah usaha sampai sini… dan u pun dah put all all out, InsyaAllah esok banyak sales ni”.

“InsyaAllah Cikgu… doa-doakan ya” dia PM saya. “Ingat whatever happened pun esok, kita tak rugi apa-apa… kita still ada list, ada follower… itulah asset penting untuk bisnes kita.” tambah saya lagi.

Lepas solat Isyak malam tu, saya sempat buat solat hajat untuk student saya ni… saya mohon apa yang saya ajar ini dapat bagi manfaat kat dia dan bantu ubah hidup dia. Moga esok jadi permulaan hidup baru. Amin ya rabbal alamin.

Sekitar jam 10 pagi keesokkan harinya… saya cek PM “Alhamdulillah Cikgu… dah masuk dah sales pertama… orang terus beli upsell, Cikgu… terima kasih banyak2”… saya gembira baca PM ni.

Dalam hati saya… CONFIRM launch ni boleh hit RM5angka dalam beberapa hari jer.

Lepas 3 jam, saya PM semula… “macamana sales?” dia mula typing… “pagi tadi tu jer Cikgu… lepas tu senyap… belum ada sales lagi sampai sekarang”… saya cuba tenangkan perasan dia dan perasan saya, saya reply “Relaks, kekadang memang slow sikit… tunggu last day nanti macamana. So continue promosi… jangan lupa hantar email tengahari dan malam nanti. Make sure juga update kat dalam FB Group ya” saya bagi arahan.

Malam tu saya cek balik, buat post mortem dengan dia, saya PM dia …”so far sales dah berapa?”, dia jawab… “ tak banyak Cikgu baru 10 sales jer.” saya pun hairan dan rasa sedikit down juga bila dengar dapat banyak ni. Tapi saya tak boleh tunjukkan perasaan tu pada student saya sebab, kalau dia tahu, dia lagi down dan bila dia down ianya akan effect cara dia buat promosi.

So, saya bagi lagi kata-kata semangat dan idea untuk promote ebook pertama dia ni.

Dia teruskan promosi.

Lepas 5 hari, jualan pre launch di tutup! Saya PM dia “dah habis kan pre launch?” dia jawab… “Ya Cikgu, dah habis” saya tanya lagi… “total sales berapa?”… lambat dia respond…” tak banyak Cikgu, 10 sales jer… tak berganjak… dapat RM1,000 jer”. “Haihhh, saya betul-betul rimas… macamana boleh dapat banyak tu jer padahal semuanya dah ok dah” saya tanya dalam hati ke diri saya sendiri.

Cubaan Ke 2 Yang Merisaukan…

“Ok, esok datang Seremban… kita buat post mortem.” saya bagi arahan pada Mamat ni.

“Ok Cikgu, jumpa esok 10 pagi kat tempat biasa”, dia reply PM saya.

Keesokkan harinya saya jumpa dia dan terus minta dia tunjuk macamana cara dia promosi dan hantar email.

So dia explain satu per satu dan tunjuk ayat-ayat email serta promosi yang dia guna.

Saya tepuk dahi bila tengok cara dia tulis ayat email memang tak meyakinkan langsung. Copywriting memang hancur… lebur.

Sekali lagi saya rasa macam nak jadi Super Saiyan… kali ni LEVEL 4 terus or at least Super Saiyan Blue. Geram betul tengok ayat email Mamat ni… macam budak-budak.

Apa lagi nak buat… terpaksalah saya train dia tiap-tiap hari. Tiap-tiap hari kena datang Seremban. Saya bagi dia situasi dan saya suruh dia tulis ayat email berdasarkan situasai yang saya bagi.

Boleh kata setiap hari 4 jam, dia duduk dengan saya di coffee house di sebuah hotel di Seremban. Mata saya naik berpinau tengok screen laptop Mamat ni… maklumlah laptop usang… kadang-kadang dia kena ketuk-ketuk laptop sikit baru jelas nampak screen. SubhanAllah dahsyat Mamat ni.

Lebih kurang 2 minggu saya jumpa dia direct 4 jam setiap hari Isnin – Jumaat semata-mata nak polish skil email marketing dia dan akhirnya skil dia dah mula tajam.

Saya cakap kat dia, “kita repeat balik semua step promosi dan dalam tempoh 2 minggu lagi kita LAUNCH!… kali ini InsyaAllah MELETOP!”

Gedebuk gedebak… selesailah tempoh promosi. Kali ni dapat dalam 2,000 list sahaja. So total list yang baru campur yang lama adalah lebih kurang 5,000 email list. Banyak tu.

Tibalah hari launching… hari yang ditunggu-tunggu. Sekali lagi malam tadi saya tak lupa untuk PM bagi dia semangat dan ingatkan dia juga untuk buat Solat Hajat + saya minta di abaca Yasin 3 kali dan minta lah doa bersungguh-sungguh.

Tepat 10pagi, dia launch. Kali ni cubaan kali ke 2.

Saya tak terus PM… saya biarkan dulu sampai lepas Zohor baru saya PM… bukannya apa… saya pun risau juga. Takut sangat kalau jadi macam launch dia yang pertama.

Masa ni tengok Facebook pun saya taknak.

Lepas pukul 2… semuanya dah tenteram… saya dah makan lunch, dah pun solat Zohor, akhirnya saya putuskan untuk buka Facebook.

Nampak warna merah notification chat menyala. Ada 1 PM. Saya buka PM tu, memang dari mamat ni… saspen betul….

Terkejut saya, dapat 4 PM terus sejak 10 pagi… semua dia asyik update pasal sales jer.

 “Wowww Alhamdulillah…” reply saya melalui PM. Yes yes yes… dapat pun sales Mamat ni.

Saya terus bagi dia semangat… “terus hantar email power-power kat email list u tu. Sekarang ni hantar kat semua list. Hantar pada semua 5,000 list u tu… kita tengok macamana.”

Selama 5 hari dia buat pre launch untuk ebook pertama dia dan malam last lepas habis pre launch saya tanya dia…

Memandangkan niche yang dia buat bukan dalam niche yang saya biasa dan tak ramai player dalam niche tu bahkan nak cari affiliate dalam niche tu pun takde. Senang citer Mamat ni memang makan sorang-sorang jer dalam niche tu. Disebabkan ini, saya hanya tunjuk teknik Pre Launch sahaja tetapi still lagi dia boleh gunakan untuk next-next launch.

Masa berlalu dengan pantas…

Ada beberapa projek yang kadang-kadang saya JV dan bantu dia ni dari belakang. Saya dapat coach dia dalam setahun jer. Lepas tu, dia dah pandai dah dan saya berhenti coaching dia ni.

Kami bawa haluan masing-masing.

Jumpa Semula Selepas 3 Tahun

Dalam 3 tahun kami tak pernah PM… kalau PM pun wish birthday dan Selamat Hari Raya jer. Masing-masing busy dengan bisnes.

Tak sangka awal Ramadhan hari tu, saya dapat PM dari dia wish Selamat Berpuasa dan mula dari PM tu saya cuba aturkan meeting dengan dia ni.

“Cikgu punya pasal… saya akan FREE kan time saya. Malam ni lepas buka puasa, saya terus gerak pergi Seremban.” jawab dia bila saya PM untuk jumpa… yelah lama tak jumpa kot.

Dalam pukul 11, kami jumpa di tempat yang dia jumpa saya masa mula-mula coaching. Ingat cerita lama.

“Perghhh dari berisi sekarang” saya terus tegur dia sebaik sahaja dia menghampiri meja tempat kami selalu coaching dulu-dulu di Coffee House. Dia senyum “biasalah Cikgu… hasil duit ebook hahaha.” Kami serentak ketawa besar kat Coffee House tu.

Saya tanya dia… “bisnes macamana? OK?” dia jawab… “Sangat-sangat OK Cikgu” senyum dia happy tak pernah lekang di bibir.

“Macamana Mak Mertua?” terus saya ke soalan BONUS… “Saya dah tak stay situ lagi dah… lepas setahun coaching dengan Cikgu… saya dah cukup duit untuk pindah… saya tinggal di rumah sewa dulu” kemudian dia sambung lagi. “Tahun ni… awal Ramadhan dah masuk rumah baru… baru beli rumah ni Cikgu” … dia capai phone dia dalam poket seluar dan tunjuk pada saya gambar rumah yang dia beli.

Sambung dia lagi… “baru jer masuk Cikgu… kawasan baru ni… keliling tak ramai orang lagi.” Saya terus hulur tangan jabat salam “Tahniah!… banglo sebijik! Hebat!”

“Raya tahun ni, Cikgu kena datang rumah saya… Open House. Wajib Datang. Saya bagi 2 minggu jer masa untuk Cikgu datang. Tak datang, siap!”… mamat ni ngajuk style saya cakap masa coaching dulu. “Hahaha… macam kena coaching pulak rasanya” kami ketawa kuat malam tu.

“So, dah duk asing ni camner dengan Mak Mertua?” hissshh terasa macam busy body pulak tanya hal keluarga orang. Dia jawab… “bagi saya Cikgu, yang lepas saya maafkan… tapi saya tak boleh nak lupa masa tu… macam-macam yang dia buat kat saya”.

“Tapi biarlah…” sambung dia lagi sambil geleng kepala dan hembus nafas mengeluh.

“Dato’ macamana?” saya tanya lagi… “Dato’ OK Cikgu… dia cool jer… yang lebih-lebih mak mentua ni” dia sambung lagi.

“Tapi SERIUOUSLY Raya Tahun ni paling BEST dan bermakna bagi saya Cikgu.” Mamat ni terus bercerita tanpa saya tanya. “Saya dah jual dah kereta Wira saya tu Cikgu… tahun ni beli Vellfire sebijik… biasalah anak pun dah tiga… so kena kereta besar sikit”

Saya angkat kedua-dua belah tangan saya “Alhamdulillah… murah rezeki”… “Dahsyat dapat masuk rumah baru, dapat beli kereta baru… rezeki-rezeki” sambung saya.

Mamat ni sambung lagi cerita… seronok betul dia… “Nak cerita sikit kat Cikgu… siang tadi saya SURPRISE mak dan bapak saya… saya ambik diorang kat kampung, Tanjung Malim dengan Vellfire,  Cikgu… mak saya mula-mula terkejut ingatkan siapalah yang berhenti depan rumah… bukak-bukak pintu kereta dia nampak saya”

“Saya turun kereta… mak saya tanya… “kereta engkau ke ni?”… Ya jawab… bapak saya pun keluar dari bilik terus salam saya… nampak je kereta tu terus seronok dia Cikgu … “wah lepas ni boleh jalan jauh la kita” kata bapak saya”.

“Saya cakap kat diorang… saya nak bawak diorang pegi tengok rumah baru saya… terus terang selama saya tinggal dengan Mak Mertua saya… emak bapak saya tahu serba sikit cerita yang saya cerita kat Cikgu ni dan diorang tak pernah sekalipun sanggup nak melawat saya sebab kesian pada nasib saya” saya mula sebak bila dengar cerita ni.

Dia sambung lagi… “lepas je Zohor tadi… saya terus bawa diaorang pergi ke rumah baru saya. Sampai jer, saya terus tunjuk kat Mak Bapak saya tu lah rumah saya dan saya jemput diorang masuk ke dalam.”

Mak saya kata … “Ya Allah besarnya rumah engkau ni…sambil tu menadah tangan setinggi-tinggi dan dia kata emak selalu doa kau berjaya dan Alhamdulillah mak sempat tengok engkau dapat macam ni. Saya tak boleh tahan sebak cikgu… saya terus peluk mak saya. Kami menangis dalam gembira dan saya percaya mak saya rasa amat gembira bila anak dia ni hidup senang dan tak menumpang tempat berteduh di rumah orang lain.” Mata saya bergenang air mata bila mendengar cerita ni bahkan di saat saya sedang menulis semula bahagian ni di artikel blog ni, saya masih lagi rasa sebak.

Dia sambung cerita lagi… “yelah masa tu… saya start bisnes ni dari rumah Mak Mertua saya dan nak pindah rumah sewa pun takde duit… mana taknya komitmen bulan pertama 2+1… tak mampu saya masa tu… nak minta wife… malu sangat. Cukuplah dia yang support semua bisnes saya. Semua duit coaching, credit card dia yang bantu saya, Cikgu”… saya bingkas sambung… “tentang Wife ni kita senasib, wife saya pun tolong saya masa saya start bisnes IM ni.”

“Lepas Asar tadi Cikgu saya bawa mak bapak saya buka puasa kat hotel five star Cikgu… seronoknya saya tengok diorang. Rasa berbaloi usaha saya selama ini… akhirnya saya dapat gembirakan mak bapak saya. Alhamdulillah.”  dia sambung meluahkan kegembiraan lagi.

“Lepas hantar diorang balik rumah saya tadi lepas buka, tu yang saya shoot terus datang jumpa Cikgu kat Seremban ni” dia sambung… saya senyum jer.

Sekali lagi saya hulur tangan saya… “Tahniah! Semuanya atas usaha u sendiri. U yang choose to take action dan to make it happened.”

Dalam lebih kurang pukul 2 pagi, saya minta izin dulu untuk pulang ke rumah. Yelah jap lagi nak sahur pulak.

So saya berjabat tangan dengan dia dan kami berbual sampai ke pintu keluar hotel. Just tanya Raya balik mana, dah shopping ke belum dan macam-macam lagi.

Sampai kat luar dia, ajak pulak saya tengok kereta dia… oklah demi meraikan kejayaan… why not.

Akhir sekali, dia pun melangkah masuk ke kereta dia dan dia bagitahu saya benda ni “saya akan ingat apa yang terjadi pada diri saya sampai bila-bila, Cikgu… betul apa yang orang kata nak cepat berjaya kena cari mentor yang betul-betul boleh push kita. Terima kasih banyak2 Cikgu sebab PUSH saya dan tak pernah give up pada saya. Apa yang saya buat ini adalah untuk mak bapak saya, isteri saya, maruah saya dan juga untuk anak-anak saya. Moga rezeki kita berpanjangan, Cikgu” kami sama-sama tadah tangan dan aminkan doa pendek ini.

“Ok, jumpa lagi…Cikgu” saya berjabat tangan sebelum berpisah di situ.

Dalam hati saya… “Alhamdulillah, saya berasa lega dan happy tengok anak murid saya berjaya… moga dilapangkan rezeki kesemua anak murid saya. Amin ya rabbal alamin.”

THE END.

40 comments On Mamat X Bisnes Kerana Dendam Buat RM400k

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer