Kisah Jatuh Bangun Mamat Ni 3 Ramadhan Lepas

Bismillahirahmanirahim…

Dalam post ni, saya nak cerita satu kisah inspirasi bagaimana seorang Mamat duduk di Baling, Kedah nun di ceruk kampung tempuh bermacam-macam cabaran sampai dia hilang arah tuju bisnes dan tak tahu nak buat apa akhirnya bangkit hasilkan RM100k dalam 6 bulan. Baca sampai habis!

Ceritanya bermula begini…

Kami bertemu kira-kira 3 tahun yang lepas hujung-hujung bulan Ramadhan. Masa tu mamat ni datang jumpa saya naik motor EX5 je di McDonald Juru Autocity dekat kampung saya selepas solat Tarawikh.

Ini adalah sesi Personal Coaching yang dia sign up untuk bertemu dan belajar secara one to one dengan saya tentang Facebook + Email Marketing.

FIRST IMPRESSION – Tahu Banyak Tapi Takde Action

Kali pertama jumpa FIRST IMPRESSION saya… “Mamat ni banyak sangat tahu… tapi tak berani nak buat apa”… Mana taknya, bila saya tanya itu, tanya ini pasal internet marketing semuanya dia boleh jawab.

“Tapi saya tak buat income lagi, Cikgu. Satu sen pun tak dapat lagi. Seminar tu saya pergi, seminar ni saya pergi. Coaching dah habis puluh ribu ringgit.” Mamat ni mengeluh. Saya senyum jer… dalam hati saya jawab… “pergi jer tak cukup, masuk coaching jer pun tak cukup… KENA BUAT!”

So malam tu, macam biasalah… saya explain apa kena buat, nak buat macamana dan action plan iaitu apa yang dia kena buat masa hujung-hujung Ramadhan ni. Well of course saya bagitahu dia jangan expect dapat RM2k – RM3k masa Raya ni sebab kita jumpa pun betul-betul hujung Ramadhan. Mana nak sempat.

Lepas 3 jam coaching, hampir pukul 1 pagi juga malam tu barulah kami bersurai.

Dalam tempoh 3 jam tu, banyaklah persoalan dia yang saya jawab. Sampai blur-blur kepala saya dan saya tengok mata dia pun dah merah-merah menuntut di McD.

Dalam perjalanan saya balik ke rumah, saya teringat-ingat Mamat ni. Cita-cita dia tak lah besar sangat… hanya nak dapat duit RM2k- RM3k sebulan. Sebab dengan RM2k- RM3k, dia dapat penuhi kehendak dia dan dapat menyimpan untuk kahwin.

Dalam hati saya… “kan BEST kalau aku dapat tolong dia ni buat duit sebelum raya tahun ni. Tapi… it is impossible sebab tak berapa hari lagi dah nak raya… tak sempat ni”.

Takpelah, saya hanya berdoa semoga apa yang saya sampaikan ketika coaching tadi dapat bantu dia sedikit sebanyak. Kerja saya hanya sampaikan sahaja… saya tak mampu memberi rezeki. Itu kerja Allah!

Masa berlalu…

Raya pun dah lepas. Dah nak masuk Raya Haji pulak. Saya dah lupa pasal Mamat ni. Mungkin dia ni sama jer kot dengan ramai student yang lain yang hanya jumpa sekali dua, tanya macam nak buat… tapi tak buat apa-apa pun. Takpe lah bisnes diorang.

Kira-kira seminggu sebelum Raya Haji, saya ada buat satu kelas group coaching dan sekali lagi Mamat ni join. Dalam hati saya… “laaa join lagi? Buat ke tak buat ni?”. Terus terang saya cakap, saya rimas bila student yang saya coaching, bulan depan still lagi register untuk coaching.

Dari segi money wise, “yelah baguslah ngkau bayar coaching. Bulan depan join coaching lagi. Kalau kau buat jadi kang takde orang pulak yang nak join coaching aku ni… bagus teruskan membeli”… bisik hati syaitan.

Saya tergerak hati nak tanya Mamat ni apahal dia join lagi. So lepas habis group coaching hari tu dan selepas semua student-student lain balik, tinggal saya dan dia jer… saya tanya soalan tu. Ini reply dia… “saya dah tahu apa yang Cikgu ajar ni, tapi saya nak tahu macamana nak apply… sebab saya masih tak tahu nak hubungkan apa yang saya belajar email marketing, Facebook dan macam-macam lagi. Saya tak tahu mana nak start dulu, apa flow yang betul.”

“OOOO….” Panjang ooo saya bila dengar apa yang dia cakap tu. Macam paham… tapi saya  sendiri pun tak paham kat mana yang dia sangkut sebenarnya hehe. Buat-buat paham jer lah.

Itulah kali terakhir saya jumpa dia ni di hujung 2015.

Jumpa Balik 2016 – Take Action!

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. Saya sekali lagi buka peluang untuk Personal Coaching and guess what, Mamat ni orang pertama join.

Saya cakap kat admin saya, “Call dia ni pagi-pagi esok, saya nak jumpa dia kat Seremban. Suruh dia turun!”

Pagi tu saya jumpa dia kat Starbuck Aeon Seremban dan saya tak cakap banyak, jumpa-jumpa terus belasah dia… “berapa banyak lagi nak bayar saya ni sampai betul-betul jadi?”… dia terdiam dan kepala tunduk ke bumi.

Saya sambung… ”kali ni LAST saya coaching lepas ni kalau tak jadi saya tak nak tengok muka u lagi! Tolong berhenti buat Internet Marketing. Asyik habis duit kat seminar dan coaching jer tapi tak jadi-jadi”.

Saya bagitahu kat dia… “kali ni saya coach u differently under IMDPM (nama salah satu program personal coaching saya). Saya cakap, u buat! & JANGAN HARAP saya spoon feed u”

“Ok Cikgu” ringkas dia jawab. So saya terus mula, saya bagitahu apa task pertama.

Idea Buat Ebook Simple

“Tahukan IMDPM ni untuk apa?”… tanya saya. “Tahu Cikgu, untuk buat produk digital / ebook sendiri” jawab Mamat ni.

Huh lega dalam hati. Sebab saya takut betul orang join coaching saya tapi expect belajar benda yang saya tak offer pun dan benda tu bukan dalam kepakaran saya.

Saya ingat lagi ada seorang akak ni… saya ajar pasal email marketing dan memang kelas tu lah yang dia join. Last-last tanya saya, “akak nak belajar pasal Whatsapp ni, cikgu tak ajar ker?” direct saya jawab… “tak kak, saya ajar pasal email marketing jer pasal kelas ni untuk email marketing jer.” Akak tu mengeluh “adoiii”… dalam hati saya… “lain kali baca dan ambik tahu dulu kelas ni pasal apa, jangan main join jer… sendiri rugi”.

Berbalik pada cerita Mamat ni…

So, first step untuk buat ebook adalah kena ada idea. “Apa idea u untuk buat ebook ni?”… jam-jam tu juga saya tanya.

“Idea…idea…idea…” dia bercakap seorang diri sambil pegang pen dan ketuk-ketuk meja berfikir. Nak dekat 10 minit juga saya tunggu.

Lepas tu saya tanya dia… “apa yang u belajar selama u pergi seminar itu dan ini” dia jawab… “banyak Cikgu!” saya terus sambung “Habis tu takkan takde idea kot???” saya mula meninggi suara!

Saya memang pantang student lembik-lembik dan yang nak kena spoon feed ni. Memang saya cepat naik angin. Ada beberapa student yang saya PUSH sampai mata merah, bertakung air mata.

Bukan saya bangga buat benda ni dan bukan niat saya nak “SEKSA” mereka tetapi sebelum diorang masuk ke dunia sebenar bisnes internet, baik saya introduce dulu. Bisnes internet bukannya untuk orang lembik. Otak kita kena sentiasa kreatif cari solution dan pelung untuk buat duit. Kita kena cepat. Itulah niat saya PUSH mereka.

Ok, sekarang ni senaraikan apa yang u dah belajar dan u dah tahu”… dia segera ambil sekeping kertas dan dia tulis kesemua idea tu satu persatu macam ni…

  • Google Adword – cara buat iklan
  • Cara research produk hot di FB
  • Cara buat FBAds
  • Cara buat email marketing – landing page
  • Teknik copywriting FBAds
  • Lubuk supplier produk
  • Teknik Basic Dropship
  • Teknik Promosi Di FB Group
  • Basic Affiliate Marketing
  • Cara nak start bisnes di Mudah.my

…. Sebenarnya banyak lagi yang dia tulis. Saya just tulis semula mana yang saya ingat dia tulis jer.

Dari kesemua idea tu, saya tanya dia… “ada buat apa-apa income dari benda yang u belajar ni?”… dia geleng sahaja tandanya takde.

Dia jawab “ada yang saya try dapat banyak orang tanya tapi tak close sales… banyak produk yang saya buat dapat sampai 200 lebih orang tanya kat PM… tapi satu sales pun tak sangkut”

“Produk apa tu?” tanya saya. Mula lah dia buka laptop dan tunjukkan nak dekat 10 fanpage pelbagai produk dan dia explain apa yang dia buat dan kat mana yang dia stuck.

Saya tengok satu persatu… “Produk bagus ni! Student saya yang lain jual produk ni senang jer dapat sales! Ada yang dapat RM2k sebulan tau. Macamana u buat boleh tak dapat?” Saya hairan.

“Meh sini saya nak tengok apa yang u respond dalam PM” saya buka PM fanpage dia satu per satu. Sambil-sambil tu saya tanya macam-macam soalan… “selalu ambik masa nak reply berapa lama?”, “follow up tak prospek ni?”, “letak tak call to action… suruh beli dan bagi tak maklumat bank?”. Saya tembak dia dengan macam-macam soalan.

Dia geleng kepala kena hentam.

Lepas lama saya tengok dan lepas lama saya tembak dia… saya tahu kat mana silap dia sampai tak close sales. Dia tak buat benda-benda ni…

  • Reply pantas – bila ada orang PM facebook page kita tentang sesuatu produk. Nak beli ni, kalau boleh reply secepat mungkin. Dalam kes Mamat ni, dah 3 hari baru reply. Kekadang tu ada yang tak reply. Dia terlalu BZ.

 

  • Bila dah reply, jangan lupa bagi info-info penting tentang produk tapi jangan meleret. Sebab bila prospek PM, dia dah nampak iklan kita sebelum ni dan dia minat. Cuma perlu recap sedikit info dan PALING PENTING letak arahan Call To Action – contoh “dapatkan sekarang!”, “order sekarang” dan jangan lupa bagi info tentang macamana nak bayar. Lepas bayar nak kena buat apa and so on. Senang cerita PANCUNG TERUS ambik order cepat.

 

  • Bila prospek senyap… jangan anggap prospek tak minat. Cuba PM sekali lagi untuk follow up. Tanya terus “macamana tuan, nak order satu ke dua? Sebab stok produk ni untuk minggu ni dah nak habis… kalau tak kena tunggu minggu depan” ß masukkan urgency”.

Sambil saya tembak, sambil tu saya perbetul dan ajar.

Then saya tanya dia “macamana u buat research boleh tahu produk-produk ni hot?” Dia tunjuk kat saya step by step apa yang dia buat.

“Huh… belajar kat mana ni?” dia tengok saya… “kelas Cikgu la, mana lagi hehehe…” dalam hati saya “OOOO patutlah sama jer.” Betul dah dia buat ni, cuma buat tak habis.

Then saya bagitahu…. “saya nampak kalau u nak buat satu ebook pasal teknik research ni pun bagus dah ni… tapi saya nak ebook u bagi direct solution pada pembeli u”.

Saya cerita kat dia satu cerita yang saya pernah dengar dalam satu seminar masa saya mula-mula belajar bisnes produk digital ni.

Ceritanya macam ni…

Ada seorang Mat Salleh ni, dia nak buat satu ebook. Tapi dia takde idea.

Satu hari, dia masuk ke sebuah forum berkaitan dengan dating. Dalam forum tu ada satu thread perbincangan pasal idea ayat-ayat pick up line (ayat-ayat nak mulakan bicara untuk tackle awek Mat Salleh)

Jadi Mat Salleh ni, dia pun ada masalah untuk tackle awek. Dia tak tahu macamana nak start the conversation. Jadi dia ambik semua ayat pick up line dalam forum tu dan dia paste dalam Microsoft Word.

Sedar tak sedar, dah almost 100 lebih ayat pick up line yang dia copy paste.

Satu hari, dia try tanya kawan-kawan dalam forum tu tapi thread yang lain, siapa yang minat nak ebook pasal 100 list ayat pick up line. Tak sangka, memang banyak reply dan dia terus jual ebook tersebut.

Mula-mula dalam forum tu jer, lepas tu dia jual melalui Clickbank. Total sales yang dia buat dari kerja simple ni berjaya berikan dia income yang lumayan.

Ambil dari inspirasi cerita ni, saya bagitahu Mamat ni… “why not u gunakan kepakaran u untuk research produk-produk hot ni, u tolong research kan kemudian listkan produk ni dalam word dan kita try jual.”

Just buat semula apa yang Mat Salleh tu buat cuma kita apply dalam Facebook Marketing tunjuk direct kat orang lain produk yang kita dah tolong research kan dan memang produk ni HOT di Facebook. Jadi orang yang beli ebook kita dapat list produk-produk tu dan diorang takyah lagi nak research,  terus jual je produk ikut list ni.

“Ok Cikgu, saya buat!” jawab dia ringkas tapi saya nampak air muka dia ni macam tak yakin jer dengan apa yang saya cadangkan. Well nevermind kita try dulu.

So assignment yang pertama, disebabkan terlalu simple seminggu je kena siap!

REMPIT 5 Hari Je Siap!

Lepas 5 hari, sekali lagi dia jumpa saya kat Seremban. Dia tanya saya… “Cikgu, ebook saya dah siap tapi saya risau saya tak buat sales lagi dari produk-produk HOT ni, saya cuma tahu research sahaja dan PM banyak masuk tapi saya tak close la macam Cikgu tengok hari tu.”

Ini jawapan saya… “Ya memang betul u tak buat apa-apa sale lagi, so u tak boleh claim u buat sales yang banyak. Tapi saya pasti bila u tengah buat research tu u jumpa produk ni dapat banyak komen, banyak pm jadi kita akan claim produk ni dapat banyak komen dan banyak pm… dari segi proof nanti just tunjuk benda ni sahaja. JANGAN CLAIM U BUAT SALES… masak nanti.”

Jawab dia …“Ok… paham Cikgu”. Saya sambung… “lagi pun u dah try buat sendiri dan memang dapat banyak PM pun, cuma silap u kat bahagian closing u sahaja… memang teruk!.. kalau tak rasanya boleh dapat banyak sales ni.”

So saya terus proceed dengan ebook ni dan saya bagitahu dia sikit ada beberapa benda yang kena touch up sikit sahaja. Tak banyak pun.

Selepas 3 hari, dia tunjuk kat saya ebook yang dia dah touch up tu dan dia dapat GREEN LIGHT dari saya.

Saya terus bagitahu kat dia…“next step adalah promosi dan bina kredibiliti.” So saya tunjukkan dia dalam coaching tu apa dia next step yang dia kena buat.

Dalam 2 minggu saya monitor perjalanan dia dan step-step yang dia buat.

Alhamdulillah dalam 2 minggu jer, dia dah mula dapat ramai follower, fans, subscriber. Nak dekat 2,000 orang.

Apa yang dia buat hingga dapat 2,000 orang subscriber dalam list dia dan naikkan kredibiliti dia dengan cepat?

Saya suruh dia buat benda-benda ni…

  • Add 20 orang friends yang minat dalam IM. Mana nak cari? Pergi FB group pasal bisnes internet dan request untuk jadi friend mereka.

 

  • Kongsikan tips kat dalam FB group ni. Just kongsi tips pasal benda yang kita nak launch. Dalam kes ni, dia kongsi tips pasal teknik nak research produk HOT di FB. Just kongsi tips habiskan tips tu dengan suruh diorang ni jadi friends atau follow kita untuk dapatkan lebih banyak info pasal tips tu.

 

Bila kita buat macam ni, memang bilangan friends yang request dan follow kita cepat bertambah. Dan mereka yang request ni adalah mereka yang betul-betul berminat pada topik kita. HIGH QUALITY PROSPECT!

 

  • Sambil post tips kat FB group, post juga tips yang sama di Wall FB kita. Lakukan 2 kali sehari selama 2 minggu.

 

  • PALING PENTING! Collect email list diorang ni dalam landing page. Bila diorang dah follow kita, senangnya nak suruh diorang berikan email dan bagitahu untuk lak diorang dari terlepas tips-tips best, make sure SUBSCRIBER secara PERCUMA.

2 Minggu Siap. 2 minggu jer dapat 2,000 lebih HIGH QUALITY PROSPECT. Alhamdulillah.

Dah Nak Launch, Dah Nak Buat Duit!

Lepas berlalu tempoh 2 minggu tu, saya suruh dia siapkan minisite produk dan order form.

Yang ni saya SPOON FEED… eh silap bukan SPOON FEED, saya sendiri yang tolong buatkan sebab nak cepat. Saya tak sabar nak tengok result dia.

Maka siaplah minisite dia ni… maka lahirlah ProSpyFB.com

NOTE: Claim Hasilkan RM100 Pertama Dalam 24 Jam tu saya advice dia letak sebab saya tanya beberapa orang student saya yang jual produk yang dia list dalam ebook tu berjaya buat RM100 ++ dalam 24 jam. Jadi ada proof dan ianya beri lebih keyakinan pada saya.

Ni pulak ecover ebook dia…

Gelap Sebelum Terang…

Pernah tak anda bangun sebelum subuh dan tengok ke luar rumah anda?

Anda akan dapati waktu sebelum subuh ini adalah waktu malam yang PALING GELAP… sebelum bermulanya siang yang penuh bercahaya.

Sama juga dengan kehidupan kita, tak semestinya kalau kita sedang dalam gelap sekarang, ianya akan gelap sampai bila-bila. InsyaAllah ianya akan terang satu hari nanti.

So…tibalah hari pre launch… hari nak buat duit.

Seperti biasa, malam sebelum pre launch mana-mana student coaching IMDPM saya memang saya akan bagi semangat dan last minute advice.

Antara benda yang say selalu advice… whatever happened esok, ada sales banyak ke sikit… kita dah buat yang terbaik dan JANGAN LUPA kita dah bina asset bisnes PALING BESAR iaitu fans, follower dan subscriber… dengan benda ni kita boleh buat LONG TERM INCOME.”

Dan… pesanan akhir saya… “jangan lupa sembahyang hajat, doa banyak-banyak sebelum tidur malam ni”.

Satu jer saya nasihat juga pada anda yang baca cerita ni… NASIHAT PENTING…

“Kalau tak jadi, hidup kita macam tu juga lah… tak kemana pun, tak luka pun… TAPI kalau jadi, pasti ianya satu turning point yang hebat dan hidup baru akan bermula.”

YOU HAVE NOTHING TO LOSE ONLY THING TO GAIN. Tak jadi tak hilang apa-apa.

So, launch tu berjalan selama 5 hari… ini yang jadi…

Akhirnya Mamat ni berjaya hasilkan income pertama melalui bisnes internet – bisnes produk digital ebook sebanyak RM5,100.

“Alhamdulillah… berjaya lagi seorang anak murid”… bisik hati saya. FEELING dia memang lain bila kita bantu orang lain berjaya.

Hujung minggu tu, saya meeting dengan Mamat ni untuk POST MORTERM dan saya discuss dengan dia next step untuk MEGA LAUNCH produk dia pula.

Dipendekkan cerita…

Masa MEGA LAUNCH, ini yang jadi kat Mamat ni…

Dalam 21 hari sahaja dia berjaya hasilkan sales RM20,380 dari bisnes ebook dia yang pertama.

Siap belanja saya makan kat hotel 5 STAR lagi…

Tak sangka jumpa 3 tahun lepas masa bulan Ramadhan pulak tu… akhirnya menjadi juga dia ni.

Kejayaan Mamat ni TAK TERHENTI sampai di situ sahaja…

Dia launch lebih kurang 3 ebook lagi dan total kesemua sales untuk ebook-ebook tu dah nak cecah RM100k dalam beberapa bulan sahaja.

Bukan setakat buat sales dari ebook sahaja, nama dia ni dah mula selalu masuk top 10 cabaran affiliate produk digital di Malaysia.

Bila dah launch produk digital, CONFIRM nak game Affiliate Marketing ni memang kacang sangat.

Tahniah Affiq Fadzil

Panjang saya cerita baru nak mention nama… Affiq Fadzil nama student saya ni. Tahniah untuk dia kerana dia TAKE ACTION dan tak pernah putus asa.

Bagi saya semua orang ada peluang untuk berjaya. Cuma usaha dan masa yang kita beri untuk TAKE ACTION sahaja yang membezakan kita.

Masa Affiq jumpa saya kali pertama 3 tahun sudah di hujung-hujung Ramadhan masa tu dia ni nampak murung fikirkan tentang duit yang tak cukup untuk dia sambut Syawal tahun tu.

Tahun ni dah 2 kali Syawal dia sambut dengan meriah… InsyaAllah akan jadi bapa tak lama lagi. Bagi saya, saya gembira dapat lihat sedikit ilmu yang saya tunjuk ajar pada dia berjaya ubah hidup dia dan juga membantu keluarga dia.

Hasil yang dia dapat dari bisnes ebook ini, dia gunakan untuk happy kan family dia…

BALIK KAMPUNG ASYIK NAIK FLIGHT JER…

BAWA & BELANJA FAMILY PERGI BERCUTI

Mungkin ada dari anda yang sedang baca tulisan saya di blog ini menempuhi keadaan yang sama nak start bisnes macam Affiq mula-mula dulu dan anda berimpian untuk berjaya sama macam Affiq atau lebih hebat lagi.

Well…saya doakan anda jumpa bisnes yang sesuai dan berjaya hasilkan income berpanjangan dari bisnes tu. Moga Ramadhan tahun ini LAST anda tercari-cari bisnes untuk anda. Moga Syawal tahun depan segalanya berubah dan disambut dengan meriah. Amin.

Bisnes yang kita buat adalah untuk orang tersayang. Ramadhan & Syawal akan datang hadiahkan lah mereka sebuah kegembiraan.

Take action dan semoga berjaya. SHARE to inspire others.

 

 

39 comments On Kisah Jatuh Bangun Mamat Ni 3 Ramadhan Lepas

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer