TRUE STORY Akak Tak Pandai IM Buat RM5Angka

Bismillahirahmanirrahim…

Dah lama sebenarnya saya tak blogging. Dah lebih 2 tahun. Kalau u guys ada secara tak sengaja datang ke blog saya ni sebelum ni mungkin u all akan nampak artikel dalam blog ni dah outdated dan design blog ni pun agak hambar tak sesuai dengan peredaran zaman.

Kalau ikutkan saya dah lama sangat rasa dan plan nak update blog ni. Cuma takde masa nak buat. Busy dengan hidup.

Setelah lama berfikir, so akhirnya saya decide untuk do something pada blog saya ni bermula Ramadhan tahun ini, 2017.

Jadi, ini adalah FRESH post saya. Post-post sebelum ni, semuanya dah tak relevan… jadi saya delete je lah. That’s why blog ni kosong je dan ini adalah post yang pertama.

Enough said…

So dalam post ini saya nak share sikit satu cerita INSPIRASI seorang Akak ni yang umurnya 50 tahun tapi kecekalannya seperti anak muda berusia 20 tahun.

Just nak bagi u all inspirasi dan motivasi untuk terus dalam Internet Marketing.

Kali Pertama Jumpa…

Saya jumpa akak ni lebih kurang 6 bulan yang lepas. Dia ni antara peserta yang hadir ke seminar saya di Double Tree by Hilton, KL.

Lepas je datang seminar tu, dia terus nak join Personal Coaching, Internet Marketing Digital Product Mastery (IMDPM).

Mula-mula saya agak keberatan juga nak terima dia ni sebagai student. Saya takut kalau dia tak boleh nak pick up dengan apa yang saya nak coach dia nanti. Yelah, saya takut faktor umur jadi penghalang untuk saya transfer knowledge saya.

Sebab benda ni pernah berlaku dalam kelas saya…

Cerita Betul – Jangan Gelak.

Ada seorang akak ni, saya suruh dia klik butang close dalam window. Dia kata dia tak boleh nak klik butang tu. Saya pelik… “Eh… naper tak boleh close pulak akak?”

Lepas tu saya tengok, dia dok tolak-tolak mouse dia ke depan walapun dah sampai ke hujung dinding. Hahahaha….. adehhh, dia tak tahu nak tarik balik mouse rupanya.

Saya tak main-main. Benda ni betul-betul terjadi 🙂

Sebab tu, kalau student berumur ni saya kena buat filtering dulu sebab takut kesian nanti, ajar tapi balik tak boleh buat apa.

Ok… kita sambung balik cerita sebelum ni.

Saya Take It As A Challenge

Disebabkan pengalaman yang lepas, saya bagitahu perkara sebenar dekat akak ni dan apa yang dia perlu expect dari saya sepanjang coaching nanti.

So, dia kata dia nak try juga.

Oklahhh… saya terima. Sebahagian dari siri saya kata… “payah nak coaching dia ni” dan sebahagian pula diri saya kata… “kalau jadi lah akak ni, memang aku respect la… RARE”.

Saya cuba sahut cabaran untuk train / coach akak ni buat bisnes ebook. Harap-haraplah berjaya.

Coaching Pertama – Age Is Just A Number

Normally, saya akan buat coaching saya di Seremban. Sebab dekat dengan office saya. Sekali sekala je buat kat KL. Tapi most of the time kat Seremban. Alaaaa Seremban – KL, 45 minit jer sampai. Nak dengan tak nak jer.

Saya suka mulakan coaching saya dengan tanya… “macamana kak? Boleh datang Seremban coaching?”

Akak ni jawab… “Boleh Cikgu, Seremban – KL 45 minit jer. Lagipun adat nak berguru… akak sanggup nak jumpa Cikgu”.

Oklah… dalam hati saya kata akak ni ada semangat tapi semangat jer tak cukup kalau tak buat apa-apa sebab saya pernah jumpa ramai student coaching saya yang mula-mula semangat tapi last-last asyik bertangguh-tangguh. Yang tu yang bosan tu.

Dalam sesi coaching pertama, saya brainstorm idea untuk projek ebook dia.

Risau Saya… Boleh Ke Berjaya Ni?

FIRST IMPRESSION saya, akak ni cakap kat saya… “Akak tak reti bisnes internet ni, Cikgu… akak takde idea nak tulis pasal FBads ke, buat duit di FB ke… sebab akak buat benda tu semua tak jadi”. Saya dah jem dah bila dengar dia cakap macam ni… “Adehhh… masak!”.

“Boleh ke berjaya ni?”… solah hati saya.

“Tapi akak ada buat bisnes kek” sambung akak ni. Terus saya pandang muka dia dan kata…”Oh ye ke?” time ni mentol kepala saya terus menyala … TING!

Sebelum ni… saya pernah dengar ada someone dalam niche resepi buat ebook pasal resepi berkaitan dengan kek dan berjaya hasilkan income puluh-puluh ribu dalam sebulan sahaja.

Tapi saya hanya dengar sahaja kejayaan orang lain tapi saya takde student lagi yang pernah saya coach dalam niche ni. Huhhh DOUBLE RISAU!

So, saya cakap benda ni pada akak tu. Saya explain keadaan sebenar dan bagaimana saya boleh bantu dia. Base on experience saya, saya cakap kat dia, saya tak boleh janji berapa income / sales yang dia boleh buat dari ebook ni… sebab ini kali pertama saya masuk dalam niche ni.

Dia kata… “Takpe Cikgu… cikgu guide je ikut pengalaman cikgu dan akak cuba sesuaikan untuk promosi ebook resepi kek ni”.

So, dia dah clear dengan risk ni. Lega hati saya. Bukannya apa… saya pernah ada orang approach saya dan DEMAND saya untuk buatkan bisnes ebook ni untuk dia. Dia nak bayar RM5angka setiap bulan pada saya tapi saya kena perform and make sure at least dapat RM20k setiap bulan.

“Perghhh… lu sapa wei!” Orang macam ni memang saya TAKNAK dalam coaching saya. Bak kata Mat Salleh … PAIN IN THE ASS.

First Step – Check Demand

Disebabkan niche ni adalah satu benda baru untuk saya, jadi saya kena buat beberapa checking dulu. Benda FIRST yang saya nak cek, ada ke demand tentang tajuk ebook yang akak ni nak tulis.

Step ni penting! Kalau tak buat yang ni, kita macam syok sendiri je tulis ebook tapi ebook tu takde demand.

So, ada dua cara Check Demand yang saya buat untuk kes ebook resepi kek akak ni, guna…

  1. FB Group

Cam ni caranya…

Kita boleh tengok kat dalam FB ni, banyak betul FB group yang discuss pasal resepi kek. Yang ni menunjukkan topik atau niche ini ada audience dia tersendiri dan ramai orang nak tahu pasal resepi kek ini.

Yang seterusnya, saya guna…

2. Google

Ni yang saya buat…

Kesimpulannya, bila lebih banyak search result (lebih dari 100,000) maka dah tentu ramai orang tulis pasal keyword ni dan dah tentu orang menulis kerana ramainya orang nak tahu pasal keyword ni.

Jadi, dengan buat kedua-dua simple research ni, saya lebih yakin ebook resepi kek yang akak ni nak buat ada demand.

Tapi, walaupun research menunjukkan data-data yang SOLID, kita tak boleh ramalkan bahawa ebook yang kita jual ni CONFIRM akan LAKU KERAS. Ianya cuma data menunjukkan berapa banyak audience atau potensi dalam niche ni sahaja.

Nak tahu boleh pergi ke tak, satu jer cara… KENA BUAT!

Seminggu… Ebook Siap!

Lepas je, saya buat research dan explain kat akak ni macamana saya explain kat u all, saya terus bagi FIRST ASSIGNMENT.

“Saya nak akak siapkan ebook ni secepat mungkin. Saya bagi 2 minggu jer. Jangan lambat!” saya terus arah akak ni untuk siapkan ebook dia. Saya percaya disebabkan dia dah biasa pasal benda ni, nak siapkan memang tak lama.

Pejam celik, pejam celik… lepas seminggu akak ni terus PM Facebook saya… “Ebook dah siap Cikgu!… boleh jumpa hari ni?” Wahhh! Alangkah terkejutnya saya, akak ni berjaya siapkan ebook dia dalam seminggu jer. Kebetulan hari tu memang saya takde apa-apa coaching, jadi why not kita jumpa.

Cam biasa, akak ni sampai ke Seremban tepat pada waktu yang ditetapkan. Saya je yang kadang-kadang lambat sikit. Biasalah student kena tunggu Cikgu, bukan Cikgu tunggu student betul tak?

Sampai saya kat sana terus akak ni tunjukkan ebook dia…

Wahhh! Nampak cantic dan kemas. Bagi saya sepanjang saya buat ebook dan tengok student saya yang lain punya ebook, ebook akak ni yang paling FANCY dan COLOURFUL sekali. Penuh gambar kek dan warna background pink. Yelah dah buat ebook pasal kek… nak la cantik-cantik 🙂

Saya cakap kat akak ni… “cantik ebook akak ni, saya pun tak rajin nak buat secantik ni”, akak ni terus reply… “akak tak buat cikgu, tak reti lah nak buat dalam Microsoft word, ni semua anak buah akak yang buat, dia tengah cuti semester, jadi akak upah sikit dia buat. Bayar RM300 jer… happy lah dia”.

Oh patutlah cepat siap dan nampak kemas. Bagus akak ni, dia tak jadikan halangan tak reti tulis dalam Microsoft Word sebagai pengahalang atau faktor yang buatkan dia lambat buat kerja. Fikiran dia ligat cari solution dari fikir tentang problem. Ramai orang dalam bisnes ebook ni, dia suka nampak problem, dia tak suka nak gerakkan otot otak dia untuk fikir solution.

Tu sebab Mat Salleh kata … Age Is Just A Number. Hebat.

“Akak Tak Kisah…”

Lepas siap je ebook, saya terus bagitahu akak ni bahawa next step adalah lebih kepada teknikal. “Ok sekarang ni kita kena beli nama domain, hosting, autoresponder, kena pasang tu, pasang ini, bla… bla… bla…” akak tu tengok je saya atas bawah… muka dia blur bila saya explain benda dan step-step ni.

Dia terus potong cakap saya “Cikgu, akak ni tak reti dengan apa yang Cikgu cakap ni. Terlalu teknikal sangat. Takde ke cara yang akak boleh shortcut pasal teknikal ni, akak takut akak tak pick up dan tak boleh nak buat macamana yang Cikgu nak”.

So, saya bagitahu kat akak ni “Kalau cam tu lagi senang kak. Kita upah je orang buat. Tak yah pening-pening… kerja pun siap cepat.”

Dia jawab “Akak tak kisah… janji dapat siapkan dan kita boleh launch cepat ebook akak ni”… saya risau juga sebenarnya nak bagi tahu pasal upah orang buat ni sebab kadang-kadang ada orang yang betul-betul takde bajet nak upah… so dia rela buat sendiri. Ada orang boleh buat sendiri… kejap je dia boleh pick up.

Tapi ada orang bila buat sendiri ni letihlah… banyak benda teknikal nak kena ambik tahu dan at the end kalau dia asyik tangguh… sampai sudah tak launch-launch. Lepas tu give up kata bisnes ebook ni susah padahal dia sendiri yang nak susahkan diri dia.

“Kalau upah dalam RM500 gitu kak… ok ke?” saya tanya akak ni. Sekali lagi dia jawab… “Akak tak kisah Cikgu, daripada akak nak belajar pasal teknikal pulak nanti elok-elok boleh launch hujung bulan ni disebabkan sangkut sana sini, akak terpaksa settlekan dulu bab-bab teknikal. Akak takde masa nak belajar benda-benda ni Cikgu”.

Dia sambung lagi… “lagipun… takpelah bayar sikit, supaya kita boleh buat bisnes ebook ni dengan smooth. Akak taknak disebabkan teknikal ni jadi penghalang untuk akak launch”.

“Ok takpe, nanti akak cari orang tu biar saya explain apa nak kena buat.” saya bagitahu kat akak ni.

Mak Oi Lajunya Kak!

Balik dari meeting saya dengan akak ni, saya bagi kat dia assignment seterusnya iaitu cari orang yang boleh siapkan semua benda-benda teknikal yang saya nak tu.

Saya bagi kat dia beberapa list contact person yang dia boleh approach untuk bantu dia siapkan kesemua proses teknikal website jualan untuk ebook dia.

Elok sampai rumah, saya buka FB dia terus PM saya… “Cikgu, akak dah bayar dah orang tu untuk siapkan semua yang Cikgu nak tu… apa next step?”. Mak Oi! Lajunya kerja… padahal baru je tadi jumpa dah cepat-cepat dia buat next assignment.

Dengan mengambilkira faktor usia dan juga kecekapan akak ni untuk absorb apa next step yang saya nak dia buat, saya rasa the best way adalah biar saya bantu dia deal dengan orang yang dia hire untuk buat minisite dia tu. “So ok kak, biar saya tolong advice dekat orang yang akak hire tu, apa yang saya nak…InsyaAllah minggu depan siap!”

Dah Ready Untuk Buat Duit!

Gedebuk gedebak, seminggu berlalu. Sambil saya advice orang yang siapkan minisite akak ni, saya coach akak ni untuk buat promotion pula sambil tunggu minisite siap.

Akhirnya minisite dah siap… boleh tengok kat ResepiKekBisnes.com

Ni ebook cover untuk projek bisnes ebook akak ni…

Kitorang pun dah discuss dah berapa harga yang nak letak untuk ebook ni.

Saya cakap kat akak ni… “minggu ni dan minggu depan kita focus promosi sikit lagi… kita warm up prospek dulu… lepas tu get ready kita akan start launch ebook ni”.

“Oh sekejap je proses dia Cikgu?” tanya akak ni. “Yelah… kejap jer kalau kita buat benda ni cepat dan tak pening-pening kepala… yang kadang-kadang buat benda ni nampak susah bila kita nak buat sendiri dari awal, semua teknikal kita nak belajar memang lambat la” jawab saya.

“So, teruskan warm up prospek ya kak!” saya bagi arahan untuk next assignment. Minisite jualan, order form semuanya dah siap dan semuanya saya dah test… 100% WORKS dan dah boleh terima order.

Tapi kita tak terus jual, kita warm up prospek dulu.

SASPEN! Jeng..jeng..jeng Masa Yang Ditunggu-tunggu Telah Tiba!

Lepas almost sebulan lebih akak ni dah siapkan ebook, minisite dah siap, dah test, segala promosi untuk dapatkan prospek dahpun dibuat, tibalah masa yang ditunggu-tunggu.

LAUNCH! Pelancaran ebook : Sales mula masuk.

So, malam sebelum launch tu saya PM dia… “Dah ready ke kak?” nampak seen tapi diam jer… hoho apahal plak ni?

Lepas sejam baru dia respond, “sorry akak kat luar tadi, dah ready ni Cikgu. Doa-doakan launch kita berjaya esok.” Saya reply InsyaAllah kak. Do your best!”

Esok 10 pagi, akak ni pun launch ebook dia…

Ya Allah masa tu, saya risau giler sebab ni cubaan pertama untuk student coaching di luar niche Internet Marketing, Pelaburan or Kewangan tapi guna teknik dan strategi sama yang saya buat untuk promote ebook dalam niche-niche ni.

Normally, student saya akan PM share perasaan happy dah dapat sales dalam tak sampai sejam pertama. Tapi saya cek FB, takde pulak notification merah menyala di bahagian PM tu. “Aihhh senyap jer ni…” gumam hati saya kerisauan.

Saya tak boleh tahan. “Apa yang tak kena?”… tanya hati saya. Terus saya sendiri PM akak ni.

“Salam kak, sales macamana?”… tanya saya.

Ini jawapannya…

Alangkah gembiranya hati saya bila akak ni akhirnya berjaya apply teknik dan strategi saya dalam bisnes ebook dia.

Dan saya juga happy kerana teknik dan strategi yang saya coach dia ni boleh apply dalam niche resepi kek ni. Huh lega… eksperimen menjadi. 100% PROVEN!

So, saya terus guide akak ni sepanjang tempoh dia launch ebook ni dan monitor progress dia rapat-rapat.

Alhadulillah tak sangka lepas semua pre launch dan mega launch ebook ini, akak ni berjaya hasilkan RM11,720

Bagi saya result akak ni dapat RM11,720 untuk total sales pertama bisnes ebook dia memang hebat.

Tambah-tambah pulak dia boleh jual ebook dia dengan harga RM150 untuk satu pakej. Wow!  harga yang sangat tinggi untuk ebook yang hanya tunjuk resepi simple-simple jer tak sampai 40 muka surat dan dia ni bukanlah ada nama besar pun dalam niche resepi ni. Bukannya nama macam chef wan ke, chef Ismail ked an lain-lain chef kat luar sana. Hanya makcik biasa-biasa jer.

Dia cakap kat saya… bisnes ebook dia ajar orang pasal resepi kek lebih lumayan dan lebih mudah dari bisnes kek dia.

Bagi saya, sesiapa pun boleh buat bisnes ebook ni. Tak perlu tunggu perfect sangat, tak perlu tunggu ada nama pun. Benda tu semua boleh develop dalam masa yang sangat singkat.

Kalau akak umur 50 tahun ni pun boleh buat RM5angka, saya pasti lebih ramai lagi yang boleh buat RM5angka atau lebih dari bisnes ebook ini. Semuanya bergantung kepada usaha sendiri.

Tahniah Kak Zaleha…

Semoga sedikit sharing saya tentang Akak Zaleha ni boleh berikan anda sedikit idea tentang bisnes ebook dan dapat berikan anda inspirasi untuk bisnes.

Moral of the story, age is just a number. Jangan tengok sangat masalah tetapi tengok apa solution pada masalah dan take massive imperfect action.

Jumpa lagi dalam lain-lain post. Assalamualaikum.

32 comments On TRUE STORY Akak Tak Pandai IM Buat RM5Angka

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer